Di sebuah restoran,
Kali ini Tan sri Nazim membawa keluarganya untuk makan malam di sebuah restoran wastern. Mereka makan sambil berbual-bual antara satu sama lain.
" Esok kita picnic kat tepi pantai nak tak. " aju Tan sri Nazim tiba tiba.
" Boleh jugak tu bang. Lama kita tak keluar picnic satu family. " Puan sri Afifah bersetuju dengan cadangan suaminya itu.
" Tapi papa kita nak picnic makan apa. Kat chalet tu apa je yang ada. Takkan nak makan junkfood je. Sebab junkfood je ada kat chalet tu. Pastu susu, air mineral dan bijirin je. " kata Nadzmi.
" Haah la bang. Kita nak picnic dengan apa. Nak pergi beli sekarang pun dah tak sempat. " Puan sri Afifah sudah rasa kecewa.
" Tak payah risau. Abang dah mintak orang lain tolong belikan untuk kita. Balik nanti ada la kat chalet tu. Jangan risau semua makanan tu comfirm halal. " ucap Tan sri Nazim menceriakan balik wajah Puan sri Afifah.
" Ehh korang berdua ni dengar tak apa yang kitorang tengah berbual ni. " tanya Nadzmi kepada Naufal dan Natasya yang dari tadi tersenyum senyum antara satu sama lain.
" Dengar. " jawab Naufal malas.
" Habis tu kamu berdua setuju tak esok kita satu family pergi picnic kat pantai. " tanya Puan sri Afifah teruja.
" Ok je mama. " jawab Natasya.
" Ok memandangkan semua dah setuju kira jadilah kan. Esok pagi pagi lagi mama akan siapkan makanan untuk kita picnic nanti. " kata Puan sri Afifah lagi.
" Kalau macam tu nanti Sya tolong mama la. " tawar Natasya.
" Memang mama nak Tasya tolong pun. Tapi bukan Tasya sorang. Naufal dengan Nadzmi pun kena tolong sekali. Esok kamu berdua kena bangun awal. Tolong mama dengan Tasya siapkan makanan picnic tu nanti. " arah Puan sri Afifah.
" What mama? Perlu ke Nadz dengan Fal tolong. Bukannya kitorang reti pun. " Nadzmi sudah mula memberi alasan.
" Bukannya mama suruh korang masak pun. Tolong tolong je. Takkan tu pun tak boleh. " jawab Puan sri Afifah.
" Tapi mama... " baru saja Nadzmi ingin meneruskan percakapannya dia sudah pun di pangkas oleh mamanya itu.
" No more excuse Arif Nadzmi. " Puan sri Afifah dah membuntangkan matanya ke arah Nadzmi.
" Yelah ma, Nadz akan tolong mama. " jawab Nadzmi lemah. Dia tahu kalau mamanya itu sudah menyebut nama penuhnya itu bermakna mamanya benar benar marah.
" Haa... kan bagus macam tu. Macam susah sangat permintaan mama ni. Tengok Naufal tak kata apa pun. Ni kamu banyak pulak alasan. " kata Puan sri Afifah. Intonasi suaranya dah kembali lembut seperti biasa.
*************************************
Keesokkannya,
Natasya sedang membantu Puan sri Afifah menyiapkan barang untuk menyiapkan makanan picnic mereka nanti.
" Mana la budak bertuah dua orang tu. Tasya Naufal tak bangun lagi ke. " tanya Puan sri Afifah kepada menantunya itu.
" Tak ma. Tadi lepas je solat subuh Naufal terus sambung tidur. Penat agaknya. " jawab Natasya. Mana tak penat kalau sepanjang malam berjaga sebab sibuk duk berasmara dana atas katil.
" Apalah yang nak dipenatkan. Semalam pun papa yang drive bukan dia. Nadzmi ni pun mesti duk membuta lagi. Haih... apalah nak jadi dengan kembar dua orang ni. " sungut Puan sri Afifah.
" Tasya mama nak masuk bilik mama kejap. Nak kejutkan papa pastu nak siapkan baju dia kejap ye. " pamit Puan sri Afifah.
Nataysa hanya membalas dengan menganggukkan kepalanya sahaja. Kemudian hanya memandang langkah mertuanya itu sehingga hilang di balik pintu dapur itu.
Sedang Natasya cuba untuk mengambil roti dari kabinet atas. Tiba tiba sahaja dia dapat merasakan ada tangan yang sedang melingkari pinggang rampingnya itu. Daripada aroma perfume sahaja Natasya sudah dapat mengagak siapa gerangan yang sedang memeluknya dari arah belakang itu.
" Hubby dah bangun. " tanya Natasya. Dia langsung tidak mencuba untuk meleraikan pelukan itu.
" Kenapa keluar bilik tak tunggu hubby bangun dulu. Hubby ingatkan sayang lari tinggalkan hubby tau tak. " kata Naufal dengan nada merajuk.
Tadi sebaik sahaja dia terjaga dari lena. Apabila melihat ke sebelah si isteri sudah tiada. Mana tak membuat hatinya risau.
" Sorry. Tadi sayang tengok hubby nyenyak sangat tidur. Tu lah tak sampai hati nak kejut. Hubby dah mandi ke? " tanya Natasya manja.
" Tak. Hubby nak mandi dengan sayang nanti. " kata Naufal selamber. Langsung tak dihiraukan wajah si isteri yang sudah berubah warna itu.
" Eiii... hubby ni gatal lah. " Natasya menampar manja dada bidang si suami.
" Apa salah gatal dengan bini sendiri. Bukannya menggatal dengan orang lain. " jawab Naufal lagi dengan riak selambernya itu.
" Ehem... ehem... kalau ye pun nak beromance. Buatlah kat dalam bilik. Bukannya kat dapur ni. Dapur ni tempat orang cari makan. Bukannya korang makan sesama sendiri. " sindir Nadzmi yang sedang berdiri di pintu masuk dapur itu.
Natasya cepat cepat menolak tubuh Naufal supaya pelukan mereka berdua terlerai. Natasya menyorokkan wajahnya dibalik tubuh sasa Naufal. Perasan tersangatlah malu apabila adegan romantik mereka tadi telah disaksikan oleh Nadzmi. Tapi lain pula dengan Naufal. Wajahnya sekarang tengah bengang dengan Nadzmi kerana telah merosakkan saat saat romantisnya dengan Natasya.
" Awal kau bangun. Biasa sarapan dah siap baru kau nak bangun. " sindir Naufal pula sambil menahan geram kepada kembarnya itu.
" Dah mama kejutkan aku macam nak pergi berperang. Macam mana aku tak bangun. " kawab Nadzmi sambil melangkah mendekati Naufal dan Natasya.
" Tulah kau yang payah sangat nak bangun tu kenapa. Tak malu ke dah besar pun mama kena kejutkan lagi. " sindir Naufal bertalu talu.
Naufal rasa macam nak tumbuk ke wajah selamber kembarnya itu. Dah la dah rosak saat romantisnya dengan Natasya. Pastu boleh pulak berlagak macam tak ada apa apa yang jadi. Siap boleh dusuk sambil makan roti lagi.
***************************************
Di pantai,
Mereka semua sudah sampai ke sebuah pantai yang agak jauh dari chalet yang mereka diami. Di sana kelihatan ada beberapa orang warga asing turut sama berkelah seperti mereka.
Sebaik sahaja Tan sri Nazim memakirkan kereta di tempat parking. Semua orang mula memunggahkan barang keluar dari bonet kereta.
Puan sri Afifah dan Natasya mengangkat bakul berkelah mereka. teruja punya pasal Puan sri Afifah telah menyediakan banyak makanan untuk mereka sampai memerlukan dua buah bakul untuk diisi makanan itu semua. Manakala Tan sri Nazim, Naufal dan Nadzmi memunggah barangan lain seperti tikar, payung dan set BBQ.
Orang paling teruja sekarang ni adalah Natasya. Dia memang sangat sukakan pantai. Kalau dulu sebelum dia berkahwin. Dia tak pernah dapat keluar lama ke pantai. Ini kerana keluarganya yang sentiasa melayannya seperti orang gaji.
Tapi sekarang ni tidak lagi. Dia sekarang bebas dari bapak dan ibu tirinya itu. Dan hidup bahagia dengan keluarga mertuanya sekarang.
Sebaik sahaja menjumpai tempat yang sesuai untuk berkelah. Natasya cepat cepat meletakkan baku berkelah yang dibawanya itu ke atas tikar yang sudah dihamparkan di atas pasir pantai itu.
Sebaik sahaja meletakkan bakul itu. Natasya terus melepaskan sandalnya lalu berlari ke arah laut yang membiru itu.
Naufal hanya melihat tingkah si isteri sambil menggelengkan kepala dan tersenyum tipis. Dia mengambil sendal yang ditinggalkan Natasya itu
lalu di letakkan di sampingnya. Dia hanya melihat Natasya yang sedang seronok bermain ombak itu dari jauh. Kadang kala dia terpaku apabila melihat rambut Natasya ditiup angin. Natasya nampak sangat cantik dan menggoda ketika ini dengan senyuman bahagia yang tidak lekang di wajah cantik itu.
Sedang dia ralit merenung Natasya. Tiba tiba bahunya ditepuk oleh seseorang.
" Fal pergilah temankan Tasya tu main air. Seronok sangat tu nampaknya. Biar kami yang uruskan semua barang ni. " kata Tan sri Nazim.
" Baiklah pa. " kata Naufal sambil tersenyum nipis. Tanpa membuang masa dia terus melangkah menghampiri si isteri yang sedang seronok bermain ombak itu.
" Amboi sayang. Seronok sangat main air sampai dah tak ingat kat hubby ye. " Naufal cuba menarik perhatian si isteri.
" Eh... hubby. Sorry. Jomlah main air ni sekali. Best tau. Nah. " Natasya sudah memercikkan air kepada si suami sambil tertawa kecil.
" Amboi suka eh dia dapat kenakan kita. Nak kena ni. " habis sahaja ayatnya itu. Naufal turut memercikkan air kepada si isteri.
Mereka saling memercikkan air kepada satu sama lain sampai tak sedar yang baju masing masing dah mula basah.
" Hubby stop! Stop! Hubby! " jerit Natasya menghentikan Naufal.
" Hubby tengok habis basah. " kata Natasya sambil memuncungkan mulutnya.
" Tulah nak sangatkan main air. " kata Naufal sambil tertawa kecil.
" Tapi hubby percikan air tu kuat sangat. Mana aci. " kata Natasya sambil berpeluk tubuh.
" Oklah hubby tak kacau dah. " Naufal hanay mampu mengalah.
Naufal dan Natasya kembali bermain main dengan air ombak itu. Wajah pasangan ini tak lekang dengan senyuman bahagia. Mereka merasakan seperti hanya mereka berdua sahaja di dunia ini.
Naufal mengeluarkan iPhone miliknya daripada poket. Kemudian mengambil beberapa keping gambar Natasya yang sedang seronok bermain ombak itu. Dan Naufal mengajak Natasya untuk berselfie dengannya. Natasya datang menghampiri Naufal dan memeluk suaminya itu sambil mata Mendang ke arah kemera yang dihalakan oleh Nuafal. Dalam gambar gambar selfie itu ada pelbagai gambar romantis mereka berdua. Antara gambar gambar itu ialah gambar Natasya mencium pipi Naufal Dan Naufal mencium pipi Natasya.
" Nak aku tolong ambikkan gambar korang. " sampuk Nadzmi yang tiba tiba muncul di situ.
" Kau buat apa kat sini tak tolong papa dengan mama kat sana ke. " tanya Naufal sambil memandang ke arah papa dan mama nya yang sedang sibuk menyiapkan BBQ.
" Diorang yang halau aku. Diorang cakap bagi diorang pulak nak bersweet sweet. Tulah aku datang kat korang ni. " terang Nadzmi. Naufal dan Natasya hanya mengangguk angguk mendengar penjelasan dari Nadzmi.
" Nak tak aku ambikkan gambar romantis korang tu. Aku ni pro tau kalau bab ambik gambar ni. Comfirm tak rugi. " Kata Nadzmi berbangga diri.
" Nah ambiklah. Tapi jangan terasa hati pulak. " sempat lagi Naufal menyindir kembarnya itu.
" Memang tak lah aku nak terasa hati dengan korang. Kita kan family. Aku dah biasa dah korang ni cakap macam tu dengan aku. " kata Nadzmi tanpa sedikit pun terasa hati.
" Bukan terasa hati sebab tu. Tapi sebab kau terpaksa tengok adegan romantik kitorang ni. Sedangkan kau single dan tak ada partner lagi. " jawab Naufal penuh sinis.
" Uwek... nak muntah aku. Dah lah cepat posting aku nak snap gambar korang ni. " kata Nadzmi sebal sambil menghalakan lensa kemera ke arah pasanga merpati dua sejoli itu.
Share this novel