Sudah menjadi rutin setiap bulan Natasya untuk menemani mertuanya membeli belah barangan basah untuk villa mereka. Setiap sekali sebulan pasti mereka berdua akan mempunyai masa sehari untuk meluangkan masa bersama.
*****************************
Di pasar raya,
Natasya sedang menolak troli sambil mengambil barangan yang telah disenaraikan oleh dia dan Puan sri Afifah. Natasya hanya bersendirian kerana Puan sri Afifah telah berlalu je tandas.
Ketika Natasya sedang memilih sayur sayuran. Tiba-tiba sahaja ada suara kasar yang menyapa dirinya dari sisi.
" Tasya... " intonasi orang kedengaran sangat kasar.
Natasya menolehkan kepalanya ke sisi. Betapa terkejutnya Natasya melihat gerangan yang telah menyapa dirinya itu. Natasya diam tak terkata buat seketika.
" Kenapa terkejut tengok aku? " tanya orang itu sinis.
Natasya yang terkedu sebentar tadi terus sedar. Tanpa membuang masa dia terus meraih tangan gerangan itu untuk disalam.
" Mak cik apa khabar? Sihat? " tanya Natasya ramah.
Ya. Orang yang menyapa Natasya itu ialah Puan Maimun, ibu tiri Natasya.
" Macam nilah. " jawab Puan Maimun. Dia memandang dengan penuh jengkel ke arah Natasya yang sedang menyalami tangannya itu.
" Mak cik buat apa kat sini? " tanya Natasya lagi masih dengan nada lembut dan mesranya.
" Buat apa lagi kalau bukan beli barang. Kau ingat orang kaya macam keluarga mertua kau tu je ke yang boleh datang beli barang kat sini. " penuh sinis kata Puan Maimun itu.
" Maaf kalau buat mak cik terasa. " ucap Natasya.
Walaupun Puan Maimun telah banyak membuatkan hidup Natasya susah sebelum ini. Namun dia tetap perlu menghormati wanita itu yang lebih tua dan merangkap sebagai ibu tirinya itu.
" Bapak dengan Sabrina macam mana mak cik? Diorang sihat? " tanya Natasya lagi tetap cuba bermesra dengan Puan Maimun.
" Kenapa kau tanya. Macamlah kau tak tahu perangai bapak kau tu macam mana. Tak habis-habis berjudi dengan mabuk. " kata Puan Maimun penuh geram tetapi dengan suara yang perlahan.
" Kau tahu tak. Sejak kau keluar dari rumah tu. Aku ni yang nak kena bekerja semata-mata nak bagi duit kat bapak kau tu untuk dia berjudi. Kalau aku tak bagi. Mulalah mengamuk nak pukul aku. Kau tahu tak aku letih. Kena keluar pergi buat kerja pagi balik petang. Duit yang nak buat beli barang dapur pun tak sampai 100 ringgit. Apalah sangat yang boleh beli. Kau tengoklah ni? " bebel Puan Maimun sambil menunjukkan bakul yang sedang dibawanya kepada Natasya.
Natasya melihat ke dalam bakul itu. Ada sepapan telur, minyak sebotol dan sedikit sayuran.
Natasya yang mula berasa kasihan menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan berapa not 50 ringgit. Lalu diberikan kepada Puan Maimun.
" Nah... mak cik. Ni je yang Tasya mampu hulur. " kata Natasya selepas menyerahkan wang itu kepada Puan Maimun.
" Haih... 200 ratus je. Setakat 200 ratus ni boleh buat bagi kat bapak kau untuk berjudi jelah. " kata Puan Maimun sinis.
" Maaflah mak cik setakat tu je Tasya boleh tolong mak cik. " kata Natasya cuba bersabar.
" Kau tak payah nak tipu akulah. Takkan ni je duit yang kau ada. Dah jadi menantu orang kaya. Pakai barang branded. Takkan tak ada duit. " sindir Puan Maimun.
Tak sempat Natasya nak membalas. Puan Maimun sekali lagi menambah sindirannya.
" Ohh... yelahkan. Keluarga mertua kau tu cuma nak manfaatkan kau aje. " kata Puan Maimun sambil tersenyum jengkel.
" Apa maksud mak cik? " tanya Natasya hairan.
" Natasya... Natasya... kesiannya aku kat kau ni. Kau tak sedar lagi ke? " ucap Puan Maimun semakin membuatkan Natasya keliru.
" Sedar apa? " Natasya masih berusaha untuk memahami maksud ibu tirinya itu.
" Kau ni nak cakap bodoh. Kau tu belajar dah tinggi. Tapi masih lagi tak fahamkan. Sebenarnya keluarga mertua kau tu hanya manfaatkan kau untuk diorang dapat pewaris aje. Kalau la kau tu mandul tak pun lambat bagi diorang tu cucu. Nanti diorang tu akan buang kau macam sampah. Macam mana bapak kau tu buang kau dulu. " kata Puan Maimun.
" Lagipun tak silap aku kau dah kahwin nak dekat setahun kan? Tapi kau ni aku tengok macam tak berisi lagipun. Percayalah tak lama lagi keluarga mertua kau tu akan buang kau. Tak pun laki kau tu akan cari perempuan lain yang boleh bagi dia zuriat. " sambung Puan Maimun lagi. Puas hatinya apabila melihat riak wajah Natasya ketika ini.
Natasya jelas terkedu. Semua perasaannya sedang bercampur aduk. Terkejut, takut, trauma dan tidak percaya.
Natasya yang telah mendengar tuduhan Puan Maimun itu cuba berprasangka baik. Kata-kata Puan Maimun itu hanya fitnah. Mana mungkin keluarga yang telah dia kenal lebih bertahun-tahun akan melakukannya sebegitu.
" Hoi... kau termenung apa pulak kau ni. Dah bagi lagi duit kat aku. Aku tahu dalam beg kau tu ada lagi duit kan. Bagi kat aku semua duit kau tu. Aku ni bukannya bela orang lain. Bapak kau jugak. " kata Puan Maimun sambil menghulurkan tangannya untuk meminta wang.
" Mak cik tu je Tasya boleh bagi. " ulang Natasya lagi tapi kali ini dengar suara mendatar.
" Kau ni apa yang payah sangat. Bagi jelah kat aku duit tu. Ke kau nak aku ambik sendiri. Meh... sini kau biar aku ambik sendiri. " kata Puan Maimun lalu terus cuba merebut beg tangan Natasya.
Namun Natasya sempat memegang kemas beg tangannya itu. Tapi Puan Maimun tetap tidak berputus asa untuk merebut beg tangan itu. Mata mata yang memandang mereka langsung tak dihiraukan.
" Mak cik... janganlah... " jerit Natasya halus sambil menghalang Puan Maimun dari merampas beg tangannya itu.
Dalam pergelutan itu. Secara tidak sengaja Natasya telah menyentap beg tangannya itu dengan kuat sehingga menyebabkan Puan Maimun jatuh terduduk ke atas lantai.
" Aduhhh.... kau ni memang tak gunakan. Siaplah kau!!! " wajah Puan Maimun sudah bertukar bengis.
Sepantas kilat dia bangun berdiri kembali dan terus menerpa ke arah Natasya. Rambut panjang Natasya dicekak lalu ditariknya.
" Aduhh... mak cik... sakit... lepas... mak cik... sakit... " Natasya mula meringis. Matanya sudah mula berkaca. Rasa seperti mahu tertanggal kulit kepala. Bukannya dia tak pernah diperlakukan sebegitu rupa. Namun ia tetap menyakitkan.
" Heyy... kau lepaskan anak aku!!! " jerit satu suara.
Natasya dan Puan Maimun serta semua orang berpaling serentak ke arah suara itu.
Betapa leganya perasaan Natasya ketika itu apabila melihat mama mertuanya, Puan sri Afifah muncul tepat pada waktunya.
Tanpa membuang masa Puan sri Afifah terus menghampiri Natasya dan Puan Maimun. Tangan Puan Maimun yang mencekak rambut Natasya ditepisnya sehingga rambut Natasya terlepas. Kemudian dia menolak Natasya ke belakang tubuhnya bagi melindungi menantu kesayangannya itu daripada di apa-apakan.
" Apa kau buat kat anak aku hah!!! " kata Puan sri Afifah dengan nada yang tegang.
" Budak tak guna tu bukannya anak kau pun. Dia tu cuma menantu kau jelah. " kata Puan Maimun penuh sinis.
" Ehh... suka hati akulah. Aku dah anggap Natasya ni macam anak aku sendiri walaupun dia menantu aku. Bukan macam kau yang layan dia macam orang gaji kau anak-beranak. " luah Puan sri Afifah dengan nada tertahan-tahan.
" Ahhhh... kau tak payah sibuk perempuan kaya sombong. Ni urusan aku dengan budak tak guna tu. Tepi kau. " usai berkata begitu Puan Maimun terus menolak Puan sri Afifah ke sisi dengan kasar.
Belum sempat Puan Maimun menyerang Natasya kembali. Puan sri Afifah dahulu yang telah menyerang Puan Maimun dengan menarik sanggul rambut Puan Maimun. Berlaku pergelutan antara kedua wanita itu. Tapi yang yang lebih dominan semestinya Puan sri Afifah. Natasya cuba untuk meleraikan perbalahan itu namun tidak berjaya.
Sungguh Natasya bagai tak percaya yang wanita yang sedang bergomol di pasaraya itu sambil disaksikan oleh orang ramai ialah mertuanya yang selama ini seorang yang penyayang dan lemah lembut.
Saat Natasya kelu tak terkata. Tiba-tiba ada tangan yang merangkul pinggangnya.
" Are you okey baby... " bisik suara yang sangat Natasya kenali.
" Hubby... Macam mana hubby boleh ada kat sini... " Natasya bagaikan tidak percaya bahawa sekarang Naufal sudah ada di sisinya.
Naufal tidak menjawab sebaliknya hanya mencium ubun-ubun isterinya.
" stay here. I will settle everything. " bisik Naufal sebelum dia menghampiri mamanya yang sedang bergaduh itu.
Naufal dengan tangkas memuat bahu Puan sri Afifah dan menghentikan mamanya daripada terus menyerang Puan Maimun.
" Stop it ma... don't waste your time with this crazy woman mama. " kata Naufal keras sambil mama mencerung ke arah Puan Maimun.
Puan Maimun turut berhenti. Terus dia menikus sebaik sahaja dia menerima jelingan maut daripada pemuda dihadapannya sekarang.
Naufal turuk memberikan jelingan tajam kepada orang ramai yang sedang menatap ke arah mereka dan ada juga turut merakam kejadian tersebut. Kemudian orang itu terus beredar dan berpura-pura seperti tidak ada apa yang berlaku. Yang merakam juga turut menghentikan rakaman.
Naufal melepaskan bahu mamanya dan menghampiri Puan Maimun. Duit yang diberikan Natasya tadi terus dirampas.
" Kalau tak reti bersyukur. Tak payah ambik. Ni duit bini aku. Aku bagi duit ni dekat dia buat belanja. Bukan untuk bagi kat kau. " kata Naufal keras dengan wajah yang merah menyala.
Kalau diikutkan hatinya yang terbakar sekarang ni. Nak sahaja dia memberikan pengajaran kepada wanita tua itu. Tapi dia masih ada secebis rasa hormat kepada insan yang lebih tua. Tambahan pula ada mamanya dan Natasya. Dua orang wanita yang sangat dia hormati.
Naufal terus berpusing ke belakang dan menarik tangan Puan sri Afifah dan Natasya untuk berlalu dari situ.
" Mama. Sayang. Jom. Shaq bayar. " Naufal memberikan pesanan kepada orang suruhan papanya untuk membayar barang yang sudah dibeli oleh Natasya dan mamanya.
Share this novel