Kereta Toyota Alphard yang dipandu Pak Mat meluncur laju di atas jalan raya. Tiba tiba Natasya terperasan sesuatu.
" Mama kita nak pergi mana pulak ni? ni bukan jalan nak balik ke villa? " tanya Natasya yang mula sedar jalan yang dilalui sekarang bukannya jalan untuk pulang ke villa nereka.
" Ada la. Mama nak bawak, Tasya pergi satu, tempat lagi. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum sinis.
" Tapi mama... takpa ke kita balik lewat ni. Nanti tak sempat nak sediakan lunch macam mana. " kata Natasya sambil memandang Puan sri Afifah di sebelahnya.
" Alah... jangan risau pasal tu dah setel. " balas Puan sri Afifah santai.
" Yela kalau mama dah cakap macam tu. " Natasya sudah mengalah. Malas mahu terus bertanya sedangkan mertuanya itu langsung tidak memberi jawapan yang dimahukan.
****************************************
Di Mall,
" Mama kita nak buat apa kat mall ni. " tanya Natasya polos.
" Kita nak shopping la apa lagi. Jom! " tangan Natasya ditarik ke arah sebuah butik mewah yang menjual kasut dan handbag berjenama.
Puan sri Afifah mengambil dan membelek setiap satu handbag yang ada di situ. Natasya hanya mengikut langkah Puan sri Afifah.
" Tasya, mama rasa handbag ni sesuai dengan Tasya. " Puan sri Afifah menunjukkan sebuah handbag berjenama YSL itu.
" Tak apa la mama. Lagipun handbag yang mama belikan dah banyak kat rumah. Tu tak campur lagi yang mama punya mama bagi kat Sya. " tolak Natasya lembut.
Memang betul pun. Sebelum ni mertuanya itu telah membelikannya pelbagai jenis handbag dari pelbagai jenama dan jenis. Kasut pun sama. Semua dibeli oleh mertuanya atau Naufal.
" Eh... biar la. Tak salah pun ada banyak handbag. Ni kan kegilaan semua wanita. Tak apa ambik je handbag ni. Nanti boleh buat gilir gilir setiap hari. Tak ada la pakai handbag sama je setiap hari. " kata Puan sri Afifah lalu menyerahkan handbag yang dipilih untuk Natasya tadi dan sebuah handbag Hermes Birkin kepada pekarja disitu.
" Jom kita tengok kasut pulak. " Puan sri Afifah menggamit menantunya itu ke bahagian rak display yang diletakkan kasut berjenama.
" Tasya yang ni cantikkan. Apa kata kita beli dua. Satu untuk mama dan satu lagi untuk Tasya. " kata Puan sri Afifah sambil menunjukkan sepasang stiletto heel yang sederhana tinggi.
Natasya hanya mengangguk. Kalau dia menolak pun pasti wanita itu akan berjaya memujuknya.
" Nah, kami nak yang ni warna hitam. Saiz 7 dengan 6 ya. " kata Puan sri Afifah kepada pekarja butik tersebut.
" Tasya yang ni pun mama rasa sesuai dengan Tasya. Sesuai ni untuk pergi ke kolej. Tak pun kalau Tasya dengan Naufal naik motor ke. Cantik ni. " kata Puan sri Afifah sambil menunjukkan sepasang bootie heel berwarna hitam ke arah Natasya.
" Yelah mama cantik. Nampak cool je. Tak la susah Tasya nak naik motor kalau pakai kasut ni. " kata Natasya teruja. Dia suka sangat dengan kasut ni. Sebab dia sesuai untuk dipakai ke mana mana terutama untuk ke kolej.
" Ok set. Bungkus. Nah, yang ni nak saiz tujuh. " kata Puan sri Afifah lagi kepada perkerja yang sama.
" Jom kita bayar Tasya. " ajak Puan sri Afifah.
Natasya mengikut langkah mertuanya itu. Dia terharu sebenarnya kerana mertuanya itu tahu semua tentang dirinya. Apa yang Natasya minat dan selesa. Saiz kasut. Cara pemakaian Natasya. Sebelum ini hanya Naufal dan arwah maknya sahaja tahu akan perihal dirinya. Keluarganya yang lain langsung tak ambil kesah.
" Jom Tasya kita shopping kat kedai lain pulak. " Puan sri Afifah mengajak Natasya ke kedai seterusnya selepas dia membayar barang yang dibeli tadi.
**********************************
" Mama banyak lagi ke nak shopping ni. Dah nak lunch ni. " kata Natasya sudah lebih sejam mereka berpusing di dalam mall mewah ini.
" Haah la... mesti diorang tengah tunggu kita. Jom. " Puan sri Afifah memimpin tangan Natasya ke arah sebuah restoran.
Sampai sahaja di restoran tersebut. Mereka dibawa oleh pelayan restoran tersebut ke sebuah meja yang terletak disebelah tingkap yang menghadap ke luar.
Dari kejauhan Natasya dapat melihat dua susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk di meja tersebut. Siapa lagi kalau bukan bapa mertuanya dan suaminya.
" Dah lama sampai. Maaf la tadi leka pulak shopping sampai tak sedar. Nasib baik Tasya ingatkan. " kata Puan sri Afifah lalu melabuhkan duduk di sebelah suaminya. Manakala Natasya duduk di sebelah Naufal.
" Tak adalah baru je sampai. Tadi kebetulan abang terserempak dengan Naufal kat bawah tu yang kitorang naik sekali. Banyak ke shopping? " tanya Tan Sri Nazim sambil menjeling ke arah beg beg membeli belah yang sudah diletakkan di lantai.
" Ada la sikit. Tapi banyak barang Tasya. Tu pun puas pujuk suruh dia setuju. " adu Puan sri Afifah kepada suaminya.
Tiba tiba sampai seorang pelayan yang datang bersama menu. Mereka semua membuat pesanan masing masing lalu pelayan itu berlalu pergi.
" Eh... Nadzmi mana takkan tak sampai sampai lagi? " tanya Tan sri Nazim.
" Tadi dia call saya. Dia cakap dia demam tu tak boleh nak join kita lunch ni. Semua ni sebab kamu la Naufal. Sampai demam abang kamu tu dibuatnya. " kata Puan sri Afifah sambil menjeling Naufal dihadapannya.
" Apa pulak salah Fal. Dah dia yang pergi masuk dalam hutan tu kenapa. Macam dah tak ada tempat lain nak menyorok. " Naufal dah mencebik.
Puan sri Afifah hanya membalas dengan jelingan tajam. Seram.
" Ni mama lambat lagi ke nak habis shopping. Ke nak Fal teman kan sekali. " tawar Naufal.
" Haih... tak pernah pernah kamu ikut mama shopping. Ni nak ikut pulak. Sorry tak boleh. Hari ni mama nak spend time dengan Tasya seorang je. No men only women. " kata Puan sri Afifah tegas.
" Alah dia takut bini dia kena kebas la tu. Dah Natasya pakai cantik cantik macam sekarang takkan la dia tak tergugat. Takkan awak tak faham sayang. " seloroh Tan sri Nazim lalu tertawa kecil.
Puan sri Afifah turut tertawa kecil selepas mendengar selorohan suaminya itu. Muka Natasya sudah merah kerana menahan malu. Manakala Naufal pula menahan perasaannya sekarang ini. Natasya kelihatan sangat anggun apabila berpakaian begini. Nampak lembut dan feminim.
Tidak lama Kemudian makanan dan minuman yang dipesan pun sampai ke meja. Tan sri Nazim mengetuai bacaan doa. Selepas doa selesai dibaca mereka terus menjamu selera masing masing.
" Sya cuba kau try spaghetti aglio olio ni. Sedap tau. " Naufal menyuakan garfu dan spaghetti itu ke mulut Natasya. Natasya mengangakan mulutnya dan merima suapan daripada Naufal. Sedap sangat.
" Kau nak try tak chicken chop ni pun sedap jugak. " tanya Natasya.
" Boleh jugak. " jawab Naufal pendek.
Natasya memotong sebahagian daripada chicken chop tersebut dan dicucukkan pada garfu. Kemudian disuapkan kepada Naufal.
Tam sri Nazim dan Puan sri Afifah hanya tersenyum melihat situasi di hadapan mereka sekarang. Nampaknya Naufal dan Natasya bahagia sekarang ni walaupun nama panggilan mereka masih sama seperti dulu.
Sebelum ini pasangan ini sangat bimbang dengan masa depan Naufal yang mungkin susah nak ada pasangan hidup. Tapi siapa sangka dia akan berkahwin dahulu sebelum Nadzmi yang bermulut manis itu.
" Amboi sweet nya diorang tu. Kita pun tak boleh kalah la bang. Abang tiba tiba tangan saya letih la pulak. Boleh abang tolong suapkan. " kata Puan sri Afifah manja sambil melentokkan kepalanya ke bahu suaminya.
" Alolo... dia pun tak nak kalah dengan anak menantu. Tak apa lah. Meh sini my baby angle. " gamit Tan sri Nazim.
Puan sri Afifah terus menerpa ke dalam pelukan suaminya. Walaupun mereka sudah berusia namun hubungan mereka masih lagi sama macam ketika mereka muda dahulu.
Natasya dan Naufal yang melihat aksi manja mama dan respon papa yang sentiasa setia melayan kerenah mama. Mereka tertawa kecil lucu bercampur bahagia.
" Mama tengok sekarang kita ni macam tengah double date je. " kata Puan sri Afifah.
" Haah la. Nasib baik Nadzmi tak join sekali kalau tak kesian dia sebab sorang je single. " tambah Tan sri Nazim. Mereka di meja itu semua ketawa.
********************************
Sementara itu di villa,
" Achum... Achum... siapa pulak yang mengata aku ni. " kata Nadzmi sendiri.
Tangan mengambil tisu dan mengelap hingusnya yang mula meleleh keluar.
" Ruginya aku tak dapat join diorang. Mesti best kalau aku join. " kata Nadzmi lagi.
Dia tidak tahu. Kalau dia sertai mereka hatinya akan retak seribu apabila melihat si kembar dan kedua ibu bapanya sedang bermesra. Nasib la orang single. Forever alone.
# Singleforeveralone
#Singleforeveralone For Arif Nadzmi
Share this novel