BAB 43 : DIAN

Romance Series 104277

Selepas mereka bertiga selesai membeli belah. Tiba tiba sahaja perut Nadzmi berbunyi.

" Korang jom pergi makan. Aku lapar la. " ajak Nadzmi.

" Boleh jugak tu. Aku pun lapar ni. " kata Naufal.

" Kita nak makan kat mana? " tanya Natasya pula.

" MCD. Jom. Aku belanja. " ajak Nadzmi.

" Kau ni kan suka sangat makan makanan macam tu. Tak elok la untuk kesihatan. Dah la kau tu malas nak bersenam. Makan makanan ringan tak ingat dunia. Kau tak sayang kan diri kau tu ke. " ucap Naufal panjang lebar tentang tabiat buruk Nadzmi.

" Alaa... kau ni. Spoil la orang nak enjoy. " kata Nadzmi kesal.

" Hubby jom lah kita makan kat MCD. Dah lama tau kita tak makan kat MCD. Lagipun sayang dengar ada menu baru sekarang ni. Jom lah. Pleass hubby. " Natasya mula merangkul lengan sasa Naufal sambil mengelip ngelipkan matanya kepada Naufal. Cuba memujuk si suami dengan kaedah menggoda pula.

" Yela. Yela. Jom. Tapi ingat. Jangan makan banyak sangat. Lepas tu, esok kita beryiga kena keluar jogging esok. Faham. " kata Naufal tegas. Akhirnya dia cair dengan pujukan dan godaan Natasya.

" Ai... ai... Chief. " kata Natasya dan Nadzmi serentak sambil tangan tabik di dahi.

" Dah jom makan. " kata Naufal tanpa perasaan lalu menarik tangan Natasya untuk mengikutinya.

*******************************

Di MCD,

Ketika mereka bertiga sedang menjamu selera. Tiba tiba Natasya terlihat seseorang yang tidak asing baginya. Natasya lalu bangun dari duduknya untuk menegur gerangan itu. Belum sempat kakinya melangkah. Lengannya sudah dilelar oleh Naufal.

" Sayang nak pergi mana? " tanya Naufal.

" Kejap eh. " kata Natasya lalu meleraikan pegangan tangan Naufal di lengannya itum

Nataysa berjalan menghampiri figura yang sedang berdiri dengan terpinga pinga itu. Bahu orang itu ditepuk perlahan.

" Dian. " sapa Natasya.

" Eh... Puan Natasya. Puan buat apa kat sini. " tanya Dian sebaik sahaja dia melihat Natasya yang sedang berdiri di sebelahnya sekarang.

" Kan saya dah cakap hari tu tak payah panggil saya ' Puan ' bagai. Panggil saya Tasya je. " kata Natasya.

"Maaf Tasya. " kata Dian sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda pemohonan maaf. Wajah itu kelihatan polos sekali.

" Awak datang sorang ke? Tak kerja ke hari ni? " tanya Natasya bertalu talu.

" Haah... saya sorang je. Hari ni saya cuti. Tu sebab saya tak kerja hari ni. " jelas Dian.

" Ooo... " kata Natasya.

" Tasya pulak datang dengan siapa. Dengan Puan sri ke? " tanya Dian polos.

" Eh... taklah. Saya datang dengan suami dan my brother in law. " kata Natasya ramah.

" Ooo... " kata Dian.

" Awak nak cari tempat duduk ke? " tanya Natasya.

" Hmm... tapi saya tengok macam semua meja dah penuh je. Saya bungkus jelah. Makan kat rumah. " kata Dian sambil tersenyum tawar.

" Apa kata awak duduk je semeja dengan saya Dian. " pela Natasya

" Eh... tak apa la Tasya. Lagipun kan awak cakap yang awak datang dengan suami dan abang ipar awak kan. Saya tak nak la diorang tak selesa dengan saya. " tolak Dian dengan sopan.

" Tak apa la. Diorang tak kesah pun. Jom " Natasya terus menarik tangan Dian ke arah meja yang didudukinya tadi.

Dian tiada pilihan lain selain mengikut sahaja langkah Natasya.

Tapi Natasya lupa akan sesuatu. Mungkin Nadzmi tak kesah kalau Natasya ajak Dia duduk semeja dengan mereka. Tapi kalau Naufal, Natasya kurang yakin kerana Naufal seorang yang sangat protective. Naufal tak suka Natasya rapat dengan orang asing.

******************************

" Hubby. Nadz. Kenalkan ni Diandra. My friend " kata Natasya sebaik sahaja mereka berdua sampai ke meja yang diduduki oleh Naufal dan Nadzmi.

Naufal hanya memandang sekilas lalu mengangguk. Tetap dengan riak bekunya.

Nadzmi yang sedang ralit sangat meratah ayam goreng itu pun turut memanggungkan kepala. Tiba tiba Nadzmi merasakan seperti masa sedang terhenti. Jantung dia mula berdegup tidak mengikut tempo.

Dian pula sudah terkedua apabila melihat kedua orang lelaki yang sedang duduk itu. Muka kedua orang itu sama. Cuma seorang dengan raup wajah yang beku tanpa perasaan. Dan seorang lagi dah macam patung cendana. Asyik dok tenung je dia. Tiba tiba Dia rasa tak selesa apabila ditenung sebegitu.

" Wei... " Naufal sudah menunjalkan jarinya ke dahi Nadzmi yang duduk di hadapannya.

" Ohh... Hai. Saya Nadzmi. Boleh panggil Nadz. " ucap Nadzmi kembali kepada dirinya yang asal.

" Hai saya Diandra. Panggil Dian je. " ucap Dian sedikit gementar.

" Nadz ni abang ipar saya tau Dian. Dan ni pulak suami saya. Naufal. " kata Natasya sambil tersenyum manis.

" Awak mesti terkejutkan sebab muka diorang ni sama. Sebab diorang ni kembar. " terang Natasya.

" Ooo... patut la sama. Baru saya ingat yang anak anak Puan sri ni kembar. " ucap Dian.

" OK. Jom kita duduk. Dian awak duduk kat kerusi sebelah Nadzmi tu ye. " kata Natasya ramah.

Dian hanya mengangguk dan duduk sahaja di kerusi bersebelahan Nadzmi itu. Natasya pula duduk di sebelah Naufal.

" Dian awak ni student ke? " tanya Nadzmi ingin memulakan perkenalan dengan si gadis polos di sebelahnya ini.

" Yes. Saya masih study. Tapi saya ada buat part time kat butik Puan sri Afifah. " jelas Dian.

" Seriously awak kerja kat butik my mom. But why saya tak pernah nampak awak pun. " kata Nadzmi sedikit teruja.

" Macam mana kau nampak. Butik mama tu kau nak pergi setahun sekali pun payah. " sindir Naufal tiba tiba.

" Kau diam lah. Macam lah kau kenal dengan Dian ni. " kata Nadzmi sebal. Tak puas hati kerana Naufal sedang mengganggu sesi suai kenalnya dengan Dian.

" Dian. Tadi awak cakap awak masih study kan. Awak study kat mana? " tanya Nadzmi lagi.

Belum sempat Dian menjawab. Natasya sudah tolong jawabkan.

" Dian ni satu kolej dengan kita la. Dia ambik cost culinary. " sampuk Natasya.

" Ooo... yeke. Patut tak pernah nampak. Nanti kalau kita terserempak ke terselisih ke. Awak tegur la saya ye. Boleh la nanti kita lepak ke minum minum. " kata Nadzmi ramah.

" Hmm... " Dian hanya menguman.

Nadzmi dah mati kutu. Kenapa Dian ni tak teruja atau seronok bila berdepan dengannya. Kalau perempuan lain asyik tenung je dia macam nak tembus. Tapi Dian ni lain la pulak.

Tiba tiba phone milik Dian yang diletakkan di atas meja menyala. Nadzmi ternampak screen wallpaper phone Dian itu.

' Biar betul. ' bisik hati Naufal.

" Awak minat ML ke Dian. " tanya Nadzmi teruja.

" Haah. Mana awak tahu. Awak pun minat ML jugak ke? " tanya Dian yang sudah mula nampak teruja.

" Of course. Saya ni pro player tau. " kata Nadzmi bangga.

" Yeke... pro player. Entah noob. " gurau Dian yang sudah mula selesa dengan Nadzmi.

Memang itu lah diri sebenar Dian. Walaupun dia kelihatan lembut. Tapi sebenarnya dia seorang yang lasak dan meminati perkara yang sama macam lelaki. Dia juga seorang kaki game. Tapi disebabkan dia perlu belajar dan bekerja sambilan. Aktiviti aktiviti itu terpaksa dikurangkan.

Topik perbualan antara Nadzmi dan Dian hanya pasal games online sahaja. Tiada lagi rasa canggung dan janggal antara mereka berdua. Dah nampak mesra macam dah lama kenal. Eloklah tu mereka berdua memang mempunyai minat yang sama.

Naufal dan Natasya hanya menjadi pemerhati kepada kedua orang di hadapan mereka sekarang. Nampak macam serasi je diorang ni.

Natasya berpaling ke arah Naufal sambil menjongketkan keningnya lalu menjeling kedua orang itu sebagai isyarat kepada si suami. Naufal membalas dangan anggukan dan tersenyum nipis sahaja. Tapi mata tetap tajam merenung abang kembarnya itu.

' Ni nak main main ke serius ni ' gumam hati naufal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience