Di bilik persalinan kafe,
Natasya yang baru selesai menukar pakaiannya terkejut apabila Naufal tiba tiba muncul di depan pintu bilik persalinan.
" Kau apasal Fal... nasib baik aku tak ada sakit jantung... kalau tak dah lama aku mati tahu tak! " marah Natasya dengan sikap Naufal yang bagai angin lalu itu. Tiba tiba muncul. Tiba tiba hilang.
" Cepat la siap aku hantar kau balik. Dah lewat ni bahaya kau balik sorang sorang. Nanti ambik helmet ekstra kat loker aku tu. " arah Naufal.
Memang selalunya pada malam minggu kafe akan di buka sehingga lewat malam. Kerana itu Naufal akan selalu menghantar Natasya pulang ke rumah. Disebabkan itu jugalah dia sentiasa menyediakan helmet ekstra untuk Natasya.
" Yelah kejap aku kemas barang. " jawap Natasya malas hendak bertekak kerana dia sendiri sudah letih sejak petang bekerja di kafe.
Naufal mengangguk kemudian berlalu pergi. Natasya hanya memandang kepergian Naufal dengan renungan kosong.
Tanpa berlengah Natasya mula mengemaskan barang barangnya kemudian mengambil helmet di loker Naufal.
Selesai memastikan semua lampu dan suis sudah ditutup sepenuhnya Natasya berjalan keluar daripada kafe tersebut sambil memegang helmet serta memikul beg galas yang di hadiahkan oleh Naufal pada hari jadinya tahun lalu.
Sesampainya Natasya di pintu Kafe, terlihat Naufal sedang menanti di pintu tersebut untuk menunggunya dan mengunci pintu tersebut.
" Kenapa kau tunggu kat pintu ni. Pergi la tunggu kat motor. Pintu aku pun boleh tolong kuncikan. " kata Natasya sambil menunjukkan kunci kafe yang berada di tangannya.
Selain dari Naufal dan Nadzmi, Natasya juga turut mempunyai kunci kafe ini.
Naufal tidak menjawap pertanyaan Natasya. Selesai mengunci pintu kafe tersebut, Naufal menarik tangan Natasya ke arah sebuah Kawasaki Ninja 650 berwarna hitam milik Naufal.
Setelah Naufal selesai mengenakan helmet yang menutupi sebahagian wajahnya. Naufal kemudiannya memeriksa helmet yang dipakai oleh Natasya untuk memastikan helmet itu di pakai dengan betul.
Kemudian Naufal menghidupkan enjin motorsikal berkuasa tingginya itu. Natasya tanpa berlengah juga turut menaiki motor tersebut lalu memeluk pinggang Naufal. Kemudian Naufal memulakan pemanduannya dan apabila berada di jalan yang agak lengan dia mula melajukan kelajuan motorsikalnya. Deruan enjin mosikal berkuasa tinggi tersebut hilang di dalam kepekatan malam.
**********************************
Di rumah Natasya,
" Ibu... boleh la... Sab nak duit sikit je. Semua kawan kawan sab dah ada IPhone keluaran terbaharu tu. Sab pun nak jugak. Tak mahal pun. RM 3000 lebih je. Boleh la! "pujuk Sabrina, adik tiri Natasya.
" Tak boleh la ... aku tak ada duit. Duit aku semua dah habis la. " kata Puan Maimun, ibu tiri Natasya.
" Macam mana ibu boleh tak ada duit! mana pergi duit ibu semua tu! " bentak Sabrina tidak berpuas hati.
" Kau ni macam tak tahu perangai bapak tiri kau tu macam mana. Duit aku semua habis kat dia buat berjudi. Pahtu bagi kat kau lagi buat beli beg baru kau tu. " kata Puan Maimun.
" Ish... ibu ni tak boleh harap langsung. " bentak Sabrina sekali lagi sembil memhentakkan kaki ke lantai.
Itulah perangai Sabrina sentiasa ingin bergaya tanpa sedar kemampuan diri sendiri. Dia berkawan dengan anak anak orang kaya yang juga malas belajar sepertinya . Jadi apa yang kawan kawannya ada dia juga mahukannya. Dia selalu dengkikan Natasya. Dia sentiasa mahu menjadi yang paling cantik. Tetapi tak mampu melawan kecantikan asli Natasya. Dia pemalas, semua benda malas. Kemas rumah malas, belajar malas, buat kerja rumah malas. Semua malas, tapi kalau bak berhias,bersolek,shopping dan clubbing rajin pulak, tak perlu di suruh. Duit yang selama ini dia gunakan pun duit dari hasil kerja Natasya. Tapi dia menganggap itu duit ibunya.
Puan Maimun pun satu, segala duit gaji Natasya dia ambil sampai Natasya terpaksa membuat kerja sambilan untuk membeli barangan dapur. Duit Natasya yang dia pegang semua dihabiskan pada Sabrina berjoli dan Encik Azman untuk berjudi serta minum arak.
Tiba tiba, kedengaran deruan enjin motorsikal berkuasa tinggi. Itu menandakan Natasya sudah pulang.
Baru kaki Natasya melangkah masuk ke rumahnya tiba tiba dia terjah oleh Sabrina.
" Eh... pompuan aku nak duit! " kata Sabrina biadap sambil menghulurkan tangan.
" Aku tak ada duit la. " kata Natasya lemah. Dia baru je balik dari kerja penat pun tak hilang lagi.
" Ahhh... aku tak kira esok kau kena masukkan RM 4000 ringgit dalam akaun aku. Kalau tak siap kau. " kata Sabrina biadap sambil berpeluk tubuh.
" Hah... kau nak buat apa sampai 5000. Mana aku ada duit banyak tu. " naik seoktah bicara Natasya. Terkejut apabila mendengar jumlah wang yang diminta oleh Sabrina.
" Aku nak buat beli Iphone yang baru keluar tu la. Kau apa tahu. Kau tu asyik pakai phone tu je dah tak trend la wei. " kata Sabrina sambil menghina Natasya.
Natasya berlalu pergi meninggalkan Sabrina dan Puan Maimun di ruang tamu itu. Natasya memasuki biliknya lalu bersandar di pintu.
Natasya memandang IPhone yang berada di tangannya. Phone yang dihadiahkan oleh Naufal kepadanya 2 tahun yang lalu kerana Natasya tidak mempunyai phone. Phone masih lagi elok dan masih kelihatan baru kerana Natasya menjaganya dengan baik.
Pernah dulu Sabrina merampas phone pemberian Naufal itu. Tapi Naufal berjaya mendapatkannya semula dari Sabrina.
Naufal dan Nadzmi lah yang menjadi pelindung yang akan sentiasa membela dan melindungi Natasya. Tetapi Naufal lah yang paling melindungi Natasya sehingga jika Natasya mempunyai masalah dia boleh tahu.
Apa punya manusia Sabrina ngan Puan Maimun ni! Sabrina ni tak reti bersyukur langsung! Duit nak kerja ngan belajar malas.
Share this novel