Seperti hari kebiasaannya Naufal dan Natasya akan ke kolej seperti biasa. Ketika Natasya sedang membantu Naufal mengeringkan rambutnya. Naufal hanya merenung wajah Natasya tidak lepas.
" Sayang... " panggil Naufal sambil merenung wajah cantik cik isteri.
" Hmm... " gumam Natasya menjawab panggilan si suami.
" Sampai bila kita nak rahsiakan perkahwinan kita ni dari orang orang kat kolej tu. " tanya Naufal serius.
Naufal mendengar Natasya melepaskan nafas lelah. Dia tahu yang Natasya tak mahu hubungan perkahwinan mereka diketahui kerana takut mendapat masalah dengan peminat peminatnya.
" I'm still not ready. " jawab Natasya lemah.
" Hubby tahu mesti sayang risaukan penerimaan diorang kan. But don't worry because I will be with you. " pujuk Naufal lembut.
" Lagipun hubby kalau boleh nak satu dunia tahu yang sayang ni isteri hubby. Biar dah tak orang yang berani nak kacau sayang lagi. " sambung Naufal lagi.
" Can we stop talk about this. " kata Natasya lemah.
Naufal merengus lemah. Nak tak nak dia terpaksa mengikut kehendak Natasya itu.
" Ok. Dah pergilah bersiap nanti lewat pulak kita. " kata Naufal perlahan tapi masih mampu didengari oleh Natasya.
Natasya hanya mengangguk dan melangkah ke arah meja solek untuk bersiap.
" Harini kita pergi kolej dengan motosikal. Sebab kereta hubby hantar pergi service. " kata Naufal tegas.
Natasya hanya diam dan tidak membalas. Lalu menyambung langkah kembali.
*************************************
Di kolej,
Motosikal Kawasaki Ninja 650 milik Naufal masuk ke dalam kawasan parkir kolej tersebut.
" Sayang pergi masuk kelas dulu lah. Hubby ada hal nak kena uruskan kejap. " kata Naufal sebaik sahaja turun dari motosikal berkuasa tingginya itu.
" Hmm... yelah. Sayang pergi dulu. " balas Natasya lalu melangkah meninggalkan tempat parkir itu.
**********************
Ketika Natasya sedang berjalan ruang legar kolej itu untuk menuju ke dewan kuliah. Tiba tiba sahaja langkahnya dihalang oleh sekumpulan remaja perempuan yang amat dikenalinya.
Siapa lagi kalau bukan Elisa and the gang.
" Wah... wah... sugar baby terhangat dah sampai. Mana sugar daddy you tu. Dia dah tinggalkan you ke. " kata Natasya sambil tersenyum sinis kepada Natasya.
" Kau cakap apa ni? Sugar baby? Sugar daddy? Apa kau nak sebenarnya ni Elisa? " tanya Natasya tak puas hati apabila dia dituduh sebegitu rupa. Ingat dia tiada maruah sangat ke.
" Apa I cakap? You ni tak faham ke buat buat tak faham. You tak payah nak buat tak tahu lah Natasya. Satu kolej dah tahu kerja terkutuk you tu. " kata Elisa lagi masih dengan senyuman jengkel yang tidak lekang di bibir.
" Aku tak fahamlah apa yang korang cakap ni. Aku ada kelas ni tau. Baik aku blah daripada daripada layan tuduhan tak berasas kau tu. " kata Natasya malas lalu mahu melangkah meninggalkan kumpulan itu. Tapi tiba tiba lengannya tiba tiba sahaja direntap kasar oleh Elisa.
" Kau nak apa lagi ni Elisa. " kata Natasya tak puas hati.
" Aku nak kau mengaku pada semua orang yang kau ni sebenarnya memang jadi sugar baby si Naufal tu. " kata Elisa kasar.
Natasya jelas terkedu dengan kata kata Elisa itu.
" Kau tengok ni. Masih tak nak mengaku lagi. " kata Elisa lalu menghalakan skrin telefon bimbitnya kepada Natasya.
Natasya terkedu apabila melihat gambar yang ditunjukkan oleh Elisa itu. Banyak gambar mesra dia bersama dengan Naufal. Dari gambar berpegang tangan hingga ke gambar berpeluk dan bercium bagai.
Gambar Natasya dan Tan sri Nazim di hadapan hotel pun turut ada bersama. Gambar ketika mereka sekeluarga keluar makan malam di hotel bersama. Ketika itu Natasya dan Tan sri Nazim sedang menunggu Puan sri Afifah yang sedang berbual bersama rakannya dan Naufal serta Nadzmi sedang pergi mengambil kereta di tempat parking.
" Mana kau dapat gambar tu semua Elisa. " tanya Natasya tergagap-gagap. Dia sudah cuak. Habislah rahsia ini terbongkar.
" Mana aku dapat tu tak penting. Yang penting sekarang semua orang dah tahu perangai terkutuk kau tu. " kata Elisa sarkastik. Dia sebenarnya sudah menyebarkan gambar itu kepada semua orang di kolej.
Natasya bertambah terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Elisa itu. Patutlah ketika dia melangkah masuk ke kolej itu tadi semua orang memandangnya dengan pandangan yang aneh.
" Tak sangka aku kan. Perempuan yang nampak baik macam kau ni rupa-rupanya jual diri dekat kawan sendiri sebab nak hidup mewah. " tuduh Elisa.
" Tak cukup dengan anak. Bapak pun kau nak sambar jugak eh. Gatal jugak kau ni ehh! Tamak pun ye jugak. Cheap whore. " kata Elisa lagi.
Tiba tiba.
PANG!!!
Semua orang di situ memandang ke arah mereka. Elisa terkedu sebaik sahaja melihat siapa yang berani menampar dirinya.
" Sampai hati you tampar I Naufal. " kata Elisa dengan mata mula berkaca dengan air mata palsunya itu.
" Memang patut perempuan murah macam kau ni tampar tahu tak. Suka hati kau je nak tuduh orang macam macam. Kau ingat kau tu baik sangat ke? " jerit Naufal dengan wajahnya yang sudah bertukar bengis.
" Apa tak betul ke apa yang I cakap yang dia tu sebenarnya sugar baby. Tak cukup you dengan ayah you pun dia ada skandal. " kata Elisa lagi.
PANG !!!
Satu lagi penampar Naufal singgah di pipi Elisa. Tak lah kuat sampai meninggalkan kesan. Tapi tetap pedih.
" You masih nak menidakkan hal ni Naufal. Jelas dalam gambar gambar tu yang perempuan ni berpeluk dan bercium bagai. Tu bukan perempuan murah ke biarkan you sentuh dia sesuka hati. " jerit Elisa lagi.
" Ehh... suka hati aku lah nak peluk ke nak cium dia. Kau tahu tak dia ni siapa? " jerit Naufal lagi.
" Kau dengar sini. Dan semua orang kat sini pun dengar baik-baik. I want to all of you know that we already married. " jerit Naufal lantang kepada semua orang yang ada di ruang legar itu. Langsung tak menhiraukan pandangan semua yang berada di situ. Malah ada yang siap merakam peristiwa tersebut menggunakan telefon bimbit.
" What ?!! " jerit Elisa tidak percaya.
" Yes. We already married. Natasya is my wife and I is her husband. Puas hati you. " jerit Naufal lagi tepat ke muka Elisa.
Elisa sudah terdiam dan tidak berani lagi untu bersuara.
" Dah jom kita pergi sayang. " Naufal menarik tangan Natasya meninggalkan kawasan itu lalu melangkah ke arah dewan kuliah.
*******************************
Di villa,
Nadzmi sedang tertidur lena di dalam biliknya. Hari ini dia tiada kelas jadi dia hanya memilih untuk tidur sahaja sebelum ke kafe.
Tiba tiba telefonnya berdering dan menganggu lenanya itu. Nadzmi yang masih mamai cuba mengapai phone nya di atas meja sisi katil. Sebaik sahaja phone itu berada di tangannya. Punat hijau itu ditekan.
" Hello. Hmm... nak apa? " tanya Nadzmi dengan suara serak selepas bangun tidur.
" What seriously. " jerit Nadzmi terkejut. Terus dia terbangun dari baringannya. Kantuknya sudah hilang. Matanya sudah mula segar bugar. Tanpa menjawap pertanyaan si pemanggil di hujung sana. Dia sudah meletakkan panggilan tersebut.
Nadzmi terus memeriksa mesej dan whatsapp nya. Penuh dengan mesej dan miscall daripada kawan kawan kolej nya. Dan semua itu menanyakan kepadanya tentang status perkahwinan Naufal dan Natasya. Ada juga salah seorang dari kenalannya yang menghantar video dimana Natasya dihina oleh Elisa sehingga Naufal datang menampar pipi Elisa dan mengaku kepada semua orang tentang status sebenar mereka itu.
" Biar betul Naufal ni. " kata Nadzmi tidak percaya selepas melihat video itu.
Nadzmi mula mundar-mandir di dalam biliknya itu. Tak sangka dengan tindakan drastik Naufal itu.
Share this novel