Di villa Keluarga Naufal,
Sebaik sahaja kaki Natasya dan Naufal melangkah ke ruang tamu. Terlihat kelibat Puan sri Afifah sedang menunggu mereka di sofa.
" Ha... balik pun kamu berdua. Lama mama tunggu tau. Mari duduk kejap ada benda mama nak cakap sikit. " panggil Puan sri Afifah kepada Natasya dan Naufal.
Natasya dan Naufal berjalan ke arah Puan sri Afifah. Mereka melabuhkan duduk di sofa bersebelahan wing chair yang diduduki oleh, Puan sri Afifah.
" Ada apa ma. " soal Naufal.
" Mama sebenarnya nak cakap yang mama dah daftarkan kamu berdua kursus kahwin minggu depan. " ujar Puan sri Afifah teruja.
" Hah... aunty biar betul cepatnya. " terkejut Natasya apabila wanita itu sudah menguruskan perihal kursus kahwin untuk dia dan Naufal.
" Cepat apanya. Ada tiga minggu lebih je lagi. Ok la tu kamu berdua pergi minggu depan. " pujuk Puan sri Afifah lagi.
" Tapi kelas macam mana. " Natasya masih lagi cuba mengelak dari perlu menghadiri kursus terbabiy.
" Tu, tak payah risau. Mama dah check hari yang mama book untuk korang tu time korang free. Hari kamu berdua tak ada kelas. " terang Puan sri Afifah lagi.
" Baik ma. Minggu depan kitorang pergi sama sama. " kata Naufal lembut.
" Good. Itu yang mama nak dengar. " Puan sri Afifah mengangkat ibu jarinya sebagai isyarat bagus sambil tersenyum kemenangan.
Naufal dan Natasya pun naik ke bilik masing masing. Ingin menbersihkan diri yang sudah melekit lekit.
********************************
Sampai sahaja di villa, Naufal dan Natasya menghenyakkan punggung di sofa. Mereka duduk bersebelahan.
Keluhan dilepaskan oleh dua insan tersebut. Lenguh tubuh mereka selepas menghadiri kursus kahwin yang telah diaturkan oleh mama itu. Akhirnya kursus itu selesai juga.
" Eh... eh... bakal pengantin dah balik. Macam mana kursus best. " Nadzmi tiba tiba menyapa mereka. Satu senyuman sinis terukir di bibir.
" Biasa je. Kau nak tahu kau kahwin. " kata Naufal sinis.
" Alah aku tanya je. Ni sijl korang eh. Tengok jap. " laju tangan Nadzmi menyambar sijil kursus kahwin Naufal dan Natasya yang berada di atas meja kopi. Kedua sijil itu dilihat satu persatu.
" Aunty mana? " tanya Natasya. Biasanya mama ada sahaja di rumah. Tapi sekarang langsung nak nampak kelibat mama.
" Ohh... lupa aku nak bagi tau korang. Mama dah pergi butik kawan dia. Uruskan korang punya baju nikah dengan pelamin untuk korang. " Jawab Nadzmi.
" Hah... pelamin. Cakap nak buat kecil kecilan je ni kenapa ada pelamin bagai ni. " terlopong Natasya mendengar yang di hari pernikahannya nanti akan turut mempunyai pelamin.
" Biar la. Apa salahnya. Kan kita dah serahkan semua pada mama. Jadi biar mama yang tentukan. Mama mesti tahu apa yang terbaik untuk kita. " Naufal meraih tangan Natasya untuk memujuk gadis tersebut.
" Yela... yela. " Natasya hanya pasrah.
" Wey... lepas ni keluar jom. Lama dah kita tak keluar bertiga. Jomlah aku belanja tengok wayang. Alang alang mama tak ada ni. " ajak Nadzmi bersungguh.
" Kitaorang baru balik ni Nadz. Letih pun tak hilang lagi. " kata Natasya lemah. Kepala dilentokkan ke bahu Naufal. Dia sudah terbiasa berbuat begitu. Baginya biasa kawan baik pinjamkan baju kepada kawan baik dia.
" Betul tu. Kitorang balik letih letih. Kau boleh ajak keluar. " Naufal mula mendengus. Kepalanya turut dilentokkan ke atas kepala Natasya.
" Ala... bukan sekarang. Kejap lagi. Korang pergi la naik rehat dulu. Lagi sejam setengah kita pergi la. " pujuk Nadzmi lagi. Dia kan memang handal dalam pujuk memujuk ni.
" Yela. " balas Naufal dan Natasya serentak.
****************************************
Petang itu ketika Natasya sedang menikmati udara segara di taman villa tersebut.
Dia merasakan ada orang sedang memerhatikan dirinya. Kepala di toleh ke belakang. Rupanya Naufal sedang duduk di gazebo dan di tangannya ada satu sampul surat besar berwarna coklat
Natasya terus melangkah ke arah Naufal apabila lelaki itu memberikan isyarat memanggilnya untuk duduk di gazebo tersebut.
" Kenapa ni. " tanya Natasya pendek.
" Nah. " Naufal menjawab sepatah sambil tangan menghulurkan sampul surat tersebut kepada Natasya.
" Apa ni? " soal Natasya lagi. Sambil membuka sampul surat tersebut.
Kertas di dalam sampul surat tersebut ditarik keluar. Saat Natasya membaca isi kandungan surat di depannya itu Natasya seakan tidak percaya. Kening dijongketkan sebagai isyarat bertanya kepada Naufal.
" Tu kontrak perjanjian yang aku janji nak buat hari tu. Kau bacalah takut aku ada tertinggal apa apa ke. Kalau kau dah setuju kau tinggal sign je. Nah pen. " Naufal mengeluarkan pen dari jaketnya lalu dihulurkan kepada Natasya.
Natasya tanpa ragu menyambut pen tersebut dan terus tanda tangan kontrak tersebut.
Tanpa mereka sedar, ada mata yang sedang memerhati segala tindak tanduk mereka berdua.
***********************************
Pejam celik pejam celik, hanya tinggal lagi dua minggu Natasya dan Naufal akan dinikahkan.
Ketika mereka semua sedang bersarapan,
" Fal... Sya. Nanti lepas makan tengah hari ikut mama pergi butik kawan mama ya. " kata Puan sri Afifah.
" Buat apa aunty? " tanya Natasya.
" Buat apa lagi. Fitting baju nikah korang berdua la. Kan lagi dua minggu majlis tu. " terang Puan sri Afifah.
"Ooo... " itu sahaja yang keluar dari mulut Natasya.
Malas dia hendak membantah atau terus bersoal jawab. Sekarang dia hanya reda dengan apa yang tertulis untuknya sekarang. Jika benar Naufal jodohnya dia terima dan reda.
" Baju untuk Nadz tak ada ke mama? " soal Nadzmi memecahkan kesunyian.
" Baju untuk kau buat apa. Aku yang nak kahein bukan kau. " kata Naufal sebal.
" Ala... aku kan yang akan duduk sebelah kau nanti masa akad nikah. Takkan la aku tak hensem dalam gambar nikah kau tu nanti. " kata Nadzmi lagi.
Naufal hanya mendecit. Geram dengan perangai si abang kembar. Ni mesti nak mengorat sepupu perempuan mereka nantu. Bukan Naufal tak kenal si Nadzmi tu macam mana.
" Dah jangan gaduh. Baju untuk Nadz pun ada. Kita semua ada. Puas hati. " pujuk mama menghentikan persengketaan pasangan kembar tersebut.
" Puas ma. " kata Nadzmi sambil wajah tersengih sengih serupa kerang busuk.
************************************
Hari yang di nantikan pun tiba akhirnya,
Natasya melihat dirinya yang telah disolek cantik oleh make up artist dari biasan cermin meja solek. Wajahnya disolek dengan solekan natural yang lagi menyerlah natural beauty Natasya.
Baju pengantin yang tersarung di tubuhnya ditenug lama. Baju kebaya berwarna putih susu yang dihiasi sulaman halus dan manik manik kecil membuatkan kebaya tersebut kelihatan elegan dan mewah. Memang cantik pilihan Puan sri Afifah. Kena dengan selera Natasya kerana baju ini tidak terlalu sarat dan tidak terlalu simple.
" Betul ke apa aku buat ni? " soal Natasya kepada diri sendiri.
Kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Terjengkul wajah Puan sri Afifah di pintu bilik. Wanita itu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut lalu menghampiri Natasya.
" Jom sayang... semua orang dah tunggu Tasya kanmt bawah. " ajak Puan sri Afifah sambil merangkul bahu bakal menantunya itu.
Natasya hanya mengangguk dan mengikut langkah Puan sri Afifah untuk turun ke bawah.
Ketika sampai di tingkat bawah Natasya melihat Naufal sedang duduk berhadapan dengan tok kadi. Kelihatan Naufal segak mengenakan baju Melayu berserta samping berwarna putih susu sama seperti baju yang dipakai oleh Natasya sekarang .
Kaki melangkah ke arah pelamin yang dipasang di tengah tengah ruang tamu tersebut. Kelihatan tok kadi seperti sedang berbincang sesuatu bersama Naufal, Tan sri Nazim dan Pak long Rahim.
Natasya bersyukur kerana Pak long Rahim, bapa saudaranya masih sudi menjadi walinya. Nak harapkan Encik Azman memang tunggu kucing bertanduk dulu lah. Lain la kalau dihulurkan duit. Tu pun belum tentu ikhlas.
" Baiklah kalau semua dah bersedia kita boleh mulakan la ya. " kata tok kadi yang bakal menikahkan Naufal dan Natasya.
" Aryan Naufal bin Tan sri Nazim. " kata tok kadi itu lantang.
" Ya saya. " jawap Naufal sepatah namun dengan yakin dan beraninya.
" Aku nikahkan engkau dengan Natasya Amani binti Azman dengan mas kahwinnya RM5 000 ringgit tunai. " lafaz tok kadi itu.
" Aku terima nikahnya Natasya Amani binti Azman dengan mas kahwinnya RM5 000 ringgit tunai. " lafaz Naufal dengan yakin lalu tangan dikoncangkan.
" Sah? " tanya ymtok kadi itu kepada para saksi.
" Sah! "
" Sah! "
Jawab kesemua saksi.
" Alhamdulillah. " lalu tangan di tadah untuk mengaminkan doa.
Tanpa Natasya sedari matanya telah berkaca dan keluar la air matanya.
' Ya Allah apa perasaan aku sekarang ni. Gembira ke sedih. Kenapa aku nak gembira aku tak cintakan Naufal pun. Kan? ' Bisik hati Natasya. Mula ragu dengan perasaannya terhadap Naufal kawan baiknya sendiri.
" Tasya... Tasya. " Puan sri Afifah menepuk lembut peha Natasya menyebabkan Natasya tersedar dari lamunannya itu.
Saat kepala diangkat terlihat susuk tubuh Naufal sedang duduk di hadapan aku. Naufal meraih tangan kanan Natasya lalu menyarungkan cincin di jari manis Natasya. Natasya kemudian mencium tangan Naufal yang kini bergelar suaminya.
Tiba giliran Natasya. Bekas cincin dihulurkan oleh Puan sri Afifah kepada Natasya. Natasya mengambil cincin tersebut dan disrungkan ke jari Naufal pula.
Naufal memaut dagu Natasya. Membuatkan kepala Natasya mendongak sedikit. Satu ciuman diberikan ke ubun ubun Natasya.
Tiba tiba satu perasaan mula muncul di hati kedua dua ini.
Selesai majlis pembatalan air sembahyang. Majlis sederhana yang di hadiri oleh sanak saudara Naufal itu diteruskan dengan sesi mengambil gambar.
Saat juru kamera mengarahkan Natasya dan Naufal berpelukkandan berada dalam keadaan rapat. Jantung Natasya mula berdetak laju seperti hendak pecah sahaja.
Manakal Naufal hanya menahan debaran di dadanya saat tubuhnya dan tubuh Natasya bersentuhan terlalu rapat. Dia kena ingat kontrak perjanjian antara dia dan Natasya.
Share this novel