" Astaghfirullahaladzim. " Datin Faridah menggelengkan kepalanya berkali.
Datin Faridah seperti tidak dapat menerima apa yang telah diceritakan oleh anak dan menantunya itu. Besar dugaan kamu ye Natasya.
" Macam mana boleh jadi macam tu Nazim. Afifah. Kesiannya kat Tasya. Habis sekarang ni macam mana takkan la bapak si Tasya tu akan biarkan aje Tasya. Mak rasa nanti kalau keluarga dia tu tak ada duit mesti diorang akan cari Tasya. Kita kena lindungi dia. " Datin Faridah mula berkata tegas.
" Kami akan lindungi dia mak. Selagi Tasya ada dengan kita dia akan selamat. " balas Tan Sri Nazim.
" Walaupun dia ada dengan kita. Itu tak bermakna bapak dia tak boleh datang cari atau ambil dia dari kamu. Walaupun kamu dah bayar dia. Mak tak rasa dia akan lepaskan Natasya dengan mudah. " terang Datin Faridah akan apa yang berlegar di fikirannya sekarang.
" Apa sebenarnya yang mak cuba cakap ni sebenarnya. Kami tak faham. Kau nak ada hubungan keluarga jugak kami akan jadikan Natasya anak angkat kami
" sampuk Puan sri Afifah sambil mengerutkan dahinya.
" Macam ni sebenarnya maksud mak. Setakat kamu berdua jadikan dia anak angkat masih tak mampu nak jauhkan Natasya dari bapak dia. Kita perlu ikat Natasya sebagai ahli keluarga kita yang sebenar dengan mengikut hukum agama. " Terang Datin Faridah panjang lebar. Suaranya sudah mengendur.
" Maksud mak. Mak nak Tasya... " Tan sri Nazim seperti dapat menjangka apa yang dimahukan oleh maknya itu.
Datin Faridah hanya mengangguk. Tan sri Nazim melepaskan keluhan. Patutkah dia menerima cadangan maknya itu. Isterinya di sebelah di tenung lama. Nampaknya si isteri masih belum dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Datin Faridah.
" Macam ni kita bincang semua ni malam esok jelah. Pastikan budak budak tu ada sekali. Jangan bagi diorang bertiga tu keluar malam malam esok. " putus Datin Faridah apabila melihat anaknya masih ragu dengan permintaannya ini.
**************************************
Keesokan harinya,
Mereka sekeluarga sedang bersarapan bersama sama. Sebentar lagi Naufal, Natasya dan Nadzmi akan ke kolej. Manakala Tan Sri Nazim akan bergerak ke pejabat.
" Malam ni kamu bertiga jangan keluar. Habis kelas terus balik. " Datin Faridah memberi arahan kepada si kembar dan Natasya.
" Tapi nenda Nadz kena pergi kafe lepas kelas ni. Takkan nak biar staff je enjoy. Nadz kena ada kat kafe tu. Baru ramai customer yang datang. " Nadzmi masih cuba mengelat.
" Haah nenda. Kalau Nadz tak ada kat kafe kecewa la semua peminat peminat dia tu. " Natasya sengaja ingin menyakat Nadzmi.
" Kamu jangan nak mengelat Nadzmi. Nenda nak kamu semua ada malam ni. Ada benda nenda nak cakap kat semua orang. " tegas Datin Faridah.
" Baiklah nenda. " Nadzmi sudah menunduk. Merajuk la konon.
Hanya Nadzmi je yang cuba mengelat. Natasya dan Naufal akur sahaja.
Bagi Natasya dia hanya menumpang jadi dia perlu menurut kata tuan rumah selagi ia tidak melampaui batas.
Bagi Naufal pula dia hanya akan mengikut sahaja ke mana Natasya berada. Jika Natasya ingin berada di rumah dia pun akan lekatlah di rumah. Kalau tak memang jarang nak jumpa dia kat rumah. Dia selalu menemani Natasya keluar untuk menjaga Natasya dari dicuri oleh lelaki lain di luar sana. Dia tak kisah sekiranya orang mengatakan dia seperti bayang bayang Natasya. Yang penting tak ada sesiapa yang boleh rapat dengan Natasya melainkan dirinya. Nadzmi pun selalu dijauhkan dari Natasya.
" Fal aku tumpang kau boleh. Aku malas la nak drive. Kita pergi sekali jimat sikit duit minyak. " Nadzmi sengaja mengalihkan topik perbualab si meja itu.
" Tak boleh. Kau ada kereta sendirikan. Bukan jauh pun kolej dari rumah kita ni. 15 minit sampai la. Takkan tu pun malas nak drive. " Naufal sebenarnya tidak mahu Nadzmi mengganggu masa dia dengan Natasya bila di dalam perjalanan ke kolej. Menyibuk je mamat ni.
Nadzmi memandang ke arah papanya. Muka minta simpati ditayangkan. Mahu meminta papa membela dirinya. Tan Sri Nazim sudah mengeleng.
" Fal... biar je lah abang kamu tu nak tumpang. Tak salah pun kan. Lagipun kamu satu jalan jugak kan. " Tan sri Nazim Cuba memujuk anaknya yang keras hati itu.
" Tak apa la papa. Kalau dah dia tak nak bagi tumpang. " Nadzmi sudah buat muka merajuknya.
" Ishhh... yelah yelah kau boleh tumpang. " akhirnya Naufal mengalah.
Nadzmi sudah tersenyum lebar apabila di adik kembar sanggup menumpangkannya.
" Betul ni kau bagi aku tumpang. Ni la sebab abang sayangkan satu-satunya adik abang ni. " Nadzmi terus memeluk znaufal disebelahnya. Dia juga sengaja menggunakan gelaran 'abang' dan 'adik'. Mereka berdua memang tidak suka digelar antara satu sama lain abang dang adik. Bagi si kembar dia antara mereka berdua tiada sesiapa yang abang mahupun adik.
Naufal yang dipeluk Nadzmi cuba melepaskan pelukan Itu. Di tolaknya mulan Nadzmi.
" Fal tak baik buat abang kamu macam tu. " Puan sri Afifah sudah bersuara.
" Maaf ma. " itu sahaja yang keluar dari mulut Naufal.
Pelukan antara si kembar terlerai akhirnya.
Semua di meja hanya menyaksikan sikap si kembar itu.
Nadzmi yang pandai memujuk dan merayu. Naufal yang dingin iceberg dan pendiam. Personaliti dan minat mereka juga langsung tak sama.
Selesai sahaja mereka semua bersarapan. Si kembar dan Natasya terus bergerak ke kolej. Manakala Tan sri Nazim pula ke pejabat. Hanya tinggal Puan sri Afifah dan Datin Faridah sahaja di villa ini ditemani dengan pembantu rumah.
************************************
Malam itu mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Mahu menunggu apa yang mahu dikatakan oleh Datin Faridah.
Natasya, Naufal dan Nadzmi sudah tidak senang duduk. Kebiasaannya malam ini mereka akan keluar ke kafe. Mereka semua ini akan selesai dengan cepat. Boleh la mereka bergerak ke kafe nanti.
" Sebenarnya ada sesuatu yang sangat penting nenda nak bincangkan dengan semua orang. " kata nenda sedikit tegas.
" Apa dia yang nenda nak cakap sebenarnya ni. Nadz tak faham la. " Nadzmi bertanya.
" Sejujurnya nenda permintaan kepada Naufal dan Natasya. " mata Datin Faridah sudah tertumpu kepada Naufal dan Natasya.
" Apa dia nenda. Kalau Sya dengan Naufal boleh tolong kami tolong. " Natasya menjawab
Naufal di sebelah Natasya hanya menunggu apa yang akan dikatakan oleh nenda sebentar lagi. Dari raut wajah dan intonasi suara nenda. Naufal tahu ini hal yang serius.
Datin Faridah mengambil Nafas terlebih dahulu. Pandangannya dialihkan ke arah anak dan menantunya. Mereka hanya mengangguk sesama sendiri.
" Nenda nak Naufal dan Natasya kahwin hujung bulan ni. " lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut Datin Faridah.
Naufal dan Natasya saling memandang satu sama lain. Nadzmi sudah terkedu. Biar betul nenda ni.
Share this novel