BAB 38 : FAMILY TIME

Romance Series 104277

Selepas mereka bertiga puas bersuka ria seharian. Akhirnya mereka pulang kembali ke chalet yang disewa oleh Tan sri Nazim. Apabila mereka sampai di chalet mereka mendapati yang Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah sudah pun pulang dari urasan kerja.

" Assalamualaikum papa mama. " kata mereka bertiga serentak.

" Waalaikumussalam." jawab Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah.

" Lewat balik pergi mana. Risau mama ingatkan anak anak mama ni dah hilang ke apa. " kata Puan sri Afifah risau.

" Papa tak bagitau mama ke. " tanya Nadzmi kepada papanya yang sedang duduk di sofa sambil membaca sebuah majalah bisness.

" Papa lupa nak bagitau. " jawab Tan sri Nazim.

" Abang tahu. Kenapa tak bagitau saya. Buat saya risau je. Kamu bertiga sebenarnya pergi mana. " tanya Puan sri Afifah lagi sambil matanya merenung tajam ke arah mereka bertiga.

" Alah mama relax lah. Jangan marah. Kitorang pergi theme park je ma. Nadz dah cakap kat papa pun. " beritahu Nadzmi lembut cuba melembutkan hati mamanya itu.

" Hmm... yelah. Nanti jangan buat dah. Nak pergi mana mana bagitahu mama dulu. Kita bukan Malaysia ni. " kata Puan sri Afifah. Nada suaranya sudah mula mengendur.

" Baik mama. " jawab mereka bertiga serentak.

" Dah kamu bertiga pergi mandi. Lepas ni kita nak keluar dinner. " kata Puan sri Afifah.

Mereka bertiga pun berlalu ke arah bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan bersiap untuk keluar makan malam.

**************************

Pada hari ketiga, segala urusan kerja Tan sri Nazim sudah diselesaikan. Kini adalah masa mereka sekeluarga meluangkan masa bersama.
Pagi itu mereka bersarapan di sebuah kafe di tepi pantai.

" Papa. Hari ni kita nak pergi mana. " tanya Nadzmi teruja.

" Adalah. Rahsia. Tapi papa yakin you all akan happy sangat. " kata Tan sri Nazim sambil tersenyum.

*******************************

Currumbin Wildlife Sanctuary

Tan sri Nazim telah membawa keluarganya itu ke sebuah pemeliharaan kangaroo dan beruang koala. Semua orang gembira kecuali seseorang.

" Mama tengok koala ni comelkan. " kata Natasya sambil mendukung beruang koala yang comel itu.

" Tu lah. Macam nak bawak balik je. " balas Puan sri Afifah.

" Fal tengok ni. " panggil Natasya kepada Naufal yang memberi makan kepada seekor lagi koala.

Naufal hanya membalas dengan mengangguk dan tersenyum.

" Marilah sini. " panggil Natasya kepada Naufal.

Naufal datang menghampiri Natasya. Lalu pinggang ramping itu diraih dari arah belakang.

" Mama tengok kamu berdua ni macam tengah dukung anak je. " komen Puan sri Afifah.

Natasya dan Naufal hanya tersenyum kecil sahaja selepas mendengar komen itu.

" Papa mana mama. " tanya Natasya.

" Papa cakap dia nak pergi toilet tadi. Nanti baliklah tu. " jawab Puan sri Afifah.

Tidak lama kemudian muncullah Tan sri Nazim bersama senyuman yang tidak pernah lekang dibibir.

" Panjang umur abang. Baru je tadi kami cakap pasap abang. " kata Puan sri Afifah manja kepada suaminya itu.

" Nadz mana? " tanya Tan sri Nazim sambil mata melilau mencari kelibat seorang lagi anaknya.

" Tu. " Naufal memuncungkan mulut ke arah luar kandang koala itu.

Tan sri Nazim berpaling ke arah yang ditujukan oleh Naufal itu. Kelihatan Nadzmi sedang berdiri dengan wajah cemberut di luar kandang koala itu. Dia tahu yang anaknya yang seorang itu takut dengan haiwan berbulu seperti koala ini.

Naufal tiba tiba sahaja mendapat satu idea untuk mengenakan kembarnya itu. Senyuman jahat mula terukir di wajah beku itu. Naufal melepaskan pautan di pinggang Natasya. Lalu berjalan menghampiri salah seorang penjaga kandang itu. Dia membisikkan sesuatu ke telinga pekerja itu.

Natasya yang perasan akan perubahan Naufal mula rasa tak sedap hati selepas melihat riak wajah Naufal itu. Ni mesti Naufal nak mengenakan Nadzmi.

*********************************

" Haisy... papa ni. Kenapalah dia bawak kitorang datang sini. Papa bukan tak tahu aku mana boleh dengan makhluk berbulu macam ni. Kalu macam ni baik tadi aku tak payah ikut. Duduk kat bilik main game lagi best. " sungut Nadzmi sendirian.

Dia memang takut dan tak suka dengan semua haiwan berbulu. Terutamanya haiwan yang berbulu tebal seperti koala itu. Jangan kata nak pegang. Nak dekat pun dia dah rasa meremang.

Sedang dia ralit mengelamun. Tiba tiba dia dapat rasakan ada bulu tebal yang bergesel di belakang lehernya. Segala bulu romanya dah meremang semacam.Dia cuba menolehkan kepalanya ke belakang. Jangan... jangan.

" Mama... papa... " jerit Nadzmi lantang sambil kaki dengan cepat cuba menjauhi makhluk itu.

" Wei... tak lawak bodoh. Baik kau masukkan balik benda tu dalam kandang dia. " kata Nadzmi terketar ketar. Nafasnya sudah mula sesak.

" Relax ah. Dia bukan nak makan kau pun. " kata Naufal tanpa perasaan bersalah. Dia sekarang sedang mendukung seekor anak koala. Kaki di langkah menghampiri Nadzmi.

" Naufal aku tak kesah kau nak pukul aku. Tapi please jauhkan benda tu dari aku tolonglah. " Nadzmi cuba merayu. Wajahnya dah pucat tak berdarah

" Naufal... dah. Dah la tu. Tak baik buat macam tu. " marah Puan sri Afifah yang sudah berdiri disamping Nadzmi bersama Tan sri Nazim. Mereka cuba untuk menenangkan Nadzmi.

" Alah... mama. Fal tengah cuba nak hilangkan ketakutan dia ni mama. Sampai bila dia nak jadi penakut macam ni. Ini pun takut. Kucing pun takut. Jantan apa. " kata Naufal tanpa perasaan bersalah biarpun telah menakutkan Nadzmi sebegitu rupa.

" Dah. Dah la Fal. Kesian aku tengok Nadz tu. Dah sesak nafas dah tu. " kata Natasya pula yang sudah berdiri di sebelah Naufal.

" Yelah. " jawab Naufal malas. Beruang koala itu di serahkan kembali kepada penjaganya.

"Jom kita tengok kangaroo pulak. " ajak Tan sri Nazim.

" Nadz kalau Nadz tak nak ikut. Nadz pergilah tunggu kat mana mana kafe. " nasihat Puan sri Afifah yang memahami keadaan Nadzmi itu.

" Tak apalah Nadz ikut. Lagipun bosan lah duduk sorang sorang. Nadz Okey je selagi Naufal tu tak kacau Nadz. " kata Nadzmi lemah.

" Dengar tu Naufal. " Puan sri Afifah sudah memincinkan matanya ke arah Naufal.

" Yelah. Aku tak kacau kau dah. " jawab Naufal.

*****************************

Di sebuah restoran,

Mereka berlima sedang menikmati makan tengah bersama sama.

Sedang mereka sedang menjamu selera. Tiba tiba Naufal menyuakan potongan stik yang dicucuk pada garfu kepada Natasya. Natasya hanya menerima suapan Naufal itu. Dia juga turut membalas dengan menyuapkan makanan juga kepada Naufal. Mereka tidak menghiraukan lagi pandangan papa, mama dan Nadzmi yang duduk semeja dengan mereka.

Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah hanya menyimpan senyuman mereka apabila melihat kemesraan antara anak dan menantu mereka itu.
Mereka juga turut saling menyuap satu sama lain. Tak mahu kalah dengan anak dan menantu mereka itu.

Tanpa dua pasangan itu sedari. Ada perasan yang tengah terluka sekarang ini apabila perlu menyaksikan adegan romantik kedua pasangan itu. Siapa lagi kalau bukan Nadzmi. Hatinya bagai disiat-siat. Apakan daya orang single itulah nasibnya. Sekarang ni Nadzmi nak makan tengah hari pun rasanya dah tak ada mood.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience