Natasya berada di hadapan meja solek sedang menutupi kesan kesan merah di lehernya dengan foundation. Naufal sedang berduduk bersantai di birai katil sambil memerhatikan Natasya.
" Naufal tak apa ke ni kita turun sarapan sekali dengan diorang tadi. Aku serba salah la. Tak sampai 24 jam aku jadi menantu dalam villa ni. Aku dah berkelakuan tak sopan. Bangun lewat. Tak tolong mama siapkan breakfast. Tak turun sarapan sama sama. " kata Natasya sambil melangkah ke katil dan duduk di sebelah Naufal.
" Tu kau tak payah risau. Aku dah cakap kat diorang yang kau tak sihat. Lagipun, kalau kau turun jugak tadi. Aku rasa akan tambah panik ada la. " kata Naufal cool.
" Kenapa pulak? " soal Natasya polos.
" Yelah... kalau papa dengan mama tengok kau pucat macam mayat tu tadi. Ada diorang panggil ambulans datang rumah bawak pergi hospital. Kalau doktor tanya aku kenapa kau sakit takkan aku nak jawap sebab aktiviti malam pertama. " jelas Naufal dengan bersahaja.
" Eeiii... apa kau cakap macam tu dengan aku. Gelilah. " Natasya menutup telinganya dengan tangan. Tidak mahu mendengar kata kata Naufal.
Naufal sudah ketawa terbahak bahak melihat reaksi wajah Natasya yang cuak dan dah berona merah itu. Natasya hanya merenung wajah Naufal. Wajah Naufal bertambah kacak apabila lelaki itu ketawa dan gembira. Jarang dapat melihat Naufal tersenyum sebab dia selalu tayang muka ketatnya aje.
Naufal mula perasan yang Natasya sedang merenungnya tidak lepas. Timbul idea mahu menyakat.
" Kenapa kau tengok aku macam tu? Nak kiss ke. Kenapa tak cakap? meh sini meh. " mulut sudah dimuncungkan dan pipi Natasya sudah dicengkam lembut.
" Eeiii... Naufal lepaslah. " Natasya terus menolak wajah Naufal yang semakin hampir dengannya. Mujur Naufal melepaskannya. Terus dia bangun berdiri tegak.
" Dah la malas layan kau. Aku nak pergi tolong mama siapkan lunch. " Natasya terus berlari meninggalkan bilik tersrbut.
Naufal hanya memandang kepergian isterinya sambil tersenyum bahagia. Bahagia makin terasa apabila si gadis pujaan sudah menjadi milik mutlaknya.Tiba tiba wajah itu kembali berubah dingin.
*************************************
Selepas selesai makan tengah hari Nadzmi hanya duduk bersantai di dalam biliknya sambil mengenakan boxer dan singlet sahaja. Sedang dia leka membelek handphone terdengar seperti pintu biliknya di buka dengan kasar.
Saat kapala diangkat untuk melihat siapa yang masuk ke biliknya. Jantung tiba tiba sahaja lari tempo apabila melihat Naufal.
" Hi brother, are enjoy your life today? " Tanya naufal tersenyum sinis.
Senyuman itu sangat menakutkan pada Nadzmi.
Lagi seram apabila Naufal memanggilnya ' brother' biasanya susah nak dengar perkataan tu keluar dari mulut Naufal melainkan dia tengah menyakat ataupun tengah marah. Sangat marah.
" Why you look me like that. Are you ready to get punishment after what you did last night? " Naufal menghampiri Nadzmi yang masih lagi bersandar di kepala katil. Jari jemari sudah diregangkan berkali kali.
Nadzmi yang memgesan aura bahaya terus bangun dan cuba menjauhkan diri dari Naufal sekarang ni.
' Mati aku ' guman hatinya.
" Eh... kau nak buat apa dengan aku hah. Kau patut berterima kasih dengan aku sebab dah tolong kau dengan masalah lemah tenaga batin kau tu. " kata Nadzmi itu lagi membakar kemarahan Naufal.
" Hey... tanpa benda alah tu pun aku mampu la. Kau ni yang aku rasa perlukan bantuan aku pulak untuk betulkan otak mereng kau tu. " kata Naufal sambil menghampiri Nadzmi. Rahangnya sudah berlaga sesama sendiri.
Satu tumbukan padu Naufal dihayunkan ke muka Nadzmi. Namun Nadzmi lebih tangkas menepis. Bengang dengan itu. Naufal menendang pelipat kaki Nadzmi sehingga Nadzmi jatuh terduduk. Peluang yang ada Naufal terus mengilas tangan Nadzmi kebelakang. Lutut Naufal menekan kaki Nadzmi dan tangan sebelah lagi dikilas di leher Nadzmi. Terjerit jerit Nadzmi.
" Woi sakit la gila. " sumpah Nadzmi.
" Ni balasan untuk orang sibuk hal rumah tangga orang lain. Lain kali kau kahwin sendiri jangan nak sebuk hal rumah tangga orang lain. Sekarang kau ready gali kubur kau sendiri. " kata Naufal dingin dan garang.
Tiba tiba ada satu suara bergema di dalam bilik itu yang datang dari arah muka pintu bilik.
" Apa yang korang buat ni. " Natasya menegur.
Kebetulan tadi ketika dia melintasi bilik Nadzmi terdengar seperti suara orang sedang bergaduh.
Peluang yang ada nadzmi menghantukkan kepalanya ke dagu Naufal apabila Naufal sedang lalai melihat wajah Natasya yang tiba tiba muncul itu. Apabila pegangan Naufal terlepas terus Nadzmi berlari ke arah pintu.
Natasya yang terkejut dengan dengan apa yang dilihatnya itu hanya kaku di tempat dia berdiri sekarang. Nadzmi merempuh Natasya mujur sahaja dia tidak terjatuh dan sempat berpaut pada pintu bilik tersebut.
Nadzmi berlari pantas meninggalkan kedua pasangan itu. Dia perlu selamatkan diri dari jadi arwah di tangan adik kembar sendiri.
Naufal terus bangun dan berlari ke arah Natasya. Naufal dan Natasya hanya memandang Nadzmi yang sedamg melarikan diri. Laju serupa lipas kudung dah lagaknya.
" Eh... Nadzmi nak lari pergi mana tu. Kau tak nak kejar dia ke? " tanya Natasya pelik biasanya Naufal akan mengejar Nadzmi sampai dapat.
" Lantak la dia. Malas aku. " kata Naufal lalu merangkul bahu Natasya.
Natasya tidak menolak sebaliknya hanya memandang dagu Naufal yang sudah lebam. Sebab kulit Naufal putih jadi kalau kena lebam ke luka sikit memang mudah nampak.
" Sakit tak. Jom aku letakkan ubat. " kata Natasya sambil menyentuh kesan lebam tersebut.
" Boleh jugak. Jom ah. " terus di menbawa Natasya ke bilik mereka sambil tangan masih lagi meraih bahu Natasya.
*********************************
" tahan sikit eh. " kata Natasya ketika sedang menyapukan minyak gamat ke dagu lelaki itu.
" Sya aku nak tanya kau satu benda boleh. " pinta Naufal sambil mata tidak lari dari merenung wajah cantik Natasya.
" Tanya jelah. Macam tak biasa. " kata Natasya sambil menutup botol minyak gamat di tangannya.
" Kau tak marah ke apa yang jadi semalam. " duga Naufal.
Terdengar satu keluhan diberikan oleh Natasya.
" Kalau aku marah dan mengamuk ke dengan kau
apa aku dapat. Cuba kau cakap kat aku ada faedah ke kalau aku buat semua benda tu. Tambah dosa je. " kata Natasya pasrah. Benda dah jadi.
Naufal yang mendengarkan jawapan Natasya itu sedikit lega dan tersenyum.
" Kalau macam tu apa kata kita batalkan aje perjanjian kita tu. Lagipun kontrak tu pun aku dah koyak pastu aku dah bakar. " kata Naufal cool.
" Kau apa? " soal Natasya tidak percaya.
" Ala Sya apa kata kita terima je perkahwinan ni. Lagipun kau dah ambik teruna aku. Kau kena bertanggungjawab denga aku. " kata Naufal tidak berlapis.
" Hotak kau. Habis tu kau yang dah ambik dara aku tu macam mana. " kata Natasya tak puas hati.
" Haa... kalau macam tu kita sama sama kena tanggungjawab sesama sendiri. " tambah Naufal lagi tanpa rasa bersalah.
" Kita lupakan jelah perjanjian tu. Sekarang ni going to the floor je. " pujuk Naufal apabila melihat Natasya seperti masih ragu ragu.
Natasya tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia masih takut untuk menyerahkan hatinya kepada seorang lelaki kerana takut akan terluka. Trauma dan luka di hati yang di berikan oleh keluarganya pun masih lagi terbayang difikiran. Dia takut kejadian itu akan berulang kembali.
Apa la nasib kau kan Nadzmi. Sapa suruh cari pasal dengan si Naufal tu. Terima jelah. Berani sangat jolok sarang tebuan sekarang rasakan. Mana la dia nak lari tu.
Share this novel