Di villa keluarga Naufal,
Sampai sahaja ke rumah, Naufal terus sahaja ke biliknya untuk membersihkan diri dan solat maghrib. Selesai sahaja menunaikan solat dan berdoa Naufal berjalan ke arah kabinet di sebelah pintu biliknya.
Samput surat besar berwarna coklat itu direnung penuh makna.
*********************************
[ IMBAS KEMBALI ]
Ketika di klinik siang tadi, selepas Natasya keluar dari bilik rawatan tersebut. Hanya tinggal Naufal dan doktor yang merawat Natasya sebentar tadi.
" Doktor boleh saya dapatkan laporan perubatan kawan saya. " pinta Naufal dengan wajah yang serius.
" Ermmm... boleh tak ada sebarang masalah. Sebenarnya memang saya nak tanyakan kalau kalau encik nak kan laporan kesihatan cik Natasya. Sebab berdasarkan pengalaman saya segala lebam dan kesan luka di tubuh cik Natasya, ianya seperti didera. Am I right? " kata doktor wanita bertudung labuh itu.
" Ye doktor. Kalau boleh saya nakkan report tu sekarang jugak. " kata Naufal tegas.
" Hmm.... saya boleh usahakan. Tapi bagi saya masa dalam 30 minit saya akan buat secapat yang saya boleh. " kata doktor wanita itu. Melihat wajah Naufal dia tahu yang lelaki di depannya ini sangat risaukan gadis yang telah, dirawat olehnya sebentar tadi.
" Kalau macam tu saya tunggu. " kata Naufal lalu keluar dari bilik rawatan tersebut.
**************************************
[ SEKARANG ]
" Woi... kau menung apa tu dari tadi aku panggil kau tak menyaut. " sergah Nadzmi yang entah bila muncul tiba tiba je ada di sebelah Naufal.
" Sampul apa pulak ni. " Nadzmi cuba mengambil sampul surat yang berada di tangan Naufal. Geram apabila perhatian si adik kembar lebih tertarik ke arah sampul tersebut.
" Ishhh... sibuk jelah kau ni. " sampul surat itu dijauhkan dari Nadzmi. Sibuk je mamat ni.
" Kedekut. Orang nak pegang pun tak boleh. Kenapa ada gambar Natasya ke dalam tu. " sakat Nadzmi.
" Kau nak apa masuk bilik aku ni. Nak ajak aku bergusti dengan kau ke? " soal Naufal sambil menjungkitkan keningnya.
" Tak ada lah. Ni mama panggil suruh turun makan malam. Dah jom jangan banyak soal. " kata Nadzmi.
" Woi kau ingat aku tak boleh jalan sendiri ke sampai kau nak kena pegang tangan aku bagai. " marah Naufal tak puas hati.
******************************
" Anak anak mana. Kenapa tak turun lagi? " tanya Tan sri Nazim kepada isterinya yang sedang sibuk menghidangkan makan malam sambil dibantu oleh beberapa orang pembantu rumah.
" Tadi saya suruh Nadz pergi panggilkan Naufal kat atas. Tapi sampai sekarang tak turun. Jangan bergusti kat atas tu sudah la. " kata Puan sri Afifah.
" Alahai budak budak ni... kalau sehari tak buat masalah tak boleh agaknya. " menggeleng kepala Tan sri Nazim dengan sikap anak anaknya yang selalu bergaduh tapi nasib baik gaduh manja adik beradik je.
Tiba tiba terdengar suara Nadzmi dan Naufal dari tangga. Tapi suara tu seperti mereka sedang bergaduh. Umur je dah 22 tahun tapi perangai si kembar tu seperti 2 tahun. Selalu bergaduh dan berbuat masalah.
" Subhanallah budak berdua ni. Tak habis habis bergaduh. " Jeritan Puan sri Afifah bergema di ruang makan tersebut.
" Naufal ni mama dia yang ajak Nadz bergusti sambil turun dari tangga tadi. " adu Nadzmi. Sebenarnya dia yang menyakat Naufal sampai Naufal naik angin dan bergaduh dangannya.
" Eh suka hati kau tuduh aku. " kata Naufal tak puas hati.
" Dah dah la tu tak baik bergaduh depan rezeki. Mari sini duduk makan. Nak gaduh sambung lepas ni. Makan malam dulu. " kata Tan sri Nazim meleraikan pergaduhan kedua anaknya.
Nadzmi dan Naufal berjalan ke arah meja makan besar yang terletak di tengah ruang makan tersebut.
Puan sri Afifah meletakkan nasi ke dalam pinggan setiap orang lalu mengambil tempat di sebelah suaminya.
Doa dibaca lalu mereka makan malam bersama.
Tan sri Nazim perasan muka isterinya seperti sedang runsingkan sesuatu.
" Awak ni kenapa? dari tadi saya tengok muka awak nampak risau je. " tanya Tan sri Nazim kepada isterinya.
" Yelah ma, Nadz pun nampak muka mama macam risau je. Takkan lah risau pasal Nadz gaduh dengan Naufal tadi kot. Kan biasa kitorang gurau kasar macam tu. " agak Nadzmi menabak kenapa mamanya runsing begini.
" Tak la mana ada. Mama cuma rasa tak sedap hati je. Macam ada benda nak jadi je. " terang Puan sri Afifah mengapa dia begitu runsing.
Naufal yang mendengar hanya memandang mamanya sekilas. Dia sendiri pun sedang rasa tak sedap hati sekarang ni. Seperti mamanya cakap macam ada sesuatu akan terjadi. Tapi perasaan tu diketepikan dan dia terus kembali fokus kepada makanan di dalam pinggannya sekarang.
***********************************
Selesai makan malam, Naufal sekarang sedang berada di balkoni di tingkat tiga. Angin malam ini begitu menenangkan dirinya.
" Kau nak demam ke apa duduk kat luar malam malam ni. " sergah Nadzmi dari belakang.
" Sibuk je kau ni. Mana aku ada situ jugak kau nak ada. Tak ada kerja lain ke? " Naufal berkata sebal.
" Dah memang kita kembar. Mana kau pergi mesti la aku kena ada. Kau lari la hujung dunia pun kita tetap kembar. " kata Nadzmi tersenyum langsung tak terasa dengan kata kata Naufal tadi. Dia dah terbiasa bergurau dan bercakap kasar sesama mereka.
" Aku tengok kau dengan mama ni sama sama nampak risau ni kenapa. Kau pun tak sedap hati macam mama ke apa ni? " soal Nadzmi.
Naufal hanya mengangguk malas berbohong. Nadzmi yang melihat anggukkan dari kembarnya itu tersentak sedikit. Mungkin betul ada sesuatu akan terjadi.
" Perasaan kau je tu. Tak risau la. " kata Nadzmi cuba menenangkan Naufal.
Tiba tiba phone di dalam poket Naufal berdering. Naufal mengeluarkan phone itu dari poket. Nama Natasya tertera di skrin. Butang hijau ditekan lalu phone itu ditekapkan ke telinga.
Tak sempat Naufal memberi salam kedengaran suara Natasya sedang menangis teresak esak di talian. Naufal tersentak lalu terus menekan butang pembesar suara untuk Nadzmi di sebelahnya mendengar juga apa yang ingin di katakan oleh Natasya.
" Naufal tolong aku... bapak aku nak jual aku... dia nak jual aku untuk jadi pelacur... tolong aku Naufal... aku tak nak. " Jerit Natasya di talian sambil tangisan Natasya tururmt dapat didengari.
Naufal dan Nadzmi yang mendengarkan itu memandang sesama sendiri.
" Sya kau tunggu aku. Kejap lagi aku sampai. Kau bertahan kejap. " kata Naufal risau.
Panggilan di matikan lalu dia berjalan ke biliknya untuk mendapatkan helmet dan kunci motorsikalnya. Nadzmi hanya mengikut Naufal dari belakang.
Setelah mendapatkan apa kunci dan helmet dia terus berlari ke pintu utama dan bergerak ke garaj mendapatkan motorsikalnya.Naufal sekarang ni rasa darahnya sudah menyirap. Dirinya tersa seperti mahu meletup.
' Kalau apa apa jadi kat Natasya mati kau aku kerjakan orang tua bangsat. '
Nadzmi masih setia mengikut segala langkah si kembar sehingga ke garaj.
" Kau tak boleh pergi bodoh macam tu je Fal. Kau kena ada rancangan dulu sebelum pergi. " kata Nadzmi tak berpuas hati dengan tindakan si kembarnya sekaran yang bertidak tanpa rancangan terlebih dahulu. Dia juga takut Naufal membuat keputusan yang salah dan melulu dalam keadaan yang sedang marah sekarang ini.
" Aku tak ada masa nak fikir apa apa rancangan sekarang ni. Yang penting sekarang ni Natasya. " havmbis menuturkan kata kata tersebut terus motorsikal berkuasa tinggi itu ditunggang dengan laju meninggalkan villa tersebut.
Nadzmi yang melihat pemergian Naufal mula runsing sekiranya Naufal bertindak melulu tanpa berfikir baik buruknya. Naufal kalau tengah marah dia akan buat apa sahaja sehingga dia puas hati.
" Fikir... Nadz... fikir... macam mana nak tolong diorang ni. Hah... aku dah dapat. Papa ngan mama kena bagitahu diorang. " setelah iu terus dia berlari masuk ke rumahnya dan ke bilik papa dan mama di tingkat 2 untuk memberitahu masalah yang menimpa Natasya sekarang.
Share this novel