BAB 27 : MEMUJUK

Romance Series 104277

Natasya sekarang sudah kembali menjaga Kaunter . Dia masih terkejut bila mana Naufal telah memberi tahu kawan kawan mereka yang dia dan Naufal sudah berkahwin. Dari kejauhan Natasya dapat melihat raup wajah kecewa mereka semua. Natasya tahu ramai yang menaruh hati padanya. Tapi tidak ada sesiapa pun yang berani mendekati kerana Naufal selalu berkepit dengannya seperti belangkas.

Tiba tiba kedengaran namanya diseru oleh seseorang dari hadapan kaunter.

" Hi. Nama awak Natasya kan. " tanya seorang lelaki yang dianggarkan sebaya dengan Natasya.

" Ye encik saya nama Natasya. Encik nak buat pesanan ke? " tanya Natasya ramah.

" Eh taklah. Sebenarnya saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh. " kata lelaki itu lagi.

" Ada apa ye encik. Wncik ada sebarang masalah dengan makanan atau layanan kami ke? " tanya Natasya lagi.

" Tak. Ni tak ada kena mengena dengan hal kafe ni. Ni pasal personal. So can we talk. " kata lelaki itu sambil tersenyum canggung.

" Pasal apa ye encik? " tanya Natasya tak putus asa

" Sebelum saya straight to the point. Saya kenalkan diri saya dulu. Actually. Nama saya Hairul Ghazi bin Datuk Ghafar. Saya sebenarnya dah lama perhatikan awak sebelum ni. Setiap kali saya datang ke sini pasti saya akan cari awak. Tapi sejak kebelakangan ni awak jarang datang ke sini
Kalau saya nampak pun awak kerja shift siang. Malam dah jarang awak masuk kerja. " terang lelaki itu. Sengaja dia menyebuk gelaran ayahnya untuk mendapatkan perhatian gadis di hadapannya itu.

" Jadi apa yang encik nak katakan sebenarnya ni. " tanya Natasya entah kali ke berapa dia bertanya apa tujuan lelaki itu datang kepadanya.

" Awak jangan panggil saya encik. Panggil saya Hairul je. Saya sebenarnya... saya... saya... seb.. benarnya... sebenarnya... " tergagap Hairul ingin menghabiskan ayatnya.

" Sebenarnya apa? " Natasya sudah geram dengan sifat lelaki bernama Hairul itu.

Hairul menarik dan menghembus nafasnya perlahan. Cuba menenangkan perasaan gementar.

" Saya sebenarnya... huh.... saya sebenarnya suka kat awak. Dah lama saya perhatikan awak. Saya harap kita boleh jadi kawan. Can we. " kata Hairul. Hatinya berdebar menantikan jawapan dari Natasya.

" Kenapa awak senyap je ni. Kalau awak tak selesa saya minta maaf. Tapi kalau boleh saya nak berkawan dengan awak. Jadi boleh saya mintak nombor phone awak? " kata Hairul lagi.

Natasya masih tergamam dengan luahan hati dari Hairul itu. Mana tak terkejut kalau orang yang kau baru kenal tiba confess kat kau. Tak ke jakun. Natasya sendiri tak pernah perasan dengan ke hadiran Hairul sebelum ini.

Natasya melepaskan nafas lemah. Fia tidak boleh menerima luahan perasaan daripada Hairul itu kerana dia adalah isteri orang. Belum sempat Natasya menyatakan penolakannya itu. Tiba tiba dia merasa ada tangan yang mula melingkar di pinggangnya. Ketika dia menolehkan kepala dia dapat melihat wajah dingin Naufal.

" Sorry ahh bro. Tapi aku rasa tak elok kau nak luahkan perasaan kau kat isteri orang siap mintak nombor phone lagi. Tambah tambah lagi my wife ni. " kata Naufal penuh sarkastik. Matanya tajam menikam wajah Hairul.

" What... wife... she married. " mata Hairul dah membuntang luas. Intonasi suara cuba dikawal sebaik mungkin. Tak sangka pujaan hati rupanya isteri orang.

" Aku harap ni kali terakhir la kau nak dekat dengan isteri aku. Dan aku nak kau buang perasaan kau pada isteri aku ni. Kau mesti tahukan berdosa ada perasaan kat isteri orang. So please stay away from my lovely wife. " habis sahaja dia memberi larangan kepada Hairul. Terus dia memberikan satu ciuman lembut ke pipi si isteri.

Hairul masih terkaku. Nak marah. Kecewa. Semua dia rasa sekarang ni.

" So you can go Hamlau. Oh sorry apa nama kau tadi aku lupa. Hai... Hairul kan. Bukan hamlau tapi kau jangan nak buat perangai hamlau sudah lah eh. " kata Naufal sambil menyimpan geram. Dia sengaja menyebut nama Hairul dengan salah.
Hairul tidak membalas sebaliknya terus berlalu pergi dari situ dengan perasaan penuh sebal.

Natasya memusingkan badan menghadap Naufal. Adakah Naufal marah kepadanya. Tapi lain pulak yang jadi apabila dia melihat Natasya sudah tersenyum nipis.

" Kau jangan risau. Aku tak marah kau. Bukan salah kau pun. Salah si hamlau tu je. Ada hati nak luahkan perasaan kat bini aku. Dia tak kenal lagi aku sapa. Nasib aku ni boleh sabar lagi. Kalau tak memang aku dah tuang air panas kat belakang tu dalam mulut dia. Biar dia insaf sikit. " bebel Naufal. Masih lagi tak berpuas hati dengan Hairul.

Natasya hanya menyimpan senyum melihat riak riak cemburu di wajah Naufal. Comel bila lelaki itu jealous.

**********************************

Di bilik Naufal dan Natasya,

Jarum jam menunjukkan jam 11.30 malam. Mereka sudahpun kembali ke villa.

" Naufal kau ada nampak tak mana baju tidur aku yang warna biru tu. Aku cari tak ada la. " tanya Natasya. Tangan ligat membelek setiap isi wardrobe itu. Ingin mencari dimana baju tidurnya berada.

" Baru aku ingat. Harini memang maid kutip semua baju kotor. Nanti dah siap cuci semua diorang susun balik dalam wardrobe tu. Kau jangan risau lah. " jelas Naufal yang sedang duduk di birai katil.

" Hah... tapi tak apa ke. Aku rasa tak best la Kalau orang lain yang basuhkan baju kotor aku. " kata Natasya sambil mencebik.

" Apa salahnya. Biar la diorang yang basuh baju baju kotor tu. Bukannya kau tak ada baju nak pakai pun. Tak pun.... " Naufal sengaja meleretkan ayat terakhirnya. Naufal bangun dari birai katil lalu mendekati Natasya di wardrobe.

Tubuh Natasya dipeluk dari arah belakang. Naufal merapatkan bibirnya ke telinga Natasya lalu membisikkan sesuatu.

" Kalu kau tak ada baju kau pakai jelah baju aku. Tapi aku lagi suka kalau kau tak pakai apa apa. " bisik Naufal nakal ke telinga Natasya.

Natasya dah cuak semacam. Nampaknya malam ni dia tak boleh nak rehatlah malam ni. Dia perlu selamatkan dirinya daripada Naufal. Tanpa berlengah Natasya merungkaikan pelukan dan menolak tubuh Naufal sedikit menjauh. Wajah Naufal seperti terpinga pinga.

" Kenapa? " tanya Naufal hairan dengan tindakan Natasya. Sebelum ini Natasya tidak pernah menolak sebelum ini.

" Tubuh aku tengah melekit lekit ni. Aku nak pergi mandi. " Natasya cuba berlagak tenang ketika menuturkan kata katanya itu. Tidak mahu Naufal menghidu yang dia cuba mengelak dari lelaki itu.

" Ooo... nak mandi rupanya. Jom lah mandi sekali. " kata Naufal sambil tersenyum nakal. Matanya sudah meliar ke seluruh tubuh si isteri.

Terasa berdiri semua bulu roma di tubuh Natasya. Mandi sekali. Tu menempah masalah adalah.

" Mana boleh. " kata Natasya.

Terus dia berlari ke arah bilik air. Dengan pantas dia menyelusup masuk ke dalam bilik air. Pintu terus dikunci. Mujur sahaja Naufal tidak berjaya mengejarnya.

Tok!!! Tok!!! Tok!!!

Kedengaran pintu bilik air diketuk bertalu talu dari luar bilik air. Itu mestilah Naufal.Siapa lagi kan.

" Sya bukak la pintu ni. Aku nak masuk sekali. " pintu diketuk bagai nak roboh.

" Tak boleh. Nanti kita bukannya mandi tapi buat lain. " laung Natasya dari dalam bilik air.

Tiba tiba ketukan yang bertalu talu tadi pun berhenti. Senyap. Natasya dah tersenyum kemenangan di dalam bilik air. Mesti Naufal dah mengalah. Natasya terus mandi tanpa mengetahui apa yang bakal dia tempuh selepas ini.

*************************************

Selepas 15 minit,

Natasya keluar dari bilik air. Natasya melihat Natasya sedang duduk bersandar di kepala katil. Ketika Naufal melihat Natasya keluar dari bilik air terus dia bangun dan menyambar tualanya di penyidai.

Saat Naufal berhenti di hadapan Natasya yang masih berdiri macam tiang lampu di hadapan pintu bilik air. Natasya dapat melihat raup wajah Naufal yang sudah berubah. Dia kenal sangat kalau raup wajah Naufal dah mencuka macam tu maknanya dia sedang merajuk. Mestilah Naufal merajuk dengan Natasya sebab Natasya tidak membenarkan dia mandi sekali dengan Natasya.

" Kau OK. " tanya Natasya gemuruh.

" Tak. Aku merajuk. Tepi sikit aku nak mandi. " Naufal menolak perlahan tubuh Natasya yang menghalang pintu bilik air.

Natasya mengalihkan tubuhnya sedikit untuk menberikan laluan kepada Naufal. Natasya hanya memandang sahaja ketika kelibat Naufal hilang di balik pintu bilik air.

" Alamak dia merajuk pulak. Dah la dia ni susah nak pujuk kalau dah merajuk. Macam mana aku nak pujuk dia ni. Kalau papa dengan mama tahu ni masak aku. " Natasya berkata sendiri.

Tangannya menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. Dia dah runsing. Kalau papa dengan mama tahu mesti teruk pening sebab kena bersoal jawab. Naufal ni kalau dia merajuk memang obvious gila.

Tiba tiba Natasya terfikirkan sesuatu. Dia berjalan ke arah wardrobe. Dicari sesuatu di dalam almari. Satu beg kertas di keluarkan dari almari. Isinya dikeluarkan. Sehelai lingerie sexy berwarna merah pemberian ibu mertuanya sehari sebelum majlis perkahwinannya.

" Patut ke aku pakai. Seksi sangat la. Macam mana masa aku tengah goda dia. Dia tolak aku. Buat malu je. " Natasya masih ragu ragu dengan idea gilanya ini.

" Ahh lantaklah. Tak cuba tak tahu. " putus Natasya.

Lingerie itu disaukkan ketubuhnya. Memang seksa sangat pakaian ini. Tapi Natasya tiada pilihan lain lagi untuk memujuk Naufal. Rambutnya dibiarkan lepas bebas.

Natasya memanjat katil dan membungkusksn dirinya ke dalam selimut. Matanya hanya merenung ke arah pintu bilik air. Hanya menunggu Naufal untuk munculkan diri. Jantungnya dah berdegup kencang. Gugup dengan rancangan sendiri.

Selepas 10 minit, Naufal keluar dari bilik air dengan hanya memakai boxer dan tidak berbaju. Natasya dah menelan liur sendiri.

Naufal langsung tak menghiraukan Natasya yang sedang berbungkus di atas katil. Natasya dan mula ragu kalau rancangannya mungkin akan gagal.

Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan untuk mengurangkan gugupnya. Selepas itu Natasya melepaskan selimutnya dan turun dari katil. Kaki diatur ke arah Naufal yang langsung tidak menghiraukannya.

' Kau boleh Sya. Kau cuma perlu goda dia sikit aje. ' gumam Natasya memberikan semangat kepada diri sendiri.

" Naufal kau yakin nak terus msrajuk dengan aku. " Natasya sengaja bercakap dengan lenggok manja. Sengaja ingin menarik perhatian Naufal supaya berpalingke arahnya.

Naufal memusingkan tubuhnya ke belakang untuk berhadapan dengan Natasya. Selepas sahaja dia membalikkan tubuhnya alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan isterinya yang berpakaian terlalu berani sekarang ini.

Mata Naufal tak lepas dari merenung si isteri dari atas ke bawah. Dia amat tertarik dengan apa yang disajikan dihadapan mata. Nampaknya memang dia tidak boleh merajuk lama lama. Kalau tak mesti dia akan terlepas saat saat keemasan ini.

" Aku mana boleh merajuk lama lama dengan kau." kaki diatur untuk merapatkan lagi jaraknya dan Natasya.

" You try to seduce me right baby. " bisik Naufal di telinga Natasya.

Muka Natasya dah berona merah. Tiba tiba kaki Natasya sudah tidak lagi meminjak lantai. Naufal mencampung tubuh Natasya dan dibawa ke arah katil mereka. Tubuh Natasya diletakkan dengan lembut atas tilam empuk itu. Sekarang Naufal sedang menindih tubuh Natasya. Mata saling merenung antara satu sama lain. Tidak lama kemudian Nuafal mula mencium lembut bibir Natasya. Ciuman yang lembut itu semakin lama bertukar rakus.

Nampaknya Natasya dah berjaya memujuk Naufal yang merajuk. Tapi kesannya Natasya pula yang kepenatan. Sudah tubuh sudah sedia letih disebabkan dia melakukan banyak kerja di kafe tadi. Sekarang nak kena pujuk Naufal dengan cara yang macam ni. Makin bertambah letihlah dia.

Sorry sebab lupa post semalam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience