[ IMBAS KEMBALI ]
23 tahun lalu,
Di sebuah flat yang kelihatan sedikit usang. Di situlah tempat di mana Syida, ibu kandung Natasya menyewa. Flat yang disewa mereka itu sangatlah kecil. Hanya mempunyai 2 bilik sahaja. Itupun salah satu dari bilik itu telah dijadikan bilik stor oleh tuan rumah. Ruang tamu juga sempit. Hanya mempunyai sebuah televisyen kotak dan sebuah kabinet sahaja. Itupun milk tuan rumah.
Syida yang baru sahaja 10 hari melahirkan seorang bayi perempuan terlelap ketika sedang menidurkan anaknya di dalam bilik tidur mereka yang sempit itu.
" Assalamualaikum. " kedengaran sayup-sayup suara orang memberi salam telah mengejutkan Syida yang baru sahaja terlelap.
" Waalaikumussalam. Kejap. " laung Syida sambil menepuk-nepuk lembut bayinya yang sedang enak dibuai lena.
Dengan susah payahnya dia cuba untuk bangun daripada katilnya. Keadaannya yang masih di dalam tempoh pantang menyebabkan segala gerak-gerinya menjadi terbatas. Selepas berjaya berdiri tegak. Syida membongkokkan sedikit tubuhnya untuk membetul selimut yang sedang membedung bayi berusia 10 hari itu.
" Assalamualaikum. " sekali lagi kedengaran suara orang memberi salam.
" Waalaikumussalam. Ye... kejap... kejap. " balas Syida apabila dia hampir sampai ke pintu.
Nasiblah jarak dari bilik ke pintu rumah tidak terlalu jauh. Jadi masa untuk sampai ke pintu tidaklah terlalu lama.
Perlahan-lahan Syida memulas tombol pintu dan membukanya sedikit. Cukup untuk dia menghulurkan kepalanya sahaja. Ini kerana rumah flat yang di sewanya itu tidak mempunyai grill di pintu hadapan. Dan ia boleh membahayakan jika orang yang berniat tidak baik yang datang.
Apabila Syida menjengukkan kepalanya. Dia melihat sepasang pasangan wanita dan lelaki berusia 20 an sedang berdiri di hadapan pintu.
Syida terkedu buat seketika apabila melihat kedua teman rapatnya sedang tercongok di hadapannya sekarang.
" Afifah... Nazim... apa korang buat kat sini? " tanya Syida hairan sambil membukakan pintu dengan lebih luas lagi.
" Tanya pulak. Kitorang datang nak jengok kau dengan anak kau lah. " jawab Afifah sambil tersenyum manis.
" Ouhh... kalau macam tu masuklah dalam dulu. " jemput Syida sambil mempersilakan pasangan suami isteri itu duduk.
" Korang duduklah dulu. Aku nak pergi buatkan air kejap. " kata Syida sambil dia cuba melangkah ke dapur dengan bersusah-payah.
" Ehh... Syida. Tak payah la. Kau tu dalam pantang lagi. Tak boleh buat kerja berat. " larang Afifah.
" Apa pulak kerja beratnya. Buat air je pun. " balas Syida sambil tersenyum tawar.
" Tak apalah Syida. Kitorang tak dahaga pun. Tak payahlah buat air tu. " sampuk Nazim.
Akhirnya Syida akur juga lalu dia melangkah menghampiri tempat pasangan suami isteri itu duduk. Belum sempat Syida melabuhkan duduknya. Kedengaran suara tangisan bayi dari dalam bilik. Lalu dia terus berlalu ke biliknya.
" Maaflah Afifah... Nazim. Kejap ye. " kata Syida dengan serba salah sebelum hilang di sebalik pintu bilik.
Afifah dan Nazim hanya membalas dengan anggukan berserta senyuman manis.
5 minit kemudian, Syida keluar bersama seorang bayi perempuan di dalam dukungannya.
" Maaflah. Anak aku ni baru bangun terus nak menyusu. " kata Syida sambil mendodoi lembut anaknya.
" Dah susukan dia ke belum. " tanya Afifah prihatin.
" Dah tadi. Dalam bilik. " jawab Syida sambil mata tidak lepas daripada merenung si anak yang sedang lena dibuai mimpi.
" Azman mana Syida? " tanya Nazim.
Terus berubah mendung wajah Syida.
" Entahlah. Sejak aku bersalin. Langsung tak nampak muka. " jawab Syida dengan intonasi mendatar.
" Habis sekarang kau tinggal seorang je ke kat rumah ni. " tanya Afifah seperti tidak percaya.
" Seorang jelah. Siapa lagi nak teman. Laki sendiri pun entah ke mana. " jawab Syida lagi.
" Habis bil hospital kau tu macam mana. Azman yang bayarkan ke? " tanya Nazim dengan raut wajah yang serius.
Syida sempat tersenyum sinis sebelum menjawab pertanyaan temannya itu.
" Taklah. Aku pakai duit simpanan aku. Azman nak bagi duit dia. Lambat lagi. Iqamatkan anak sendiri pun tak nak. Inikan nak bagi duit. " jawab Syida penuh lirih.
Masih ingat lagi bagaimana dia menangis dan meminta ketika dia menghubungi si suami untuk mengiqamatkan zuriat mereka. Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Azman. Siap dihina lagi Syida dan bayi yang tidak berdosa itu.
" Korang sekarang apa cerita. Dah nak dekat setahun kita tak jumpa. Mesti korang dah ada anakkan? " tanya Syida bagi mengalihkan topik perbualan mereka.
" Haah... Afifah ni baru je habis berpantang. Tu yang dia ajak datang melawat kau tu. " jawab Nazim.
" Ohh... boy ke girl. " tanya Syida ingin tahu.
" Boy. Kembar. " jawab Afifah sambil tersenyum.
" Wah... bertuahnya korang dapat anak kembar. Kiranya anak kembar korang tu sebaya dengan anak aku lah. " balas Syida teruja.
" Yelah... bolehlah diorang tu berkawan nanti. " kata Nazim.
" Silap-silap boleh jadi laki bini. " seloroh Afifah.
Mereka bertiga ketawa serentak selepas mendengar selorohan Afifah itu.
" Syida boleh tak aku nak pegang anak kau tu. " minta Afifah.
" Boleh je. Nah... elok-elok. Takut dia terjaga. Nangis pulak. " kata Syida sambil menyerahkan bayi perempuannya itu dengan berhati-hati kepada Afifah.
Sebaik sahaja bayi perempuan itu berada di pangkuan Afifah. Terus celik mata bayi perempuan. Bayi perempuan yang masih merah itu merenung Afifah dan Nazim tanpa sebarang tangisan pun keluar.
" Alololo... comelnya baby girl aunty ni. Tak nangis pun tengok uncle dengan aunty. Nanti dah besar sikit. Bolehlah kawan dengan Nadzmi dan Naufal. " kata Afifah kepada bayi perempuan di pangkuannya itu.
" Tu ke nama anak korang. " tanya Syida.
" Hmm... Arif Nadzmi dan Aryan Naufal. " jawab Nazim.
" Syida. Apa nama anak kau ni? " tanya Afifah sambil bermain-main dengan pipi gebu si bayi.
" Aku tak sempat bagi nama lagi. Tak fikir pun lagi. Korang ada tak nama yang sesuai. " tanya Syida dengan wajah mendung.
" Jadi anak kau ni tak ada surat beranak lagi ke? " tanya Nazim dengan wajah dan suara yang serius.
Syida hanya membalas dengan gelengan kepala dan menunduk ke lantai.
" Syida. " panggil Afifah tiba-tiba.
" Hmm... " gumam Syida.
" Apa kata kalau kita letak nama budak comel ni dengan nama... " kata Afifah sambil merenung anak mata bayi itu. Cantik mata bayi itu.
" Natasya Amani. " sambung Afifah.
" Natasya Amani. Sedap jugak nama tu. Boleh panggil dia Tasya. " kata Syida sambil tersenyum bahagia. Akhirnya anaknya itu sudah mempunyai nama.
" Nanti pasal surat beranak Tasya. Biar aku yang uruskan. Nanti dah settle aku serahkan kat kau. " sampuk Nazim lagi.
" Tak apa ke ni Nazim. Tak menyusahkan kau ke. Tak apa lah. Nanti dah habis pantang aku boleh pergi uruskan surat beranak tu. " tolak Syida lembut kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.
" Tak payahlah Syida. Biar je Nazim yang uruskan. Nak tunggu kau habis pantang lambat lagi. Nanti macam-macam masalah pulak yang kau dapat sebab lambat daftarkan kelahiran anak kau. " pujuk Afifah lembut.
" Hmm... yelah kalau macam tu. Nanti kau cakap je kat aku apa dokumen yang kau perlukan. " kata Syida sedikit segan kerana telah menyusahkan Nazim. Sedangkan Naxim itu suami orang tetapi suaminya sendiri entah ke mana menghilang.
**************************************
Di tepi kolam ikan,
Ternganga sedikit mulut Natasya selepas mendengar cerita daripada mertuanya itu.
" Maknanya... mama lah yang bagi nama Sya tu. " kata Natasya masih lagi tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Puan sri Afifah mengangguk sambil tersenyum manis.
" Mama dengan arwah mak dah kenal lama ke? " tanya Natasya lagi.
Puan sri Afifah sempat tersenyum seketika mengenangkan sahabatnya itu.
" Mama, papa dengan arwah mak Tasya dulu satu universiti dan saru fakulti. Lepas tu, mama dengan arwah mak Tasya pun kongsi satu bilik masa kat dorm. Senang kata dulu, mama, papa dengan arwah mak Tasya. Kitorang macam belangkas. Ke mana je pergi mesti sama-sama. Macam Tasya, Naufal dan Nadzmi. " cerita Puan sri Afifah mengenangkan kenangan lama.
" Arwah mak dulu dapat masuk universiti ke? Kenapa Tasya tak tahu? Mak tak pernah cerita pun sebelum ni? " tanya Natasya bertalu-talu. Selama ini dia ingatkan arwah maknya itu hanya belajar sampai SPM sahaja.
" Arwah mak Tasya tu dulu pandai orangnya. Dia dapat masuk universiti melalui biasiswa. Tapi masa final year tu. Dia terpaksa buat keputusan untuk berhenti belajar. Sebab arwah nenek Natasya masa tu tengah sakit lumpuh dan tak ada sesiapa yang nak uruskan. Jadi sebab tulah dia tak dapat tamatkan pelajaran dia. " kata Puan sri Afifah lagi.
Natasya hanya diam mendengar cerita tentang arwah maknya yang tak pernah dia ketahui sebelum ini.
" 2 tahun lepas arwah mak Tasya berhenti belajar. Arwah nenek Tasya pun meninggal. Tak lama lepas tu ada orang yang datang masuk meminang dia. Disebabkan arwah mak Tasya dah tak ada sesiapa masa tu jadi dia terima je pinangan tu. Dan akhirnya arwah mak Tasya kahwin dengan bapak Tasya yang sekarang. " cerita Puan sri Afifah ringkas.
" Mama ada ke masa arwah mak dengan bapak nikah? " tanya Natasya dengan intonasi suara yang mula kendur.
Puan sri Afifah sempat mengangguk sebelum menyambung ceritanya.
" Ada. Dan masa tu mama dan papa baru je kahwin. Mula-mula mama pun ragu dengan keputusan arwah mak Tasya tu. Tapi dia cakap dia tak kisah dan dia redha dengan takdir yang dah tuhan tentukan. Jadi mama pun kena terima jelah. " kata Puan sri Afifah lemah kerana dia sedikit kesal kerana kalau dulu dia berkeras dalam memujuk arwah Syida daripada setuju untuk menikahi Azman. Pasti nasib Syida lebih baik. Namun siapalah dia untuk mengubah qada' dan qadar tuhan.
" Bapak dari dulu lagi ke perangai dia macam sekarang? " tanya Natasya lagi.
" Awal-awal tu, dia nampak baik je. Tapi lepas mama terpaksa ikut papa kerja ke US selama 3 bulan semua mula berubah. Bila je mama balik ke Malaysia. Mama terus pergi melawat arwah mak Tasya. Masa tu betapa terkejutnya mama bila mama tengok keadaan arwah mak Tasya masa tu penuh dengan kesan lebam dan tubuh yang mula susut. Bila mama tanya siapa yang buat. Dia tak nak jawab. Tapi mama paksa jugak dengan ugut dia untuk buat report polis. Barulah dia bagitahu yang bapak Tasya yang pukul dia setiap hari bila baran dia tu datang ataupun bila bergaduh dengan arwah mak Tasya. Cuma dulu dia taklah seteruk sekarang. " kata Puan sri Afifah lagi.
" Apa maksud mama tak seteruk sekarang? " tanya Natasya pelik. Nampak bukan sahaja perihal maknya. Malah perihal bapaknya juga banyak yang dia tidak tahu.
" Kalau dulu bapak Tasya tu cuma panas baran je. Tapi dia tetap pergi kerja. Bayar sewa rumah dan bagi duit nafkah dan duit barang dapur. Walaupun dia selalu pukul arwah mak Tasya. Tapi lepas tu dia akan mintak maaf balik. Dan ulang balik perkara yang sama. " kata Puan sri Afifah kesal.
" Tapi lepas je arwah mak Tasya beritahu bapak Tasya yang dia sedang mengandungkan Tasya. Bapak Tasya tu marah sangat dan mengaku yang dia sebenarnya tak nak ada anak. Dan dia mintak arwah mak Tasya untuk gugurkan kandungan tu. Tapi arwah mak Tasya tetap berkeras untuk lahirkan Tasya dengan syarat segala perbelanjaan sepanjang mengandung dan melahirkan tak boleh guna satu sen pun duit bapak Tasya. " sambung Puan sri Afifah lagi sambil merenung raik wajah jelita menantunya itu yang sudah mula berubah mendung.
Natasya yang mendengar cerita itu merasakan seperti ada sebiji batu yang sangat besar menghempap kepalanya sekarang. Rupanya semenjak dari dalam kandungan lagi dia sudah dibenci oleh bapaknya. Malah tidak diterima pun.
" Masa Tasya umur 5 tahun . Perangai bapak Tasya makin teruk. Dia mula terlibat dengan judi dan arak. Dan mula buat hal kat tempat kerja sehingga dia dibuang kerja. Dan bapak Tasya tu selalu pukul arwah mak Tasya dan Tasya walaupun Tasya masa tu kecik lagi. Kalau mak Tasya tak bagi dia duit untuk berjudi. Dia akan mengamuk dan pukul kamu berdua. Jadi disebabkan itu lah mak Tasya terpaksa bekerja. Tapi dalam masa yang sama tak boleh nak tinggalkan Tasya sebab Tasya masa tu kecik lagi. Nak hantar kat pengasuh. Tak ada duit. Jadi mama dan papa pun tawarkanlah untuk arwah mak Tasya kerja sebagai pembantu rumah di rumah ni. Kebetulan masa tu memang kami tengah cari pembantu rumah. Jadi bolehlah arwah mak Tasya tu bawak Tasya datang kerja sekali. " cerita Puan sri Afifah lagi sambil meraih tangan Natasya dan menggenggam lembut tangan itu.
Air mata Natasya sudah mula mengalir kembali selepas mendengar cerita tentang cerita arwah maknya dan dirinya yang telah dibenci oleh bapak sendiri sejak dari dalam kandungan lagi. Apakah malang nasibnya.
Tanpa sepatah kata dia terus menerpa masuk ke dalam peluk mertuanya itu dan melepaskan segala tangisan di bahu wanita itu.
Puan sri Afifah hanya diam dan menggosok lembut belakang tubuh Natasya. Biarlah Natasya melepaskan segala rasa perih yang ditanggung selama ini.
Setelah lama melepaskan tangisannya. Akhirnya Natasya meleraikan pelukannya dan mula bersuara walaupun suaranya itu sudah bertukar serak.
" Mama... " panggil Natasya lirih.
" Kenapa bapak benci sangat kat Sya? Apa dosa Sya? Apa dosa arwah mak? " tanya Natasya bertalu-talu.
" Syyhh... dah. Tasya tak payah dah fikir semua tu. Sekarang ni Tasya dan ada Naufal, mama, papa dan Nadz. Kitorang semua sayangkan Tasya. Yang lepas tu kita tinggalkan. Jangan ingat dah kenangan pahit tu. Ingat yang manis je. Mama cerita semua ni sebab nak Tasya tahu hal yang sebenar. Apa yang Tasya perlu buat sekarang ialah teruskan hidup dan sentiasa hidup dalam keadaan yang bahagia dengan orang yang sayang dan terima kita seikhlas hati. " nasihat Puan sri Afifah sebelum memeluk kembali Natasya.
************************************
Dari atas Balkoni, Naufal hanya melihat sahaja perlakuan kedua wanita kesayangannya itu yang sedang berpelukan. Dapat dilihat dengan jelas yang isterinya itu sedang menangis. Tetapi untuk dia pergi menyampuk di sana rasanya macam tak sesuai sahaja. Jadi biarlah nanti dia bertanya sendiri kepada Natasya bila emosi isterinya itu sudah mula reda.
Sedang asyik merenung kedua buah hatinya itu. Tiba-tiba bahu Naufal ditepuk dari arah belakang.
" Kau tengok apa? " tanya Nadzmi yang tiba-tiba sahaja muncul.
" Tak ada apa-apalah. " getus Naufal sebal.
" Kenapa dengan mama dan Sya tu. Aku nampak macam Sya tu tengah menangis je? " tanya Nadzmi sambil menjengukkan kepala ke kolam ikan di mana Natasya dan Puan sri Afifah berada.
" Kau tak payah sibuklah hal diorang. Benda yang aku suruh kau buat tu kau dah buat ke belum? " tanya Naufal dengan riak dingin.
" Come on bro. Ni Nadzmi lah. Semuanya dah settle. Semua video tu dah di delete. Clean. " kata Nadzmi bangga.
" Hmm... Baguslah kalau macam tu. " kata Naufal mendatar.
" Tapikan. Aku macam tak percaya je yang mama kita yang ada dalam video tu. Power jugak mama kita tu ye. Kalau kau tak datang halang mama. Aku rasa mesti lunyai dah mak cik tu mama kerjakan. " kata Nadzmi sambil tersenyum sinis mengingat video viral di mana mamanya dan Puan Maimun yang sedang bergaduh itu.
Nasiblah dia sempat mengupah seseorang untuk memadamkan segala video itu di semua sosial media sebelum ia tersebar dengan lebih luas. Mesti itu akan menjejaskan nama baik keluarga mereka.
" Aku rasa kita dah kena mula berjaga-jaga. Dia dah mulakan permainan dia. " kata Naufal tegas sehingga membuatkan Nadzmi mula tertanya-tanya.
" Apa maksud kau? Permainan siapa? " tanya Nadzmi hairan.
Naufal tidak menjawab sebaliknya dia hanya merenung ke arah isterinya yang sedang berada di tingkat bawah villa itu.
Share this novel