Di Honeymoon Suite, N.A. PARADISE HOTEL & RESORT.
Lena Natasya terganggu apabila dia merasakan seperti ada sesuatu yang merayap di muka dan di lengannya. Natasya yang masih mamai cuba menepis benda yang mengganggunya itu sambil matanya masih terpejam rapat. Tapi makin ditepis makin galak pulak benda itu merayap.
" Janganlah kacau. " rengek Natasya dengan suara serak baru bangun tidurnya. Dia berharap sangat yang gangguan itu akan berhenti.
Namun tidak cukup dengan benda itu merayap ke lengan dan muka. Sekarang ini sudah berani merayap di peha dan pinggang rampingnya. Disertakan lagi dengan tiupan angin di leher Natasya.
" Janganlah kacau!!! Orang nak tidurlah... penattt!!! " bentak Natasya sambil mata terpejam.
Tiba-tiba ada satu suara yang sedang berbisik di telinganya.
" Baby... wake up. Subuh dah nak habis ni. " bisik suara itu.
Natasya yang cukup kenal dengan suara itu serta-merta dirinya yang mengantuk itu menjadi segar.
Apabila Natasya mencelikkan matanya dan berpaling ke sebelah kiri. Di nampak Naufal yang sudah lengkap berpakaian sedang berbaring secara mengiring di sebelahnya.
" Dah lama ke hubby bangun. " tanya Natasya.
" Tak la lama sengat. Tapi sempat la jugak dengar sayang berdengkur. " sakat Naufal sambil tersenyum nakal.
" Hubbyyy... mana ada sayang berdengkur. " bentak Natasya dengan mulut yang sudah muncung serupa itik.
" Yelah... sayang berdengkur. Bunyi dah macam hon kapal kat laut tu. Setiap malam hubby dengar tau. Sayang mana tahu? Sayang tidur je. " sakat tidak puas melihat wajah merah menyala si isteri itu.
" Hubby... " Natasya memukul bahu dan lengan Naufal berkali-kali. Pukulan yang diberikan tidaklah terlalu kuat. Sekadar pukul manja aje.
Naufal hanya menerima sahaja pukulan itu. Bagi si isteri puas hati dulu.
" Ok... Ok... sayang. I'm sorry. Hubby gurau je. " ucap Naufal sebaik sahaja Natasya menghentikan pukulannya.
" Sayang tidur tak berdengkur pun. You sleep like a angle sayang. " sambung Naufal lagi sambil mengusap rambut Natasya.
" Betul ni? " tanya Natasya inginkan kepastian.
" Yes baby. " jawab lagi.
" Dah sayang pergi bersihkan diri dulu. Lagi 45 minit subuh dah nak habis. " suruh Naufal.
" Hubby dah solat subuh ke? " tanya Natasya. Dia tak perlu bertanya sama ada Naufal sudah membersihkan diri atau tidak. Kerana sudah jelas Naufal sudah menukar pakaiannya dan rambut si suami juga masih kelihatan basah.
" Belum. Hubby tunggu sayang. Nak jemaah sekali. " jawab Naufal.
"Ooo... " Natasya mengangguk kepalanya.
" Hubby... tolong ambikkan tuala please. " minta Natasya lembut.
Naufal bangun daripada katil dan menuju ke arah tempat penyidai tuala dan mengambil sehelai tuala lalu diberikan kepada Natasya.
Natasya bangun dari katil lalu membalut tubuhnya dengan tuala itu. Tapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Tapi saya nak pakai baju apa lepas ni. Takkan nak pakai dress semalam kot. Dah la tak ada baju lain dah. Ni telekung pun saya tak bawak tau. Macam mana nak solat. " getus Natasya sebal.
Naufal yang sedang duduk di birai katil sudah tersenyum satu macam. Lalu dia bangun dan menuju ke arah tempat wardrobe. Dia menarik keluar sebuah luggage sederhana besar di tarik keluar.
" Ni. Semua kelengkapan sayang dengan hubby ada dalam. Completed. " kata Naufal tanpa perasaan bersalah.
Naufal meletakkan luggage itu ke atas katil. Lalu luggage itu dibuka. Terlihatlah isi dalamnya iaitu pakaian mereka berdua dan segala kelengkapan peribadi mereka.
Natasya sudah terbeliak biji mata. Nampak sangat yang semua ini sudah lama dirancangkan oleh Naufal.
" Bila hubby bawak luggage ni? " duga Natasya.
Naufal tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum penuh makna kepada Natasya.
" Hubby dah lama plan semua ni kan? " duga Natasya lagi.
" Yes. " jawab Naufal mudah tanpa perasaan bersalah.
" Dah pergi mandi. Kan terlepas subuh pulak nanti. " kata Naufal sambil mengerling jam yang tergantung di dinding.
Natasya hanya merengus kesal lalu merapati ke arah luggage mereka yang berada di birai katil. Dia mengambil pakaian yang bakal dipakainya selepas ini. Kemudian dia melangkah ke arah bilik air. Nasib bilik air untuk suite ini tidak berdinding kaca yang boleh membuatkan orang diluar bilik air dapat melihat di dalamnya.
**********************************
Selepas mereka selesai menunaikan solat subuh. Seperti biasa sudah menjadi rutin wajib untuk Natasya menyalami tangan Naufal dan Naufal akan membalas dengan mencium si isteri.
Sebaik sahaja Naufal menjarakkan bibirnya daripada ubun-ubun Natasya. Dia dapat melihat Natasya sedang membarikan satu renungan maut kepadanya. Disertakan lagi dengan wajah cemberut. Pekej mulut muncung itik. Naufal tahu apa maksud renungan itu.
' Cehh... ingat orang takut dia buat muka macam tu. Makin comel adalah. Geram nak cium. Nak gigit bibir yang duk memuncung tu. ' guman Naufal.
" Why sayang tengok hubby macam tu? " sengaja Naufal bertanya. Biarpun dia tahu jawapannya.
" Bila lagi hubby plan semua ni? " tanya Natasya. Masih dengan wajah cemberutnya. Telekungnya sudah siap ditanggalkan dan dilipat. Sejadah juga sudah siap dilipat oleh Naufal.
" Hmmm... sejak mama mintak kita join dinner semalam. " jawab Naufal bersahaja.
" What? Jadi mama tahu ke? " tanya Natasya.
" Of course la mama tahu. Bukan mama je. Papa dengan Nadz pun tahu. " jawab Naufal lagi masih dengan nada bersahaja.
" WHAT !?!? " nada suara Natasya naik seoktah.
" Diorang tak kesah ke? " tanya Natasya bersalah.
" Taklah. Diorang lagi galakkan adalah. Tambah-tambah lagi mama. Dia kalau boleh nak kita honeymoon lama-lama lagi. Nak nanti balik je dari honeymoon ni sayang dah berisi. " jawab Naufal sambil tersenyum nakal.
" So ni honeymoon lah kiranya? " tanya Natasya.
" Ye sayang. " jawab Naufal mudah.
" Tapi nak buat apa? Membazir je. Kan hari tu kita dah pergi Gold Coast. " bebel Natasya.
Naufal tertawa halus mendengar bebelan itu. Tangan Natasya diraih dan digenggam erat. Siap diusap lembut lagi.
" Sayang... yang kat Gold Coast tu bukan honeymoon. Tu family vacation. Honeymoon ni hanya untuk kita berdua je. Untuk kita dapat luangkan lebih masa bersama. Masa ni lah boleh nak bermanja dan beromantik bagai. " jawab Naufal bersahaja mengusap lembut tangan Natasya yang berada di dalam genggamannya.
" Lagipun kan kita free 2 ke 3 hari ni. So Ok la kan." sambung Naufal lagi tanpa rasa bersalah.
" Yelah. " akhirnya Natasya akur juga dengan honeymoon ini.
" That is my sayang. " kata Naufal sambil tersenyum.
" Tapi apa je kita nak buat. Nak jalan-jalan kat pantai tu je ke? " tanya Natasya.
Naufal yang mendengar soalan Isterinya itu sudah mula tersenyum satu macam.
" Ok jugak cadangan sayang tu. Tapi hubby rasa ada lagi aktiviti yang lebih berfaedah dan menyeronokkan untuk kita buat. Tak pauah keluar dari bilik ni pun. " jawab Naufal sambil tersenyum miang.
" Apa dia? " tanya Natasya polos. Langsung dia tidak dapat menebak akan niat tersembunyi si suami.
Tiba-tiba sahaja tubuh Natasya sudah tidak berada di atas lantai lagi. Sekarang ini dia selamat berada di atas campungan Naufal. Apabila Naufal membawanya ke arah katil. Barulah dia mengerti apa maksud sebenar jawapan Naufal tadi.
********************************
Di Pantai,
Natasya dan Naufal sedang berjalam di pesisiran pantai sambil berpegangan tangan. Suasana petang itu cukup tenang dan nyaman.
Tiba-tiba Naufal menghentikan langkahnya. Ini membuatkan langkah Natasya turut terhenti. Natasya memalingkan tubuhnya ke arah si suami.
" Sayang... " panggil Naufal meleret.
" Ye hubby. " jawab Natasya.
" Tak lama lagi kita nak final exam kan. " tanya Naufal.
" Yelah. Kenapa? " tanya Natasya kembali. Kurang sebulan dari sekarang mereka akan menduduki final exam sebelum mereka tamatkan pelajaran mereka di peringkat degree itu.
" Habis je honeymoon ni we will busy with study week right? " tanya Naufal lagi dengan riak serius.
" Yes. So apa masalahnya? Hubby risau akan gagal ke? Tapi hubby kan selalu dapat pointer tinggi untuk setiap subjek. So mesti hubby tak ada masalah la kan. " tanya Natasya dan dia sendiri yang menjawabnya.
" Bukan tu. " jawab Naufal dengan wajah yang sudah mendung. Serupa orang yang sedang putus asa aje.
" Habis tu? " tanya Natasya.
" Takkan sayang tak faham lagi. Kalau dah nak start study week tu. Maknanya kita akan kekurangan masa untuk diluangkan. Nanti kita akan busy untuk study dan exam aje. " jawab Naufal dengan wajah cemberut.
" Alaa... tahan la sikit. Nanti pejam celik pejam celik dah habis final exam tu. And then we'll graduate. YEAY!!! " kata Natasya ceria sambil kedua belah tangannya turut diangkat ketikat melaungkan ' yeay ' itu tadi.
Naufal tertawa lucu melihat keletah isterinya itu. Natasya yang sekarang sudah tidak sama dengan Natasya yang dahulu. Kalau dulu setiap tawa dan senyuman Natasya itu hanya untuk menutup rasa sedih dan sengsaranya. Tapi kini Natasya lebih ceria dan jelas terpancar perasaan bahagia Natasya itu.
" Hubby. Kenapa hubby ketawa? Dah happy balik dah sebab nak exam? " tanya Natasya polos.
" Nope. Hubby cuma rasa kelakar je bila tengok sayang tadi. Macam budak-budak. " jawab Naufal. Lalu mencubit lembut pipi si isteri.
' I'll make you happy forever sayang. ' bisik hati kecil Naufal sambil dia tidak lepas merenung wajah Natasya.
" Kenapa hubby tengok sayang macam tu? " tanya Natasya apabila dia menyedari yang Naufal asyik merenung dirinya.
" I love you so much sayang. My love to you is infinity. " luah Naufal sambil mencium lembut tangan Natasya yang berada dalam genggamannya.
" I love you too hubby. Infinity. " balas Natasya sebelum dia memeluk Naufal erat.
" Sayang... " panggil Naufal apabila dia sedar yang mereka sudah hampir hanyut dalam pelukan masing masing.
" Hmm... " gumam Natasya.
" Nanti lepas habis final exam ni kita akan busy balik tau? " kata Naufal lalu merenggangkan pelukan mereka.
" Busy dengan apa? Pasal kafe ke? " tanya Natasya sambil merenung Naufal.
" Nope sayang. Nanti habis je exam kita akan busy nak buat persiapan untuk majlis resepsi kita. " jawab Naufal.
" Nak buat ke majlis resepsi tu? " tanya Natasya.
" Kenalah. Mama dah excited sangat tu nak jemput semua kawan kawan dia ke majlis perkahwinan anak lelaki dia ni. Dia nak kenalkan sayang kat semua orang yang sayang ni menantu dia. " jawab Naufal lagi mengulangi apa yang pernah diucapkan Puan sri Afifah sebelum ini.
" Tapi kan hari tu mama dah kenalkan sayang kat kawan kawan dia masa kat annual dinner tu. Ok la tu. " balas Natasya.
" Itu lain la sayang. Itu baru sikit kawan kawan mama. Ni mama nak kenalkan sayang kat semua kawan kawan mama dengan papa. Kalau boleh mama nak jemput jugak kawan kawan dia yang tengah tinggal kat luar negara tu. " jawab Naufal lagi.
" Lagipun hubby pun tak sabar jugak. " sambung Naufal lagi.
" Kenapa? Bukan hubby tak suka ke majlis yang ramai ramai orang macam tu? " tanya Natasya kerana dia tahu Naufal memang tak suka menghadiri majlis perkahwinan yang akan ada ramai tetamu yang akan membuatkannya berasa rimas.
" Itu majlis orang lain. Tapi ni majlis kita. Mestilah nak buat majlis resepsi. Takkan sayang tak nak bersanding kot. Hubby masih ingat lagi tau wedding dream sayang tu. " jawab Naufal sambil bibir mengukirkan senyuman manis.
" Hubby masih ingat? " tanya Natasya macam tidak percaya yang Naufal masih mengingati majlis perkahwinan idaman Natasya itu. Pada benda itu dan bertahun-tahun berlalu.
Share this novel