BAB 46 : MENYELESAIKAN MASALAH

Romance Series 104277

Di villa,

Nadzmi bergegas menuruni tangga. Dia perlu ke kolej sekarang walaupun harini dia tiada kelas yang perlu dihadiri. Dia perlu ke sana segera selepas membaca pelbagai komen negatif tentang hubungan Naufal dan Natasya di blog kolej sebentar tadi.

" Ehh... Nadz kamu nak pergi mana? Ke kafe ke? Tapi ni kan awal lagi. " tanya Puan sri Afifah bertalu talu apabila melihat si anak seperti terkejar kejarkan sesuatu.

" Nadz bukan nak pergi kafe ma. Nadz nak pergi kolej. Ada hal sikit. " kata Nadzmi sambil menayangkan senyum sinis kepada mamanya.

" Bukan harini kamu tak ada kelas kelas ke? Kenapa nak pergi jugak? Hal apa sebenarnya? Cuba bagitahu mama. " tanya Puan sri Afifah lagi bertalu-talu. Dia tahu ada yang tidak kena dengan anaknya itu.

" Adalah ma. Nadz tak boleh nak bagitau. " kata Nadzmi tenang. Dia tidak mahu mamanya mengetahui masalah yang sedang mereka hadapi sekarang. Mahunya nanti mamanya itu masuk hospital.

" Yelah kalau macam tu. Dah pergi tu hati hati. Jangan bawak laju sangat. " pesan Puan sri Afifah kepada anak terunanya itu.

" Baik ma. Nadz pergi dulu. Bye. Love you. " kata Nadzmi sambil mencium tangan dan pipinya mamanya itu.

Lalu melangkah ke arah garaj yang menempatkan motorsikalnya. Nak cepat punya pasal. Nampak gayanya dia perlu menunggang motosikal berkuasa tinggi itu hari ini. Enjin motosikal itu dihidupkan lalu motosikal itu bergerak keluar meninggalkan kawasan villa mewah itu.

Nadzmi perlu cepat sampai ke kolej untuk menghentikan semua gosip tak betul tentang Naufal dan Natasya itu. Sakit hatinya apabila membaca komen komen yang ditinggalkan di blog kolej itu. Bukan sahaja video pergaduhan antara Naufal, Natasya dan Elisa. Malah sebelum pada video itu disebarkan. Rupanya sudah ada banyak gambar-gambar mesra Naufal dan Natasya yang telah di post ke blog itu dengan tajuk ' SUGAR BABY JUAL BODY KAT BFF SENDIRI ' . Dan yang paling mengejutkan Nadzmi adalah ada juga di post gambar Natasya dan Tan sri Nazim di hadapan sebuah hotel dengan tajuk
' PELAJAR BERSKANDAL DENGAN PEMILIK KOLEJ ' .

Nadzmi yang sebelum ini merupakan seorang yang menyabar sudah mula merasakan kesabarannya sudah mulai menghilang. Dia cukup pantang kalau ada yang mengganggu keluarganya. Sama lah juga macam Naufal yang akan melakukan apa sahaja jika ada yang membuat onar dengan mereka sekeluarga.

Ketika Nadzmi berhenti di sebuah stesen minyak. Dia mula terfikirkan satu idea. Lalu kaki melangkah masuk ke dalam stesen minyak itu sambil dia ingin mencari minuman untuk diminum. Masuk sahaja ke dalam stesen minyak itu. Nadzmi terus mengeluarkan iPhone miliknya daripada jaket yang dipakai olehnya itu. Lalu dia mendail nombor telefon seseorang yang dia yakin boleh menyelesaikan masalah ini.

" Hello bro. Kau boleh tolong aku tak. " kata Nadzmi ssbaik sahaja talian bersambung.

************************

Di kolej,

Nadzmi melangkah masuk ke dalam kolej itu tanpa menghiraukan pandangan pandangan aneh yang beliau terima dari semua pelajar di situ. Nadzmi terus sahaja menghalakan langkahnya ke arah kantin kolej itu. Dia perlu bertemu dengan seseorang.

Sebaik sahaja sampai di kantin. Dia mula melilaukan matanya ke sekeliling kantin itu untuk mencari keberadaan orang yang mahu ditemuinya itu. Sebaik sahaja matanya dapat menangkap figura yang ingin ditemuinya itu. Dia terus melangkah menghampiri meja yang diduduki oleh orang itu.

" What up bro. " sapa orang yang sedang menunggu Nadzmi itu.

" Hmm... so how? Dah settle ke belum? " tanya Nadzmi dengan wajah serius sambil meneguk air tin di tangannya.

" Semua dah settle. Kau jangan risau. Ni Benny la. Benda macam ni kacang je bagi aku. Celah gigi aku je. " kata Benny bangga.

" Good. Aku kalau boleh tak nak benda ni sampai keluar. Nanti nama kolej dengan nama papa aku pun busuk. " kata Nadzmi lagi masih dengan intonasi yang serius.

" Tapi Nadz... " Benny sedikit tergagap-gagap untuk menghabiskan ayatnya itu.

" Tapi apa? " tanya Nadzmi tidak sabar.

" Aku tak delete video diorang dengan Elisa tu. " kata Benny sedikit takut.

" Yang tu tak apa. Biar je video tu. Biar satu kolej tahu yang diorang tu dah kahwin. " kata Nadzmi lagi sambil menghabiskan air tinnya.

" Betul ke diorang dah kahwin betul ni? " tanya Benny tak percaya.

" Betullah. Dah nak dekat 5 bulan diorang tu kahwin. Aku ni saksi masa diorang menikah. " Nadzmi berkata tegas.

" Woo... woo... relax bro. Aku tanya je. Jangan la marah. " kata Benny. Dia sudah cuak apabila melihat muka Nadzmi sudah mula merah padam. Biasanya wajah tampan itu hanya dihiasi senyum manis sahaja. Tapi hari ini wajah itu dah sama garang dengan wajah adik kembar lelaki itu.

" Sorry. Dah kau boleh pergi. Nanti aku bank in bayaran kau tu dalam akaun. " kata Nadzmi lagi. Lalu Benny bangun dan meninggalkan meja itu.

Nadzmi melepaskan keluh kasar. Dia perlu selesaikan hal ini secepat mungkin sebelum Naufal yang menyelesaikannya. Kalau Naufal mula menggunakan caranya. Maka hal ini akan menjadi lebih rumit dan menyusahkan semua orang. Nadzmi sangat kenal dengan kembarnya itu. Naufal akan melakukan apa sahaja asalkan hatinya puas. Terutamanya apabila hal itu berkaitan dengan diri Natasya.

********************************

[ IMBAS KEMBALI ]

Pada malam selepas Natasya dihalau dari rumah dan keluarga Tan sri Nazim menyelamatkan Natasya itu. Naufal ada mengajak Nadzmi untuk berbual di laman villa itu.

Ketika Nadzmi sampai di halaman villa itu. Dia nampak Naufal sedang merenung ke arah bilik yang menempatkan Natasya. Dia datang menghampiri Naufal dan menepukbahu kembarnya itu.

" Aku tahu apa kau nak buat. " kata Nadzmi serious. Dia tahu sangat apa yang dimahukan Naufal ketika ini.

" Good. Kalau kau dah tahu lagi mudah. " kata Naufal dingin.

" Kau betul nak buat semua benda ni? " tanya Nadzmiahu memastikan yang Naufal adakah benar benar nekad atau tidak.

" Yes. Aku dah lama nak buat macam ni. " kata Naufal geram. Penumbuknya sudah digenggam sehingga tangannya keluar urat urat.

" Kalau macam tu. Kita bawak papa sekali. We need he to plan the strategy. " cadang Nadzmi kerana dia tidak mahu Nuafal bertindak dengan terburu buru tanpa sebarang rancangan.

" Hmm... " guman Naufal mengiakan cadangan Nadzmi itu.

Malam itu, tanpa pengetahuan Natasya dan Puan sri Afifah. Ketiga lelaki bersama dengan beberapa orang suruhan Tan sri Nazim itu telah pergi ke pusat hiburan yang selalu dikunjungi oleh Encik Azman itu.

Kedatangan mereka adalah untuk memastikan yang Natasya takkan diganggu oleh Encik Azman lagi dan memastikan Natasya terselamat daripada terlibat dengan pemilik pusat hiburan itu.

Mereka memasuki pejabat pemilik pusat hiburan itu. Iaitu bilik Tauke Wong.

" Wah... wah... orang paling ternama dalam negara datang ke tempat wa. Ini sangat menarik. " Tauke Wong menepuk nepuk tangan sambil berdiri daripada duduknya sebentar tadi.

" Silakan duduk Tan sri. Jangan malu malu. Bikin macam lu punya tempat saja ma. " kata Tauke Wong dengan slang cinanya.

Mereka bertiga melabuhkan duduk di kerusi di meja lelaki cina itu. Mata masing tajam merenung ke arah lelaki cina itu.

" Wo... wo... kenapa lu orang semua tenung wa macam tu. Apa lu orang semua mau. " tanya Tauke Wong. Dia yakin yang kedatangan orang ternama itu pasti ada sebab tersendiri.

" Macam ni la Wong. Kita kasi mudah ini cerita. Wa datang sini ada hajat yang wa mahu lu lunaskan. " kata Tan sri Nazim serius.

" Hajat apa tu? " tanya Tauke Wong sedikit teruja.

" Lu kenal itu Azman? " tanya Tan sri Nazim sambil merenung tajam lelaki cina itu.

" Azman... Azman... Jap wa cuba ingat. Azman... Azman. Haa... wa sudah ingat. Itu Azman dia sudah banyak hutang sama wa lo. " kata Tauke Wong.

" Kenapa lu tanya sama dia. Lu mau kasi settle semua di punya hutang ka? Sebab itu Azman sudah hutang sama wa berpuluh ribu. " kata Tauke Wong lagi.

" Hahahah... Tauke. Kami datang sini bukannya mahu kasi settle itu lelaki bangsat punya hutang. Tapi kami mahu lu jauhkan diri dan tak kacau dia punya anak. " kata Naufal dingin.

" Apa lu orang cakap ni wa tak faham ma? " tanya Tauke Wong sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Macam ni Tauke. Kami tau itu Azman sudah janji sama lu mahu kasi itu dia punya anak sama lu. Tapi itu perempuan wa punya meh. Jadi kami mahu lu jangan kacau perempuan itu meh. Dia sama itu Azman sudah putus talian anak sama bapak. " kata kata Naufal lagi sambil menahan geram.

" Perempuan mana ni. Cuba lu tunjuk itu perempuan punya gambar. Supaya nanti wa takkan cari pasal sama lu punya perempuan tu. " kata Tauke Wong lagi.

Lalu Nadzmi mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan foto Natasya kepada Tauke Wong.

" Wahhh... Ini amoi oi kalau ada kat tempat comfirm jadi hot item punya meh. " kata Tauke Wong tidak berlapik.

Naufal yang mendengarkan itu sudah mahu berfiri dan mencekik Tauke Wong itu. Namun sempat dihalang oleh papa dan kembarnya itu.

" Wong lu jangan cari pasal sama wa. Lu tahu apa wa boleh buat sama lu dan tempat lu ni Wong " ugut Tan sri Nazim.

" Ok. Ok. Wa janji wa tak kacau itu perempuan. " kata Tauke Wong sedikit cuak.

" Ni. Kami ada satu lagi permintaan. " kata Naufal dingin.

" Apa lagi ma? " tanya Tauke Wong.

" Kami orang mahu tahu mana itu si Azman. Kami tahu dia mesti ada sini kan. " tanya Tan sri Nazim tagas.

" Ya itu malaun ada sini. Lu mau jumpa dia ka? " tanya Tauke Wong.

Mereka bertiga hanya membalas dengan anggukan. Lalu Tauke Wong memanggil salah seorang anak buahnya untuk menunjukkan keberadaan Azman dalam pusat hiburan itu.

Setelah anak buah Tauke Wong itu menunjukkan dimana adanya Encik Azman iaitu di dalam sebuah bilik yang dikhaskan untuk aktiviti perjudian.

Ketiga mereka hanya mampu menggelengkan kepala dengan keadaan Encik Azman sekarang. Dia sedang berjudi sambil mabuk. Nampaknya Encik Azman tidak menggunakan duit yang diberikan Tan sri Nazim itu untuk membayar hutang. Malah digunakan duit itu untuk berjudi.

Tan sri Nazim mengarahkan orang orang suruhannya untuk menarik Encik Azman keluar dari tempat itu dan memukul lelaki itu.

Mereka bertiga hanya memerhati dari jauh bila mana tubuh kurus kering Encik Azman Azman itu diseret keluar daripada pusat hiburan itu. Walaupun Encik Azman cuba meronta dan menjerit jerit. Namun dia tetap gagal melepaskan diri dari orang orang suruhan Tan sri Nazim.

Mereka mengikuti hingga Encik Azman di bawa keluar dari pusat hiburan itu lalu dipukul bertalu-talu olsh orang suruhan Tan sri Nazim itu.

Ketika mereka sedang memerhati daripada jauh. Tiba tiba sahaja Naufal mula melangkah ke arah Encik Azman yang sedang dipukul bertalu-talu itu. Namun Tan sri Nazim cepat menghalang langkah si anak.

" Fal. Kamu tak payah pergi. Dia kenal kamu siapa. Nanti kita juga yang susah. " kata Yan sri Nazim cuba memujuk anaknya untuk tidak menghampiri Encik Azman.

" Don' t worry pa. I know how to handle this. Just trust me. " kata Naufal sambil menunjukkan mask muka di tangannya.

Tan sri Nazim merenum ke dalam mata anaknya itu. Lalu dia menganggukkan kepala dan memberikan keizinan kepada Naufal.

Naufal sudah tersenyum sinis sebaok sahaja mendapat keizinan itu. Mask muka itu dipakai dan hoodie di tarik menutupi kepalanya. Dia melangkah penuh gaya ke arah sekumpulan orang itu. Lalu menyuruh mereka semua berhenti dan dia pula yang mahu mengambil alih.

Tan sri Nazim dan Nazdmi hanya memandang sahaja apabila Naufal memukul Encik Azman semahunya tanpa mahu menghentikan tindakan Naufal itu.

" Kenapa papa bagi Naufal masuk campur kat sana tu? " tanya Nadzmi kepada si papa yang masih memandang ke arah Naufal.

" Kita bagi dia puas hati dulu. Jangan nanti dia buat tindakan sendiri tanpa pengetahuan kita. You know your twin brother. " kata Tan sri Nazim serius dengan matanya masih tidak dialaihkan daripada melihat Naufal.

" Yes I know Pa. So, lepas ni macam mana takkan nak biar je Pak cik Azman tu kat situ lepas ni. " tanya Nadzmi sedikit risau.

" Jangan risau. Papa dah pesan dekat diorang jangan buat sampai Azman tu tak sedar. Nanti lepas ni papa suruh diorang tu hantar dia dekat rumah dia balik. Biar bini dengan anak tiri kesayangan dia tu yang rawat dia. " jawab Tan sri Nazim tenang.

" Papa tak takut ke kalau dia buat report polis? " tanya Nadzmi lagi.

" Orang macam tu takkan berani nak buat report polis Nadz. Silap silap tak dan nak report apa apa. Dia dah ke dalam. " kata Tan sri Nazim lagi sambil tertawa halus.

The real Naufal

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience