Di Villa
Naufal sedang membetul bowltienya di hadapan cermin besar di dalam biliknya itu. Nafas lelah dilepaskan.
Nak tak nak dia perlu juga hadiri majlis makan malam syarikat papanya itu. Selama ini jika mama papa mengajaknya untuk ke apa apa majlis tak kira formal atau tak. Pasti dia akan menolak. Walaupun hanya keluar makan malam bersama teman business Tan sri Nazim.
" Sayang. Dah siap ke belum. Cepatlah nanti kita lambat. " panggil Naufal.
Tak sampai seminit Natasya melangkah keluar dari bilik wardrobe dan menghampiri suami tercinta yang sedang diam seribu bahasa sambil merenungnya tidak lepas.
Natasya menilik penampilannya sekarang. Mungkin ada yang tidak kena di pandangan si suami. Dia sedang mengenakan Long Sleeve Black Sequin Evening Dress yang telah ditempah khas oleh Puan sri Afifah. Rambutnya yang panjang itu pula telah digayakan dengan waterfall braid with curls hairstyle. Dihiasi dengan make up natural look yang tidak terlalu tebal. Dilengkapkan lagi dengan beberapa hiasan barang kemas yang telah dihadiahkan oleh si suami.
" Kenapa hubby tengok sayang macam tu. Ada apa apa yang tak kena ke? " tanya Natasya.
Naufal berdehem seketika bagi menghilangkan debaran di dada. Sebentar tadi dia terkaku sebaik sahaja melihat penampilan Natasya yang cantik persis bidadari. Dia kemudian melangkah menghampiri Natasya. Pinggang ramping Natasya dirangkul. Tangan mula mengelus pipi mulus si isteri.
" You are so pretty baby. Like an angle. " puji Naufal sambil merenung tajam ke dalam anak mata Natasya.
Natasya sudah tersipu-sipu malu apabila menerima pujian seperti itu.
Naufal menundukkan sedikit kepalanya dan melagakan dahinya dengan Natasya. Pandangannya tidak beralih daripada merenung bibir mungil Natasya.
Saat bibir Naufal hampir memagut bibir Natasya. Tiba tiba pintu biliknya dibuka dari luar.
" Fal kau boleh tolong aku tak. " tanya Nadzmi sebelum dia terkaku apabila melihat adegan yang tak sepatutnya dilihat oleh orang single sepertinya.
Naufal mendengus kasar sebelum melepaskan rangkulan pada pinggang Natasya. Lalu pandangan di alihkan ke arah Nadzmi yang sedang tercegat di muka pintu biliknya.
" Kau ni kan tak reti ke nak ketuk pintu dulu. Main terjah je. " rahang Naufal sudah berlaga sesama sendiri kerana menahan geram. Kalau tak difikirkan mereka nak keluar sekarang. Sudah pasti satu penumbuk melayang ke wajah si abang kembarnya itu.
" Sorry lah Fal. Aku tak tahu pulak kau nak ber romance dulu. Tu aku main terjah je. Dah terbiasa. " jawab Nadzmi sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal bagi menghilangkan rasa bersalahnya.
" Kau nak apa? " tanya Naufal masih dengan sisa geramnya.
" Aku nak mintak tolong kau pakaikan aku bowltie ni. " kata Nadzmi sambil menunjukkan bowltie yang berada ditangannya.
Naufal merengus kasar lalu melangkah menghampiri Nadzmi. Bowltie di tangan Nadzmi dirampas dan dipakaikan ke leher Nadzmi.
" Kau ni dah besar panjang pun tak reti lagi nak bersiap sendiri. " getus Naufal kesal tapi tetap memakaikan bowltie itu dengan kemas ke leher kembarnya itu.
Nadzmi hanya tersengih kambing apabila dibebel oleh Naufal.
" Dah jom gerak. Kesian mama dengan papa tunggu lama kat hotel tu. " sampuk Natasya yang sudah mendekati si kembar.
" Aku tumpang korang boleh? Malas la aku nak drive sorang-sorang. " pinta Nadzmi.
" Kau ni apa guna mintak dengan papa kereta mahal-mahal kalau tak nak bawak. Baik kau jual je. " sindir Naufal.
Mana tak geram kalau setiap masa si Nadzmi tu nak menumpang keretanya. Menganggu privasinya untuk berdua-duaan dengan Natasya. Apa guna Nadzmi tu mintak dengan Tan sri Nazim sebuah Ford Mustang kalau tak nak digunakan.
" Dah...dah la tu. Asyik gaduh je bila nak gerak. Nanti mama marah macam mana. " ujar Natasya cuba menghentikan pertelingkahan antara pasangan kembar itu. Nanti dinner ke mana, mereka ke mana.
" Suami kesayangan kau ni lah Sya. Dia tak bagi aku tumpang korang. Dengan abang kembar sendiri pun nak berkira. " sungut Nadzmi mengada.
" Bila pulak pulak aku cakap aku tak bagi? Bila aku berkira dengan kau? " duga Naufal sambil menayangkan wajah sinis.
" Stop. Enough. Jom gerak. " putus Natasya sebelum dia kembali ke dalam bilik wardrobe untuk mendapatkan sebuah handbag jenama dior berwarna putih.
" Jom. Lambat. Tinggal. " kata Naufal sebaik sahaja Natasya sudah berada disampinngnya. Tiga perkataan itu sengaja dia menekankan suaranya.
Lalu mereka bertiga pergi ke hotel tempat annual dinner itu berlangsung dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Naufal. Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah sudah berada di hotel itu sejak siang tadi untuk memastikan semua persiapan untuk majlis malam ini berjalan dengan lancar.
****************************
N.A. PARADISE HOTEL & RESORT
Mereka bertiga akhirnya sampai di hotel milik Tan sri Nazim dimana annual dinner itu akan diadakan. Hotel itu merupakan sebuah hotel lima bintang yang terletak di tepi pantai.
Sampai sahaja di pintu utama hotel itu, mereka telah melihat Puan sri Afifah sedang berdiri sambil menunggu mereka bertiga.
" Assalamualaikum mama. " mereka bertiga memberi salam serentak.
" Waalaikumussalam. Kenapa lambat. Nasib majlis tak mula lagi. " bebel Puan sri Afifah sambil bercekak pinggang.
" Sorry mama. Jalan jammed tadi. " beritahu Natasya dengan perasaan serba salah.
" Mana ada kitorang lambat mama. Batu pukul 8.30. Dinner tu start pukul 9. Ada lagi setengah jam kan. " kata Nadzmi mempertahankan mereka bertiga.
Naufal yang mendengar jawapan selamber Nadzmi itu terus menunjalkan kepala Nadzmi yang sedang berdiri di sebelah kirinya.
" Kau ni kan. Ingat kita datang sini semata-mata nak makan je ke. Tolonglah sikit apa yang patut. " getus Naufal sebal.
Nadzmi sudah mengurut belakang lehernya bagi menghilangkan rasa bersalah. Wajah mamanya dipandang dengan senyuman bersalah.
" Sorry ma. Ada apa-apa yang boleh kitorang tolong. " kata Nadzmi.
" Tak ada apa pun yang ditolong. Semua dah siap. Cuma kita ni sebagai ahli keluarga kepada papa kenalah sampai awal. Papa kan pemilik syarikat tu. Kita sebagai ahli keluarga kenalah support dan jaga nama baik papa tu. " nasihat Puan sri Afifah. Intonasi suaranya sudah kembali lembut.
" Baik mama. " jawab mereka bertiga serentak.
" Dah jom masuk. " gamit Puan sri Afifah.
Mereka bertiga berjalan ke arah lif VVIP hotel itu. Sebaik sahaja mereka bertiga memasuki lif itu, Puan sri Afifah terus menekan butang aras 7.
" Mama kita nak pergi mana ni. Bukan dewan majlis tu kat tingkat 5 ke? Papa mana? " tanya Nadzmi bertalu-talu. Setahunya aras 7 itu sudah tingkat dimana bilik hotel berada.
" Kita nak naik ke suite yang papa dah pilih untuk kita berehat dulu sebelum majlis tu start. Papa tengah tunggu kita kat sana. " beritahu Puan sri Afifah.
*************************
Di Dewan Majlis,
Mereka sekeluarga termasuk Natasya duduk di sebuah meja VVIP yang memang dikhaskan untuk ahli keluarga mereka dan beberapa orang pemegang saham syarikat itu.
Natasya sedikit kekok sepanjang majlis itu berjalan. Ini kerana ini ialah kali pertama dia menyertai acara formal seperti itu.
" Are you feel uncomfortable baby. " bisik Naufal di tepi telinga Natasya.
" Mana ada. " jawab Natasya sambil menayangkan senyum tawar.
" Sayang tak payah nak tipulah. Hubby tahu mesti sayang bosan dan tak selesa kan? " duga Naufal lagi.
" Bini kau punya bosan je tanya. Aku yang dah rasa macam nak mati kebosanan ni kau tak tanya pulak. " sampuk Nadzmi yang duduk di sebelah Naufal. Dia juga turut berbisik kerana tidak mahu perbualan mereka itu didengari oleh orang lain di meja itu yang sedang asyik berbual perihal business masing masing.
" Diam lah kau. Jangan nak menyampuk. " getus Naufal kesal sambil menahan suaranya.
" Aku bosanlah. Diorang ni asyik bincang hal business je. Tak ada topik yang lebih santai ke untuk diorang ni berbual. " sungut Nadzmi masih berbisik-bisik dengan Naufal dan Natasya.
" Kamu bertiga cakap pasal apa tu? Dari tadi asyik berbisik-bisik je? " tanya Puan sri Afifah tiba-tiba sehingga membuatkan mereka bertiga tersentak.
" Tak ada apa-apa lah mama. Kitorang berbual pasal makanan malam ni sedap sengat. Pandai chef ni masak. " dalih Nadzmi sambil menyuap spaghetti yang terhidang di depannya.
" Yeke? " duga Puan sri Afifah sambil merenung tajam ketiga-tiga mereka.
" Betul mama. Sedap sangat semua makanan malam ni. Mesti mama yang pilihkan menu kan? " sampuk Natasya sambil menayangkan senyuman manis.
Puan sri Afifah hanya membalas dengan anggukan sahaja. Mereka bertiga mula melepaskan nafas lega apabila lakonan mereka berjaya.
Natasya hanya menikmati makanan yang dihidangkan sambil memasang telinga mendengar perbualan penghuni meja tersebut. Sesekali ada juga pemegang-pemegang saham yang duduk semeja dengan mereka itu berbual-bual kosong dengan Naufal dan Nadzmi. Tapi Natasya hanya menjadi pemerhati dan pendengar sahaja.
Malam itu bukan sahaja majlis makan malam tahunan syarikat. Tapi juga untuk memperkenalkan Nadzmi dan Naufal secara rasmi sebagai pewaris yang bakal mengambil alih syarikat itu. Dan memperkenalkan Natasya sebagai isteri kepada Naufal dan menantu kepada Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah kepada semua pekerja dan tetamu VIP yang merupakan kenalan kepada Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah.
" After this event settle. Follow me to go somewhere. I have surprise for you sayang. " bisik Naufal kepada Natasya yang sedang berbual dengan salah seorang kenalan Puan sri Afifah.
Natasya sudah berkerut dahi mendengarkan hal itu.
' Surprise apa pulak ni? ' bisik hati Natasya.
Lalu kembali menyambung perbualannya dengan Puan sri Afifah dan kenalan mertuanya itu.
Share this novel