Setelah sampai ke destinasi yang dituju, Naufal menghentikan keretanya pandangannya teralih kepada Natasya yang sudah terlena di sebelahnya.
Ralit dia memerhatikan gadis kesayangannya dia teringat akan sebab dia membawa Natasya ke sini. Bahu Natasya digoncang lembut untuk mengejutkan Natasya dari lenanya.
" Sya... Sya... Bangun dah sampai. " kejut Naufal.
" Ermmm... dah sampai ke. Kita mana ni. Kau bawak aku ke mana ni Naufal. " kata Natasya sambil melihat ke luar tingkap mahu tahu ke mana Naufal membawanya.
Natasya melihat sebuah villa besar yang tersergam indah di hadapan mata. Natasya kenal sangat rumah ini iaitu villa milik Tan sri Nazim, ayah Naufal dan tempat arwah maknya dahulu.
" Kenapa kau bawak aku datang sini. Tak ada angin tak ada ribut? " soal Natasya.
" Mama yang nak jumpa kau. Mama nak ajak kau minum petang dengan dia. " terang Naufal.
" Dah la jom... mesti mama tengah tunggu kita. " sambung Naufal.
Sebenarnya, selepas Naufal keluar dari tandas di mall tersebut dia mendapat panggilan dari mamanya. Apabila Naufal memberi tahu yang dia sedang bersama Natasya. Puan sri Afifah menyuruh Naufal membawa Natasya ke rumah mereka untuk minum petang. Naufal hanya mengikut sahaja kehendak mama kesayangannya itu.
Turun sahaja dari kereta mereka berjalan ke pintu utama. Sesampainya mereka berdua di pdepan pintu utama, pintu itu terbuka dari dalam. Puan sri Afifah menyambut mereka dan mengajak Naufal Natasya masuk. Mereka bertiga berjalan beriringan ke gazebo yang terletak di tepi kolam.
Tan sri Nazim dan Nadzmi tidak turut serta kerana Tan sri Nazim masih di pejabat atas urusan kerja manakala Nadzmi sedang berada di kafe.
Di bawah gazebo itu tersedia seteko teh dan pelagai makanan yang sedap, sesuai untuk minum petang.
Puan sri Afifah mempelawa Natasya untuk makan kek coklat yang diletakkan di depan Natasya. Puan sri Afifah tahu bahawa makanan kegemaran Natasya ialah kek coklat.
" Tasya makanlah kek coklat tu. Mama buat khas untuk Tasya. Mama tahu ni favourite Tasya kan. " kata Puan sri Afifah.
" Terima kasih aunt. " Natasya mengangguk lalu makan kek coklat tersebut.
Memang Puan sri Afifah selalu membahasakan dirinya 'mama' dengan Natasya. Tapi Natasya pula segan untuk memanggil wanita itu begitu. Dia berasa tidak layak untuk memanggil wanita 40 an itu 'mama'. Dia cuma anak bekas orang gaji di villa ini.
Setelah selesai minum petang, Naufal perlu menghantar Natasya pulang ke rumah. Naufal meminta izin dengan mamanya untuk keluar menghantar Natasya pulang.
*******************************
Di rumah Natasya,
Sebaik kaki Natasya melangkah masuk ke dalam rumah rambutnya ditarik dari arah belakang. Terasa mahu tercabut kulit kepalanya. Apabila dia menoleh kepalanya sedikit ke belakang untuk melihat siapa yang menarik rambutnya. Biarpun boleh di agak siapa orang itu.
" Kau ni kan memang budak tak guna kau tahu tak. " amuk Puan Maimun.
" Apa yang Tasya dah buat ni mak cik sampai maka cik tarik rambut Tasya macam ni. " tanya Natasya sambil merintih kesakitan. Tiba tiba sahaja dia diserang oleh wanita itu.
" Kau tanya aku kenapa aku tarik rambut kau. " tengking Puan Maimun lalu melempar tubuh Natasya jatuh ke lantai.
Nasib kepala Natasya tidak, terhantuk di mana mana dinding atau lantai.
" Kau dah suruh kekasih hati tak guna kau tu tolak anak aku. Kau masih lagi boleh tanya kenapa. Kau sah malukan dia depan orang ramai kau boleh buat macam tak ada apa apa ya. Eh menyirap je darah aku dengan kau ni. Kenapa kau tak mampus je dulu dengan mak kau. " tengking Puan Maimun.
Natasya faham sekarang. Mesti Sabrina telah memutar belitkan cerita kepada Puan Maimun.
" Tasya tak suruh pun Naufal tolak Sabrina. Naufal tolak Sabrina sebab Sabrina asyik nak minta duit dari Tasya sebab dia nak beli IPhone yang dia nak tu. Tapi Tasya tak ada duit. " terang Natasya akan kebenaran yang sebenarnya.
" Habis tu kenapa kau tak bagi je dia duit yang dia nak tu bukannya banyak mana pun. " marah Puan Maimun masih mahu membela anak kesayangannya itu.
" Mak cik ingat RM 5000 tu sikit ke mak cik. Gaji Tasya pun tak sampai banyak tu. Phone Sabrina tu kan baru je dia beli awal tahun lepas kenapa dia nak beli yang baru lagi. Tasya tengok phone tu elok je. Calar pun tak kenapa nak tukar baru pulak. " luah Natasya.
Puan Maimun yang mendengar sudah angin satu badan. Mukanya juga sudah bertukar merah. Tali pinggang milik Encik Azman yang tergantung di dinding diambil lalu dilibaskan ke tubuh Natasya.
Natasya hanya menangis sambil mengerekotkan tubuhnya untuk melindungi diri dari libasan tali pinggang itu. Natasya Tak mampu melawan dia hanya mampu bersabar dan berdoa supaya tuhan sentiasa melindunginya.
*************************************
Di villa keluarga Naufal,
Naufal yang baru sampai dari menghantar Natasya melihat Puan sri Afifah sedang termenung panjang di tepi kolam renang.
Naufal berjalan ke arah mamanya untuk bertanya lebih lanjut. Kerana mamanya itu bukannya jenis yang selalu termenung, melainkan sedang runsingkan sesuatu.
" Mama... kenapa mama duduk termenung kat luar ni. " sapa Naufal.
" Fal... teruk sangat ke keluarga Tasya tu layan Tasya. " soal Puan sri Afifah
" Kenapa mama tanya macam tu. " soalan mamanya tidak dijawab malah di turut di balas dengan soalan.
" Tadi mama nampak ada lebam kat kiri kanan bibir Tasya. Mesti kena pukul dengan bapak dia kan. " soal Puan sri Afifah kembali akan persoalan yang berlegar di fikirannya sejak di melihat ada kesan lebam di kiri dan kanan bibir Natasya.
Naufal hanya menganggukkan kepala. Tidak mahu menipu mamanya.
" Astaghfirullahaladzim... kenapa boleh jadi macam ni Fal. " Puan sri Afifah beristighfar panjang.
" Bapak Natasya mintak duit sebab nak bayar hutang judi dia. Tapi duit yang orang tua tu mintak banyak sangat. Natasya tak ada duit banyak tu. Sebab tu orang tua tak guna tu lempang Natasya. Tak cukup Lempang siap ungkit lagi pasal kematian Mak Syida. Orang tua bangsat tu cakap kenapa Natasya tak mati je sekali dengan mak dia dulu. " terang Naufal panjang lebar.
Naufal cuba menahan kemarahannya. Setiap kali dia ingat saat Natasya menceritakan hal ini kepadanya.
" Ya Allah... Azman ni dah tak ada iman ke apa. " ucap Puan sri Afifah.
" Macam nilah nanti mama bincang dengam papa macam mana nak tolong Natasya keluar dari keluarga tak guna tu. Mungkin papa boleh tolong. " putus mamanya. Kali ini dia bertekat akan tetap membantu Natasya biar apa pun yang akan berlaku itu tekatnya.
Naufal yang mendengarkan itu hanya diam sambil dia juga berfikir macam mana ingin membantu Natasya.
' Aku akan tolong kau Sya. Aku akan pastikan suatu hari nanti tak ada siapa yang akan sakiti kau. Aku akan buat manusia manusia tak guna yu menyesal dengan apa yang diorang dah buat kat kau Sya. Aku sanggup buat apa je untuk kau. Sebab aku sayang dan cintakan kau. ' guman Naufal. Sambil mengepal tangannya sehingga keluar urat di lengan itu.
Teruskan mengikuti sehingga ke bab yang terakhir. Awal je penuh konflik. Nanti akan jadi kelakar lepas ni. Just wait for new update. Cerita ni masih lagi panjang dan jauh perjalanannya. Jangan putus asa untuk terus membaca ye. Ara akan post setiap hari satu bab ok.
Share this novel