BAB 11 : SELAMATKAN

Romance Series 104277

Motosikal Kawasaki Ninja 650 milik Naufal memecut laju di atas jalan raya. Naufal tak sedar yang dia telah menunggang motorsikal dengan merbahaya. Hampir hampir dia terlanggar kereta di atas jalan dan dia sendiri hampir kemalangan.

Sampai sahaja di depan rumah Natasya, Naufal terus menghentikan motosikalnya lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah Natasya. Salam pun lupa nak diberi. Kasutnya juga lupa ditanggalkan. Biarlah kalau orang kata dia tak beradab masuk rumah orang tanpa buka kasut pun.

Masuk sahaja ke rumah itu Naufal melihat Natasya sedang dipukul oleh bapak dan ibu tirinya menggunakan tali pinggang dan getah paip. Natasya dilihat hanya menangis dan merintih menahan kesakitan dari pukulan pukulan tersebut.Amarah Naufal sudah di tahap nak meletup sekarang ni.

Terus Naufal meluru ke arah Encik Azman lalu menolak lelaki tua itu jauh dari Natasya. Puan Maimun yang turut memukul Natasya berhenti dari memukul Natasya. Sabrina yang dari tadi menjadi penonton juga terkejut dan kaku di tempatnya berdiri sekarang.

" Pak cik dengan mak cik ni dah gila ke? " kata Naufal marah tapi masih cuba menghormati kedua orang tua itu.

" Eh!!! budak mentah. Kau jangan nak masuk campur urusan keluarga aku la. Kau ni siapa tiba tiba masuk rumah aku tak mintak izin? Kau ingat ni rumah kau? " bertalu talu soalan diberikan oleh Encik Azman yang langsung tidak mengenali Naufal.

" La... takkan abang tak tahu. Ni lah budak yang selalu anak abang ni ikut ke hulu ke hilir. Keluar pagi balik malam. Entah entah budak tak guna ni dah ikut budak jantan ni ke hotel kita tak tahu. " tuduh Puan Maimun.

" Oohhh... memang patut la aku jual kau ni kat Tauke Wong. Kau pun dah ada pengalamankan. Dari kau layan budak mentah ni baik kau kerja je kat kelab si Tauke Wong tu. Dapat juga duit. " kata Encik Azman sambil tersenyum sinis.

Naufal melihat Natasya yang masih menangis di lantai sekilas.

' Maafkan aku Sya '

Naufal menghayunkan helmet di tangannya ke rusuk kanan encik Azman. Selepas itu menendang jendela kanan di sebelah pintu. Habis pecah berderai jendela kaca tersebut.

" Woi... kau ingat ni rumah kau ke. Suka hati kau pecahkan jendela rumah aku. " jerit Puan Maimun.

" Sial punya budak!!! " tengking Encik Azman lalu berdiri dan meluru ke arah Naufal. Saat tangannya dihayunkan untuk menunbuk wajah Naufal tiba tiba ada tangan yang menghalangnya.

Apabila kepala kepala di toleh ke sisi ingin melihat siapa yang menghalangnya. Dia melihat seorang budak lelaki yang muka seiras budak lelaki di depannya sekarang ni.

Naufal juga turut terkejut melihat Nadzmi sedang menahan lengan Encik Azman dari memukulnya. Tidak lama kemudian, muncul Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah di ruang tamu itu.

" Ya Allah anak aku... Tasya. " Puan sri Afifah terus menerpa ke arah Natasya lalu memeluk Natasya yang masih menangis tidak berdaya di lantai. Dia juga turut menangis melihat keadaan Natasya sekarang.

Tan sri Nazim mara ke arah Encik Azman dan anak kembarnya itu. Pegangan Nadzmi pada lengan Encik Azman dilepaskan. Sekarang Tan sri Nazim berdiri menghadap Encik Azman. Manakala Naufal dan Nadzmi berdiri di kiri dan kanan papa mereka.

" Kau ni memang dari dulu tak pernah berubah. Dulu kau pukul arwah Syida. Sekarang kau pukul Natasya. Pastu nak jual dia untuk jadi pelacur. Tasya tu anak kau. Anak kandung kau la Azman. " kata Tan sri Nazim turut berang dengan layanan keluarga ini kepada Natasya. Perkataan anak sengaja di tekankan olehnya.

" Kau jangan nak sibuk urusan keluarga aku la. Kau tak ada kena mengena dengan keluarga aku. Suka hati aku la aku nak jual ke nak buat apa dengan anak aku. " bentak Encik Azman tak puas hati.

" Eh orang tua... aku dah lama bersabar dengan perangai kau dengan bini dan anak tiri kau yang tak guna ni. Selama ni aku diam je. Tapi kali ni aku takkan diam. Aku akan pastikan kau masuk lokap. " kata Naufal yang sudah hilang sabar.

" Sabar Fal. Papa tahu nak urus semua ni. " kata Tan sri Nazim menenangkan anaknya.

Natasya yang hanya mendengar pergaduhan antara mereka semua hanya mampu menangis di dalam pelukan Puan sri Afifah. Kenapalah nasib dia begini.

" Dah Tasya... Dah jangan nangis sayang. Ikut mama balik rumah mama ya. Kami bawak Tasya keluar dari rumah neraka ni. " pujuk Puan sri Afifah sambil mengosok perlahan belakang Natasya.

Natasya hanya menganggukkan kepala kerana dia sendiri tiada pilihan lain lagi untuk lari dari semua ini.

" Eh korang ingat korang boleh bawak budak rmtak guna ni keluar dari sini suka hati korang. Kalau korang nak jugak badak tak guna ni. Aku nak korang bayar aku RM 50 000 sekarang jugak. Lepas tu korang nak buat apa pun buat la dengan budak ni. " tawar Encik Azman tanpa perasaan bersalah.

Natasya yang mendengarkan itu terkaku seketika. Air matanya semakin lebat menuruni mata. Sungguh dia tak sangka bapaknya sanggup menjualnya begini.

Naufal memandang papanya dan abang kembarnya di sisi lalu dia nenoleh ke belakang melihat Natasya yang sedang menagis di pelukan mamanya. Naufal kembali menatap papanya di sebelah lalu kepala di anggukkan.

Tan sri Nazim yang faham anggukkan tersebut melepaskan nafas lemah. Nafas di tarik untuk meredakan kemarahannya.

" Baiklah. Nadzmi. " Tan sri Nazim minta buku ceknya yang sedang dipeganag oleh Nadzmi.

Nadzmi menyerahkan buku cek itu kepada papanya.

Tan sri Nazim mengambil buku cek berserta dengan pen yang tersedia. Dia menulis jumlah wang yang diminta oleh Encik Azman.

" Ni RM 60 000. Aku tak nak kau dengan bini dan anak tiri kau ni ganggu atau munculkan diri korang lagi depan Tasya. Kalau tak korang tahu la apa nasib korang semua. " cek itu di lempar ke kaki Encik Azman. Orang berbudi kita berbahasa.

" Mulai sekarang Natasya sebahagian dari keluarga kami. Tak ada sesiapa yang boleh ganggu dan sakitkan dia lagi. " kata Puan sri Afifah yang dari tadi lagi diam dan menangis sambil memeluk Natasya. Dia akan sentiasa melindungi Natasya mulai sekarang.

" Dah jom balik. Kita keluar dari rumah neraka ni. Kami akan jaga kau Sya. Cuma kami yang tahu nak hargai kau. " kata Naufal yang sekarang ni sudah berada di sisi Puan sri Afifah.

Tiba tiba dua buah beg pakaian dan dua buah kotak besar mengandungi buku buku dan barang milik Natasya di lempar ke arah pintu utama. Barang barang itu rupanya telah dikemas dan dilempar oleh Puan Maimun dan Sabrina.

Encik Azman mengambil cek yang dilemparkan ke kakinya tadi. Terukir senyum sinis di wajah tua yang bengis itu.

" Hah tu barang barang kau pun dah kemas. Duit pun aku dah dapat. Mulai sekarang kau bukan anak aku lagi Natasya. Sekarang korang semua berambus kau dari rumah ni. " Tengking Encik Azman dihujung ayatnya sambil tangan menunjuk ke arah pintu rumahnya.

Muka Natasya sudah sembap akibat telah lama menangis. Semakin lebat lagilah air matanya apabila melihat bapaknya menjual dirinya dan sanggup menghalang dia keluar dari rumah ini.

" Dah jom kita semua balik. Sayang awak bawak Natasya ke kereta. Nadzmi dengan Naufal tolong angkatkan barang Natasya ke kereta. " arah Tan sri Nazim kepada isteri dan anak anaknya. Mereka bertiga hanya mengangguk.

Puan sri Afifah membangunkan badan Natasya lalu memapah gadis yang tidak berdaya itu ke kereta. Naufal mengikut rapat langkah mamanya dan Natasya sambil mengangkat beg pakaian dan kotak barang Natasya.

Tan sri Nazim pula berlalu ke keluar dari rumah itu. Nadzmi orang terakhir yang keluar dari rumah tersebut. Ketika dia berhenti di pintu rumah itu matanya terarah ke arah jendela sebelah kanan pintu itu yang sudah pecah berderai. Pasti ini kerja Naufal. Jendela di sebelah kiri pintu dijeling sekilas. Dengan sekali tendangan darinya jendela itu turut berderai macam jendela di sebelah kanan.

Puas hatinya dari tadi dia hanya bersabar. Tapi sekarang dia dapat melepaskan kemarahannya. Jeritan dari tuan rumah dia buat tak dengar je dan mengangkat lagi baki barang milik Natasya. Dia berjalan ke arah keluarganya yang sedang menunggu di kereta Toyota Alphard milik keluarganya itu. Segala barang Natasya diletakkan di dalam bonet.

Naufal membaling kunci motorsikalnya dan menyerahkan helmet kepada Nadzmi. Nadzmi yang faham dengan tindakkan kembarnya itu mengeluarkan kunci kereta dari poket lalu turut dibaling kepada Naufal.

Naufal yang memandu kereta itu untuk pulang ke villa keluarga mereka. Tan sri Nazim duduk di sebelah penumpang hadapan. Manakala Puan sri Afifah duduk di belakang sambil wanita itu masih lagi memujuk Natasya. Nadzmi pula menunggang motorsikal milik Naufal.

Suasana sunyi di dalam kereta tersebut. Hanya dengar esak tangis Natasya dan suara Puan sri Afifah yang tidak putus memujuk serta menenangkan Natasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience