BAB 6 : SI KEMBAR HOT

Romance Series 104277

Di kolej,

Sebuah kereta Audi RS7 memasuki kawasan parking pelajar di hadapan kolej tersebut. Semua mata tertumpu ke arah kereta mewah tersebut. Mereka tahu siapa pemilik kereta itu. Siapa lagi kalau bukan Aryan Naufal bin Tan sri Nazim. Anak kepada salah seorang jutawan yang berjaya di Malaysia dan pemilik kolej ini. Biarpun Naufal sentiasa berpewatakan dingan dan garang namun masih ramai gadis yang menyukai dan mengilai Naufal. Berbeza dengan yang lelaki ramai menganggap Naufal ini saingan terbesar bagi mereka kerana sikap Naufal yang dianggap sombong dan tidak mahu berkawan dengan mereka.

Semua wanita di situ menanti dengan penuh debar apabila pintu kereta di bahagian pemandu terbuka lalu keluarnya Naufal dengan muka tanpa perasaannya. Semua wanita di sana teruja namun apabila pintu sebelah penumpang terbuka teru semua senyuman yang ada di situ mati secara tiba tiba. Mereka juga tahu siapa yang akan keluar dari pintu tersebut. Tidak lain tidak bukan, Natasya. Hanya Natasya yang akan datang ke kolej ditumpangi oleh Naufal. Naufal tidak akan menumpanhkan sebarangan orang. Hanya dengan yang layak sahaja seperti keluarganya dan Natasya sahaja.

Ramai sahaja wanita yang cuba untuk rapat dengan Naufal dengan meminta untuk menumpang Naufal. Tapi Naufal menolak dengan garang. Tidak cukup dengan itu dilontarkan pula kata kata sinis kepada wanita wanita itu.

***********************************

Natasya yang perasan yang semua orang terutama pelajar wanita memandang ke arahnya dengan pandangan cemburu dan tidak berpuas hati. Mana tidaknya, hanya dia seorang sahaja yang berkawan dengan Naufal selain dari Nadzmi. Dia sudah terbiasa dengan tatapan tidak puas hati mereka semua.

Disebabkan Natasya dan Naufal masih belum bersarapan mereka menuju ke kantin terlebih dahulu sebelum kelas mereka bermula.

Apabila mereka sampai di kantin terlihat Nadzmi sedang berada semeja dengan sekumpulan pelajar perempuan. Memang sweet taker sejati. Kalau tak masakan tidak Nadzmi digelarkan si kembar playboy. Manakala Naufal pula di gelar si kembar badboy kerana muka Naufal yang selalu kelihatan garang dan beku.

" Kita duduk hujung sana jelah. " cadang Naufal. Sambil menunjuk ke arah sebuah meja yang jauh daripada semua orang.

Natasya hanya menganggukkan kepala lalu mengikut langkah Naufal ke arah meja yang ditunjukkan tadi.

Memang Naufal tidak suka berada di khalayak ramai dan pergi ke apa apa majlis atau acara. Melainkan kalau dipujuk oleh Natasya. Pendek kata Naufal ni seorang yang introvert.

Berbeza pula dengan Nadzmi yang sentiasa ceria dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya membuatkan semua mahu dekat dengannya. Nadzmi suka berada di khalayak ramai dan menyertai majlis dan acara. Memang si Nadzmi ni seorang yang sangat extrovert.

************************************

Setelah makanan yang di pesan oleh mereka siap di hantar ke meja, tanpa berlengah mereka membaca doa makan lalu makan dengan nikmatnya.

Naufal sejak tadi merenung wajah Natasya tanpa berkelip.

Natasya yang perasan akan perkara tersebut lantas mengangkat wajahya untuk berlawan mata dengan Naufal.

" Kau kenapa pandang aku macam tu. " soal Natasya ingin mendapatkan kepastian.

" Tu kat tepi bibir kau lebam tu kenapa. Dari tadi lagi aku perasan. Bapak kau pukul kau lagi ya? " kata Naufal sambil menundingkan jari ke arah lebam di kiri dan kanan tepi bibir Natasya.

" Mana ada. Kalau salah tengoklah. " bohong Natasya masih cuba berselingdung.

" Orang lain kau boleh tipu Sya... tapi bukan aku. Semua yang ada kat muka kau tu aku dah hafal dari parut jerawat sampai tahi lalat kau kat muka tu pun aku ingat kat mana kalau aku tak ada kat depan kau pun. " kata Naufal mengejutkan Natasya. Memang betul pun apa yang dikatakannya semua tentang Natasya di hafalnya.

" Betulkan apa yamg aku cakap. " duga Naufal.

Melihat Natasya yang diam tidak terkata sahaja disudah mendapat jawapan yang diinginkan.

" Cuba kau cerita kat aku apa yang jadi sebenarnya. Apa pulak bapak kau buat kat kau. " tanya Naufal inginkan kepastian yang jelas.

Natasya menceritakan semua peristiwa malam semalam kapada Naufal. Tak guna dia berselingdung kerana Naufal akan mengetahuinya juga nanti.

Naufal yang mendengarkan cerita Natasya cuba untuk bersabar. Tangannya dikepalkan sehingga keluar segala urat di lengannya. Terasa diri seperti mahu meletup sahaja. Kalaulah membunuh itu tidak salah sudah lama dibunuhnya keluarga Natasya itu.

Natasya yang melihat lengan Naufal sudah berurat urat dengan muka yang mula memerah. Natasya pasti Naufal sedang menahan amarahnya.

" Kau jangan risaulah Naufal. Aku ok je. " pujuk Natasya cuba menenangkan Naufal.

Tangan Naufal di atas meja di genggam lalu diusap lembut untuk menyejukkan hati Naufal. Senyum manis juga turut terukir di bibir untuk dihadiahkan kepada Naufal. Wajah tegang Naufal mula mengendur setelah berjaya ditenangkan oleh Natasya. Lantas senyuman terukir di wajah Naufal.

' Sya kau memang pandai sejukkan hati aku. Senyuman kau je dah buat aku happy. Please don't make me worried. I Love You. ' guman hati Naufal tentang perasaannya terhadap Natasya yang telah lama di pendam.

Senyuman bahagia terukir di kedua wajah mereka.

Mata mata yang memandang mula berasa iri hati. Hanya dengan Natasya sahaja Naufal akan tersenyum dan memberikan riaksi. Tapi kalau dengan orang lain tak kira lelaki atau perempuan hanya dapat melihat wajah garang dan tanpa perasaan oleh Naufal itu. Mereka juga terfikir apakah betul sangkaan mereka selama ini yang Naufal dan Natasya bercinta.

Teruskan support ara untuk teruskan post bab bab seterusnya. Ara akan cuba untuk post setiap hari. Hope you all will always support me. Thank you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience