Di kafe,
Dua motosikal berkuasa tinggi itu dipakirkan di hadapan kafe.
" Dian awak OK tak ? " tanya Natasya lembut.
" OK... OK " jawab Dian sedikit gugup. Mana tak gugup kalau tadi dah berapa kali dia terpeluk pinggang si Nadzmi tu. Dian cuba berlagak bersahaja supaya riak malunya tidak kelihatan. Rambut yang sudah kusut mengalahkan cik ponti diabaikan sahaja.
" Dah la jom masuk. " ajak Naufal lalu meraih tangan si isteri dan berjalan beriringan memasuki kafe. Meninggalkan Nadzmi dan Dian di tempat paking itu.
" Jom. " ajak Nadzmi mempersilakan si gadis.
" Jom. " balas Dian lalu berjalan memasuki kafe itu.
Sebaik sahaja masuk ke kafe Nadzmi menyuruh Dian duduk sahaja dahulu di mana mana meja dan pesan sahaja apa yang mahu dimakannya.
" Awak duduk dulu kat mana mana. Nanti saya datang kejap lagi. Ada benda nak kena saya uruskan kejap. Awak order je apa yang awak nak. Saya belanja. " pesan Nadzmi sebelum dia berlalu ke arah kaunter.
" Naufal dengan Natasya mana? " tanya Nadzmi kepada salah seorang staff nya yang berada di kaunter itu.
" Diorang kat belakang boss. Kat bilik persalinan. " jawab staff nya itu.
Nadzmi terus berlalu ke bilik persalinan itu. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik persalinan itu. Dia hanya melihat Naufal sahaja yang sedang duduk bersendirian di atas bangku yang di sediakan di bilik persalinan itu.
Nadzmi menghembus nafas berat seketika. Kemudian dia mengorak langkah menghampiri kembarnya itu. Dia melabuhkan duduk di sebelah Naufal.
" Sya mana? " tanya Nadzmi cuba memulakan perbualan.
" Salin baju. " jawab Naufal acuh tak acuh.
" Kau buat apa datang kolej harini. Bukan kau tak ada kelas ke harini? " tanya Naufal sambil merenung tajam ke dalam anak mata Nadzmi.
" Kau nak tahu satu benda tak? " tanya Nadzmi kembali. Pertanyaan Naufal tidak terus dijawab.
" Tahu apa? " balas Naufal sambil cuba menahan sabar. Dia yang bertanya tadi. Tapi kenapa pula dia yang kembali disoal. Dah la Nadzmi tak menjawab soalannya tadi.
Nadzmi hanya tersenyum sinis. Kemudian dia menceritakan segala peristiwa yang berlaku hari itu. Nadzmi dapat melihat wajah Naufal yang sudah memerah itu.
" Aku tahu apa yang kau tengah fikir tu? " kata Nadzmi serius. Dia sudah tahu apa yang sedang bermain difikiran adik kembarnya itu.
" Kalau kau dah tahu tu baguslah. Mudah sikit kerja aku. Kau tahu kan apa yang nak buat? " ucap Naufal dingin.
" Dah. Dah la tu Fal. Kalau papa dengan mama tahu mati kita. " pujuk Nadzmi cuba menghilangkan niat Naufal itu
" Kenapa? Kau takut elaun kena potong lagi ke? Tak pun takut kereta baru kau tu yang kena sita? " duga Naufal penuh sinis.
Nadzmi hanya mendiamkan diri dan tidak membalas apa apa. Bukan itu yang dia takutkan pun. Tapi dia takut risiko yang perlu ditanggung oleh Naufal nanti. Walaupun Naufal jarang melayannya dengan baik. Namun dia tetap sayang dengan adik kembarnya itu.
" Kalau kau tak nak tolong aku. Biar aku buat sendiri. " sambung Naufal tegas.
" Bukan tu maksud aku Fal. Tapi aku tak nak kau dapat masalah yang lagi besar. Nanti tak pasal-pasal nama kau busuk. Nama papa. Nama mama. Nama family. Semua pun akan terpalit sekali. Kau kena fikir pasal Sya juga. Kalu dia tahu apa yang kau nak buat ni. Aku yakin yang dia takkan setuju. " pujuk Nadzmi lagi. Cuba menggunakan keluarga dan isteri kesayangannya kembarnya itu.
Naufal merengus kasar. Nampaknya niatnya untuk mencari dalang dan membalas dendam kepada gerangan yang telah menyebarkan gambar mesranya dengan Natasya itu.
" Aku yakin mesti perempuan yang serang Natasya pagi tadi tu. Dia terlibat dalam hal ni. Tak silap aku nama perempuan tu Elisa aku rasa. " beritahu Naufal.
" Kau jangan main tuduh je Fal tanpa bukti kukuh. " kata Nadzmi lemah.
" Pasal gambar gambar dan video tu kau jangan risau. Aku dah upah orang suruh delete kan semua tu. Sekarang semuanya dah di delete. Don't worry. " beritahu Nadzmi.
" Aku pun sah upah orang untuk siasat siapa dalang sebenarnya. " beritahu Nadzmi.
" Thank Nadz. " kata Naufal perlahan tapi masih mampu didengari oleh Nadzmi.
" Most welcome. Everything for you my twin brother. " balas Nadzmi.
" Eh... Nadz kau buat apa kat sini? Dian mana? " tanya Natasya yang entah masa mana muncul pun dia tidak tahu. Nampaknya Natasya sudah siap menukar bajunya tadi kepada uniform yang sesuai. Di tangan Natasya juga terdapat peti bantuan kecemasan.
" Ada kat luar. Fal aku keluar dulu. Ingat apa yang aku cakap tadi. " kata Nadzmi sebelum dia meninggalkan bilik persalinan itu.
" Apa yang Nadz cakap tu. Sayang tak faham lah. " tanya Natasya dengan riak yang curiga.
" Tak ada apalah. Hal lelaki je. " dalih Naufal.
" Yeke? " duga Natasya sambil mata merenung tajam wajah tampan si suami.
" Yelah. Takkan tak percaya kat hubby pulak. " balas Naufal cuba menutup gentarnya. Namun mata canti si isteri masih tidak lepas merenung tajam ke arahnya.
" Sayang nak buat apa dengan first aid kit ni? " kata Naufal cuba mengalihkan topik perbualan mereka.
" Nak buat apa lagi kalau bukan rawat segala luka dan lebam kat muka dengan tubuh hubby tu. " kata Natasya sambil tangannya sudah memulakan kerjanya.
Tangan itu begita lincah sekali melakukan kerjanya. Naufal hanya merenung lembut sahaja si isteri yang sedang tekun merawat segala lebam dan luka di tubuhnya akibat dari bergaduh di kantin tadi.
" I'm sorry. " ucap Natasya perlahan sambil dia menekapkan beg ais ke birai bibir Naufal yang pecah itu.
" I'm really sorry. It my false. " tiba tiba sahaja empangan air mata Natasya kembali pecah.
Naufal mendengus kasar. Lalu tangan Natasya yang sedang memegang beg ais itu diraih. Beg ais itu diletakkan ke tepi buat seketika. Tangan si isteri tu diramas dan dicium beberapa kali bagi menghilangkan perasaan bersalah.
" How many time I need to you sayang. It not you false. Please stop talking about this anymore. Just forget apa yang dah jadi harini. " pujuk Naufal sambil tangan mula mengelus lembut tangan Natasya yang berada digenggamnya. Air mata si isteri yang bersisa diseka dengan ibu jarinya
" Promise with me. Yang sayang takkan cakap lagi pasal hal ni. Semuanya dah selesai. Gambar dengan semua video tak guna tu dah kena delete dah pun. " kata Naufal lembut tapi masih terselit sedikit ketegasan di situ.
Natasya menganggukkan kepalanya. Kemudian kedua mula berpelukan. Naufal tidak henti-henti membisikkan ayat pujukan kepada isterinya itu. Dan mencium ubun-ubun si isteri berkali kali.
******************************
Sementara itu diluar,
Dian juga sedang merawat Nadzmi diluar. Nasib dia sentiasa membawa minyak gamat dan plaster serta kelengkapan kecemasan untuk merawat luka di dalam begnya. Dan juga nasib baik juga dia memilih tempat duduk yang sedikit tersorok dari menjadi tumpuan pelanggan pelanggan kafe tersebut. Jadi dia akan mempunyai sebarang masalah untuk merawat Nadzmi.
" Auch!!! " terjerit kecil Nadzmi.
" Tahan la sikit. " kata Dian menahan geram. Sudah berapa kali Nadzmi mengaduh kesakitan begitu. Dia dah buat sehabis lembut untuk yisak menyakiti lelaki itu.
" Thanks. Sebab sudi tolong rawatkan luka dan lebam saya ni. " ucap Nadzmi ikhlas.
" Tak apa. Hal kecil je ni. Lagipun saya dah biasa dah buat semua benda ni. " balas Dian sambil tangan masih meneruskan kerjanya.
" Apa maksud awak dah biasa? " tanya Nadzmi kehairanan.
" Tak ada apalah. " balas Dian.
" Diandra. " panggil Nadzmi lembut. Cuba mengalihkan perhatian si gadis.
" Apa? " tanya Dian sambil memanggung kepala
" Lepas ni kita main ML nak tak. Saya ada skin baru tau. " kata Nadzmi dengan wajah yang ceria.
" Boleh jugak tu. Saya pun ada skin baru jugak. " balas Dian teruja.
Memang itulah yang membuatkan mereka rapat. Minat mereka yang sama dalam bermain games online membuatkan mereka sentiasa meluangkan masa bersama-sama untuk bermain games.
Share this novel