BAB 15 : PERJANJIAN

Romance Series 104277

Di kantin kolej,

Natasya sedang termenung sendiri. Mi kari di depan mata hanya dipandang sepi. Kepalanya masih memikirkan permintaan nenda semalam.

*********************************

[ IMBAS KEMBALI ]

" Nenda nak Naufal dan Natasya kahwin hujung bulan ni. " kata Datin Faridah.

Natasya dan Naufal terkedu. Nadzmi juga turut terkedu biarpun dia langsung tidak ada kena mengena dengan permintaan nenda itu. Mulut masing masing dah terlopong tak percaya.

" Naufal. Tasya. Dengar tak apa yang nenda cakap ni. " suara Datin Faridah sedikit meninggi apabila Naufal dan Naufal langsung tidak memberi sebarang respon.

" Dengar nenda. " balas mereka berdua serentak.

" Nenda bukan apa. Nenda cuma tak nak apa jadi kat Tasya. Nenda dah tahu semua yang jadi kat Tasya. " mata Datin Faridah tidak lepas dari memandang Natasya yang sedang menundukkan wajah.

" Tasya tahukan yang nenda sayangkan Tasya macam cucu nenda sendiri. Macam mana nenda sayang Naufal dan Nadzmi. Macam tu jugaklah nenda sayang Tasya. " satu keluhan dilepaskan sebelum dia menyambung percakapannya kembali.

" Nenda nak Tasya kahwin dengan Naufal sebab nenda yakin yang Naufal boleh jaga Tasya dengan baik. Selagi Tasya bukan sebahagian dari keluarga ni mengikut hukum agama selagi tu lah bapak Tasya boleh buat apa saja dekat Tasya. Sebab Tasya ni masih anak dia. Kalau Tasya dah kahwin Tasya ada sebab untuk jauh dari bapak Tasya tu. " terang Datin Faridah panjang lebar.

" Lagipun nenda dah lama nak Tasya jadi cucu menantu dalam rumah ni sayang. Nenda tahu Tasya dan Naufal akan bahagia. Naufal macam mana? " sekarang pandangnya dialihkan ke arah Naufal yang masih mendiamkan diri.

" Fal ikut je nenda kalau ni yang terbaik untuk Sya dan Fal. Fal akan jaga Sya baik baik. " habis ayat itu dikatakan mata Naufal dialihkan ke arah Natasya.

" Fal pun dah setuju. Tasya macam mana? " nenda bertanya pula kepada Natasya.

" Sya sutuju nenda. " jawab Natasya perlahan.

" Alhamdulillah. " Datin Faridah, Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah berkata serentak.

" Kalau macam tu hujung bulan ni kita buat akad nikah je dulu. Pasal majlis resepsi kita buat nanti kamu berdua cuti semesta nanti. Takut kamu berdua sibuk pulak sekarang. Nak uruskan pasal kahwin lagi pasal study korang lagi. Jangan risau biar mama yang uruskan semua. Kamu berdua pasang badan je. " kata Puan sri Afifah teruja.

Mana tak teruja nak dapat menantu. Tambahan pula bakal menantunya itu anak angkat kesayangannya.

Natasya dan Naufal hanya menganggukkan kepala dan memberikan senyuman. Senyuman Natasya kelihatan sangat canggung. Manakala senyuman Naufal kelihatan beku dan dingin. Tapi yang semua orang tak tahu sebenarnya Naufal sedang bersorak riang di dalam hatinya. Seronok dapat berkahwin dengan gadis idamannya.

" Amboi mama siapa yang nak kahwin ni diorang dua ni ke mama dengan papa yang nak kahwin lagi sekali ni. " seloroh Nadzmi selamber.

Semua di situ ketawa kecuali Natasya yang masih terkejut dengan keputusan sendiri.

***********************************

[ SEKARANG ]

Segala peristiwa semalam masih berlegar legar difikiran Natasya. Apa betul keputusannya semalam.

" Betul ke keputusan aku ni kahwin. Dengan Naufal pulak tu. Boleh ke aku terima dia sebagai suami aku. Boleh ke aku jatuh cinta dengan kawan baik aku sendiri. Kenapa aku tak tolak je permintaan nenda semalam. Kenapa aku boleh setuju. " monolognya sendiri. Kepala yang tidak gatal digaru.

Habis kusut rambutnya. Semalaman dia tidak dapat tidur kerana memikirkan keputusan yang telah dibuat. Muka Naufal pun dia tak boleh tengok sekarang ni.

Buktinya, ketika sarapan pagi tadi langsung dia tidak memandang ke arah Naufal. Biarpun Naufal asyik menendang kakinya dari bawah meja. Masa dalam perjalanan ke kolej pun dia hanya tidur sepanjang perjalanan. Dalam kelas pula dia sengaja duduk di tempat yang jauh dari Naufal. Sekarang ni, dia sanggup makan di tempat paling dekat dengan kaunter kerana dia tahu Naufal tak suka tempat ramai orang.

Sedang ralit termenung. Tiba tiba mejanya ditepuk oleh seseorang. Apabila kepala Natasya diangkat terlihat Naufal sedang melihatcke arahnya dengan wajah bekunya.

" Sampai bila kau nak mengelak dari aku ni. Kita kena selesaikan hal ni sekarang jugak. Kita cakap kat sana boleh. Ada benda aku nak bincang dengan kau. " kata Naufal lalu mengangkat mi kari dan minuman Natasya ke arah sebuah meja di hujung kantin.

Natasya hanya mengikuti langkah Naufal. Sampai bila dia mahu mengelak. Dia perlu selesaikan semua ini sebelum mereka pulang ke rumah nanti.

Sampai sahaja di meja. Belum sempat Natasya melabuhkan punggungnya ke kerusi dia sudah diajukan soalan oleh Naufal.

" Kau pergi mana tadi lepas kelas. Aku risau kau tahu tak. " mata Naufal memandang tajam ka arah Natasya.

" Aku pergi library tadi. " jawab Natasya pendek.

Terdengar bunyi keluhan daripada Naufal.

" Aku tahu kau cuba nak mengelak daripada aku sebab permintaan nenda semalam kan? " duga Naufal.

" Ye memang aku nak mengelak daripada kau. Sebab aku macam tak boleh terima apa yanh jadi semalam. Kau tahu tak semalaman aku fikir benda ni. sampai aku tak cukup tidur. Aku macam tak boleh terima yang kau setuju dengan permainan nenda semalam. Kau tahukan kita ni cuma kawan baik. Kawan baik. " perkataan kawan baik sengaja ditekankan oleh Natasya supaya Naufal tahu yang dia tidak bermain main.

" Aku terima permintaan nenda sebab aku nak lindungi kau. Aku nak jaga kau. Betul apa yang nenda cakap selagi kau tak jadi menantu dalam keluarga tu selagi tu ayah kau boleh kacau kau. " balas Naufal kembali.

" OK. aku boleh terima alasan kau yang tu. Tapi kenapa kita kena kahwin hujung bulan ni jugak. Kita muda lagi kot. " Natasya masih memberikan alasan.

" OK... OK... aku faham apa yang kau cuba cakap sekarang. Tapi macam yang mama cakap kita nikah je dulu. Majlis resepsi nanti nanti je. " pangkas Naufal ingin menghentikan Natasya dari beralasan.

" OK. Sya listen hear. How we make a deal. " pujuk Naufal, apabila melihat Natasya diam sahaja.

" Deal. " Natasya menyoal kembali sambil menjongketkan sebelah keningnya.

" Yes deal. Kau boleh beri apa sahaja syarat yang kau nak sepanjang perkahwinan kita nanti. So apa syarat yang kau nak. " Naufal masih cuba memujuk Natasya.

" Boleh percaya ke. " Natasya masih lagi ragu.

" Kalau kau tak percaya. Aku akan buat surat perjanjian. Sekarang kau cakap apa syaratnya. " Naufal masih cuba meyakinkan Natasya.

" OK lah kalau kau dah cakap macam tu. So syarat aku. First, aku tak akan kacau kau dan kau takkan kacau aku. Second, kita takkan ada husband and wife relationship. Kau faham kan. Third, kalau salah seorang dari, kita dah ada pilihan hati masing masing perkahwinan tu perlu ditamatkan. Tu je. " kata Natasya.

" OK. Sekarang syarat aku pulak. First, aku nak kita berdua kongsi bilik. Kongsi katil. Second, aku nak kita berlakon depan ahli keluarga yang, kita ni tengah bahagia. Tu je aku mintak. " Naufal pula menyuarakan syaratnya.

" OK. Setuju. " kata Natasya sambil tersenyum riang.

Mereka berdua saling membalas senyuman. Lega hati Natasya segala hal yang difikirkannya dari semalam sudah di selesaikan. Manakala Naufal pula gembira kerana dia dapat memujuk Natasya untuk menerima perkahwinan tersebut nanti.

Tanpa mereka sedari dan ketahui ada orang lain yang mendengar segala perbualan mereka tentang perjanjian tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience