BAB 5 : KENANGAN PAHIT

Romance Series 104277

[ IMBAS KEMBALI ]

7 tahun yang lalu,

PANG... PANG... PANG...

Kedengaran bunyi tamparan bertalu talu berselang seli dengan bunyi barang barang di baling ke dinding dan lantai. Suara mak yang sedang menangis dan merintih kesakitan akibat dipukul oleh ayah.

Natasya hanya mampu menangis di dalam biliknya kerana mak awal awal lagi sudah melarang Natasya keluar dari bilik. Maknya takut Natasya pula yang akan dipukul oleh suaminya itu.

Setelah mendengar enjin motor bapak berlalu meninggalkan kawasan rumah itu. Natasya terus berlari keluar untuk memeriksa keadaan maknya.

" Mak!!! " jerit Natasya menahan air matanya daripada tumpah.

Pedih hatinya melihat keadaan mak yang penuh dengan kesan lebam, luka dan kesan libasan tali pinggang bapak.

Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua. Puan Syida lantas memeluk anaknya yang sedang menangis itu. Dia menahan air matanya dari pada terus mengalir. Dia tahu kalau di menangis di depan Natasya akan membuatkan Natasya lebih berasa sedih.

" Dah... dah sayang mak tak apa apa. " pujuk maknya sambil mengusap lembut belakang Natasya.

" Tapi kenapa bapak selalu pukul mak. Takkan sebab tak dapat duit nak berjudi pun sanggup dia buat mak sampai jadi macam ni. " tangis Natasya yang ketika itu masih berusia 15 tahun.

" Hei... dah tak baik cakap kat bapak macam tu dia tetap bapak Sya. " pujuk seorang mak agar si anak tidak membenci si ayah.

***************************************

Natasya yang sedang berada di depan meja solek masih termenung mengingatkan kenangan pahit 7 tahun yang lalu.

Selepas peristiwa malam itu bapak langsung tak pulang ke rumah selama 2 minggu lebih. Selama itu mak mula sakit teruk. Mak yang sedia lumpuh separuh badan akibat kemalangan yang menimpanya 2 tahun yang lalu. Disebabkan itu maknya berhenti bekerja di Villa Tan sri Nazim dan hanya mengambil tempahan membuat nasi lemak untuk di hantar ke kedai kedai. Semestinya orang yang akan menghantar nasi lemak itu sudah tentulah Natasya. Kadang kadang Naufal dan Nadzmi juga turut membantu kami anak beranak menyiapkan dan menghantar nasi lemak tersebut ke kedai.

Tapi selepas malam itu, mak langsung tidak dapat bergerak. Hatta mengangkat tangan sekalipun. Natasya ada keluar mencari bapaknya ditemani oleh Naufal dan Nadzmi.

Dia berjaya juga menemui ayahnya. Tapi apabila Natasya minta ayahnya pulang ke rumah untuk melihat keadaan mak yang sakit bukan mahu pulang tetapi dia mendoakan agar mak cepat mati.

" Hahh.... baguslah pompuan tu sakit kenapa tak mampus je senang sikit hidup aku. Ada pun tak berguna. Menyusahkan aku je. " masih terngiang ngiang kata kata kesat bapak ketika itu.

Natasya akhirnya meminta bantuan Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah untuk membawa maknya ke hospital.

Apabila Natasya pulang ke rumah untuk membawa maknya ke hospital setelah pulang dari sekolah. Hanya tuhan sahaja tahu perasaan Natasya ketika itu apabila dia cuba untuk mengejutkan maknya tetapi maknya hanya kaku tidak bergerak. Rupanya mak dah tak ada. Natasya menangis semahunya sambil memeluk jasad kaku maknya. Tan sri Nazim, Puan sri Afifah, Nadzmi dan Naufal yang menjadi saksi kisah duka itu cuba menenangkan Natasya yang sudah seperti orang hilang pedoman.

Semasa hari pengebumian maknya, bapaknya langsung tidak kelihatan biarpun sudah ada yang menyampaikan tentang kematian Puan Syida. segala urusan diuruskan oleh Tan sri Nazim sekeluarga. Betapa besarnya jasa keluarga tersebut kepadanya.

Deringan dari phonenya menyadarkan Natasya kembali ke dunia nyata. Tertera nama Naufal di skrin. Langsung panggilan di jawab.

" Kau lambat lagi ke? " soal Naufal di talian.

" Jap aku dah siap. Ni tinggal nak angkat barang je ni. " jawab Natasya lalu meletakkan panggilan.

Natasya memerhati kesan lebam di kedua belah pipinya yang telah diselindung menggunakan make up. Kalau dari jauh memang tak nampak. Tapi kalau tengok dekat tetap nampak kesannya.

Selesai mengambil semua barangnya, Natasya keluar dari rumah. Terlihat sebuah Audi RS7 berwana hitam milik Naufal menunggu Natasya di luar pagar rumah tersebut.

Natasya meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Melihat ke arah tempat pemandu Naufal sedang memeriksa assingment yang akan dihantarnya hari ni.

Naufal menjeling sekilas lalu mengisyaratkan Natasya supaya memakai tali pinggang keledar. Tanpa berlengah Natasya memakainya. Selang seminit enjin kereta tersebut dihidupkan lalu terus meluncur laju di jalan raya menuju ke kolej mereka.

Sepanjang perjalanan mereka hanya berbual kosong sahaja. Naufal yang perasan akan ada benda yang tidak kena pada Natasya hanya mendiamkan diri sahaja. Belum masanya dia menyoal siasat tentang apa yang terjadi kepada Natasya. Dia akan menunggu sehingga mereka habis kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience