Kedengaran deruan enjin motorsikal berkuasa tinggi bergerak laju menghampiri kafe itu. Kedua motorsikal itu diparking betul di hadapan kafe.
" Yeah... finally this time I win and you lose brother. Hahahah. " kata Nadzmi selepas dia menanggalkan helmetnya. Gembira kerana akhirnya dibisa mengalahkan Naufal. Kalau sebelum ini semua berkaitan pelajaran dan fizikal memang dia kalah dengan Naufal yang lebih bijak.
" Huh... nasib je. Aku sengaja bagi kau menang. Aku tak nak bawak laju sangat tadi sebab takut nanti tak pasal pasal arwah dulu aku dengan Sya ni. Tak sempat pulak nanti nak bahi cucu ramai ramai kat papa ngan mama. " kata Naufal selepas menanggalkan helmetnya.
Natasya pula dah kaku di tempatnya. Terkejut dan seram dengan ayat terakhir yang telah dituturkan oleh Naufal tadi. Wajahnya dah pucat tak berdarah.
' Nak bagi papa ngan mama cucu ramai ramai. Mati la aku. ' bisik hati kecil Natasya.
" Betul jugak apa kau cakap tu. Nasib tadi aku tak jadi arwah lagi. Kalau tak kempunan la aku nak ada anak anak buah. Tak sabar nak tunggu korang ada anak. Nanti anak tu akan jadi anak angkat kesayangan aku. " seloroh Nadzmi.
" Eh kau... suka hati nak jadikan anak aku anak angkat kau. Kahwin jelah ada anak sendiri. Tak payah nak sibuk hal anak orang. " balas Naufal geram.
" Dah dah la tu bergaduh. Tak malu ke bergaduh pasal benda yang masih tak ada. Macam budak budak. " kata Natasya sebal. Terus langkah dihayunkan ke arah kafe.
" Aiyok... bini kau dah merajuk tu. Baik kau pujuk cepat. Kalau tak tidur luar lah kau malam ni. " Nadzmi menyiku rusuk Naufal sambil mulut dimuncungkan ke arah Natasya yang sedang berjalan ke arah kafe.
" Ni semua kau punya pasal. " kata Naufal geram lalu meninggalkan Nadzmi sendirian.
Nadzmi tertawa kecil apabila melihat Naufal yang sedang mengejar langkah Natasya. Nampak sangat Naufal tu terlalu sayangkan Natasya.
" You're lucky Natasya. He love you very much. I hope you notice how much Naufal love you. And you brother. You owe me many things. " monolog Nadzmi sendiri. Dia tahu betapa Naufal sangat cintakan Natasya. Cuma kembarnya itu takut kalau Natasya akan menjauhkan diri jika Naufal meluahkan cintanya.
*****************************
Keadaan kafe agak sedikit riuh dengan kedatangan pelanggan yang agak ramai mana. Malam ni malam minggu jadi memang ramai pelanggan dari kalangan remaja dan pelajar yang datang melepak ke situ.
Ketika Nadzmi, Naufal dan Natasya melangkah masuk ke kafe mereka telah di sapa oleh sekumpulan lelaki yang merupakan kawan kawan mereka bertiga ketika sekolah menengah.
" Hey... The hottest twin was arrived. Long time not see you guys. " kata salah seorang dari kawan mereka yang bernama Danny.
Mereka bertiga berjalan ke arah kawan kawan mereka itu.
" Long time not see you to bro. How LA? Are enjoy with that? " sapa Nadzmi sambil menepuk bahu Danny.
" Not bad. " jawab Danny acuh tak acuh.
" Nadz. Fal. Jom lah lepak sekali. Lama dah tak lepak dengan korang. " ajak salah seorang lagi yang bernama Amir.
" Takde hal bro. " jawab Nadzmi lalu melabuhkan duduk di sebelah Danny.
Naufal memandang Natasya. Ingin menanyakan pendapat dari Natasya.
" Kau join la diorang aku nak kena tolong staff ni. Ramai pelanggan malam ni. Takpa kau join je diorang aku tak kesah. " jawab Natasya dengan nada berbisik supaya percakapan itu hanya di dengari oleh mereka berdua sahaja.
Natasya terus berlalu ke dapur kaunter untuk membantu perkerja menyiapkan pesanan pelanggan. Naufal hanya memandang tingkah laku Natasya dari jauh. Dia langsung tak fokus dengan apa yang sedang dibualkan oleh kawan kawannya sekarang.
PAP!!!
Meja ditepuk oleh orang di sebelahnya iaitu Farid.
" Wei! Naufal kau dengar tak apa yang kitorang cakap. " tanya Farid apabila melihat Naufal seperti tidak menghiraukan langsung perbualan mereka semua sebentar tadi.
" Korang cakap apa. " tanya Naufal dengan wajah bekunya.
" Kitorang cakap pasal si mat salleh celup ni. Baru 3 tahun belajar kat LA dah tak tahu nak cakap melayu. " Kata Rafiq salah seorang lagi kawannya. Mat salleh celup itu merujuk kepada Danny.
" Ooo... aku ingatkan hal yang penting ke ape. " jawab Naufal mudah.
" Kau ni kenapa Naufal? Macam ada bini kat rumah. Macam tengah fikir nak kena balik rumah pukul berapa sebab takut bini marah pulak aku tengok kau ni. " kata Rafiq. Sengaja ingin berjenaka. Semua di meja itu ketawa, kecuali Naufal.
" Memang dia tengah ingat kat bini dia pun. " jawab Nadzmi selamber sambil menyisip kopinya. Terus menghentikan halau tawa kawan kawannya.
Semua di mereka terkedu. Biar betul mamat garang ni dah kahwin. Sapa perempuan malang tu. Masing masing mula tertanya siapakah isteri Naufal. Setahu mereka Naufal mana pernah ada kekasih. Dulu masa kat sekolah berapa ramai budak perempuan nak jadi girlfriend dia. Taoi Naufal balas dengan memberi ceramah, motovasi sampai, perempuan perempuan tu menangis. Muka Naufal tu dah lah sentiasa beku je. Kadang tu ada jugak nampak macam muka bapak singa pun ada si Naufal tu.
" Betul ke kau dah kahwin Fal. " tanya Farid tak percaya. Mungkin Nadzmi hanya bergurau sahaja tadi.
" betullah. Kenapa tak percaya. " jawab Naufal mudah sambil menyisip mocha white coffee miliknya.
" Bila kau kahwin. Kenapa tak jemput kitorang. Siapa bini kau ni. " tanya Danny bertalu talu. Tiba tiba dah boleh cakap melayu balik mat salleh celup ni.
" Haih... dah boleh cakap melayu balik kau eh. Aku ingatkan kau sampai kesudah nak bercakap dengan slang American kau tu. " perli Amir.
" Baru je aku kahwin. Baru buat majlis akad nikah. Bersanding tak buat lagi. Nanti aku jemput la korang kalau aku rasa nak jemput. " jawab Naufal tanpa perasaan bersalah.
" Eh... kau tak cakap lagi kat kitorang sapa bini kau ni wey. Cantik ke dia. Sampai kau boleh terfikir nak kahwin awal ni. " kata Danny lagi. Tak ada dah speaking bagai.
" Yang korang ni sibuk nak tahu pasal bini aku ni siapa kenapa pulak. Tak ada kaitan dengan korang pun. " jawab Naufal malas.
" Mesti la kitorang nak tahu macam mana orangnya bini kau tu. Sebab dalam kalangan kita semua ni kau yang dah kahwin dulu. Kalau dulu aku ingat kau lah orang terakhir yang akan ada pasangan dalam group kita ni. Tapi tak sangka rupanya dalam diam ubi berisi. " seloroh Rafiq.
Nadzmi hanya menyimpan senyum apabila melihat Naufal yang introvert dan antisosial tu ditanyakan dengan pelbagai soalan. Tiba tiba mata dia menangkap ke arah Natasya yang sedang berjalan ke meja mereka sambil membawa pesanan yang dipesan oleh Farid.
Natasya berhenti di celah celah kerusi Naufal dan Farid. Pesanan Spaghetti carbonara itu diletakkan di hadapan Farid. Semua mata tertumpu ke arah wajah cantik Natasya. Natasya memang cantik dari zaman sekolah lagi. Tipulah kalau mereka semua itu tidak pernah menaruh perasaan pada Natasya.
Naufal rasa macam nak korek mata sorang sorang kawannya yang asyik merenung Natasya. Ketika Natasya ingin melangkah pergi dari situ. Tiba tiba lengannya dilelar oleh Naufal. Naufal sudah bangun berdiri disamping Natasya.
" OK. memandangkan korang sibuk sangat nak kenal siapa bini aku meh sini aku kenalkan kat korang isteri aku ni. Aku kenalkan Natasya isteri sah aku. " kata Naufal perkataan isteri sengaja ditekankan. Sekarang tangannya sedang merangkul bahu Natasya.
Semua di meja itu dah terkedu. Biar betul Natasya ni dah jadi isteri Naufal. Masing masing dah rasa nak frust menonggeng je. Hancur hati apabila si cantik Natasya sudah berpunya. Bini orang bukan kekasih ke apa. Betapa kecewanya riak wajah setiap orang di meja itu.
Share this novel