Di luar pejabat urusan kolej,
Natasya, Naufal dan Nadzmi yang menjadi orang terakhir yang keluar daripada pejabat itu. Riak wajah masing masing sudah mula berubah.
Wajah Natasya sudah mendung kerana dia merasakan semua masalah ini berpunca daripadanya. Nadzmi pula sudah cemberut kerana elaun mereka akan dipotong oleh papa. Tetapi wajah Naufal masih merah padam mengenangkan kejadian tadi. Naufal sudah mula untuk memikirkan pada siapa dia harus membalas dendam dahulu.
" Sorry hubby. Nadz. " kata Natasya perlahan sambil menundukkan kepalanya.
" Sorry kenapa pulak kau ni Sya. Bukan salah kau pun. " kata Nadzmi sambil tersenyum manis walaupun wajah jambu itu sudah lebam sini sana.
" Betul tu sayang. Ni bukan salah sayang pun. Ni semua salah malaun malaun tak guna tu. " pujuk Naufal pula untuk menghilangkan perasaan bersalah si isteri.
"But it still my false. Sebab hubby dan Nadz nak pertahankan Sya lah sampai korang bergaduh kantin tadi. Sebab Sya jugak lah papa marah kita bertiga. Dengan papa sekali terlibat dalam masalah Sya ni." kata Natasya dengan mata yang sudah mula berkaca. Akhirnya empangan air mata itu pecah jua.
" I'm so sorry. I'm so sorry. Sya ni memang menyusahkan semua orang. Sya memang tak guna. " Natasya sudah mula menangis hiba.
Naufal dan Nadzmi sudah terkedu dengan perubahan Natasya itu. Nadzmi memberikan isyarat mata untuk dia berlalu pergi kepada Naufal.
Selepas sahaja hilang kelibat Nadzmi. Naufal terus menarik lembut tubuh Natasya ke arah satu suduh yang agak tersorok. Kemudian air mata Natasya diseka dengan ibu jarinya.
" Don't cry baby. It not your false. " pujuk Naufal lagi sambil mengelus lembut pipi Natasya.
" It my false. My false. " rintih Natasya lagi.
Tiba tiba Natasya terus sahaja menerpa masuk ke dalam pelukan hangat Naufal dan memeluk tubuh itu seerat eratnya.
Naufal pula sudah terkedu dengan tindakan drastik Natasya itu. Tapi dia tetap membalas pelukan itu dan menggosok-gosok lembut belakang tubuh Natasya. Sambil bibir masih tidak henti membisikkan kata kata pujukan ke telinga Natasya.
" Hubby please jangan tinggalkan sayang. Jangan buang sayang macam mana bapak buang sayang. Sayang dah tak ada orang lain selain hubby dengan family hubby je. Please don't leave me. " kata Natasya berselang-seli dengan bunyi tangisannya. Tubuh ai suami semakin dipeluk erat bagi tidak mahu terlepas.
Naufal sudah mula merasakan ada sesuatu yang pelik pada isterinya itu. Nampak seperti Natasya terlalu takut dan bimbang yang dirinya akan dibuang keluarga sekali lagi. Namun Naufal masih tidak henti-henti memejuk si isteri kesayangannya itu dengan membalas pelukan si isteri dan membisikkan kata kata cinta ke telinga Natasya.
*******************************
Di tempat parking kolej,
Nadzmi sedang menunggu kedua pasangan suami isteri itu sambil duduk di atas motosikal berkuasa tingginya itu. Sambil itu juga dia menilik wajahnya yang sudah lebam melalui cermin sisi.
" Habis muka jambu aku. " omel Nadzmi sendiri.
" Muka lebam. Elaun kena potong. Lepas ni apa pulak. " sungut Nadzmi lagi.
Sedang dia sibuk mengomel dan bersungut di hadapan cermin sisi itu. Tiba tiba sahaja dia mendengar seseorang memanggil namanya. Macam kenal je suara yang melaung namanya itu. Yang pasti suara itu ialah suara seorang perempuan. Dan dia uakin suara itu bukannya milik Natasya.
" Nadz !!! " laung suara itu lagi.
Nadzmi memalingkan wajah perlahan ke balakang. Tiba tiba tubuhnya mula berdiri tegak dan menuruni motorsikalnya itu. Jantungnya tak payah cakaplah dah berapa laju degupannya. Tambahan lagi apabila orang yang memanggil namanya tadi itu sudah pun berdiri di hadapannya sekarang.
Siapa gadis yang mampu membuatkan jantungnya berdegup pantas kalau bukan Dian.
" Nadzmi awak OK tak. Saya dengar awak kena pukul. Ya Allah... habis lebam. " tanya Dian cemas sambil sibuk menilik setiap inci tubuh Nadzmi itu.
Nadzmi hanya kaku seperti patung cendana. Namun dalam hatinya usah diceritakan seperti sedang berpesta sahaja sekarang. Rasa sedih dan marah tadi terus sahaja hilang.
' Dia risaukan aku ke? " kata hati Nadzmi.
" Nadzmi saya tanya ni ?! Awak OK tak? Ke nak pergi hospital? " tanya Dian geram sambil memetikkan jarinya berkali kali di hadapan Nadzmi yang sudah diam serupa patung itu.
" Hahh... Ok... Ok... Saya Ok je. " kata Nadzmi gugup.
" OK apanya kalau dah lebam macam ni. " kata Dian lagi.
" Saya Ok jelah Diandra. Saya kan anak jantan. Biasalah lebam lebam sikit. " kata Nadzmi masih cuba berlagak macho walaupun disudah merasakan yang lebam lebam ditubuhkannya itu begitu pedih dan senak sekali.
" Aduh !!! " Nadzmi terjerit kecil apabila Dian menyentuh slah satu lebam di wajahnya.
" Ops... sorry... sorry. Tak sengaja. " kata Dian dengan riak bersalah.
" Ehh... tak apa lah. Macam mana awak tahu saya kena pukul Diandra. " tanya Nadzmi kepada Dian.
" Dah kecoh satu kolej dah. " jawab Dian dengan wajah berkerut. Takkan Nadzmi tak tahu pasal gambar gambar yang dah tersebar tu.
" Pagi tadi masa saya bukak blog kolej. Saya nampak ada banyak gambar Tasya dengan kembar awak tu. Pastu gambar Tasya dengan Tan sri pun ada sekali. Jadi saya ingat nanti lepas habis kelas nak jumpa Tasya nak tanya pasal hal ni. " terang Dian.
" Ooo... tapi pasal yang saya kena pukul tu mana awak tahu? " tanya Nadzmi masih ingin mengetahui bagaimana si gadis tahu akan dia dipukul. Dian ambil berat pasal dia ke?
" Macam ni, sebenarnya tadi masa saya baru je habis kelas. Saya terdengar ada beberapa orang ni cakap yang anak pemilik kolej ni bergaduh kat kantin. Mula saya tak tahu tu awak dengan kembar awak tu. Tapi bila saya dengar diorang ada sebut pasal kembar dan nama awak dengan kembar awak tu. Jadi saya yakin mesti itu awak. Dah alang-alang saya nak balik tadi saya nampak pulak awak kat sini tu lah saya tegur. " terang Dian panjang lebar.
" Ooo... saya ingatkan awak stalk saya. " kata Nadzmi sambil tersenyum segaris.
" Ishhh... buat apa saya stalk awak. Baik saya main game je dari habiskan masa nak stalk awak bagai. " balas Dian.
" Saya gurau jelah. " kata Nadzmi ingin menutup malunya.
" Awak. Saya nak tanya sikt boleh tak? Tapi awak jangan marah tau? " kata Dian penuh berhati-hati.
" Awak nak tanya apa. Tanya jelah saya tak kesah. " balas Nadzmi bersahaja.
" Semua cerita pasal gambar gambar Tasya tu tak betulkan ? " tanya Dian sedikit perlahan.
" Tak. Tu semua fitnah dan salah faham aje. " jawab Nadzmi lalu dia menerangkan satu per satu kepada Diandra tentang semua gambar itu.
" Ooo... tapi siapa yang sebarkan gambar gambar tu semua? " tanya Dian cukup polos.
" Saya pun tak tahu. Tapi saya tengah siasat sekarang ni. Macam mana gambar tu boleh tersebar? Siapa yang sebarkan? Dari mana orang tu dapat gambar tu semua? Dan yang paling penting siapa yang tangkap semua gambar tu? " kata Nadzmi melontarkan semua persoalan yang bermain dimindanya.
" Haah la Nazd. Saya rasakan mesti ada orang yang dah ikut segala gerak geri Tasya dengan kembar awak tu. Kalau tak macam mana dia boleh dapat banyak gambar diorang. Saya rasakan mesti ada dalang di sebalik semua benda ni. " kata Dian menyuarakan semua andaiannya.
" Betul jugak apa yang awak cakap tu. Macam ada orang yang sengaja nak buruk burukkan Natasya aje. Sebab semua fitnah tu lebih kepada nak memalukan Natasya. " Nadzmi pula mengeluarkan andaiannya.
" Natasya ada musuh ke? Tapi kan dia baik. Kenapa ada orang nak buat jahat kat dia? " kata Dian tidak puas hati.
" Biasalah tu. Kalau kita jahat orang tak suka. Kalau kita baik pun ada orang yang dengki. Nak buat macam mana dah lumrah dunia. " ucap Nadzmi lalu menyandarkan tubuhnya di motosikal.
" Betul apa yang awak cakap tu Nadz. Saya setuju sangat. Sebab saya sendiri pun pernah lalui semua tu. " balas Dian juga turut bersandar bersama di motosikal itu.
" Apa maksud awak pernah laluinya? " tanya Nadzmi dengan dahi yang sudah mula berkerut.
" Sebenarnya... " tak sempat Dian mahu memulakan cerita. Dia sudah disapa oleh seseorang.
" Dian !!! " laung Natasya yang sudah hampir dengan Dian dan Nadzmi.
" Tasya. " lalu Natasya dan Dian mula berpelukan mesra.
" Awak buat apa kat sini? Awak ada kelas ke? " tanya Natasya ramah.
" Haah... saya ada kelas tadi. Tapi dah habis dah. Masa saya lalu kat sini tadi saya nampak Nadzmi tengah duduk sorang sorang. Tu lah saya datang berbual dengan dia kejap. " terang Dian kepada Natasya dan Naufal.
" Ooo... ingatkan tengah dating tadi. " usik Natasya sehingga pipi Nadzmi dan Dian mula berona merah.
" Eh... mana ada. " sangkal Dian.
" Alahh... saya gurau jelah. " balas Natasya.
" Awak OK Tasya? " tanya Dian lembut.
" Awak tahu ke? " tanya Natasya tanpa menjawab pertanyaan Dian tadi.
Dian hanya mengangguk lemah. Hati sudah mula risau mungkin Natasya sudah terasa dengan pertanyaannya tadi.
" Saya OK je. Awak jangan risaulah. " jawab Natasya sambil tersenyum tawar.
" Maaflah kalau saya dah buat awak terasa. " kata Dian dengan rasa bersalah.
" Tak apa saya tak marah pun. Bukan salah awak. " balas Natasya.
" Jom ahh. Nanti lambat pulak sampai. " kata Naufal yang sudah menghidupkan enjin motosikalnya.
" Ehh... awak tak kerja ke hari ni Dian? " tanya Natasya yang baru teringat yang Dian bekerja di butik milik Puan sri Afifah.
" Tak. Sebab harini saya kena datang kelas. Jadi kenalah saya cuti. " jawab Dian.
" Ooo... Jadi awak tak ada benda nak buatlah lepas ni kan? " tanya Natasya lagi
" Tak. Saya ingat balik ni saya duduk rumah je kut. " jawab Dian.
" Apa kata awak ikut kitorang pergi kafe nak tak Dian. Awak boleh bonceng dengan Nadzmi." pelawa Natasya.
" Ehh... tak apa lah. Lagipun saya tak ada helmet. Man boleh. " tolak Dian.
" Ehh... tak apalah. Bukannya jauh pun kafe tu dengan kolej ni. Tak sampai sepuluh minit pun. Jom lah naik. " kata Nadzmi yang sudah menghidupkan enjin. Lalu mempelawa Dian untuk membonceng bersamanya.
" Jom lah Dian. " ajak Natasya.
" Jom jelah. " ajak Nadzmi pula.
" Ok. " lalu Dian pun menaiki motosikal berkuasa tinggi milik Nadzmi itu dan memegang bahu lelaki itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Tak lama kemudian kedua motosikal berkuasa tinggi milik pasangan kembar itu bergerak keluar dari kawasan kolej. Dan terus memecut di atas jalan raya untuk menuju ke kafe milik mereka.
Share this novel