BAB 34 : JAGA BABY

Romance Series 104277

Natasya yang baru sahaja menuruni tangga melihat Puan sri Afifah yang sedang berjalan ke hulu ke hilir di ruang tamu.

" Ma. Kenapa dengan mama ni jalan ke hulu ke hilir je dari tadi lagi Sya tengok. Mama ada masalah ke. Tak nak bagitahu Sya. Mana tahu Sya boleh tolong. " kata Natasya prihatin.

" Mama tengah runsing ni Tasya. Sebenarnya semalam Maria call mama. Dia mintak tolong mama jaga anak dia harini. Jadi mama setujulah. Tapi tadi staff mama kat butik call ingatkan mama yang mama kena pergi melawat butik mama kat luar daerah tu. Mama rasa mama tak boleh nak jaga anak Maria tu. Tapi ni Maria dah on the way nak datang sini. Mama rasa bersalah pulak sebab mama dah janjikan. " luah Puan sri Afifah panjang lebar.

" Kenapa kak Maria nak hantar anak dia kat sini. Dia busy sangat ke. " tanya Natasya pelik.

Natasya kenal sangat dengan Maria tu. Maria tu ialah sepupu kepada Naufal dan Nadzmi. Maria ni tua 5 tahun dari mereka. Maria ni seorang yang baik dan tak sombong. Dia juga rapat dengan Natasya.

Tapi yang Natasya pelik sekarang ni kenapa Maria mahu menghantar anaknya ke sini. Setahu Natasya, Maria tu dah berkahwin dan suaminya itu orang kaya. Maria sendiri pun dah kaya. Tapi takkan tak ada orang gaji yang boleh tolong jagakan anaknya. Tak pun cari jelah pengasuh untuk sehari.

" Maria mintak tolong mama sebab tak ada orang nak jagakan anak dia tu. Dia kena pergi uruskan adik dia yang kemalangan. Sekarang ni adik dia ada terlantar di hospital kat luar daerah. Sekarang dia nak uruskan untuk adik dia dipindahkan ke hospital di sini. Mak ayah dia sekarang ni kat Australia. Jadi memang dia lah yang kena uruskan semua benda.. Suami dia pun tak ada sekarang ni. " kata Puan sri Afifah.

" Kenapa tak suruh je maid dia yang jaga. Tak pun cari pengasuh. " tanya Natasya. Natasya melihat mertuanya itu mula melepaskan nafas lemah.

" Sebenarnya Maria tu trauma nak bagi orang yang dia tak kenal jaga anak dia. Sebab hujung bulan hari tu maid dia cuba bawak lari anak dia. Tu lah sebabnya sampai dia dah tak nak ambik orang gaji. " beritahu Puan sri Afifah.

" Ooo... kalau macam tu biar Sya jelah yang jaga anak kak Maria tu. Lagipun Sya pun tak ada kelas harini. " kata Natasya.

" Betul ke ni Tasya. Terima kasih sangat. Nasib ada Tasya. Kalau tak mama tak tahu nak buat apa. " kata Puan sri Afifah.

" Kalau macam tu mama pergi dulu. Lepas ni Maria datang hantar Ariq. Nanti mama cakap kat Maria yang Tasya boleh tolong jagakan Ariq. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum. Lalu dia berlalu pergi keluar dari villa itu.

**********************************

Sejam kemudian,

Maria sampai ke villa itu bersama anaknya Ariq yang baru berusia 7 bulan.

" Terima kasih tau Tasya sebab sudi jagakan Ariq harini. Akak dah tak tahu nak mintak tolong siapa dah. " kata Maria mesra.

" Tak ada masalah la kak. Lagipun alang alang Sya tak ada kelas harini. " kata Natasya sambil mengagah baby Ariq.

Maria menyerahkan Ariq kepada Natasya. Kemudian menyerahkan satu beg besar yang mempunyai semua barang keperluan baby Ariq.
Maria mencium anaknya dan berlalu pergi.

Natasya meletakkan beg barang baby Ariq di atas meja kopi. Lalu dia melabuhkan duduk di sofa bersama Ariq yang masih didalam dukungannya.

" Aik... kenapa Ariq ada kat sini? Mana mummy dia? " tanya Naufal yang baru muncul di ruang tamu.

" Tadi kat Maria datang mintak tolong jagakan Ariq untuk sehari. Patutnya mama yang tolong jagakan. Tapi mama ada hal penting. Tu yang aku offer diri tolong jagakan budak cute ni. " habis sahaja berkata. Natasya mencium pipi tembam Ariq bertalu talu.

" Ooo... kalau macam tu bawak naik ke bilik kita lah. Selesa sikit. Meh aku dukung dia pulak. " Naufal mengambil Ariq dari Natasya. Lalu bangun berdiri dan menarik tangan Natasya naik ke bilik mereka. Beg barang Ariq turut dijinjit bersamanya.

Sampai sahaja di dalam bilik mereka. Naufal meletakkan tubuh tembam Ariq ke atas katil mereka. Kemudian Naufal dan Natasya turut berbaring sambil mengagah Ariq yang berada di antara mereka.

Naufal bermain dengan pipi yang dah macam kuih pau tu. Natasya hanya memerhati gelagat Naufal yang ralit bermain dengan Ariq itu. Naufal menggomol gomol pipi tembam itu sehingga Ariq tidak selesa. Tidak lama kemudian suara tangisan bayi itu bergema di dalam bilik mereka.

Natasya menampar bahu Naufal lalu mengangkat tubuh tembam Ariq untuk didukung. Natasya memujuk Ariq sambil berjalan ke arah balkoni. Naufal turut bangun dan mengikut langkah Natasya. Belakang tubuh Ariq ditepuk perlahan. Apabila Ariq masih lagi tidak berhenti menangis Natasya terus menjelin ke arah Naufal yang sedang berdiri di pintu balkoni sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya.

" Dah. Dah. Jangan nangis sayang. Apa uncle ni kacau baby sampai nangis. Biasa uncle ni. Nanti aunty denda uncle. " kata Natasya sambil masih memujuk Ariq untuk berhenti menangis.

Naufal menghampiri Natasya dan Ariq. Lalu memeluk Natasya dari arah belakang.

" Tak sabar pulak aku nak kena denda dengan kau. " bisik Naufal di tepi telinga Natasya. Muka Natasya dah merah apabila mendengar suara gemersik Naufal itu.

" Sya comel kan Ariq ni. Buat aku tak sabar pulak nak ada anak dengan kau. Nanti mesti anak anak kita pun comel jugak sebab ikut muka kita. " kata Naufal mengeratkan lagi pelukannya.

" Isy... kau ni ke situ pulak. " muka Natasya dah bertukar merah selepas mendengar Naufal menyebut hal anak.

" Kenapa pulak. Tak salah pun kan. Betullah nanti anak anak kita mesti comel. Kalau girl mesti cantik macam kau. Kalau boy mesti handsome macam aku. " kata Naufal bangga.

" Perasan je kau ni. Kalau nanti ikut muka Nadz macam mana. " duga Natasya.

" Kenapa pulak nak ikut muka dia. Kan aku yang buat mestilah ikut muka aku. " kata Naufal tak puas hati apabila mendengar nama Nadzmi.

" Dah kau dengan dia kembar seiras. Muka korang pun sama. Tak mustahil anak pun nanti muka sama. " jelas Natasya.

" Mana ada muka kitorang sama. Lainlah. " kata Naufal masih lagi tak puas hati. Dia dengan Nadzmi memang tak suka bila dikatakan muka mereka sama biarpun itulah kenyataannya.

" Yelah... suamiku. " kata Natasya malas nak berbahas dengan Naufal.

" Best pulak aku dengar kau sebut suamiku tu. " kata Naufal sambil tersenyum.

Pelukan makin dieratkan dan Naufal melabuhkan dagunya ke bahu Natasya sambil melihat wajah Ariq yang berada di dalam dukungan Natasya. Aria pun dah berhenti menangis. Mereka kelihatan sebuah keluarga kecil yang sedang bahagia.

Akhirnya mereka masuk kembali ke bilik dan meletakkan kembali Ariq ke katil. Naufal kembali berbaring sambil mengagah Ariq.

" Fal aku nak turun bawah kejap. Nak buatkan susu untuk Ariq. " kata Natasya lalu berlalu meninggalkan Naufal bersama Ariq. Susu dan botol susu Aria dibawa bersamanya.

Ketika Naufal sedang mengomol Ariq. Tiba tiba dia tercium satu bau yang tidak menyenangkan.
Nampaknya Ariq dah buang air besar. Tanpa membuang masa Naufal mengakat tubuh Ariq dan dibawa ke bilik air untuk dibersihkan.

Tidak lama kemudian Naufal keluar dari bilik air bersama dengan Ariq yang sudah bersih dan wangi. Naufal menggeledah beg barang Ariq untuk mencari baju dan pampers Ariq. Naufal memakaikan pampers dan baju Ariq tanpa kekok.

Selepas itu, muncul Natasya ke dalam bilik itu bersama dengan sebotol susu yang sudah siap dibancuh. Natasya menyuapkan susu itu kepada Ariq sambil Naufal menepuk-nepuk Ariq untuk ditidurkan.
Natasya melihat baju dan seluar Ariq yang sudah bertukar. Kening dijongketkan kepada Naufal sebagai isyarat bertanya.

" Tadi Ariq ni berak. Tulah aku mandi dan tukarkan pampers dia. " kata Naufal santai.

" Kau pandai uruskan budak ke. Kenapa aku tak tahu. " tanya Natasya. Satu benda yang baharu sahaja di tahu pasal Naufal. Ingatkan dia dah tahu semua benda pasal Naufal.

" Haah... aku dengan Nadz memang suka kat budak budak. Bukan suka jaga je. Tapi suka mandi dan tukarkan pampers sekali. " kata Naufal sambil tersenyum.

Natasya sedikit terkejut kerana ada juga perkara yang sama tentang si kembar itu. Kalau tak semua pasal mereka mesti bertentangan sahaja.

Setelah habis sebotol susu. Akhirnya Ariq tertidur pulas. Naufal dan Natasya hanya merenung wajah comel itu yang sedang lena tidur. Sedang mereka ralit merenung wajah comel itu. Tiba tiba sahaja pintu bilik mereka di buka dari luar.

" Fal. Sya. Ariq ada kat sini ke? " Nadzmi yang baharu sahaja muncul bertanya teruja. Tanpa meminta izin dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Naufal dan Natasya dah bangun dari katil. Membiarkan Nadzmi meluangkan masa dengan Ariq. Lebih cepat Nadzmi puas luangkan masanya dengan Ariq. Lebih cepat Nadzmi akan meninggalkan bilik mereka.

Sedang Nadzmi bermain main dengan pipi tembam itu. Tiba tiba Nadzmi menggigit pipi Ariq. Ariq terus menagis kembali. Tidaklah digigit kuat tapi cukup buat bayi itu menangis kerana terkejut dan kerana tidurnya yang terganggu.

Natasya terus mengambil kembali Ariq untuk didukung dan pujuk kembali. Manakala Naufal menyerek tubuh Nadzmi untuk keluar dari bilik itu. Naufal terus menutup dan mengunci pintu biliknya sebaik sahaja Nadzmi sudah dikeluarkan dari biliknya. Kemudian Naufal kembali kepada Natasya dan Ariq.

" Fal. Sya. Bukak la pintu ni. Aku nak main dengan Ariq lagi. " Nadzmi mengetuk pintu bilik Naufal diketuk bertalu-talu. Namun tidak dihiraukan oleh Naufal dan Natasya.

" Tak apa. Nanti korang ada anak aku akan pastikan anak korang tu akan lebih rapat dengan aku daripada korang. " kata Nadzmi sambil tersenyum penuh makna. Lalu dia kembali ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience