Di bilik Naufal dan Natasya,
Malam ini Natasya perlu ke kafe kerana kafe itu kekurangan pekerja. Sebenarnya selepas sahaja Natasya dan Naufal berkahwin mereka hanya menguruskan kafe itu pada waktu siang dan Nadzmi pada waktu malam.
Ketika Natasya sedang bersiap di hadapan meja solek. Tiba tiba sahaja ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Siapa lagi kalau bukan Naufal. Naufal menongkatkan dagunya di leher Natasya. Bibirnya mula melatar di leher jinjang Natasya. Haruman dari tubuh si isteri dihirup sepuasnya. Natasya hanya membiarkan perbuatan Naufal itu. Kadang kadang Natasya mengusap lembut rambut Naufal itu.
" Sya biar betul kita nak pergi kafe malam ni. Kau tak letih ke nanti. " kata Naufal sambil wajah masih dibenamkan di celah leher si isteri.
" Kenalah. Kan ni biasa malam ni ramai pelanggan. Pekerja pulak tak cukup. Kita kenalah pergi. Lagipun sebelum ni pun selalu je aku dengan kau ketja shift malam. OK je. " Pujuk Natasya. Dia sudah siap sedia untuk ke tempat kerja sekarang.
" Tu belum kahwin. Sekarang kan kita dah kahwin. Nak spend time together jugak kat rumah. Dah la siang asyik busy dengan kelas je. Malam nak bermesra dengan isteri pulak kena pergi kerja. Not fair for me. " rungut Naufal. Minggu ni dia ada banyak kelas yang perlu dihadiri daripada Natasya.
Natasya memusingkan badannya menghadap Naufal. Kedua tangan Naufal diraih dan digenggam kemas.
" Alah dah tu tanggungjawab kita kan. Kena study bersungguh sungguh baru kita berjaya habiskan pengajian kita ni dengan cemerlang. Pasal kafe tu pulak. Tu kan kafe awak dengan Nadz. Awak kena la jadi bos yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Baru pekerja akan hormat kat awak. " pujuk Natasya sambil menggenggam tangan Naufal dan diusap lembut.
" Aku tahu la. Saje je nak bermanja dengan bini aku ni. Aku tahu mesti kau akan nasihat dan pujuk aku kan. " kata Naufal sambil tersenyum.
Natasya merenum wajah Naufal yang sedang tersenyum itu. Hensemnya bila dia senyum macam tu. Tapi senyuman tu mahal sangat. Tak semua orang boleh tengok. Selalunya Naufal akan tayang wajah garang dan bekunya sahaja.
" Dah jomlah nanti lewat pulak. " ajak Naufal sambil memimpin tangan Natasya.
" Jap... aku nak cover balik kesan yang kau dah tinggalkan ni. " kata Natasya lalu melepaskan pegangan Naufal.
Botol foundation di atas meja solek diambil. Naufal hanya tersenyum nakal apabila melihat betapa Natasya berusaha untuk menghilangkan kesan kesan merah yang baru sahaja dia buat pada leher si isteri.
" Biar je la. Kenapa nak cover pulak tanda yang saya buat tu. Biar la orang tengok. Pastu baru la diorang tahu yang kau ni milik aku. Baru tak ada orang dah nak kacau dan ngorat kau. " kata Naufal yang masih berdiri tegak di belakang Natasya.
" Eeiii... tak nak la aku. Buat malu je kat orang. Dah jom aku dah siap ni. " kata Natasya selepas selesai menutup kesan kesan merah itu. Tangannya terus menyambar helmet yang biasa dipakai olehnya sebelum ini yang berada di atas rak.
" Jom. " Naufal turut mengambil helmet miliknya. Tangan Natasya dipimpim bersama.
Bila sahaja Naufal membuka pintu biliknya. Nadzmi sudah berdiri di hadapan pintu sambil tersengih serupa kerang busuk.
Naufal sudah mendengus sebal. Apa pula kembarnya itu inginkan. Tiba tiba je muncul depan bilik sambil tersenyum.
" Korang nak gi kafe kan. Aku tumpang korang boleh malas la aku nak drive. " kata Nadzmi terlebih dahulu.
" Tak boleh. Kitorang nak gi naik motor. Mana muat nak selit kau sekali. " kata Naufal.
" Kalau macam tu kita ride sekali la. Tak la aku bosan. Jap aku ambik helmet dengan kunci aku kat bilik. " kata Nadzmi lalu berlalu ke arah biliknya.
Natasya dan Naufal terlebih dahulu turun ke bawah. Mereka akan menunggu Nadzmi di garaj sahaja. Sambil memanaskan enjin motorsikal itu.
*********************************
Di garaj,
Nadzmi berlari ke arah Naufal dan Natasya yang sedang menunggunya di garaj. Tangan kanannya memegang helmet dan kunci motor manakala tangan kirinya memengang dan tiga helai jeket yang direka khusus untuk menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
" Eh sorry aku lambat. Cari barang tak jumpa tadi. Kau dah tolong lapkan motor aku ye. Thank you brother. " kata Nadzmi selepas melihat motorsikalnya yang sama jenis dengan Naufal iaitu Kawasaki Ninja 650. Cuma Nadzmi punya berwarna putih dan Naufal punya warna hitam. Itu adalah hadiah hari jadi mereka yang ke 18.
" Hmm... cepat la panas kan enjin tu. " Naufal hanya mengumam dengan pertanyaan Nadzmi itu sebagai nanda mengiyakannya.
" Nah ni untuk korang. Pakai jangan tak pakai. " Nadzmi melemparkan dua helai jeket itu kepada Naufal dan Natasya. Lalu di menghidupkan enjin motorsikal miliknya untuk memanaskan enjin.
" Wah cantiknya kau beli ke. Siap ada nama kita lagi. " Kata Natasya teruja. Naufal turut mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh isterinya.
Jaket yang diberikan Naufal untuk sangat cantik pada pandangan Natasya. Jaket yang memang direka khusus untuk penungang motorsikal berkuasa tinggi. Jaket itu hitam dan dilengkapkan dengan jalur berwarna putih. Turut tertera nama masing masing di bahagian leher.
" Haah... aku custom khas untuk kita bertiga. Kebetulan kawan aku ada bisnes ni. So aku beli la sambil support bisnes dia sekali. " jawab Nadzmi sambil tersenyum.
" Tahu pulak kau saiz kitorang eh. " sindir Naufal.
" Apa pulak aku tahu. Badan kau dengan aku ni sama saiz je. Yang bini kau tu punya pulak aku main agak je. Tapi betul pulak saiz yang aku pilih. Pandaikan aku. " Nadzmi memuji diri sendiri.
" Ceh! isi bakul angkat sendiri. Menyampah aku. Jom ah Sya. Dah lewat ni. " terus Naufal menarik tangan Natasya ke arah motorsikalnya.
Naufal memakaikan helmet kepada Natasya. Helmet itu diperiksa supaya helmet itu kemas. Selepas itu dia pula memakai helmetnya. Naufal meminta Natasya dahulu menaiki motorsikal tersebut. Kemudian giliran dia pula. Tongkat sudah di angkat naik.
" Wey... tunggu la aku. Janji nak gerak sekalikan. " Nadzmi ligat memakai helmetnya kemudian menaiki motorsikalnya pula.
Tidak lama selepas itu kedua motorsikal berkuasa tinggi itu memecut laju meninggalkan villa tersebut.
*******************************
Di persimpangan lampu isyarat,
Lampu isyarat yang bertukar merah membuat kedua superbikes itu berhenti untuk seketika.
" Fal !!! " jerit Nadzmi di sebelah.
Naufal menggerakkan kepalanya sebagai maksud bertanya. Nadzmi tidak menjawab tapi di membunyikan enjin motorsikalnya. Naufal faham apa yang cuba di sampaikan oleh Nadzmi. Naufal berfikir sejenak.
" Sya kau peluk aku kuat kuat. " arah Naufal kepada Natasya yang tak tahu apa apa dibelakang.
" Kenapa? korang nak buat apa ni. " tanya Natasya cemas. Apa pulak si kembar ni nak buat masalah. Jangan la yang tidak.
Naufal tidak membalas sebaliknya menarik tangan Natasya supaya memeluknya dengan lebih kemas. Kini mata Naufal dan Nadzmi tertumpu ke arah lampu isyarat. Natasya dah cemas. Macam boleh mengjangkakan apa yang si kembar nak buat.
" Don't you guys dare to do what you all thinking now. " kata Natasya keras.
" So sorry Natasya it to late. Best men win bro. " kata Nadzmi sambil tersenyum di sebalik helmet yang menutupi sebahagian wajahnya.
Apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau. Kedua superbikes itu memecut laju di atas jalan raya yang lengang itu. Mereka bersaing sesama sendiri untuk berlumba siapa yang akan sampai dahulu ke kafe.
Natasya yang membonceng Naufal dah cuak. Jantung dah macam nak tercabut. Dah bermacam surah dan doa yang dibaca oleh Natasya. Naufal membawa motorsikal dengan sangat laju dan bahaya. Dia sudah biasa dengan kelajuan motorsikal itu. Tapi yang membuatkan dia takut sekarang adalah kerana Naufal dan Nadzmi sedang berlumba sesama sendiri.
Entah berapa kali dah dia mengucap. Baik mengucap awal kan apa apa jadi tak sempat mengucap niaya je mati sia sia. Simpang malaikat 44 la.
This twin is trouble maker. Sian Natasya kena layan perangai si kembar dua orang tu.
Share this novel