BAB 22 : SPEND TIME WITH MAMA

Romance Series 104277

" Tasya... lambat lagi ke Pak Mat dah tunggu tu. " Puan sri Afifah melaung dari ruang tamu memanggil Natasya.

" Jap ma... Sya dah siap dah ni. " laung Natasya yang sedang menuruni tangga.

Sabaik sahaja Natasya sampai di hadapan Puan sri Afifah dia pelik apabila mertuanya itu memandangnya atas bawah. Apa yang tak kena.

" Kenapa mama tengok Sya macam tu. " tanya Natasya hairan.

" Cantiknya menantu mama ni. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum melihat Natasya sekarang.

Natasya menilik dirinya sendiri. Dia sedang mengenakan sehelai dress paras betis berwarna peach dan handbag dior putih di tangan. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas bebas.
Make up tipis yang menghiasi wajah menambahkan lagi keanggunan Natasya.

Sebenarnya tadi Natasya sudah memilih sehelai T-shit hitam dan jean. Tetapi Puan sri Afifah yang masuk ke bilik ketika itu meminta Natasya untuk menukar pakaian tersebut kepada yang lain. Semua yang dipakai oleh Natasya sekarang adalah hadiah dari Suami dan mertuanya. Sekarang Natasya kelihatan seperti anak orang berada.

" Dah. Jom cepat. Nanti tak sempat pulak. " kata Puan sri Afifah sambil menarik tangan Natasya ke kereta yang terpakir di hadapan pintu utama.

" Tak sempat apanya ma. Kita nak beli barang dapur je kan. " tanya Natasya pelik. Kaki hanya mengikut langkah ibu mertuanya itu.

" Adalah. Harini mama nak bawak Tasya join mama habiskan duit papa sambil kita shopping barang dapur. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum sinis.

*********************************

Di pasar raya,

" Tasya jom kita pergi kat tempat mandian pulak. " ajak Puan sri Afifah selepas mereka selesai memilih barangan dapur.

Sekarang giliran barangan keperluan lain pula. Natasya menolak troli yang sudah hampir penuh.Mereka bergerak ke arah rak mandian. Puan sri Afifah mula menggambil sabun mandian untuk suami dan anak anaknya. Semua orang dalam villa itu memakai mandian yang berbeza termasuk Naufal dan Natasya.

Natasya mengambil sebotol mandian berjenama murah yang biasa digunakannya. Belum sempat Natasya meletakkan mandian tersebut ke dalam troli Puan sri Afifah sudah menegahnya.

" Kenapa Tasya ambik yang tu. Mandian tu tak bagus. " kata Puan sri Afifah sambil mengambil botol mandian tersebut dari tangan Natasya dan diletakkan kembali ke atas rak.

" Haa... ni mama rasa sesuai untuk Tasya. " Puan sri Afifah mengambil sebotol mandian yang berjenama.

" Takpa la ma. Sya dah biasa pakai mandian yang Sya ambik tadi. Lagipun mandian yang ni mahal. " tolak Natasya lembut selepas melihat harga mandian tersebut.

" Mana boleh Tasya. Nanti kulit Tasya jadi kasar kalau terus pakai mandian tu. Tengok tangan Tasya sekarang dah kasar dah. Elok la pakai mandian ni. Sebab mandian ni boleh lembutkan kulit Tasya tu. " kata Puan sri Afifah lalu meletakkan mandia tersebut ke dalam troli.

Natasya lihat tangannya. Betul kata mertuanya itu. Tangannya sufah kasar. Tapi bukan disebabkan mandian tersebut. Ini kerana sebelum ini dia selalu melakukan kerja berat untuk mencari duit.

******************************

Selepas sahaja selesai membeli barang dapur tadi. Puan sri Afifah mengajak Natasya untuk ke suatu tempat. Barang yang dibeli tadi sudah diberikan kepada Pak Mat untuk diletakkan ke dalam bonet kereta.

" Kita nak pergi mana pulak ni mama. Kenapa kita tak balik terus je? " tanya Natasya.

" Alah... biar la. Mama nak spend time dengan Tasya. Lagipun kalau kita balik rumah pun bukannya papa dengan Naufal ada. Yang ada kat villa tu pun Nadzmi je. Sekarang kita me time sambil habiskan duit papa. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum manis dan tangan Natasya dipimpim bersama.

" Mama tak jawab lagi Tasya tanya dari tadi. Kita nak pergi mana ni. " tanya Natasya soalan yang sama entah kali ke berapa pun tak tahu.

Pertanyaan Natasya tadi tidak dijawab juaga sebaliknya Puan sri Afifah hanya tersenyum. Tangan Natasya masih ditarik menuju ke suatu tempat.

" Kita dah sampai dah. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum melihat wajah blur Natasya.

Natasya melihat tempat yang ditunjuk mertuanya itu. Sekarang ni mereka berada di hadapan sebuah salon dan spa kecantikan mewah.

" Kita nak buat apa kat sini mama. Mama nak masuk spa ke. Kalau macam tu Sya tunggu kat kereta dengan Pak Mat jelah. " Natasya sudah mahu beredar dari tempat tersebut tapi sempat di halang oleh Puan sri Afifah.

" Kenapa pulak Sya nak tunggu kat kereta. Penat penat mama buat appointment spa and salon untuk berdua tau. " kata Puan sri Afifah sambil merenung wajah Natasya.

" Mama buat appointment spa and salon untuk kita berdua. Tapi kenapa? " Natasya mengulang kembali ayat mertuanya.

" Kan mama dah cakap mama nak spend time dengan Tasya. Sebelum ni mama datang sini buat treatment sorang sorang. Tapi sekarang mama dah ada anak perempuan sebab tu mama nak Tasya teman mama. Kita buat treatment sama sama. " kata Puan sri Afifah sambil menayangkan wajah sedih.

Natasya tak sampai hati mengangkuk juga dengan permintaan mertuanya itu. Alah spa je pun. Bukan teruk sangat.

Selepas sahaja Natasya mengangkuk terus Puan sri Afifah menarik menantunya itu masuk ke spa tersebut.

" Hi Afi, how are you? " tanya seorang wanita yang menyambut mereka. Kelihatan wanita itu seperti sebaya dengan mertuanya. Tapi dari pakaian bukan dari orang biasa.

" I'm fine. Oh ya. I want to introduce you with my daughter in law, Natasya. Tasya ni mama kenalkan Datin Kay kawan mama a. k. a pemilik spa ni. " Puan sri Afifah memperkenalkan menantunya kepada kawannya.

" Oh my god. You son already married. Seriously. " kata wanita yang bernama Datin Kay itu seperti tidak percaya.

" Actually my name is Datin Kalsom. But You can call me Datin Kay. Nice to meet you. " kata Datin Kay sambil menghulurkan tangan kepada Natasya.

" Nice to meet you too. My name is Natasya. " balas Natasya. Tangan wanita itu diambil lalu disalam kekura tangan wanita tersebut dicium.

" Cantik menantu you Afi. Tapi anak you yang mana yang kahwin ni. Bukan anak anak you masih belajar kan. " tanya Datin Kay.

" Natasya ni isteri Naufal. Anak kembar I yang si adik. Ye dia masih belajar. Tapi tak lama dah nak habis. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum sinis.

" Ooo... tapi kenapa you tak jemput I. Sampai hati you kan. " Datin Kay sudah mencebik.

" Alah... I tak jemput orang luar pun. Majlis akad nikah je baru buat. Tu pun family je yang datang. Tu pun dah ramai pada I. Majlis resepsi I ingat nak buat nanti bila anak dengan menantu I dah cuti semester nanti. " kelas Puan sri Afifah kepada Datin Kay.

" Ooo... kalau macam tu jangan lupa jemput I nanti tau. Kalau tak nanti I merajuk dengan you. " kata Datin Kay.

" Yela nanti you orang pertama yang I akan jemput. " kata Puan sri Afifah.

" Kalau macam tu you all duduk dulu nanti staff I panggil untuk treatment you all. OK. " kata Datin Kay mempelawa Puan sri Afifah dan Natasya duduk di ruang menunggu. Kemudian Datin Kay berlalu meninggalkan mereka berdua.

" Tasya nak tahu satu benda tak. " duga Puan sri Afifah.

" Apa dia mama? " tanya Natasya.

" Mama harini happy sangat sebab Tasya teman mama keluar harini. Kalau tak mama keluar beli barang dapur dengan maid jelah. Nak ajak papa...papa asyik busy je. Nadzmi dengan Naufal lambat lagi nak teman mama beli barang dapur. Datang appointment spa pun mama datang sorang tak pun dengan kawan kawan. Thank you Tasya because you want to spend time with mama. " kata Puan sri Afifah sambil memandang wajah Natasya.

" Welcome .Tak apa mama. Sekarang Sya ada. Sya boleh teman mama. Kalau mama nak Sya teman mama beli barang dapur ke datang spa ke mana mana. Mama cakap je. Insyallah Sya boleh temankan mama. " kata Natasya sambil meraih tangan mertuanya itu dan digenggam kemas.

" Sebab ni mama suka sangat bila Naufal dan Tasya nak kahwin. Sebab akhirnya mama dapat jugak merasa ada anak perempuan. Ada anak lelaki dua orang pun asyik memeningkan kepala mama je. " kata Puan sri Afifah sambil tertawa kecil. Natasya turut ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience