BAB 62 : MERACAU

Romance Series 104277

Di bilik Naufal dan Natasya,

Naufal hanya memerhatikan doktor peribadi keluarganya, Doktor Mala sedang memeriksa keadaan Natasya yang masih lagi pengsan tidak sedarkan diri.

Perasaan Naufal kini sedang bercampur-baur iaitu risau dan marah. Terutamanya perasaan risau kepada keselamatan Natasya dan rasa marah kepada gerangan yang cuba mengganggu isterinya itu.

Di dalam bilik tersebut juga ada Tan sri Nazim, Puan sri Afifah dan Nadzmi yang sedang turut menunggu Natasya diperiksa oleh Doktor Mala.

Selepas hampir 15 minit Natasya diperiksa oleh Doktor Mala akhirnya selesai. Kemudian Doktor Mala menghampiri ke arah Naufal.

" How about my wife doc? " tanya Naufal dengan rauk wajah yang serius.

" Your wife is fine, she is just shocked and hypotensive due to stress. She just needs enough rest. " jelas Doktor Mala sambil tersenyum tawar.

" But maybe she will feel a little traumatized by what has happened. So as the closest person you have to always be by your wife's side and always give her moral support. " jelas Doktor Mala lagi.

" Yes doc. " jawab Naufal serius.

" And one more thing, make sure she takes the medicine that I have left on the side table. " kata Doktor Mala lagi sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu sambil diiringi oleh salah seorang pembantu rumah.

" Naufal... papa nak bercakap dengan Fal kat luar kejap. " kata Tan sri Nazim yang entah bila sudah berada di sebelahnya.

" Tapi pa. Fal kena kena stay kati sini dan temankan Natasya sampai dia sedar. " bantah Naufal perlahan.

" Tak apa mama ada boleh temankan Tasya sampai dia bangun. Kamu pergi jelah. Mesti ada perkara penting yang papa nak cakap tu. " sampuk Puan sri Afifah pula sambil menepuk lembut bahunya anaknya itu dan tersenyum tawar.

Naufal menarik dan menghembuskan nafasnya sebelum dia menganggukkan kepala mengikut langkah Tan sri Nazim keluar dari bilik itu. Sambil diikuti olrh Nadzmi.

******************************************

Di Ruang Kerja Tan sri Nazim,

Tan sri Nazim mengambil tempat di di meja kerjanya. Manakala Naufal dan duduk di kerusi di hadapannya.

Tan sri Nazim memandang tajam ke arah Naufal. Naufal pula masih lagi berdiam diri kerana cuba menahan diri daripada melepaskan amarahnya. Manakala Nadzmi hanya diam dan menanti apa yang akan dikatakan oleh papanya itu.

" Apa yang dah jadi ni Naufal? " tanya Tan sri Nazim serius.

Naufal melepaskan nafas lelah. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkannya kepada papanya itu.

" Fal pun tak tahu papa. Tapi Fal rasa ada orang yang cuba nak ugut dan ganggu Sya sejak semalam. " beritahu Naufal geram.

" Ugut dan ganggu Tasya sejak semalam? Siapa? Cuba kamu ceritakan dari mula. " tanya Tan sri Nazim dengan dahi berkerut.

" Semalam Sya ada dapat whatsapp daripada nombor yang tak dikenali. Dan orang tu hantar pesanan berbentuk ugutan. " beritahu Naufal

" Ugut? Ugut tentang apa? " sampuk Nadzmi tiba-tiba.

Naufal melepaskan keluhan berat sebelum mengeluarkan IPhone nya dari poket seluar. Segala screenshot mesej yang diterima Natasya semalam ditunjukkan kepada Tan sri Nazim dan Nadzmi.

" Bukan ke tu.... " bergetar suara Nadzmi selepas melihat gambar teddy bear yang dihantar si pengganggu itu sama dengan teddy bear yang tadi.

Naufal hanya membalas dengan anggukan.

" Betul kamu tak tahu siapa yang hantar semua mesej ni? " tanya Tan sri Nazim sekali lagi kepada Naufal.

" Betul papa. Fal tak tahu. " jawab Naufal sambil meramas-ramas rambutnya yang sudah kusut.

" Tapi papa jangan risau. Fal dah upah kawan Fal untuk siasat tentang nombor tu. Dan cari tahu siaoa pemilik nombor tu. " sambung Naufal lagi mendatar.

" Jangan-jangan Sya ada musuh tak? Mesti ada orang yang sakit hati tengok Sya bahagia dengan
kau. Sebab tu dia ganggu hidup Sya dengan semua ugutan tu. " beritahu Nadzmi tentang andaiannya.

Naufal berfikir sejenak. Ada betul apa yang dikatakan Nadzmi itu. Kerana dia sendiri tahu yang perkahwinannya tak disenangi ramai orang. Dan ramai yang telah memusuhi Natasya. Kerana iri hati melihat Natasya bahagia bersamanya.

" Kau ada syak siapa-siapa tak Fal? " tanya Nadzmi menghentikan lamunan Naufal.

Dalam kepala Naufal kini ligat mengingati semua orang yang membenci isterinya itu. Banyak nama dan wajah orang-orang yang memusuhi isterinya terlayar difikirannya. Tapi dalam banyak-banyak nama hanya ada 2 nama sahaja yang dia yakin pasti begitu berdendam kepadanya dan Natasya.

Naufal sudah mula tersenyum penuh makna sebaik berjaya mengagak siapakah orang yang mengganggu isterinya itu. Mesti antara mereka berdua.

Dan Naufal sudah mula untuk membuat perancangan untuk memberikan pengajaran dan pembalasan kepada manusia itu yang berani mengganggu wanita kesayangannya.

" Naufal. Walau apapun yang ada ada difikiran kamu untuk membalas dendam. Baik kamu lupakan. Jangan sampai ia menjadi semakin rumit. " pesan Tan sri Nazim sebaik sahaja berjaya menangkap maksud di sebalik senyuman penuh makna anaknya itu.

" Betul tu Fal. Baik kau lupakan apa yang ada dalam kepala kau tu. Aku takut keadaan jadi bertambah teruk. Dan kau patut fikir keadaan Sya jugak. Kau tak takut kalau kau dengan dia terkena tempias daripada perbuatan kau tu nanti. " nasihat Nadzmi pula.

Naufal hanya membalas dengan keluhan.

" Naufal!!! Naufal!!! Datang sini cepat!!! " tiba-tiba kedengaran suara Puan sri Afifah melaung dari arah bilik Naufal dan Natasya.

Bergegas Naufal, Tan sri Nazim dan Nadzmi ke bilik Naufal dan Natasya.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik itu. Mereka melihat Puan sri Afifah yang sedang cuba menenangkan Natasya yang sedang meracau sambil meraung tidak sedarkan diri.

" Naufal!!! Tasya ni!!! " Laung Puan sri Afifah lagi apabila melihat anaknya itu masih lagi berdiri tegak di pintu bilik.

Bergegas Naufal menghampiri ke arah mama dan isterinya di atas katil.

Naufal terus memeluk Natasya dengan erat dan cuba menenangkannya. Namun Naufal masih gagal menenangkan kembali Natasya. Natasya masih lagi meracau dan sekarang Natasya sudah mula menangis sendu.

" Kenapa dengan Tasya ni sayang? " tanya Tan sri Nazim yang sudah berdiri di birai katil.

" Saya tak tahu bang. Tadi tiba-tiba je Tasya ni meracau-racau. " jawab Puan sri Afifah sayu sambil cuba membantu Naufal menenangkan Natasya.

" Sayang... dah... dah... stop crying please... I'm here with you... " bisik Naufal di cuping telinga Natasya.

" Naufal cuba selawat kat telinga Tasya tu. Mana tahu tu bagi dia tenang. " nasihat Tan sri Nazim.

Naufal terus melakukan apa yang disuruh oleh papanya itu. berulangkali dia bisikan selawat
di telinga Natasya.

Akhirnya Natasya kembali tenang dan lena kembali. Naufal merebahkan kembali badan Natasya ke atas tilam. Dan menyelimutkannya dengan rapi.

" Alhamdulillah... " ucap Tan sri Nazim perlahan.

" Naufal... apa yang dah jadi kat Tasya ni Naufal? " tanya Puan sri Afifah lirih.

" Sayang... dah lah... jom keluar bagi Tasya tu berehat dengan tenang... Biar Naufal temankan isteri dia tu. " pujuk Tan sri Nazim sambil menolak lembut bahu isterinya untuk berlalu keluar dari bilik itu.

Kini hanya tinggal Naufal dan Natasya sahaja di dalam bilik itu. Naufal menutup rapat pintu bilik. Lalu turut masuk bersama ke dalam selimut dan memeluk pinggang ramping Natasya.

*******************************************

Seminggu kemudian,

Di Cafe,

Akhirnya semangat Natasya sudah kembali pulih. Selepas hampir seminggu dia terkena demam panas kerana terkejut dan trauma dengan kejadian minggu lalu.

Namun berkat daripada doa dan kata-kata semangat yang tidak putus diberikan kepadanya oleh ahli keluarganya itu. Naufal, Papa, Mama dan Nadzmi tidak putus-putus memberikan kata semangat kepadanya.

Dan Natasya sudah tidak mendapat sebarang gangguan daripada nombor yang tidak dikenali itu lagi. Ini kerana Naufal telah menyimpan IPhone nya itu. Baru sahaja dua hari lepas Naufal mengembalikan IPhone itu kepadanya. Itupun selepas Naufal menukar nombor telefon di IPhone itu. Dan sekarang IPhone itu telah ditetapkan untuk menyekat nombor yang tidak dikenali.

" Akak... " tiba-tiba bahu Natasya ditepuk lembut dari arah belakang.

Natasya menolehkan kepalanya ke sisi dan dia melihat seorang wanita bertubuh genit sedang tersenyum manis kepadanya.

" Akak... Akak OK tak? " tanya Wani, sapah seorang pekerja di cafe itu yang baru berusia 19 tahun.

" Akak OK je. Kenapa Wani cari akak ke? " tanya Natasya ramah kerana setahunya tadi Wani sedang makan tengahari di belakang cafe itu.

" Ohh... Wani nak cakap kat akak yang semalam dan beberapa hari yang lepas. Ada seorang pak cik tua ni yang datang cari akak kat cafe ni. " beritahu Wani.

" Pak cik tua? Siapa? " tanya Natasya hairan.

" Dia cakap dia ayah akak. " jawab Wani jujur.

Natasya terkelu. Apa yang bapaknya mahu sehingga datang mencarinya di cafe. Sebelum ini tak pernah pun. Adakah bapaknya itu mahukan duit untuk berjudi atau membayar hutang.

" Selalu ke dia datang? " tanya Natasya sambil cuba menahan suaranya dari kedengaran gugup.

" Selalu la jugak. Dah 5 hari dah bapak akak tu datang cari akak. Hari-hari tau akak. Dan selalu dia akan datang cari akak nak dekat masa kafe nak tutup. " jawab Wani lagi.

Natasya sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi. Selama 5 hari berturut-turut bapaknya datang mencarinya di cafe. Dah seminggu dia tidak datang ke cafe kerana demam panas.

" Mungkin bapak akak akan datang lagi malam ni. " sambung Wani lagi.

Terus Wajah Natasya berubah pucat selepas mendengar kata Wani itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience