keesokannya,
Kedengaran suara Puan sri Afifah
memekit memarahi kedua anak kembarnya. Habis bergepa satu villa itu.
" Astaghfirullahaladzim budak budak ni... " jerit Puan sri Afifah.
Nadzmi dan Naufal yang tengah bergaduh terus berhenti daripada bertumbuk. Puan sri Afifah berjalan ke arah si kembar. Lalu telinga si kembar ditarik dan dipulas. Nadzmi di tangan kiri dan Naufal di tangan kanan.
" Aduh... aduh... ma sakit. Sorry... sorry. " rayu Nadzmi.
Naufal hanya mampu mengeringis kesakitan. Memang kalau mamanya itu mula pulas telinga mereka berdua makna memang mama sangat marah sekarang. Nadzmi masih lagi merayu kepada mamanya itu untuk meminta belas kasihan.
Tiba tiba Natasya muncul disitu. Natasya baru sahaja bangun dari tidur. Naufal sengaja tidak mengejutkan Natasya kerana tahu isterinya itu keletihan.
" Apa dah jadi ni? Kenapa mama tengah pulas telinga diorang. " tanya Natasya masih terpinga pinga.
Puan sri Afifah melepaskan telinga si kembar. Lalu Naufal berjalan dengan langkah yang lemah ke arah Natasya.
" Mana mama tak pulas telinga diorang tu Tasya. Pagi pagi lagi dah bergaduh tengok ruang tamu mama ni. Habis bersepah sebab diorang berdua ni. Mama dah rasa nak meletup sekarang ni. Tak habis habis bergaduh macam budak budak. " luah Puan sri Afifah.
" Naufal ni ma. Dia yang pukul Nadz dulu. " adu Nadzmi sambil menundingkan jari ke arah Naufal.
" Kau yang kacau aku dulu. " bidas Naufal mempertahankan dirinya.
" Mana ada. " Nadzmi cuba mengelak.
" Suka hati kau lah. " kata Naufal sebal. Malas sudah melayan kembarnya itu.
" Sya... sakit. " Naufal melentokkan kepalanya ke bahu Natasya sambil menayangkan wajah 10 sen nya itu. Ingin meminta perhatian daripada si isteri.
Natasya jadi jatuh kasihan pada suaminya itu. Wajah Naufal yang sedang mencebik itu kelihatan comel sekali. Jarang Naufal berkelakuan seperti ini. Biasanya Naufal hanya akan menayangkan wajah dinginnya sahaja.
" Uwekkk... nak muntah aku tengok kau. Mengada ngada. " Nadzmi dah mula panas. Kecewa kerana dia tiada pasangan yang boleh menjadi tempatnya mengadu nasib.
" Ehh... suka hati aku lah kau jealous la tu. Aku ada bini kau apa ada. " kata Naufal sambil menjungkitkan keningnya. Sengaja ingin menyakitkan hati kembarnya.
" Tengok tu tak habis habis bergaduh. Kamu berdua nak mama kurung dalam tandas ke baru nak berhenti bergaduh sesama sendiri. " Puan sri Afifah kembali menyampuk.
" Sorry mama. " kata Naufal dan Nadzmi serentak.
" Yelah... mama maafkan kamu berdua. " kata Puan sri Afifah.
" Naufal kamu bawak Natasya pergi sarapan. Mama tak suruh lagi maid kemaskan sarapan tadi. Dah pukul 10 ni Tasya tak makan apa apa lagi tu. Nanti perut masuk angin pulak. " arah Puan sri Afifah. Naufal hanya mengangguk.
" Maaf ye mama sebab Tasya tak tolong mama siapkan sarapan tadi. " kata Natasya sambil kepala menekur lantai.
" Takpe mama tak kesah. Mama faham mesti Tasya letihkan semalam. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum.
" Thank mama. " Natasya sudah tersenyum. Mujur mertuanya itu tidak marah kepadanya. Kalau dulu jika dia tidak sempat membuat sarapan pasti dia akan dipukul oleh bapaknya dan ibu tirinya itu.
" Papa mana mama? tadi masa sarapan papa tak ada. Papa kena pergi office awal ke harini. " tanya Nadzmi. Pelik kerana tadi hanya mereka bertiga sahaja yang bersarapan.
" Ohh... mama lupa nak cakap kat kamu bertiga yang semalam papa tiba tiba kena pergi outstation ke London. " kata Puan sri Afifah.
" Bila papa bertolak ke airport. Bukan semalam papa ada kat rumah lagi kan. Kenapa kami tak tahu. " tanya Nadzmi.
" Papa bertolak pukul 3 pagi semalam. Papa memang nak jumpa kamu semua dulu sebelum dia bertolak. Tapi mama yang tak bagi sebab tak nak kacau kamu semua. Mama tahu mesti kamu semua letihkan. " terang Puan sri Afifah kepada mereka bertiga.
" Kenapa mama tak kejut ke kami. Kalau tak Nadz boleh kirim kasut baru kat papa. Lagipun Nadz tak ada lah letih sangat. Kalau Naufal dengan Natasya Nadz tak tahu lah. " kata Nadzmi.
Wajah Natasya dah berona merah apabila mendengar ayat terakhir Nadzmi yang menjurus ke arah dia Naufal. Takkan Nadzmi tahu hal semalam.
" Kasut baru yang kamu kesahkan. Naufal kenapa tak bawak Tasya pergi sarapan lagi ni. Dah Tasya pergi sarapan nanti perut tu masuk angin susah pulak. " kata Puan sri Afifah masih menyuruh Naufal untuk membawa Natasya bersarapan.
" Baik ma. " jawab Naufal dan Natasya serentak.
Naufal dan Natasya berlalu meninggalkan ruang tamu itu dan berjalan ke arah ruang makan.
" Fal... kenapa kau dengan Nadzmi bergaduh? " tanya Natasya kepada suaminya.
*****************************
[ IMBAS KEMBALI ]
Naufal sedang bersantai di sofa sambil menonton televisyen. Tiba tiba tempat duduk di sebelahnya rasa terhenyak menandakan ada orang yang sedang duduk di sebelahnya.
" Kau tengah buat apa . " tanya Nadzmi.
" Tengah panjat pokok. " loya buruk Naufal.
" Panjat pokok apa pulak kau ni. Kau kan tengah tangok tv sekarang ni. " kata Nadzmi sambil menahan geram dengan loya buruk Naufal.
" Kau dah tahu aku tengah tengok tv. Kenapa tanya lagi. " kata Naufal sebal.
" Saje je nak ambil attention kau. Ni bini kau mana. Tak join pun kita sarapan tadi. " tanya Nadzmi lagi.
" Yang kau sibuk nak tahu bini aku kat mana kenapa. " tanya Naufal sambil menjungkitkan sebelah keningnya.
" Alah aku tanya je. Takkan tu pun kau nak jealous. Kau ingat aku ada hati ke kat bini kau tu. Kalau aku ni suka kat si Sya tu dah lama aku la aku ngorat dia. Aku dah anggap Sya tu macam adik beradik aku dah. Kita kan dah kenal dari kecik dengan Sya tu. Lagipun bukan aku tak tahu yang kau suka kat Sya. " terang Nadzmi panjang lebar tentang anggapannya terhadap Natasya.
Naufal hanya diam mendengar luahan kembarnya itu. Memang betul apa yang dikata oleh Nadzmi itu.
" Kau tak jawab lagi aku tanya. Bini kau mana? " tanya Nadzmi untuk kali kedua.
" Ada kat atas. Tidur lagi. Aku tak sampai hati nak kejut. " kata Naufal.
" Mesti dia penat tu. Dah la letih uruskan kafe. Balik kena pulak layan kau ni. Kau ni memang suami yang kejam lah. Tak kesian ke dekat bini kau tu. " kata Nadzmi sambil menggelengkan kepala.
" Kenapa pulak kau cakap aku ni kejam. Mana ada aku kejam dengan bini aku. Kau ni pandai pandai je. " Naufal berkata sambil menyimpan perasaan geram.
" Memang pun kau kejam. Actually bilik kau mesti banyak nyamuk kan. Sampai merah leher kau tu. " kata Naufal sambil memuncungkan bibir menuntuk ke arah leher Naufal.
Naufal memalingkan tubuh ke arah cermin besar di ruang tamu itu. Mukanya dah bertukar merah apabila melihat ada satu kesan merah di lehernya. Macam mana boleh ada pada dia.Biasa tak ada pun. Kenapa dia boleh tak perasan pun tadi sebelum keluar dari bilik.
" Hahahah... kelakar la kau ni. Merah habis satu muka kau. Tu la aku cakap kau kejam. Mesti Natasya tengah pengsan ni bukannya tidur. " kata Nadzmi sengaja menyimbah minyak ke api yang tengah marak.
Naufal menyambar salah satu kusyen dari atas sofa dan dibaling ke arah Nadzmi.
Dari situ la bermulanya pergaduhan mereka berdua itu. Sehingga la mama mereka datang dan memulas telinga mereka berdua.
***********************************
Tersedak sedak Natasya selepas mendengar penjelasan Naufal mengapa dia dengan Nadzmi bergaduh.
Naufal menghulurkan segelas air kosong kepada Natasya. Natasya menyambut huluran air tersebut. Dia meneguk air itu dengan rakus. Sambil itu Naufal menepuk nepuk belakang isterinya.
" Kenapa kau boleh sampai tersedak ni. " tanya Naufal. Tangan masih sedia menepuk belakang Natasya untuk melegakan isterinya.
" Kau la ni. Pasal tu je kau boleh bergaduh dengan Nadzmi. " kata Natasya dengan geram.
" Dah aku tak boleh tahan dia tu asyik dok gelakkan aku je. Tu aku tibai je dia. " kata Naufal penuh geram.
" Habis tu. Perlu ke sampai bergaduh macam tu. betullah mama cakap korang ni macam budak. Padan muka dah kena pulas telinga dengan mama. Dah merah dah telinga tu. " kata Natasya sambil mulut dimuncungkan ke arah cuping telinga kanan Naufal yang dah bertukar merah selepas dipulas Puan sri Afifah tadi.
" Bukan aku punya salah. Nadz tu yang naikkan darah aku. " balas Naufal.
" Tapikan... ni sebenarnya salah kau. Kau tahu tak. " sambung Naufal lagi sambil tersenyum nakal.
" Kenapa aku pulak. " tanya Natasya tak puas hati. Kenapa pula dia yang disalahkan.
" Yelah kau punya salah. Kalau kau tak tinggalkan kesan kat leher aku ni. Tak adanya aku nak berkelahi dengan si Nadz tu. Biasanya aku yang bagi tanda kat kau. Tapi ni kau pulak bagi cop mohor kau kat aku. Nakal jugak kau ni. " kata Naufal masih lagi tersenyum nakal.
Nyaris sahaja Natasya tercekik nasi goreng yang mahu ditelan olehnya. Mukanya dah berona merah mendengar kata kata Naufal tadi.
Bila masa dia buat tanda tu kat leher Naufal pun dia tak perasan. Yang pastinya Selepas bersarapan ini dia perlu menolong Naufal untuk menghilangkan kesan itu di leher Naufal. Niaya kalau ada lagi orang yang nampak kesan tu kat leher Naufal.
Selama ni dia berusaha untuk tutup kesan merah yang sama di lehernya dengam foundation. Tapi Naufal boleh pulak tak perasan dengan kesan itu dileher sendiri.
Share this novel