BAB 12 : KELUARGA BARU

Romance Series 104277

Di villa keluarga Naufal,

Sampai sahaja ke villa tersebut, Puan sri Afifah dan Naufal menghantar Natasya ke sebuah bilik yang disudah dikemaskan oleh pembantu rumah sebelum mereka pulang. Kemudian diikuti oleh Tan sri Nazim dan Nadzmi .

" Tasya... mulai sekarang ni rumah Tasya. Kami semua keluarga Tasya. Tasya sekarang dah sebahagian dari keluarga ni ye sayang. " Puan sri Afifah memimpin Natasya masuk ke bilik sederhana luas yang bertemakan estetik itu. Puan sri Afifah dan Natasya melabuhkan duduk di atas queen bed di bilik tersebut.

" Betul tu Tasya. Mulai sekarang Papa, Mama, Naufal dan Nadzmi akan ada untuk Tasya. Papa dengan mama dah agap Tasya macam anak kami sendiri. " Tan sri Nazim bersuara luar bilik. Dia dan anak kembarnya sekarang hanya berdiri di depan pintu bilik tersebut.

Natasya masih menangis. Dia sebenarnya malu dengan keluarga ini. Dia sudah banyak terhutang budi dengan mereka semua.

" Dah... dah... jangan bazirkan air mata tu. Tasya mandi dulu. Tukar baju.Pastu tidur ye. Rehat. Tasya mesti letihkan. " kata Puan sri Afifah lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Natasya sendirian.

" Mak... kenapa bapak buat Sya macam ni. Sampai hati bapak jual Sya. Apa salah Sya pada bapak sampai bapak buat Sya macam ni. Nasib baik ada Naufal dengan keluarga dia kalau tak tak tahu la apa yang dah jadi kat Sya mak. " Natasya terduduk dilantai sambil bermonolog sendiri.

Naufal yang masih lagi berdiri di luar bilik tersebut mengepal tangannya sehingga keluar urat uratnya timbul. Sakit hatinya melihat Natasya sekarang.

" Aku akan jaga kau 24 jam mulai sekarang Sya. " tekat Naufal.

Kaki dihayunkan ke arah bilik Nadzmi. Ada sesuatu perlu dibincangkan dengan kembarnya itu.

***********************************

Keesokan harinya,

Natasya terus ke dapur selepas solat subuh, mahu menolong pembantu rumah menyediakan sarapan keluarga ini. Dis hanya menumpang di sini takkan nak berlagak macam tuan rumah pula

" Ada apa apa yang boleh saya tolong. " Tegur Natasya kepada salah seorang pembantu rumah yang sedang berada di dapur.

" Eh tak apa cik Natasya, lagipun Tan sri dengan Puan sri tak bagi cik Natasya buat kerja berat sekarang. " Kata salah seorang pembantu rumah bernama Ruby itu.

Natasya terdiam seketika, kenapa keluarga ini terlalu baik dengannya. Tiba tiba Natasya dikejutkan dengan suara Puan sri Afifah yang menyapa.

" Eh Tasya awalnya bangun. Tasya buat apa kat dapur ni. Sya kan kena rehat. Nanti lepas sarapan kita pergi hospital ye. Pastu kita shopping barang barang Tasya sikit ye. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum manis.

" Eh... tak apa la aunt. Sya ok je. " tolak Natasya lembut.

" Ala... kenapa pulak. Kita pergi hospital check luka dengan lebam kat badan Sya tu. Lagipun Sya pun tak ada kelaskan harini. " pujuk Puan sri Afifah sambil menunjukkan wajah kesiannya.

Natasya yang tak sampai hati menghampakan wanita itu. Dia pun mengangguk setuju dengan cadangan Puan sri Afifah itu.

" Haaa... kan bagus macam tu. Lepas sarapan nanti Tasya bersiap ye. Kita pergi lepas papa pergi kerja. Ni apa kata kita siapkan sarapan untuk the boys. Tasya tolong mama ye. " senyuman masih tidak, lekang di bibir wanita itu .

Natasya mengangguk sambil membalas senyuman yang diberikan oleh Puan sri Afifah.

" Bagus lah Tasya nak tolong mama. Kalau tak mama dengan orang gaji jelah yang ada kat dapur ni. Nak harapkan Nadzmi dan Naufal yang tolong memang tak bersarapan la jadinya. Asyik bergaduh je. " mengeleng kapala Puan sri Afifah mengingatkan anak kembarnya itu.

" Tulah aunt. Diorang berdua tu pantang berjumpa asyik bergaduh dengan buat masalah je. Dah macam Tom & Jerry je Sya tengok. " kata Natasya sambil mengetawakan si kembar hot itu.

" Mama ingat mama sorang je rasa macam tu. Rupanya Tasya pun sama. Macam ni agaknya rasa ada perempuan mungkin. Boleh masak sama sama. Bergosip kat dapur sama sama. Mama happy sangat bila Tasya ada kat rumah ni. Sekurang kurangnya boleh teman mama. " sambil tangan, limcah menyediakan sarapan mulut itu tetap sahaja ingin berbual dengan Natasya.

Natasya hanya tersenyum mendengarkan itu. Tiba tiba dia rindu kepada arwah maknya. Layanan Puan sri Afifah sama seperti layanan arwah mak, kepadanya dahulu.

*********************************

Natasya dan Puan sri Afifah sedang menghidangkan sarapan di atas meja makan. Puan sri Afifah dari tadi asyik tersenyum kerana gembira ada Natasya tmyang menemaninya menyiapkan sarapan pagi ini. Kebiasaannya hanya dia seorang diri atau dibantu oleh orang gaji sahaja.

" Wah... sedapnya bau! mama masak apa ni " kata Nadzmi yang baru sahaja muncul lalu terus duduk di kerusi.

Memang kalau bab makan dialah yang paling bersemangat. Dia akan menjadi orang pertama yang duduk untuk menjamu selera. Matanya sekarang tertumpu kepada hidangan yang disediakan di atas meja.

Tidak lama kemudian terdengar kerusi di hadapan Nadzmi seperti di tarik. Muncul Naufal di sebelahnya .

" Woww... mama masak nasi lemak ke? " tanya Nadzmi apabila melihat semangkuk sambal ikan bilis di bawa keluar oleh mamanya.

" Haah... Tapi bukan mama yang masak sambal ikan bilis tu. Sambal tu Tasya yang buat. Mama cuma buat yang selebihnya je. " terang Puan sri Afifah.

" Wah... kau yang masak Sya. Mesti sedap macam yang arwah mak kau buatkan. Kan Fal. " puji Nadzmi.

Teringat pula dia suatu ketika dahulu dia dan Naufal membantu Natasya dan mak cik Syida menyediakan nasi lemak untuk di hantar ke kadai kedai. Sambal buatan arwah mak Natasya tidaklah tersangat pedas jadi dia dan Naufal boleh memakannya.

" Tak pedaskan ni Sya? " Tanya Nadzmi inginkan kepastian.

" Taklah. " jawab Natasya mudah. Dia tahu yang Naufal dan Nadzmi tak tahan pedas. Cuma dia sahaja yang suka makan makanan pedas.

" Kau dah OK ke ni? " tanya Naufal yang dari tadi berdiam diri. Mata tidak lepas dari memandang
wajah Natasya.

Natasya hanya menganggukkan kepala. Senyum sinis terukir di bibir.

" Hai... nak sarapan tanpa papa ke. " sapa Tan sri Nazim yang baru muncul di ruang makan tersebut. Lalu terus mengambil tempatnya.

Semua telah duduk kecuali Natasya. Natasya menghidangkan nasi lemak itu ke dalam pinggan semua orang. Selepas itu dia berura ura ingin berlalu ke dapur Namun di halang oleh Puan sri Afifah.

" Tasya nak pergi mana sayang. " tanya Puan sri Afifah lembut sambil meraih lengan Natasya.

" Sya nak makan kat dapur. " jawab Natasya ringkas.

" Kenapa nak makan kat dapur pulak. Makanlah kat sini dengan kami semua. " pujuk Puan sri Afifah sambil menunjukkan wajah sedihnya.

" Duduk jelah Tasya. Tak payah nak segan. Kita ni kan keluarga kena makan sama sama. Dalam rumah ni ada peraturan. Kalau semua orang ada dalam rumah ni dan tak ada hal penting wajib makan sama sama. Tak kira sarapan ke lunch ke dinner tetap kena makan sama sama. " terang Tan sri Nazim akan peraturan di villa tersebut.

Natasya akur dan terus duduk di sebelah Puan sri Afifah dan berhadapan dengan Naufal. Nasi lemak itu disendukkan ke dalam pinggannya lalu ditambah sambal dan telur rebus bersama.

" Abang, lepas ni saya nak keluar dengan Natasya ye. " Puan sri Afifah meminta izin kepada suaminya.

" Awak nak keluar ke mana. Natasya tak sihat sepenuhnya lagi tu saya rasa. " tanya Tan sri Nazim inginkan kepastian.

" Yela ma. Mama nak bawak Sya pergi mana dia tak sihat lagi kan. " sampuk Naufal yang tidak setuju dengan keputusan mama yang ingin membawa Natasya keluar rumah.

" Mama nak bawak Tasya pergi hospital buat check up sepenuhnya kat sana. Pastu mama ingat nak keluar shopping jugak. Nak belikan barang sikit untuk Tasya ni. " terang Puan sri Afifah akan perancangangnya hari ini untuk dia dan Natasya.

" Hmmm... kalau macam tu pergi la. Tapi jangan balik lambat ye. Tasya tu kena rehat jugak. " Tan sri Nazim memberikan keizinan untuk isterinya keluar.

" Kalau macam tu Fal ikut la. Biar Fal yang drive. " sampuk Naufal kembali.

Naufal tak mahu membiarkan Natasya keluar tanpanya. Selama ini ke mana Natasya pergi dia pasti ada bersama. Lagipun Natasya tak ada lesen dan mamanya sudah lama tidak memandu sendiri.

" Hah bagus la kalau macam tu. Kau boleh tolong temankan mama dengan Natasya. Aku nak kena pergi kafe hari ni. " kata Nadzmi yang sudah menghabiskan nasi lemak di pingganya.

" Nampaknya semua dah ada rancangan ye harini. Kalau perlukan duit atau tak cukup duit call je papa ye. " Tan sri Nazim bersuara sambil tersenyum bahagia.

Semua di meja mengangguk kecuali Natasya.

" Tasya kalau nak beli apa apa ambik je. Jangan risau papa belanja. " kata Tan sri Nazim lagi.

Natasya berasa sangat terharu dan bersyukur kerana keluarga ini sanggup mengambil berat halnya. Keluarga ini sedikit pun tidak pernah berkira dengannya sejak dia masih kecil. Dia sentiasa dilayan seperti sebahagian daripada kekuarga ini setiap kali di ke villa ini.

Hopefully semua akan selalu support ara OK

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience