BAB 24 : KAWAN BARU

Romance Series 104277

Mereka berempat berjalan keluar dari restoran tersebut sambil memegang tangan pasangan masing masing.

" Ni nak pergi shopping lagi ke? " tanya Tan sri Nazim kepada isterinya.

" Haah... ada lagi 2 ke 3 kedai nak pergi. Abang dah nak masuk office ke? " tanya Puan sri Afifah kembali.

" Hmm... banyak kerja kat office tu. Ni pun saya curi masa nak lunch together. " kata Tan sri Nazim sambil merenung isterinya tidak lepas. Dia seorang yang sangat mementingkan keluarga. Segala tentang keluarganya adalah keutamaan paling penting baginya.

Puan sri Afifah Afifah hanya mengangguk. Dia sudah bersyukur kerana suaminya tetap mencuri masa untuk diluangkan bersama mereka sekeluarga.

" Ni Naufal. Kamu lepas ni nak balik dah kan. Nanti kamu tolong tapaukan makanan untuk Nadzmi sekali ya. Kesian kat dia mesti tak selera nak makan. " arah Tan sri Nazim kepada Naufal.

" Alah pa, maid kan ada. Boleh tolong masakkan untuk dia. Lauk yang mama masak semalam pun ada lagi. Lagipun mana pernah Nadz tu tak ada selera makan. Fal nak ikut mama dengan Sya ni. " kata Naufal.

" Fal jangan mengada ngada nak ikut. Fal balik jaga Nadz dekat rumah. Dia demam pun sebab Fal kan. " kata Puan sri Afifah sambil menjeling tajam ke arah si anak.

" Yela... yela... nanti Fal tapau kan dia bakso. " kata Naufal sebal. Tetapi di dalam fikirannya dia sudah tahu bagaimana mahu membalas dendam kepada si kembar.

Selepas itu, Puan sri Afifah bersalam dengan suaminya. Tan sri Nazim turut membalas dengan mencium dahi si isteri. Naufal dan Natasya turut melakukan hal yang sama.

Tan sri Nazim kembali ke pejabatnya. Naufal pula akan oulang ke villa tapi sebelum itu dia perlu tapaukan makanan untuk Nadzmi. Manakala Natasya dan Puan sri Afifah menyambung kembali aktiviti membeli belah mereka tadi.

************************************

Di sebuah butik,

Setelah selesai membeli belah. Puan sri Afifah membawa Natasya ke salah satu cawangan butik miliknya di mall yang sama.

" Mama kita buat apa kat butik mama ni? " tanya Natasya. Sebelum ini dia pernah ke sini untuk menemani Naufal berjumpa dengan mamanya. Namun hanya menunggu di luar butik sahaja.

" Adalah. Jom masuk. " Puan sri Afifah menarik tangan Natasya untuk maasuk ke dalam butik miliknya.

" Semua berkumpul. " arah Bihah selaku manager di butik tersebut.

Semua pekerja butik itu berkumpul di hadapan Puan sri Afifah dan Natasya. Mereka memberikan tunfuk hormat.

" Selamat petang Puan sri. " kata pekerja tersebut serentak.

" Selamat petang untuk kamu semua jugak. Ni saya nak kenalkan kamu semua kepada menantu saya. Ni Natasya isteri anak saya Naufal. Saya nak kamu semua hormatkan dia macam mana kamu semua hormatkan saya. Faham. " arah Puan sri Afifah sambil memperkenalkan Natasya kepada pekerja pekerjanya.

Natasya hanya tersenyum sinis. Dia dapat melihat ada riak riak wajah yang kecewa apabila mendapati Salah seorang daripada si kembar hot anak pemilik butik ini sudah mempunyai isteri.

" Ok kalau tak ada apa apa kamu semua boleh sambung kerja masing masing. Tasya duduk dulu ye. Mama ada hal kat belakang. " habis sahaja dia berkata terus dia berjalan meninggalkan Natasya dan berlalu ke stor butik tersebut.

Natasya berjalan ke arah tempat duduk yang disediakan di butik itu. Tiba tiba salah seorang dari pekerja tadi datang ke arah Natasya dan melabuhkan punggung ke sebelah Natasya.

Gadis itu mengenakan uniform kerja. Rambutnya di sanggul. Badannya bersaiz sederhana dan ketinggiannya lebih kurang 156 cm. Lebih rendah dari Natasya yang berketinggian 171 cm. Wajah gadis itu kelihatan sangat polos.

" Hai Puan Natasya, nama saya Diandra. Tapi Puan boleh panggil saya Dian je. " sapa gadis bernama Dian itu. Tangan turut dihulur kepada Natasya untuk salam perkenalan.

" Hai Dian. Nice name and sesuai dengan awak. Tak payah la panggil saya Puan bagai. Saya bukan bos awak pun. Panggil je saya Natasya. Tak pun Tasya. " kata Natasya mesra. Tangan Dian disambut.

" Baiklah Tasya. " Dian mengangkuk sambil tersenyum.

" Dah lama ke awak kerja kat butik ni. " tanya Natasya.

" Saya baru kerja sebulan je kat sini. Tapi part time je. Sebab saya masih study. " jelas Dian.

" Ooo... berapa umur awak? " tanya Natasya kembali.

" Umur saya baru 20 tahun. Awak? " giliran Dian pula bertanya kepada Natasya.

" Ohh... saya 22 tahun. " jawab Natasya.

" Hah... biar betul awak ni. Tapi awak dah kahwin. Mudanya awak kahwin. Suami awak anak Puan sri tu umur berapa pulak? " tanya Dian seperti tidak percaya.

" Suami saya sebaya dengan saya, 22 tahun jugak. Apa masalahnya kahwin muda. Lagipun kami dah kenal dari kecik lagi. Dah kenal sangat dengan perangai denga ragam masing masing. " jawab Natasya selamber.

Natasya pelik dengan dirinya sekarang. Kenapa dia boleh semesra ini dengan Dian. Siap boleh berbual hal peribadi lagi. Dia ni mana pernah ada kawan perempuan yang betul betul rapat dengannya. Yang ramai pun musuh merangkap peminat Naufal.

" Tadi awak cakap awak masih study kan. Awak study kat kolej mana? " tanya Natasya ingin tahun.

" Saya study kat Premium Collage. " kata Dian.

" Awak biar betul. Saya pun belajar kat sana. Tapi saya tak pernah nampak awak pun? Awak ambik cost apa? " tanya Natasya. Rupanya mereka satu kolej. Tapi kenapa Natasya tak pernah nampak Dian ni pun.

" Saya ambik kulinari. Awak belajar kat kolej tu jagak ke? " Tanya Dian kembali.

" Yes. saya dengan suami sekarang ni tengah degree in business and management. Patut la kita tak pernah jumpa. " jawab Natasya.

" Tasya jom kita balik sayang. " ajak Puan sri Afifah yang tiba tiba sahaja muncul.

" Baik mama. " Natasya sudah bangun berdiri.

" Actually nanti kita berbual lagi ye. Give me your phone for a while. " pinta Natasya.

Dian mengeluarkan phonenya dari poket lalu dihulurkan kepada Natasya. Natasya mengambil phone itu dan membuat miss call ke phonenya.

" OK. Next time maybe kita boleh jumpa lagi kan. Bye. " kata Natasya sambil tersenyum.

Natasya melangkah keluar dari butik tersebut bersama sama dengan Puan sri Afifah.

*****************************

Di villa,

Sudah lewat petang apabila Natasya dan Puan sri Afifah pulang ke villa tersebut. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke ruang tamu. Mereka dikejutkan dengan suara jeritan Nadzmi.

" Mama !!!! " jerit Nadzmi yang baru muncul dari arah ruang makan. Terus dipeluk tubuh mamanya.

" Kenapa pulak ni. " tanya Puan sri Afifah kepada anaknya.

" Mama tengok Naufal tu. Dia bagi Nadz makan bakso extra pedas. Takkan dia tak tahu yang Nadz ni tak boleh makan pedas. Dia sendiri pun tak boleh makan pedas. " adu Naufal kepada mamanya.

Tiba tiba Naufal muncul dengan segelas air. Mukanya bersahaja macam tak ada buat salah apa.

" Bagi air tu sini. " Nadzmi menghulurkan tangannya untuk mengambil gelas tersebut dari Naufal.

Tanpa perasaan Naufal meneguk ke semua air tersebut dengan rakus tanpa tinggal setitik pun. Nadzmi dah membeliakkan biji mata dengan tingkah si kembar yang sengaja mengenakannya tanpa perasaan bersalah. Puan sri Afifah dan, Natasya sudah menggeleng.

" Mama tengok Fal tu ma. " rengek Nadzmi.

" Fal kenapa buat Nadz macam tu. Tak baik la. " nasihat Puan sri Afifah lembut.

" Elok la tu Fal bagi dia makan bakso extra pedas daripada Fal bagi dia makan benda lain. " kata Naufal masih dengan wajah tak bersalah.

Naufal menarik Nadzmi sedikit jauh dari Paun sri Afifah dan Natasya lalu dia membisikkan sesuatu di telinga si kembar.

" Daripada aku bagi kau ubat perangsang tu. Aku tahu kat mana kau simpan baki ubat tu. Kau nak ke? " bisik Naufal. Biar hanya dia dan kembarnya sahaja yang mendengar.

" Eh kau ingat aku macam kau ke lemah tenaga batin. Aku ni kuat tau tak. " Nadzmi menolak tubuh Nadzmi untuk menjauh darinya.

" Ooo... kau mengaku kau kuat eh. Maknanya kau dah pernah buat benda tu ke sebelum ni. Aku bagi tahu mama dengan papa. " ugut Naufal.

" Choi... mana ada. Aku ni masih tahu halal haram la bro. " getus Nadzmi sebal. Tidak boleh menerima apabila dituduh begitu.

" Mana la tahu kau kan playboy plus sweet taker lagi. Memang bersusun la girlfriend kau kan. " duga Naufal lagi.

" Bila pulak aku ada girlfriend. Malas aku layan kau. Baik aku cari makanan kat dapur. " pangkah Nadzmi. Terus berlalu pergi ke dapur untuk meminta makanan pada maid.

Memang Nadzmi ni tak ada girlfriend. Pernah sekali dia cuba bercinta tapi dia rasa dia tak suka hidupnya terikat dengan sebarang hubungan yang berkaitan cinta. Selama ini pun perempuan perempuan yang rapat dengannya tidak pernah dianggap lebih daripada seorang kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience