Sudah hampir sebulan sejak gosip gosip tentang mereka tersebar. Dan keadaan sudah kembali seperti sedia kala. Bagi Naufal, semua fitnah itu sudah tidak dihiraukan oleh semua orang.
Tapi tidak bagi Natasya. Hampir setiap hari ke dia hanya bersendirian. Dia akan digertak dan dihina oleh pelajar pelajar perempuan yang dengki dengannya. Terutama sekali Elisa. Tetapi Natasya memilih untuk tidak mengadu akan hal itu kepada Naufal. Dia tak mahu keadaan bertambah sulit.
**************************
Di villa,
Hampir setiap hari, sekiranya Naufal dan Natasya mempunyai kelas yang sama dengan Nadzmi. Mereka akan pergi dan pulang dari kolej bersama sama.
Ketika mereka baru sahaja sampai ke villa. Mereka melihat Puan sri Afifah dan Tan sri Nazim sedang duduk bersantai di ruang keluarga.
" Nadzmi. Naufal. Tasya. Mari sinis kejap. " gamit Puan sri Afifah.
" Ada apa mama? " tanya mereka bertiga serentak sebaik sahaja mereka melabuhkan duduk di sofa berangkai tiga itu.
" Minggu depan kamu bertiga busy tak? " tanya Puan sri Afifah sambil tersenyum sinis.
" Minggu depan Nadz tak busy ma. Kenapa mama tanya? " balas Nadzmi.
" Naufal dengan Tasya macam mana? " tanya Puan sri Afifah lagi. Soalan Nadzmi langsung tidak dijawab.
" Kitorang free je mama. " jawab Naufal. Mewakili dia dan Natasya.
" Baguslah kalau macam tu. Ingat. Pastikan malam ahad minggu depan kamu semua free. Jangan nak tiba tiba ada plan lain. Faham. " ucap Puan sri Afifah.
" Ada apa sebenarnya ni mama? Kenapa mama nampak beria ia sangat ni? Ada apa malam ahad minggu depan? " soal Nadzmi bertalu talu. Namun soalan itu hanya dibalas dengan renungan tajam mamanya.
" Papa. Can you explain to us. What is going on. " tanya Nadzmi kepada Tan sri Nazim pula. Kalau mamanya tak nak jawab baik dia tanya papa yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.
Tan sri Nazim tidak menjawab soalan anaknya itu. Sebaliknya hanya memberikan isyarat zip mulut sahaja.
" Dah tak payah nak tahu sekarang. Nanti kamu akan tahu jugak. " tegas Puan sri Afifah.
Semua di situ dah diam seribu bahasa. Termasuk Nadzmi. Puan sri Afifah yang selama ini lemah lembut sebenarnya akan bertukar menjadi menakutkan apabila di sudah bersifat tegas dan garang. Tak ada yang berani menjawab. Hatta, Tan sri Nazim sendiri.
" Esok kamu bertiga habis kelas pukul berapa? " tanya Puan sri Afifah sambil merenung wajah anak kembar dan menantunya itu.
" Nadz habis kelas pukul 3. " jawab Nadzmi
" Naufal. Tasya. " pandangan dihalakan kepada pasangan suami isteri itu pula.
" Kitorang habis pukul 4 mama. " jawab Natasya.
" Esok lepas je Naufal dengan Natasya habis kelas. Kamu bertiga datang jumpa mama. Nanti esok mama share location. " arah Puan sri Afifah.
" Baik mama. " kata mereka bertiga serentak.
Tan sri Nazim yang menjadi pemerhati sudah mula tersenyum sumbing. Suka dia apabila anak kembarnya yang kadang kala degil itu mula patuh apabila si mama sudah mula bertukar menjadi singa betina.
**************************
Di kolej,
Naufal dan Natasya sedang berjalan ke arah kantin dimana Nadzmi sedang diduk menunggu mereka. Sampai sahaja di kafe mereka nampak Nadzmi sedang duduk bersendirian di sebuah meja. Minuman untuk mereka sudah dipesan siap siap.
Mereka berdua melangkah ke arah meja yang diduduki oleh Nadzmi itu sambil bergandingan tangan. Mata mata yang memandang iri kepadanya tidak diendahkan.
" Kenapa kau duduk sorang. Mana semua girlfriend girlfriend kau? " tanya Naufal sebaik sahaja di melabuhkan duduk di hadapan kembarnya itu.
" Kau nak sindir aku ke apa? " tanya Nadzmi tak puas hati.
" Tak ada lah aku saja tanya. Yang kau nak emo lebih ni kenapa pulak. " kata Naufal santai sambil menjungkitkan keningnya.
" Aku tak ada mood hari ni? " ucap Nadzmi dengan wajah mendung.
" Tak ada mood kenapa pulak. Biasa kau ceria je. " sampuk Natasya pula.
" Diandra. " hanya itu yang dibalas oleh Nadzmi.
" Kenapa dengan Dian? Kau kalah lawan games dengan dia lagi ke? " teka Natasya.
" Tak. " jawab Nadzmi sambil mengawal perasaannya yang sedang kacau bilau sekarang ni.
" Habis tu? " tanya Naufal pula.
" Diandra dah pindah kolej. " jawab Nadzmi.
" What?! Kau ni biar betul Nadz. Kenapa aku tak tahu? Dian tak bagitahu aku apa apa pun. " tanya Natasya. Baru minggu lepas dia berjumpa dengan Dian di butik mama.
" Aku pun baru tahu masa aku pergi cari dia dekat class dia tadi. Kawan kawan dia cakap yang dia dah pindah kolej. Patut la semalam masa aku call dia ajak main games dia tak angkat. " beritahu Nadzmi dengan wajah mendung.
" Dia pindah kolej mana? " tanya Natasya.
" Aku tak tahu. Kawan kawan dia pun tak tahu. " beritahu Nadzmi lagi.
" Call. Kau dah call dia. " tanya Natasya risau. Mana tak risau. Dian satu satunya perempuan yang ikhlas berkawan dengannya.
" Aku call dia berpuluh kali dah. Dari semalam aku call dia. Satu pun tak berangkat. Semua masuk voicemail. " kata Nadzmi geram.
" Cuba sayang yang call Dian tu. Mana tahu si Dian tu Nak merajuk dengan kau tu Nadz. " cadang Naufal. Masih sempat menyindir si abang kembar.
Tanpa membuang masa Natasya terus mengeluarkan phone nya dan cuba untuk menghubungi dia. Namun hampar apabila panggilannya juga tidak berangkat. Natasya mencuba lagi untuk kali kedua. Tetap tidak berangkat.
" Dapat tak? " tanya Nadzmi tidak sabar.
" Tak. Masuk voicemail. " jawab Natasya dengan wajah yang turut sama mendung macam Nadzmi itu.
Nadzmi yang mendengarkan itu melepaskan nafas berat. Ke mana Dian pergi. Kenapa tak bagitahu kepada mereka apa apa.
Sedang sibuk melayan perasaan. Tiba tiba phone Natasya berdering. Wajah Nadzmi dan Natasya penuh mengharap yang itu ialah Dian. Tetapi apabila Natasya melihat nama yang tertera di skrin. Serta merta wajahnya bertukar pucat. Cuak.
" Sayang kenapa ni? " tanya Naufal.
" Sya kenapa? Diandra ke yang call? " tanya Nadmi tak sabar.
" Bu...Bukan. " jawab Natasya tergagap gagap.
" Habis tu? " tanya si kembar serentak. Lalu mereka menjengahkan kepala masing masing ke arah phone Natasya yang masih berdering itu. Melihat nama pemanggil itu. Wajah mereka turut bertukar pucat.
Naufal tanpa membuang masa. Terus meleretkan bukan hijau di skrin phone Natasya itu. Butang pembesar turut ditekan memandangkan meja yang mereka duduki sekarang jauh sedikit daripada orang lain.
Setelah salam diberi dan dibalas. Mereka bertiga diserang dengan bebelan panjang daripada si pemanggil.
" Kamu bertiga ni mana? Lama mama tunggu. Dah pukul berapa ni. Ke kamu bertiga ni keluar merayap. Kan mama dah pesan habis kelas fatang jumpa mama. Mama dah hantar location kan? " bebel Puan sri Afifah setelah lama" menunggu anak anak dan menantunya itu.
" Sorry mama. We are on the way now. " ucap Naufal sebelum mematikan panggilan itu.
" Wei... aku lupa pulak hari ni mama nak jumpa kita kat luar. " kata Nadzmi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Tu lah. " sokong Natasya.
" Dah. Jom. Baik kita herak sekarang. Sebelum panggilan seterusnya datang. " ucap Naufal sinis. Lalu meraih tangan si isteri dan menariknya menuju ke tempat parkir.
Share this novel