BAB 64 : SERANGAN

Romance Series 104277

Di Villa,

Sebaik sahaja sampai ke villa. Natasya terus masuk ke bilik. Mandi dan terus tidur tanpa berkata sepatah kata pun.

Naufal hanya melepaskan nafas lelah. Dalam keadaan seperti ini dia tidak boleh terlalu memaksa isterinya itu untuk bersuara. Dia hanya akan bertanya apabila keadaan isterinya itu sudah stabil dan tenang.

*********************************

2 JAM KEMUDIAN,

Naufal terjaga daripada tidur apabila merasakan yang Natasya tidak berada di sebelahnya.

" Sayang... Sayang... " panggil Naufal dengan suara serak baru bangun tidurnya itu.

Naufal melilaukan ke sekeliling bilik tidurnya yang luas itu. Namun masih tidak kelihatan kelibat isterinya itu.

" Sayang... oh... Sayang... " panggil Naufal lagi apabila dia membuka pintu bilik air mereka. Tetap tidak ada Natasya di dalam bilik air itu.

Kemudian dia melangkah pula ke arah balkoni. pintu gelangsar ditolak perlahan. Kepala dijengahkan untuk melihat keseluruhan ruang balkoni itu untuk mencari Natasya. Namun Tetap tidak ada Natasya di situ.

Naufal sudah mula cemas ke mana isterinya itu menghilang. Tetapi tiba-tiba Naufal tergerak hati untuk mencari Natasya di halaman melalui balkoni.

Dan gerak hatinya kali ini tepak. Naufal dapat melihat satu susuk tubuh yang sedang duduk termenung bersendirian di gazebo. Dan Naufal tahu itu ialah Natasya isterinya.

Tanpa berlengah Naufal terus meninggalkan biliknya itu dan turun ke bawah.

****************************************

Di gazebo,

Natasya sedang termenung jauh tentang kemunculan bapak yang secara tiba-tiba itu dan ingin memohon kemaafan darinya itu.

Sedang asyik dia termenung tiba-tiba dia merasakan ada sepasang tangan sasa yang sedang melingkari lehernya dan di rasakan seperti ada suatu beban yang ditampung di bahu kanannya. Belum sempat Natasya ingin menoleh ada satu suara serak basah yang terlebih dahulu menegurnya.

" What are you doing here baby. Tak bagus duduk kat luar tengah-tengah malam macam ni. Nanti demam macam mana. " bisik Naufal.

" Sorry. " hanya itu yang mampu dijawab oleh Natasya.

" Sayang are you Okey? " Naufal hanya sekadar bertanya walaupun dia sudah mempunyai jawapan kepada soalannya itu.

Natasya hanya membalas dengan gelengan dan wajah mendung.

Naufal mengambil tempat di hadapan Natasya. Pipi Natasya dielus lembut.

" Cuba sayang ceritakan kat hubby apa masalah sayang. Mesti pasal bapak sayang tu kan. " ucap Naufal dengan tangan yang masih tidak lepas mengelus pipi Natasya.

Tidak lama selepas itu mata Natasya mula berkaca dan mengalirkan mutiara jernih.

Naufal tanpa berlengah terus merangkul tubuh Natasya. Naufal membiarkan Natasya menangis bagi isterinya itu melepaskan segala rasa yang terbuku di dada.

Setelah seketika esakan Natasya sudah berhenti. Natasya mengangkat wajahnya dari dada sasa Naufal yang sudah basah dengan air mata.

" Thanks hubby. Sorry sebab dah basahkan baju hubby. " kata Natasya lirih.

" Tak apalah sayang. Sekarang cuba sayang cerita masalah sayang kat hubby. Jangan simpan sorang-sorang. It can make you stress. " jawab Naufal sambil tersenyum tawar dan menggosok lembut ubun-ubun Natasya.

" Kenapa bapak datang cari sayang? Kenapa baru sekarang dia nak mintak maaf dengan sayang lepas apa yang dia dah buat kat sayang dengan arwak mak? Kenapa baru sekarang? " tanya Natasya bertalu-talu dengan mata yang sudah kembali berkaca.

" Kenapa sayang cakap macam tu? " tanya Naufal bagi mendalami perasaan isterinya itu.

" Kenapa baru sekarang bapak nak mintak maaf dekat sayang dan dekat arwah mak. Kenapa dia tak mintak maaf dekat arwah mak masa arwah mak masih hidup. Arwah mak tak dapat rasa nikmat disayangi oleh seorang suami sampai akhir nafas mak. Dan kenapa baru sekarang bapak nak mintak maaf sebab dia pernah cuba nak jual sayang jadi pelacur. Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu lagi? Kenapa? " Natasya sudah kembali teresak-esak apabila mengenangkan arwah maknya.

" Sayang... tak elok cakap macam tu. Sayang cakap macam tu macam sayang ni tak terima qada' dan qadar Allah sayang. " nasihat Naufal sambil menarik Natasya kembali ke dalam pelukannya.

" Sorry. Tapi sayang terluka sangat. Sampai sayang tak boleh tengok muka bapak. Macam perasaan yang sayang rasa tadi masa bapak datang jumpa sayang. Rasa sedih. Rasa takut. Rasa nak marah. Rasa macam satu tubuh sayang terketar-ketar dan kaku tak mampu nak buat apa. Suara pun macam tersangkut tak dapat keluar. Rasa macam nafas tersekat-sekat. Rasa macam nak mati. " cerita Natasya tentang apa yang dirasai di kafe tadi semasa bapaknya datang bertemunya.

" sayang trauma tu sayang. Sayang rasa trauma dengan apa yang dah jadi sebelum ni. Sebab tu sayang rasa macam-macam masa jumpa dengan bapak tadi. " kata Naufal memujuk.

" Sayang... " panggil Naufal lagi dengan nada lembut.

" Hmm... " gumam Natasya sambil menatap wajah Naufal.

" Sayang ingat tak sayang pernah janji dengan hubby yang sayang nak jadi kuat. Sayang ingat lagi tak ? " kata Naufal sambil tersenyum nipis.

Natasya hanya membalas dengan anggukan.

" Good. Kalau sayang masih ingat. Jadi sekarang sayang kena kuatkan diri sayang dan lawan perasaan takut dan trauma sayang tu. Can you do that baby girl? " Naufal mengusap lembut ubun-ubun Natasya sebelum menghadiahkan satu ciuman hangat di situ.

Selepas sahaja Naufal melepaskan ciuman hangatnya itu. Natasya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis.

" Dah. Jom masuk. " kata Naufal sebelum dia mencampung tubuh isterinya untuk dibawa naik ke kamar beradu mereka.

Natasya tanpa banyak kata hanya berpaut pada batang leher suaminya kerana takut jatuh.

********************************

SEMINGGU KEMUDIAN,

Seminggu sejak kejadian Encik Azman muncul di kafe itu. Natasya langsung tidak mahu datang ke kafe dan hanya berada di rumah selama 3 hari berturut-turut. Tapi setelah dipujuk dan diyakinkan oleh oleh Naufal yang bapaknya itu tidak akan lagi datang mengganggu. Akhirnya, Natasya cuba yakinkan diri dan beranikan dirinya untuk datang ke kafe. Dan betul apa yang dikatakan Naufal. Langsung tidak ada bayangan bapak Natasya di situ.

Ketika Natasya sedang mengemas bahagian dapur. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Muaz, pekerja kafe itu yang sedang menjinjit beg sampah hitam dengan muka yang berkerut kerut.

' Berat sangat ke sampah tu? Nampak tak berat pun. ' bisik hati Natasya sambil melihat plastik sampah yang di tangan Muaz itu. Tidaklah besar mana? Sederhana sahaja saiznya.

" Muaz. Berat sangat ke sampah tu? Sampai berkerut tapi muka tu akak tengok. " tegur Natasya.

" Tak berat pun kak. Cuma... " kata Muaz dengan muka berkerut-kerut seperti sedang menahan sesuatu.

BRUK...

Tiba-tiba Natasya mendengar satu bunyi dan disertakan dengan satu aroma yang kurang menyenangkan. Terus Natasya mengepit hidungnya.

" Maaf kak... saya sebenarnya sakit perut... " kata Muaz lagi sebelum sekali lagi dia terbuang angin.

BRUK....

" Muaz... akak rasa baik kamu pergi tandas sekarang. " kata Natasya dengan tangan yang masih sedang mengapit hidung.

" Maaf kak... saya kena pergi dulu... " kata Muaz sebelum dia berlari ke arah tandas dan meninggalkan plastik sampah itu.

" Aduhai... budak ni. Biar aku jelah yang buang kau sampah oi. " monolog Natasya sendiri sebelum dia mengambil plastik sampah yang ditinggalkan Muaz itu tadi.

Natasya mengangkat plastik sampah dan menjijitnya untuk dibuang ke tong sampah besar yang terdapat di bahagian belakang bangunan kafe itu.

**************************************

Di belakang Kafe,

Natasya sedang menjijit plastik sampah dan sedang berjalan ke arah sebuah tong sampah besar yang terletak dibelakang deretan bangunan kedai itu.

Apabila Natasya sudah menghampiri tong sampah itu tiba-tiba Natasya ditegur oleh seseorang.

" Puan Natasya... " tegur seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Wajah lelaki itu juga tidak kelihatan kerana memakai pelitup muka dan cermin mata hitam serta topi di kelapanya.

" Ye... saya. Kenapa? "jawab Natasya ragu kerana lelaki itu kelihatan mencurigakan.

Tiba-tiba lelaki itu seperti mengeluarkan sesuatu daripada belakang badannya.

" TASYA KE TEPI... " ucap satu suara sebelum tubuh Natasya di tolak jatuh ke tanah.

" Auch... " rintih Natasya.

" Apa kau nak buat kat anak aku... hah... bangsat!!! " bentak satu suara yang amat tidak asing lagi kepada Natasya.

Terus Natasya mengangkat kepalanya dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat bapaknya, encik Azman sedang memukul lelaki itu tadi dengan menggunakan sebatang kayu.

Dan ketika itu jugalah mata Natasya melihat plastik sampah yang dibawa Natasya tadi yang juga terlepas dari tangan Natasya dan jatuh tidak jauh dari Natasya.

Dan alangkah terkejutnya lagi apabila Natasya melihat plastik sampah itu sedang mencair dan terhakis seperti terkena simbahan asid. Dan jangkaan Natasya itu tepat apabila dia melihat satu botol asid yang pecah di sebelah plastik sampah itu.

Rupanya lelaki itu cuba menyimbah asid kepada Natasya.

" Bapak... " kata Natasya.

Terus Encik Azman berpaling ke arah Natasya. Kerana terleka. Terus lelaki yang berpakaian hitam itu tadi melarikan dari dari situ.

" Woi... kau nak pergi hah!!! " jerit encik Azman sambil cuba mengejar lelaki itu. Namun gagal. Dan beliau kembali ke arah Natasya yang masih terduduk di atas jalan.

" Tasya... Tasya ok tak. Ada cedera kat mana-mana ke? " tanya Encik Azman sambil membelek-belek anggota tangan dan kaki Natasya kerana takut ada yang cedera.

" Nasib tak ada apa-apa. Dah. Jom bangun. Boleh jalan tak? " kata Encik Azman lalu cuba membantu Natasya berdiri.

Natasya tidak menolak dan hanya membenarkan bapaknya itu membantunya untuk berdiri tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulut Natasya kerana dia masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.

" Sayang... " tiba-tiba kedengaran suara laungan Naufal.

Terus kedua beranak itu berpaling ke arah Naufal yang sedang berlari menghampiri mereka.

Sebaik sahaja Naufal berada di hadapan kedua beranak itu. Naufal terus menarik tubuh Natasya ke arahnya.

" Apa yang pak cik cuba buat lagi ni hah... " tanya Naufal tegas.

Tadi Naufal sedang mencari Natasya di dapur. Namun apabila Naufal mendengar seperti suara memjerit dari arah belakang bangunan itu. Disebabkan itulah Naufal ke belakang untuk melihat apa yang terjadi. Dan yang mengejutkan adalah apabila dia melihat Natasya sedang bersama dengan Encik Azman.

" Hubby... " tiba-tiba Natasya bersuara sambil meraih lengan suaminya.

" Sayang kenapa? Ada cedera ke? Apa yang dia dah buat kat sayang? Sayng ok tak ni? " tanya Naufal bertalu-talu sambil membelek tubuh isterinya takut ada apa-apa yang berlaku.

Natasya hanya membalas dengan gelenggan bermaksud yang dia tidak apa-apa.

" Bapak dah selamatkan sayang... " jawab Natasya perlahan namun masih dapat didengari oleh Naufal dan Encik Azman.

" Adan orang cuba serang Tasya. Orang tu cuba nak simbah asid kat Tasya. Tapi nasib bapak sembat halang. " jelas Encik Azman kerana tidak mahu menantunya itu salah faham kepadanya.

Terus menyirap darah Naufal. Urat-urat di tangan sudah mula kelihatan di lengan Naufal. Wajahnya juga sudah bertukar merah padam. Marah apabila mengetahui yang ada orang cuba menyakiti isteri kesayangannya itu.

" Mana orang tu? " tanya Naufal tegas.

" Dia dah lari. " jawab Encik Azman.

Naufal merengus kasar sambil meraup-raup rambutnya. Rasa seperti mahu mengamuk dan mahu terus mencari siapa gerangan si penyerang serta mahu membantai orang itu sehingga lunyai.

Namun nasib ada Natasya yang berjaya memujuk Naufal daripada melakukan hal tersebut.

" Hubby... sayang tak apa-apa. Hubby sabar please. " pujuk Natasya lembut sambil tidak berhenti mengusap lembut lengan suaminya itu.

Hati Naufal serta merta sejuk.

" Bapak pergi dulu kalau dah tak ada apa-apa. Naufal tolong jaga Tasya baik-baik. " pamit Encik Azman sebelum membalikkan tubuhnya ingin berlalu pergi.

Baru beberapa langkah Encik Azman berjalan tiba suara Natasya menghentikan langkahnya.

" Bapak nanti dulu. " panggil Natasya.

Encik Azman kembali memusingkan tubuhnya ke arah anak dan menantunya kembali.

" Kita bercakap sekejap boleh. " pinta Natasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience