BAB 54 : SURPRISE

Romance Series 104277

Natasya dan Puan sri Afifah sedang berbual dengan sekumpulan wanita yang merupakan tetamu-tetamu VIP majlis itu dan merangkap kenalan kepada Puan sri Afifah.

" Amboi Puan sri, tak sangka I tau rupanya Puan sri dah ada menantu. Cantik pula tu. " puji seorang wanita dalam lingkungan awal 50 an yang bernama Datin Rubiah.

" Haah la Puan sri. Cantik betul menantu Puan sri ni. Patutlah anak Puan sri tu tertawan sampai sanggup kahwin awal. " balas seorang lagi wanita yang lebih kurang sebaya dengan Datin Rubiah tadi yang bernama Datin Fida.

" Menantu I je ke cantik. I tak cantik. " gurau Puan sri Afifah membuatkan mereka semua tertawa lucu.

" Mana adalah Puan sri. Puan sri dengan menantu Puan sri ni nampak sebaya je. Dah macam kakak dengan adik kami tengok. " kata seorang wanita yang kelihatan lebih muda daripada datin-datin itu tadi. Wanita yang bernama Puan Sophie itu kelihatan dalam lingkungan 30 an.

" Menantu Puan sri ni sebaya ke dengan anak Puan sri tu? " tanya Datin Rubiah.

" Haah. Diorang sebaya. 23 tahun. " jawab Puan sri Afifah sambil menayangkan senyuman manisnya.

" Oh my God. Muda lagi tu. Tapi kenapa kahwin awal. " respon Puan Sophie sambil melirik ke arah Natasya yang sedang berdiri di sebelah Puan sri Afifah.

" Tasya ni tak kisah kahwin awal? Kenapa tak enjoy dulu sebelum kahwin? " tanya Datin Fida kepada Natasya.

" Saya tak kesah pun Datin. Lagipun lepas kahwin pun tetap boleh enjoy kan. " jawab Natasya sambil tersenyum tawar.

" Tulah. Apa salahnya kahwin awal. Kan lagi bagus dari biarkan diorang buat maksiat kat luar sana tu. Baik kahwin kan terus. " tambah Puan sri Afifah membela menantunya.

" Bukan I nak cakap salah Puan sri. Cuma I kesiankan menantu Puan sri ni. Natasya, you tak rasa rugi ke sebab kahwin awal sangat. Patutnya lepas you dah habis study you kerja dulu and enjoy your life. Ni dah kahwin banyak beban you kena galas. Married is a commitment, darling. Nak kena jaga makan pakai suami. Kalau ada anak nak kena jaga anak lagi. Susah tau alam rumah tangga ni. " kata Datin Fida sambil menayangkan wajah sinisnya.

" Saya OK je Datin. Saya tak rasa perkahwinan ni satu beban pun. Cuma ia mengajar kita erti tanggungjawab yang sebenar. If we understand each other, all will be okey. " jawab Natasya.

" Betul tu Tasya. I agree with you. " sokong Puan Sophie.

" Lagipun kalau bukan kita yang jaga makan dan pakai suami dan anak-anak. Siapa lagi nak buat kan. Takkan nak serah 100% kat pembantu rumah je. Baik diorang yang jadi isteri kepada si suami. " sindir Puan sri Afifah kepada Datin Fida.

Datin Fida sudah diam seribu bahasa kerana dia tahu yang Puan sri Afifah sedang menyindir dirinya yang telah menyehkan sepenuhnya tugasan rumah tangga kepada pembantu rumah. Termasuk menguruskan suami dan anaknya.

Puan sri Afifah tahu yang Datin Fida itu seorang yang hipokrit a.k.a talam dua muka. Tapi terpaksalah dia bermanis muka kerana Datin Fida itu isteri kepada salah seorang rakan business suaminya.

********************************

Sebaik sahaja jam 12 malam, semua tetamu yang hadir sudah pun pulang. Dewan makan yang tadi dipenuhi ramai kini, sudah kembali lenggang. Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah juga sudah pulang. Termasuk si Nadzmi yang perlu menumpang kedua ibu bapanya untuk pulang atas arahan kembarnya itu.

Sekarang ni Natasya dan Naufal sedang berada di hadapan lif VVIP yang mereka gunakan sebelum ke majlis tadi.

" Hubby, bila kita nak balik? Semua tetamu dah balik dah. " sungut Natasya manja.

" Are you ready sweetheart. " bisik Naufal penuh sensual sambil memeluk Natasya dari arah belakang.

" Hubby! apani nanti orang nampaklah. " Natasya cuba merungkaikan pelukan Naufal itu. Takut nanti ada tetamu atau pekerja hotel itu yang nampak adegan romantik mereka itu.

" Are you forget something sayang. " bisik Naufal di tepi telinga Naufal.

" Forget what? " tanya Natasya yang masih lagi blur.

" Sayang lupa ke tadi hubby cakap yang hubby nak bawak sayang pergi somewhere. " jawab Naufal.

" Ooo... I'm sorry. Lupa. " jawab Natasya serba salah.

" Kita nak pergi mana ni hubby. " tanya Natasya sebaik sahaja dia dan Naufal sudah memasuki lif itu. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam lif VVIP itu.

" Adalah. Surprise. But before that... " Naufal mengeluarkan sesuatu dari kotnya.

" Hubby nak buat apa dengan kain tu. " tanya Natasya sebaik sahaja melihat sehelai kain yang sederhana panjang berwarna hitam yang berada di tangan si suami.

Tanpa menjawab soalan Natasya. Naufal terus menutup mata Natasya menggunakan kain hitam tersebut. Natasya hanya diam dan tidak melawan. Sejujurnya dia sendiri masih bingung dengan apa yang terjadi sekarang.

" Hubby... apanih main tutup-tutup mata. Sayang tak nampaklah. " rengek Natasya manja.

" Don't worry sayang. Just for a while only. I have a very special surprise for us. " pujuk Naufal lembut sambil memegang kedua bahu Natasya.

Mereka diam untuk seketika. Lif pun sampailah ke tingkat 20 hotel tersebut.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka. Naufal memimpin tangan Natasya untuk mengikuti langkahnya. Natasya hanya mengikut sahaja ke mana Naufal ingin membawanya.

" Hubby... kita nak pergi mana ni. Cakaplah. " tanya Natasya lagi entah kali ke berapa.

" Kejap sayang, sikit lagi. Kita dah nak sampai ni. " balas Naufal.

Akhirnya langkah mereka berdua terhenti. Natasya mengangak yang mereka sudah tiba ke tempat yang dituju. Ketika tangannya cuba merungkaikan ikatan pada penutup matanya. Tiba-tiba Naufal menghalangnya.

" Wait... sayang, jangan bukak kain tu selagi hubby tak bukakan. " kata Naufal sambil meleretkan suaranya.

Selepas 5 minit, akhirnya Naufal menanggalkan penutup mata yang menutup mata cantik si isteri.

Mulut Natasya sedikit ternganga dan dia sendiri terkaku sebaik sahaja penutup mata itu dibuka. Tangan menutup mulut yang ternganga itu. Macam tak percaya apa yang terpamer di hadapannya sekarang.

Sekarang ni mereka berada di honeymoon suite hotel itu. Bilik yang luas itu dipenuhi dengan banyak kelopak bunga mawar dan lilin wangi di sekitar suite itu. Suasana yang cukup romantik dengan keadaan bilik yang malap dan hanya disinari cahaya lilin wangi itu sahaja.

Sebuah katil bersaiz king yang berada di tengah suite tersebut yang paling menarik perhatian kedua pasangan itu. Katil itu telah ditaburi dengan kelompak bunga mawar yang sudah dibentuk menjadi bentuk hati dan tidak lupa gubahan tuala yang membentuk dua ekor angsa seperti sedang bercium.

" Do you like it sayang. " bisik Naufal sambil memeluk tubuh Natasya dari belakang.

" Bila masa hubby buat semua benda ni. " tanya Natasya masih tidak percaya dimana mereka berada sekarang.

" Adalah. Secret. " itu sahaja yang dijawab oleh Naufal.

" So, you like it? " tanya Naufal lagi. Selagi Natasya tidak menjawab soalannya itu. Selagi itulah dia akan bertanya.

" Yes I likes it. Thank you hubby. " dengan beraninya Natasya menghadiahkan satu kucupan lembut ke bibir si suami.

Ketika Natasya cuba meleraikan ciuman itu. Tiba-tiba Naufal menahan belakang leher Natasya agar ciuman mereka tidak terlerai. Ciuman yang pada awalnya penuh kelembutan mula bertukar rakus.

Naufal akhirnya meleraikan ciuman mereka. Tapi tangannya masih lagi memeluk erat pinggang ramping si isteri. Mata cantik Natasya direnung. Natasya turut membalas renungan itu.

" I really love you sayang. For the rest of my life with you. " luah Naufal setelah lama membalas renungan.

" I love you too hubby. For the rest of my life too. " balas Natasya.

Tanpa berlengah lagi Naufal terus mencampung tubuh Natasya dan menuju ke arah katil yang bakal menjadi saksi mereka melayari lautan asmara mereka yang dalam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience