Aryan Naufal dan Natasya Amani mereka berkawan baik daripada zaman kanak kanak lagi . Mereka seperti belangkas, di mana ada Natasya di situ adalah Naufal. Aryan Naufal - Lelaki yang berpewatakan dingin dan kasar. Dia hanya lembut dengan orang yang layak sahaja. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia. Ayahnya merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan ibunya pula pemilik sebuah butik yang terkenal di Malaysia. Hidup Naufal sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang baik serta abang kembar yang baik walaupun mereka jarang sebulu. Natasya Amani - Seorang gadis yang berpewatakan ceria serta mempunyai rupa yang menawan namun di sebalik senyumannya itu tersimpan 1001 duka. Hidupnya tidak sebertuah Naufal yang mempunyai keluarga bahagia. Ayahnya seorang kaki botol dan taik judi manakala ibu tirinya tidak bekerja . Tidak lupa, adik tirinya yang sentiasa ingin bergaya dan berlagak kaya. Mereka anak beranak hanya mengharapkan duit dari Natasya biarpun Natasya masih belajar. Jika tidak mempunyai duit maka sepak terajang dan pukulanlah yang menjadi galang ganti. Hanya Naufal dan keluarganya sahaja yang menyayanginya dengan ikhlas. " bapak kau... dia tu tak reti reti nak cari kerja ke... dia tu bukannye sakit sampai tak boleh nak buat kerja sampai kau anak kandung dia ni je yang kena kerja tanggung diorang anak beranak. Tak habis habis minum dengan berjudi. " - Naufal. " Tak apa aku faham. Lagipun apa yang kau cakap tu betul. Tapi aku nak buat macam mana diorang tu jelah keluarga aku. Aku dah tak ada orang lain selain diorang. " - Natasya Ketika Natasya hampir dijual oleh ayahnya sendiri untuk dijadikan pelacur, Naufal datang menyelamatkan Natasya. Setelah itu termeterailah ikatan perkahwinan antara Naufal dan Natasya. Naufal yang sememangnya mencintai Natasya sejak dahulu lagi amat bahagia dengan perkahwinan ini namun tidak bagi Natasya yang masih ragu dengan perkahwinannya kerana masih trauma dibuang keluarga. " Kalau saya tak mengandung hubby dengan keluarga hubby tak akan buang saya kan? " - Natasya " Hubby takkan tinggalkan sayang. Sebab hubby cuma cintakan sayang dari dulu lagi. " - Naufal. Naufal amat mencintai dan menyayangi Natasya tetapi takut untuk meluahkan kerana bimbang Natasya akan menolaknya. Mujur ada si abang kembar yang membantu dirinya. Adakah cinta akan berputik di hati mereka atau akan berlakunya perpisahan apabila ada seseorang yang berdendam dengan mereka? Wujudkah kebahagiaan yang diimpikan oleh Natasya?
Update 06 December 2024
2024-08-03
sambung lagi
2024-02-16
sambung lagi
2024-01-13
sambung lagi