Di kolej,
Selepas sahaja pulang dari percutian mereka. Natasya, Naufal dan Nadzmi sudah kembali sibuk dengan berbagai kelas yang perlu mereka hadiri.
" Ahh... sakitnya pinggang. " keluh Natasya sebaik sahaja lecturer nya keluar dari dewan kuliah itu.
" Sakit sangat ke? Jom lah kita pergi klinik. " kara Naufal risau.
" Ehh... tak payah la sampai nak pergi klinik. Sakit pinggang sikit je pun. Sebab kena menghadap kelas sampai 2 jam lebih ni. " jawab Natasya tenang.
" Dah tu nak hubby urutkan ke? boleh je kalau sayang nak. Meh sini! " baru sahaja Naufal mahu meletakkan tangannya di belakang tubuh Natasya. Tiba tiba sahaja tangannya ditepis kasar oleh si isteri. Mata Naufal mula terkebil-kebil menanti jawapan dari Natasya.
" Hubby jangan lah. Nanti orang nampak. And I think we should stop calling ' hubby ' and
' sayang ' for a while. " bisik Natasya ke telinga Naufal kerana tidak mahu perbualan mereka itu didengari oleh sesiapa.
" But why? Dah elokkan macam tu. Kenapa kena stop pulak? " soal Naufal dengan wajah yang tidak berpuas hati.
" Alah... kat kolej je. Nanti kat rumah boleh lah. Macam mana kalau orang dengar yang kita dok bersayang-sayang dan berhubby hubby bagai. Tak ke nanti riuh satu kolej ni dengan peminat hubby tu. Diorang yang tahu kita ni kawan baik pun dah meroyan. Inikan pulak kalau tahu yang kita dah kahwin. Tak tahu la apa yang jadi. " pujuk Nataysa sambil dia juga turut meluahkan perasaannya kepada si suami.
" Ahh... lantak la diorang nak meroyan ke nak jadi gila ke suka hati diorang la. " kata Naufal geram kerana dia sebolehnya mahu biar semua orang mengetahui yang dia dan Natasya sudah berkahwin. Dengan itu takkan ada lagi sesiapa yang akan berani untuk mengorat isterinya ini.
" Yelah... yelah hubby setuju. Tapi kat kolej je. " akhirnya Naufal terpaksa bersetuju selepas wajah Nataysa yang sudah mencebik itu. Itulah kelemahannya, Natasya.
" Yeah !!! thank my BFF. Jom pergi kantin. Lapar la. " kata Natasya ceria.
" Amboi happy nya dia. Yelah jom pergi kantin my BFF till Jannah. " kata Naufal sambil menayangkan senyuman sinisnya.
*****************************
Di kantin,
Naufal telah memesan dua mangkuk mi kari untuk mereka berdua.
" Nak padas eh. " kata Natasya sambil tersenyum.
" Bagi mi kari dua. Satu pedas dan satu lagi kurang pedas. " pesan Naufal kepada pekerja kantin itu.
Setelah 10 minit mi kari telah pun siap terhidang di hadapan mereka. Natasya makan dengan sangat berselera sekali.
" Tak pedas ke? " tanya Naufal kepada Natasya.
" Tak lah pedas sangat. Nak try. " lalu Nataysa menyuakan sesudu mi kari itu kepada Naufal.
Naufal menerima suapan itu. Tak sampai seminit wajah tampan itu sudah bertukar merah menyala. Tanpa membuang masa. Naufal menggapai minumannya di atas meja lalu diteguk rakus bagi menghilangkan rasa pedasnya sekarang.
" Ok tak ni. " tanya Natasya risau. Dia tahu yang Naufal tak boleh makan pedas. Tapi takkan lah mi kari ni pedas sangat kot. Bagi Natasya mi kari ni rasanya pedas pedas manja je. Mungkin sebab Natasya ni peminat makanan pedas kot.
" Ok. But seriously sayang. Tu sayang cakap tak pedas. How can you eat that. Very spicy to me. " kata Naufal dengan nafas yang sudah tercungap cungap.
" Alah pedas sikit je pun. Lembik. " kutuk Natasya sambil memuncungkan mulutnya.
" Apa sayang cakap tadi? Lembik. Nak yang lembik ni buat sayang tu tak boleh bangun langsung dari katil ke esok. Kita tengok siapa yang lembik. Siapa yang kuat. " Naufal sudah menayangkan senyum miangnya.
"Siaplah mulut yang dah muncung macam mulut Donald Duck tu nanti kena kunyah dengan hubby ni. " tambah Naufal lagi sambil merenung bibir mungil Natasya yang dari tadi termuncung muncung macam itik.
" Balik nanti tahu lah hubby nak... " belum sempat Naufal menghabiskan kata kata nya. Natasya sudah menghentikannya.
" Shhh... jangan cakap tak senonoh kat sinilah. " Natasya perlu menghentikan percakapan tak senonoh Naufal itu sebelum semakin melalut kata kata lelaki itu.
" Siapa suruh sayang cakap hubby ni lembik. Hubby tak boleh terima tau. Tu yang hubby nak buktikan yang hubby ni tak lembik macam yang sayang cakap tu. " kata Naufal lagi. Masih dengan senyuman miangnya itu.
" Dah la tu cakap mengarut. Makan cepat. Nanti dah tak panas tak sedap pulak. " kata Natasya lalu menyambung kembali menjamu selera.
*****************************
Selepas 15 minit,
Dua mangkuk mi kari itu sudahpun dihabiskan oleh kedua orang orang itu.
" Apa ni makan sampai comot. " Naufal membersihkan tepi bibir Natasya yang comot menggunakan ibu jarinya.
" Eh... janganlah nanti orang nampak. " Natasya menepis lembut tangan si suami.
" Biarlah. Sebelum ni pun bukannya diorang tak pernah nampak kita buat macam ni. Sebelum kita kahwin lagi kita dah biasakan. " kata Naufal tanpa tiak bersalah.
Betul apa yang Naufal katakan itu. Sebelum mereka berkahwin lagi mereka terlalu bebas dalam pergaulan. Tapi cuma antara mereka berdua sahaja tidak dengan orang lain. Setakat pegang tangan dan peluk Naufal tu dia dah biasa sangat. Semua orang tahu akan perihal itu. Sebelum ini Natasya hanya membiarkan semua perkara itu kerana menganggap Naufal adalah sekadar seorang kawan baik yang ingin melindungi kawan baiknya ini. Tapi rupanya selama ini itulah cara Naufal menunjukkan perasaan cintanya terhadap Natasya.
" Hey love bird. "
Ucap satu suara yang tiba tiba sahaja muncul itu telah mengejutkan Nataysa dari lamunannya itu. Siapa lagi kalau bukan abang kembar suaminya itu. Nadzmi.
" Wei... puas aku pusing satu kolej ni nak cari korang. Rupanya korang kat sini rupanya. " Nadzmi melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan Naufal.
" Kau nak apa cari kitorang. " tanya Natasya.
Naufal turut menaikkan keningnya sebagai isyarat bertanya.
" Ni aku nak ajak korang keluar lepak kat Mall. Jom ah. " ajak Nadzmi.
" Aku malas la Nadz. Penat lepas kelas tadi pun tak hilang lagi ni. " kata Natasya sambil buat buat letih.
" Entah kau ni. Orang penat lepas habis kelas. Dia boleh ajak orang lepak bagai. " kutuk Naufal dengan wajah jengkel.
" Ala... jom lah. Fal. Sya. Kita keluar untuk release tension. Aku tahu mesti korang stress kan dengan kelas yang banyak sekarang ni. " pujuk Nadzmi lagi.
Naufal dan Natasya hanya diam dan tidak membalas pujukan Nadzmi itu. Nadzmi sudah mula menayangkan wajah cemberutnya. Lalu Nadzmi menyambar gelas minuman Naufal lalu meminumnya tanpa perasaan bersalah.
Naufal hanya menjeling tingkah Nadzmi itu.
" Kau nakmerajuk jugak ke apa ni. Ingat kau cantik macam bini aku kalau merajuk. Muka kau tu makin buruk adalah bila kau cemberut macam tu. Dah la rembat air aku. Tak malu punya budak. " kata Naufal berbunyi sedikit kasar intonasi suaranya itu.
Naufal memandang si isteri yan duduk di hadapannya. Kening dijongketkan sebagai isyarat bertanya akan pendapat si isteri. Natasya hanya membalas dengan anggukan.
" Yelah kitorang keluar lepak dengan kau. Tapi kejap je. Kitorang nak balik rehat pulak. " kata Naufal dengan wajah bekunya.
" Macam ni lah family. Sentiasa ada bila diperlukan. " wajah Nadzmi sudah kembali ceria.
" Habis belum ni aku tak pernah ada ke dengan kau. " duga Naufal.
" Ala kau ni... janganlah emo sangat. " kata Nadzmi sambil menepuk bahu Naufal.
" Kau ingat kau macam kau. Emosional selalu. " kutuk Naufal lagi.
Nasib Nadzmi ni dah biasa dengan sikap Naufal itu. Kalau orang lain dah tentu selalu terasa hati dengannya. Sikap Naufal yang dingin dan garang itu ditambah lagi dengan mulut tak berinsurannya itu.
" Dah lah jom. Aku naik kereta dengan korang jelah. Malas lah aku nak drive. " Nadzmi sudah berdiri.
" Habis kereta kau macam mana Nadz. Nanti nak kena datang ambik pulak ke belum balik nanti. " tanya Natasya.
" Biarlah kereta tu kat sini. Harini aku balik dengan korang jelah. Esok pun aku datang dengan korang. Bolehkan my brother. " kata Nadzmi lalu merangkul bahu Naufal.
Naufal dah menjulingkan biji matanya.
Im sorry dah lama tak update sebab busy dengan masalah peribadi. Im so sorry
Share this novel