Pagi itu ketika Natasya sedang bersiap di hadapan meja solek. Seperti biasa Naufal akan datang dari arah belakang dan merangkul pinggang ramping si isteri. Natasya yang awalnya dahulu amat kekok dengan situasi sebegini sudah jadi terbiasa dan suka apa bila Naufal selalu memeluknya begini setiap pagi.
" Kenapa kau tak pakai baju lagi ni? " tanya Natasya apa bila melihat Naufal masih lagi bertuala dan bertelanjang dada. Jantung Natasya dah berdegup macam baru lepas maraton je.
" Aku malas la nak pakai baju sendiri. Kau tolong aku pakaikan baju boleh tak. " kata Naufal sambil menarik Natasya ke arah bilik wardrobe.
Natasya hanya membiarkan Naufal membawa tubuhnya ke bilik wardrobe. Nak tak nak dia kena tolong jugak Naufal pakai baju. Kalau tak ada encik suaminya ini merajuk sampai mereka tak pergi ke kolej.
" Kau nak pakai baju mana ni? " tanya Natasya sambil membelek belek isi almari Naufal ingin mencari baju untuk suaminya.
" Nak yang warna kuning mustard. " pinta Naufal bersahaja.
" Kenapa muka kau berkerut semacam je ni. " tanya Naufal apabila melihat wajah Natasya yang berkerut kerut. Nampak macam tengah curigakan sesuatu.
" Kenapa tiba tiba kau nak pakai baju warna kuning mustard pulak. Bukan kau tak suka ke baju yang warna terang terang ni. Biasanya kau akan pakai baju warna hitam tak pun putih. Kadang tu kau pakai baju warna lain tapi bukannya dari warna yang terang dan menarik perhatian. " Jelas Natasya.
" Saje tak boleh. Lagipun aku nak sedondon dengan kau. Baru nampak sweet gitu. " kata Naufal sambil tersengih.
Natasya menilik pakaian di tubuhnya. Dia hanya memakai knitwear kuning mustard dan jean biru gelap .
" Kau mana ada baju warna kuning mastard. Aku ingat masa kemas almari kau tak pernah sekali pun aku jumpa baju warna macam tu. Tapi... " tangan Natasya mula membelek belek setiap helai pakaian Naufal.
" Haa... jumpa pun. Nah pakai ni. " Natasya menghulurkan pakaian yang telah dipilih olehnya.
" Aku tak nak baju ni tak sedondon dengan kau. " wajah Naufal dah masam mencuka melihat pakaian yang dihulurkan Natasya. lain yang di minta lain yang dapat. Natasya memberikannya sehelai tshirt plain putih dan jean.
" Aku tak habis cakap lagi la. Ni kau pakai dulu tshirt putih tu dulu. Pastu nanti kita match kan jelah dengan jaket kuning terang kau ni. Tak pun kau pinjam je baju Nadz dulu. Nanti kita pergi cari baju kuning mustard untuk kau lepas habis kelas nanti. " pujuk Natasya lembut.
Naufal mula menyimpan senyum. Sebenarnya dia sendiri tahu yang dia tiada baju berwarna kuning mustard tu. Tapi sengaja dia ingin menguji si isteri. Wajah dikerutkan supaya nampak seperti dia tengah merajuk.
" OK la aku pakai pakai baju yang kau dah pilih ni. Tapi kau kan dah janji dengan aku nak tolong pakaikan baju ni kat kau. Pakaikan lah. " kata Naufal lagi sambil mendekatkan jaraknya dengan Natasya.
Natasya menurut sahaja kemahuan suamimya yang sudah mula mengada ngada sejak mereka berkahwin ni. Sebelum mereka kahwin tak ada pulak Naufal mengada ngada macam ni. Dengan mama puj tak ada sampai macam ni.
Satu persatu pakaian itu disarung ke tubuh sasa Naufal. Setelah siap Natasya membantu Naufal merapikan rambutnya itu.
" Aku handsome tak? " tanya Naufal tiba tiba.
" Boleh la. " jawab Natasya acuh tak acuh. Dia masih fokus mengerjakan rambut Naufal itu.
" Jawab la elok elok. Aku handsome ke tak. " Naufal masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Natasya.
" Ye kau handsome sangat. Sebab tu kau tu ramai peminat tapi kau jual mahal tak nak layan diorang sebelum ni. " kata Natasya.
" Thank you. Tapi kau pun apa kurangnya. Kau pun ramai peminat jagak kan. " kata Naufal sambil terselit sedikit perasaan cemburunya.
" Dah la jom turun sarapan. Nanti lambat pulak. " ajak Natasya.
Naufal dan Natasya berpimpin tangan keluar dari bilik itu. Memang kalau Natasya ada kelas pada waktu pagi mertuanya itu tidak membenarkan Natasya masuk ke dapur kerana, tidak mahu Natasya terlambat ke kolej.
*********************************
Di ruang makan,
" Papa boleh la. Kan papa dah janji. " kedengaran suara Nadzmi sedang merengek dengan papanya.
" Ye papa tahu papa dah janji. Tapi kawan papa cakap yang benda tu tak sampai lagi. Tak ada stok nak buat macam mana. Cuba Nadz sabar sikit. " pujuk Tan sri Nazim kepada si anak.
" Papa jangan buat buat lupa. Papa dah janji kalau plan kita berjaya papa nak bagi kereta tu. Ni plan kita dah berjaya. Naufal dengan Tasya tu dah bahagia dah Nadz tengok. Cuma panggilan diorang je tak berubah lagi. " kata Nadzmi.
" Ye papa ingat perjanjian kita kalau rancangan kita ni berjaya. Nanti bila kereta tu dah sampai papa terus belikan. Puas hati. " putus Tan sri Nazim. Terpaksa bersabar dan mengalah dengan si anak selagi ia tidak melampaui batas.
" Puas. Bertuahnya Nadz. Dah la nak dapat kereta baru. Tak lama lagi rasanya dapat anak buah yang comel lagi. Woww... I'm the most happy men in the world. " kata Nadzmi hampir menjerit.
" Hisy... kamu ni. Jaga sikit suara kamu tu. Kalau dengar kat mama masak kita. Kalau Naufal yang dengar silap hari bulan papa kena lawat kamu kat hospital pulak nanti. " Tam sri Nazim memberi amaran kepada Nadzmi kerana takut rahsia ini terbongkar.
" Sorry papa. Nadz over excited sangat. Nasib Fal dengan mama tak dengar. " kata Nadzmi.
" Apa yang mama tak dengar? " tanya Puan sri Afifah yang baru sahaja muncul dari arah dapur bersama dengan semangkuk besar mi goreng.
" Tak ada apa la mama. Nadz cuma tanya papa bila nak belikan kereta baru untuk Nadz. " kata Nadzmi. Dia tidak berbohong. Cuma tidak menceritakannya dengan lebih dalam sahaja.
" Kau ni tak habis habis dengan nak mintak papa belikan kau kereta baru. Macam budak budak. " kata Naufal yang baru sahaja muncul di ruang makan itu bersama dengan Natasya.
" Kalau aku budak budak kau pun sama la. Kan kita ni kembar seiras. Cuma aku lagi handsome dari kau. " kata Nadzmi bangga denga ayat terakhirnya.
" Yela tu. Kalau lau handsome kenapa aku yam kahwin dulu bukan kau. " kata Naufal sambil mengangkat pegangan tangannya dan Natasya lalu di tunjukkan kepada Nadzmi
" Dah dah la tu. Kamu berdua ni kan tak boleh ke sehari tak buat masalah atau bergaduh. Dah pening kepala mama dan mama dengan perangai kamu berdua ni. Dah Fal dan Tasya duduk sekarang pasni nak pergi kelas kan. " bebel Puan sri Afifah.
Selepas menghidangkan mi kepada semua orang. Mereka terus sahaja bersarapan setelah selesai berdoa. Nadzmi hanya memandang adegan sweet yang dipaparkan oleh si kembar dan iparnya itu. Tidak lama kemudahan bibir Nadzmi mula tersenyum sumbing.
' Kalau bukan sebab aku. Tak tahu la apajadi kat rumah tangga korang ni. korang berhutang kebahagiaan dengan aku. ' bisik hati Nadzmi.
Share this novel