Di Mall,
Naufal, Natasya dan Nadzmi berjalan menuju ke arah tempat Puan sri Afifah sedang menunggu mereka.
Sampai sahaja di tempat yang dituju. Mereka bertiga saling memandang antara satu sama lain.
" Sya. " panggil Nadzmi.
" Apa? " tanya Natasya.
" Kau yakin ke ni tempat yang mama nak jumpa kita tu? Entah entah kita salah tempat tak? " tanya Nadzmi hairan.
" Salah tempat apanya. Betullah ni. Tak percaya cuba baca address yang mama bagi ni. Takkan mama salah send kot? " ujar Natasya.
" Betullah ni. " sampuk Naufal tiba tiba.
Di hadapan mereka sekarang sebuah butik mewah yang menjual sut untuk lelaki.
" Mama nak buat apa ajak kita jumpa dia kat sini? Nak belikan sut untuk papa ke? Bukan hari jadi papa dah lepas ke? " soal Nadzmi bertalu-talu.
" Aku rasa aku dah tahu apa plan mama ni sebenarnya. " kata Naufal sambil merenung tajam ke arah butik itu.
" Kenapa hubby? " tanya Natasya ingin tahu.
" Haah la... kenapa? " tanya Nadzmi pula.
Naufal tidak menjawab soalan dari isteri dan kembarnya itu. Sebaliknya hanya membalas dengan senyuman sinisnya sahaja. Tak lama kemudian phone Natasya sudah berdering nyaring.
Natasya sudah tahu siapa si pemanggil terus mengangkat panggilan itu.
" Hello ma. " ucap Natasya penuh berhemah.
" Hello. Kamu bertiga ni mana? Tak sampai lagi ke? Dah lama mama tunggu ni? " tanya Puan sri Afifah bertalu-talu.
" Kitorang dah sampai ni mama. Dah kat depan butik ni pun. " beritahu Natasya sambil mata menjeling kepada Naufal dan Nadzmi yang berdiri di kiri dan kanannya.
" Habis tu terjegak lagi kat luar kenapa. Kamu bertiga nak jadi security guard ke apa? " sinis Puan sri Afifah. Mana tak naik angin kalau dah hampir 2 jam dia menjadi penunggu di butik tersebut. Menanti kedatangan menantu dan anak kembar kesayangan.
" Ba... Baik mama. " kata Natasya lalu mematikan talian.
" Dah. Jom masuk. " kata Natasya selepas mengambil nafas panjang untuk seketika.
Naufal dan Nadzmi hanya membalas dengan anggukan dan mereka bertiga melangkah masuk ke dalam butik itu dengan pelbagai perasaan yang berbeza.
Nadzmi dengan perasaan hairannya kepada mama mahu bertemu dengan mereka di butik. Natasya dengan perasaan bersalah dan takut akan dimarahi oleh mertuanya. Tetapi hanya Naufal yang kekal tenang dengan hanya menayangkan wajah bekunya. Hanya dia yang dapat menangkap tujuan utama mama mahu berjumpa mereka di sini.
*********************************
Di dalam butik
" Hah... Sampai pun. Ingatkan dah melencung ke mana tadi. " sembur Puan sri Afifah sebaik sahaja dia melihat figura menantu dan anak kembarnya itu sedang berlenggang kangkung memasuki butik mewah.
" Sorry mama. Tadi kitorang lupa kena jumpa mama kat luar harini. " ucap Nadzmi sambil tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik.
" Hmm... Dah sekarang ni jangan buang masa. Hazni. " Seru Puan sri Afifah memanggil seseorang.
Tak lama kemudian muncul seorang lelaki yang kelihatan bergaya mengenakan sut lengkap. Dipercayai lelaki itu ialah pemilik bagi butik mewah yang menjual sut lelaki itu.
" Ya Puan sri. Nampaknya your twin dah sampai. So, boleh kita proceed to fitting. " ujar lelaki yang bernama Hazni itu.
" Yes proceed. Bring them to fitting room know. " balas Puan sri Afifah.
Belum sempat Hazni mengamit Naufal dan Nadzmi ke bilik persalinan. Nadzmi pantas bersuara.
" Wait... wait a minutes. Apa yang mama cuba buat ni? Fitting fitting apa ni? Nadz tak fahamlah? " tanya Nadzmi bertalu.
" Mama nak kamu berdua pergi fitting sut yang mama dah tempah untuk kamu berdua for annual dinner syarikat minggu depan. " beritahu Puan sri Afifah sudah kembali ke mood lembutnya.
" What?! " terjerit kecil Nadzmi.
" Mama... takkan mama tak tahu yang Nadz dengan Fal tak minat la pergi annual dinner yang kena ikut protokol macam tu. Kalau setakat dinner bia tu Nadz okey. But not annual dinner syarikat. " bantah Nadzmi apabila dia sudah tahu agenda mamanya.
" Arif Nadzmi Tan sri Nazim. I don't want any excuse from you. " ujar Puan sri Afifah keras sambil mengacip gigi.
Akhirnya Nadzmi terpaksa mengalah juga apabila mamanya sudah menyebut nama penuhnya. Itu bermakna yang mama betul betul tengah marah.
" Ok mama. I'm sorry. Nadz akan pergi try baju tu and pergi annual dinner yang boring tu. " intonasi sudah pasrah sahaja.
" Good. So, Naufal macam mana? Ada bantahan? " pandangan Puan sri Afifah sekarang teralih kepada Naufal pula.
" Fal sebenarnya tak nak pergi mama. Mama tahukan yang Fal tak minat nak pergi majlis yang ramai orang macam tu. " beritahu Naufal jujur.
Baru sahaja Puan sri Afifah ingin membuka mulut untuk memberikan syarahan kepada si anak. Naufal sudah memangkahnya daripada berkata kata.
" But mama, Fal tahu yang mama akan tetap paksa Fal untuk pergi jugak kan. So, Fal dah tak ada pilihan kan. Nak tak nak kena pergi jugak. " beritahu Naufal dengan wajah selambernya.
Puan sri Afifah melepaskan nafas lelah seketika. Tahu dia sudah memaksa tapi dia buat ini semua bersebab. Dia menghampiri kedua anak kembarnya itu.
" Nadzmi. Naufal. Mama minta maaf kalau mama dah memaksa kamu berdua. Tapi mama buat semua ni bersebab. Kamu berdua tak kesian ke dekat papa. Selama ni kamu berdua tak pernah pun tunjuk muka dekat mana mana event yang company papa buat. Jangan kata tu. Kalau butik mama buat apa event pun tak datang. Orang semua cakap yang anak anak mama dengan papa ni tak kenang budi. Cuma tahu makan hasil mama dengan papa aje. " beritahu Puan sri Afifah lemah.
" So, please this time. Mama harap kamu berdua datang dinner tu. For papa. Please. " sambung Puan sri Afifah lagi.
" Baiklah mama. Kitorang akan pergi. " balas Nadzmi sambil tersenyum tawar.
Naufal juga turut mengangguk.
" Thank you so much anak anak mama. Dah sekarang pergi try baju yang mama dah tempahkan untuk korang berdua tu. Hazni bring them to fitting room. " arah Puan sri Afifah kepada Hazni yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.
" Baik Puan sri. Silakan Encik berdua. " gamit Hazni kepada si kembar.
Lalu Naufal dan Nadzmi mengikut langkah Hazni ke arah fitting room butik itu.
" Jom Tasya. Kita tunggu kat depan fitting room tu. " Puan sri Afifah terus menarik tangan menantunya itu ke arah fitting room.
Mereka melabuhkan duduk di sebuah sofa yang diletakkan di hadapan fitting room tersebut sambil menunggu si kembar.
Tak sampai sepuluh minit si kembar keluar daripada fitting room. Si kembar kelihatan segak mengenakan full suit hitam di tubuh masing masing.
Mata Natasya hanya melekat pada susuk tubuh Naufal yang tampak segak dan penuh berkarisma. Naufal nampak lebih matang bila mengenakan full suit begitu.
" Wow... handsome anak anak mama. Tepat sangat pilihan mama. Betul tak Tasya? " tanya Puan sri Afifah kepada Natasya.
" Mestilah mama. Takkan mama tak tahu yang anak mama ni sememangnya sejak azali lagi handsome. " puji Nadzmi penuh bangga pada diri sendiri. Langsung tidak memperdulikan Naufal disebelah yang sudah mencebik.
" Sayang macam mana do you like it? " tanya Naufal kapada isterinya yang hanya diam sahaja daripada tadi.
Natasya bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri Naufal yang sedang berdiri menghadap cermin bilik fitting room itu.
" Yes I like it. You look more handsome with this suit. " puji Natasya ikhlas sambil membetul betulkan suit it di tubuh si suami supaya nampak lebih kemas.
" Tengok la laki siapa. " balas Naufal.
" Nampaknya pakaian ni dah sesuai sangat. Cuma mungkin nanti Hazni, you boleh kecikkan sikit cutting seluar Nadzmi tu and adjust sikit kot Naufal bagi nampak fit sikit. " cadang Puan sri Afifah kepada Hazni.
Selepas itu Naufal dan Nadzmi masuk kembali ke dalam fitting room untuk menukar kembali pakaian mereka.
" Ok. So know we need to move to another boutique. " ujar Puan sri Afifah sebaik sahaja mereka berempat melangkah keluar dari butik itu.
" What ma?! Butik lagi? Butik apa pulak kali ni? Lambat lagi ke boleh balik. " sungut Nadzmi. Dia mahu lekas pulang ke rumah. Dia ingin bermain games sahaja seharian supaya dia melupakan kekecewaannya selepas tahu yang Diandra sudah berpindah.
" Kalau kamu nak balik? Kamu balik jelah Nadz. Lagipun mama nak pergi butik kawan mama dekat tingkat 4 tu sebab nak fitting pakaian mama dengan Tasya aje. Kamu tak ada terlibat apa apa pun nanti. So kamu boleh balik. " jawab Puan sri Afifah.
Selepas sahaja mendapat kebenaran pulang daripada mamanya. Nadzmi pun meminta kunci kereta daripada Naufal untuk dia pulang ke villa. Dan Naufal serta Natasya akan pulang bersama dengan Puan sri Afifah yang akan dijemput oleh pemandu peribadi mereka.
Sorry sebab lama tak post. Ara baru je fully recover from accident motor
Share this novel