Di rumah Elisa,
" Aghhhhh..... " jerit Elisa melepaskan geram. Habis barang di atas meja soleknya bertaburan di atas lantai. Bilik yang kemas sebelum ini sudah serupa tongkang pecah.
" Tak guna kau Natasya. Kau rampas Naufal dari aku. Kau buat dia benci aku. Kau memang Tak guna. Tak guna. " jerit Elisa lagi.
Telefon di atas katil diambil. Dia perlu menghubungi seseorang.
" Hello. " ucap Elisa.
" Ehh... You ni memang tak gunakan." sembur Elisa tiba tiba.
" You tahu tak yang Naufal dengan betina tu dah kahwin. You dah malukan I tau. " sembur Elisa lagi.
" What?! Jadi selama ni you tahu yang diorang tu dah kahwin. Kenapa you tak bagi tahu I hah!!! " suara Elisa sudah naik satu oktah. Terkejut apabila mengetahui teman subahatnya itu tahu akan status Natasya dan Naufal itu.
" Sekarang ni plan kita dah gagal tahu tak. Naufal dah mengaku kat semua orang yang dia dengan betina tu dah kahwin. " kata Elisa lagi.
" Sekarang I tak kira. I nak you buat or fikir something supaya diorang tu bercerai berai. I tak kira. " jerit Elisa kepada orang dihubunginya itu.
" Kalau you tak buat juga. You tahu lah nasib you macam mana. " kata Elisa sebelum memutuskan talian.
" Aghhhh..... " sekali lagi jeritan Elisa bergema di dalam ruangan itu. Tapi kali ini iPhone ditangan turut dibaling ke dindin sehingga telefon pintar itu pecah berderai.
" Kau takkan hidup senang Natasya. Kau tahu lah nasib kau lepas ni macam mana. Naufal tu milik aku. Hanya aku. " kata Elisa sambil memandang wajahnya melalui biasan cermin meja solek itu.
****************************
Di villa,
Naufal dan Natasya sedang duduk meja kopi di tengah halaman kepala sama sama mendongak ke langit.
" Sayang. " seru Naufal.
" Hmm.... " gumam Natasya lalu berpaling menghadap si suami.
" Meh... duduk sini. " kata Naufal sambil menepuk nepuk pehanya.
" Malulah. Nanti orang lain nampak macam mana. " kata Natasya malu malu.
" Siapa yang nak nampak sayang. Semua orang dah tidurlah. Nadz pun tengah busy main games online dengan Dian. " beritahu Naufal.
" Betul ni. " tanya Natasya lagi. Menginginkan kepastian. Dia tahu kalau Naufal dah ajak dia duduk di atas ribaannya itu. Pasti si suami akan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Tak nak nanti ada penghuni lain di villa ini yang melihat adegan romantik mereka itu.
" Arghh... " terjerit kecil Natasya apabila Naufal menarik lengannya sehingga Natasya terduduk di atas ribaan si suami.
" Hubby... " renget Natasya manja.
" Siapa suruh lambat sangat. " kata tanpa riak bersalah.
" Hubby ni kan. Suka hati hubby je buat macam ni. Sakit tau pinggul sayang ni " sungut Natasya.
" Alolor... sorry baby sayang. Meh, sini. Biar hubby urutkan. " kata Naufal sambil tangan sudah merayap ke arah pinggul Natasya.
Natasya mula memberikan jelingan tajam kepada Naufal. Apabila merasakan tangan si suami sudah mula merayap.
" Hubby jangan macam macam eh. " Natasya mula memberikan amaran.
Tidak lama kemudian kedengaran tawa halus keluar daripada mulut Naufal. Tanpa amaran, Naufal terus mencubit pipi Natasya. Seperti mencubit pipi bayi.
" Haha... comelnya muka dia ni bila jeling kita. Buat kita ni rasa nak gomol gomol je dia. " kata Naufal dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibir. Tangannya masih lagi mencubit pipi Natasya.
" Hubby ni janganlah. Sakit tau. " balas Natasya manja. Tangan Naufal yang sedang mencubit pipinya itu ditepis.
Akhirnya Naufal melepaskan juga cubitan di pipi Natasya. Naufal tak mampu menahan tawanya daripada terletus keluar apabila melihat pipi Natasya sudah bertukar kemerahan.
" Alolo... dah merah pipi dia. Meh sini kasi ubat. " kata Naufal sebelum dia melabuhkan ciuman di wajah si isteri.
Bermula dengan pipi kanan ke pipi kiri. Kemudian naik ke dahi dan turun hidung. Akhir sekali berhenti di bibir mungil itu. Mereka saling membalas ciuman itu. Dah tak sedar dimana mereka berada sekarang.
Setelah lama hanyut dalam ciuman itu. Naufal menjauhkan wajahnya dan merenung wajah Natasya.
" I love you so much sayang. " ucap Naufal.
" I love you too hubby. " jawab Natasya.
Tanpa membuang masa. Naufal terus mencampung tubuh Natasya. Dan melangkah masuk ke villa. Lalu menuju ke bilik mereka.
****************************
Keesokan harinya,
Di ruang makan,
Seperti kebiasaannya mereka sekeluarga akan bersarapan bersama sama.
Tapi kali ini Puan sri Afifah mula berasa curiga mengapa muka dan tubuh kedua anak kembarnya lebam. Pagi itu dia baru melihat si kembar itu. Kerana semalam dia balik agak lewat dan terus masuk tidur tanpa berjumpa dengan mereka.
" Nadzmi. Naufal. Kenapa muka dengan tubuh kamu berdua tu lebam ? " tanya Puan sri Afifah sambil merenung tajam ke arah si kembar.
Nadzmi dan Naufal sudah mula cuak. Namun cuba menayangkan wajah bersahaja. Mereka tak mahu mama mengetahu tentang pergaduhan itu dan tentang gosip liar yang sedang hangat diperkatakan di kolej itu.
" Tak ada apa la mama. Macam tak biasa tengok kitorang ni lebam lebam macam ni. Kitorang gaduh sesama sendiri je mama." kata Nadzmi sambil menayangkan senyuman semanis kurma kepada si mama.
" Memang la mama dah biasa tengok anak anak mama ni lebam. Tapi lebam kali ni pelik sangat. Macam bergaduh teruk aje. Lagi lagi kamu tu Nadz. " kata Puan sri Afifah lagi.
" Biasa la mama. Naufal ni mana ada belas kasihan bila dia nak bertumbuk dengan Nadz ni ma. Aduh!!! " kata Nadzmi terhenti apabila tiba tiba sahaja kakinya ditendang oleh seseorang dari bawah meja. Tak perlu tanya siapa. Dia sudah tahu siapa si penendang itu. Siapa lagi kalau bukan Naufal yang sedang duduk berhadapan dengannya sekarang.
" Kenapa tu Nadzmi? " tanya Puan sri Afifah.
" Tak ada apa apa ma. " jawab Nadzmi masih dengan senyuman yang terukir dibibir.
" Betul ke ni kamu berdua bergaduh sesama sendiri. Betul Naufal. Jangan tipu mama. " kata Puan sri Afifah lagi.
" Betul mama. Semalam Nadz buat Fal sakit hati. Dia cakap Fal ni pungut. Tu yang Fal gaduh dengan dia macam separuh mati tu. " jawab Naufal tanpa perasaan bersalah.
Nadzmi sudah terbeliak biji mata mendengar jawapan yang diberikan oleh kembarnya itu.
" Nadzmi.... siapa ajar Nadz cakap macam tu. Tak baik tahu tak. " marah Puan sri Afifah.
Natasya di sebelah hanya diam membisu. Perasaan bersalahnya terhadap semua orang semakin bertambah. Ini semua berpunca darinya. Dan Naufal dan Nadzmi pula turut menanggung masalahnya.
" Dah. Dah la tu. Tak baik bergaduh depan rezeki. Cepat makan. " kata Tan sri Nazim yang dari tadi hanya diam dan menjadi pendengar sahaja.
Akhirnya mereka menyambung menikmati sarapan kembali. Namun Nadzmi dan Naufal masih lagi berbalas pandang tak puas hati antara mereka.
' Suka hati kau tuduh aku Fal. Aku dah selamatkan kita dari dapat masalah yang lagi besar. Dah la kau tendang kaki aku. Pastu kau tuduh aku kata kau anak pungut. ' gumam hati Nadzmi.
' Kau tu yang tak kenang budi Nadz. Kalau aku tak datang selamatkan kau semalam. Memang sekarang kau tengah jadi penghuni hospital tu. ' gumam hati Naufal pula.
Share this novel