Di dalam kereta,
Naufal hanya menjeling sahaja abang kembarnya itu yang duduk di tempat penumpang belakang.
" Baik kau jujur dengan aku. Mesti ada sebab lain kan kau ajak aku dengan Sya keluar ni. Betul tak? " tanya Naufal dingin sambil mata masih fokus pada pemanduannya.
" Jujur apa pulak kau ni. Aku ajak korang lepak sebab nak spend time dengan korang je. " kata Nadzmi sedikit gelebah.
" Kau jangan nak tipu aku la. Aku dah kenal kau dari kecik lagi. Mesti kau ada agenda lain kan. Baik kau cakap sebelum aku tinggalkan kau kat tepi jalan ni. " ugut Naufal.
Nadzmi dah menelan air liurnya. Ugutan Naufal tak boleh dipandang mudah. Apa dia cakap dia akan buat.
" Yelah. Yelah. Aku jujur. Sebenarnya aku ajak korang keluar ni sebab nak mintak tolong dengan korang. " akhirnya Nadzmi terpaksa juga berlaku jujur.
" Aku dah agak dah. " kata Naufal sebal.
" Kau nak mintak tolong apa dengan kitorang Nadz. " tanya Nataysa pula. Dati tadi dia hanya diam sahaja dan tindak menyampuk apabila pasangan kembar itu berperang mulut.
Nadzmi mendengus kasar lalu menghempaskan kepalanya ke tempat penyadar kerusi.
" Sebenarnya semalam aku dah terpecahkan pasu kesayangan mama masa aku tengah syok main PUBG. Dah la pasu tu mama beli kat Greece. Mana aku nak cari ganti. Sebab tu la aku perlukan bantuan korang. " terang Nadzmi.
" Habis kau nak mintak tolong kita orang ni buatkan pasu baru untuk mama ke. Banyak cantik muka kau. Kau ingat kitorang ni tukang buat pasu. " loyar buruk Naufal.
" Bie... apa cakap macam tu. Kau nak mintak tolong apa dengan kitorang ni Nadz. Nak kitorang cari ganti pasu tu ke? " tanya Natasya pula.
" Bukan. Macam ni. Aku plan nak jujur je dengan mama yang aku dah pecahkan pasu kesayangan dia tu. Tapi aku plan jugak nak bagi mama hadiah supaya mama tak marah sangat kat aku. So, aku nak mintak tolong dengan korang tolong aku pilihkan hadiah yang sesuai untuk mama. Tu je. " kata Nadzmi.
" Ehh... banyak cantik muka kau. Kau yang buat salah. Nak libatkan kitorang pulak. " kata Naufal tak puas hati.
" Ala... Fal boleh la. Kau kan anak kesayangan mama mesti kau tahu apa yang mama minat. Kau pun Sya. Kau kan selalu keluar dengan mama. Mesti kau tahu test mama tu macam mana kalau shopping. Please la korang. Korang je yang boleh tolong aku sekarang ni. Kitakan family. " rayu Nadzmi lagi.
" OK. Kitorang tolong kau. " jawab Natasya mewakili dia dan Naufal.
" Yes! Sebab ni aku aku sayang korang berdua. " jawab Nadzmi teruja.
*****************************
Di Mall,
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam Mall tersebut bersama sama. Tangan Naufal masih setia menggengam erat jari jemari Natasya.
" So, kita nak beli apa ni. " tanya Natasya sambil memalingkan wajah kepada si kembar.
" Handbag. " jawab Nadzmi mudah.
" Takkan nak beli handbag lagi kot. Kan baru je papa belikan mama handbag baru. Yang haritu shopping kat Gold Coast pun dah berapa. " kata Naufa tanpa perasaan.
" Betul jugak tu. Habis tu nak beli apa? " tanya Nadzmi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Kasut. " jawab Naufal mudah. Lalu menarik tangan Natasya ke arah sebuah butik yang menjual pelbagai kasut dan beg yang berjenama.
Nadzmi dengan pantas cuba mengejar langkah kedua orang itu memasuki butik mewah tersebut.
" Selamat datang encik dan cik. Ada apa yang boleh saya bantu. " sapa salah seorang pekerja butik itu ketika mereka bertiga sedang ralit melihat kasut kasut yang dipamerkan di rak display.
" Saya nak cari kasut yang sesuai untuk wanita dalam lingkungan 40 an. Yang Elegan. Classy. And heels dia tu tak nak tinggi sangat. And one more thing, make sure selesa. " terang Nadzmi akan kriteria kasut yang dimahukan kepada pekerja kedai itu.
" Kami nak yang ni. " sampuk Naufal tiba tiba sambil menunjuk ke arah sepasang kasut di atas rak display itu.
Kasut yang sangat sesuai untuk mama kesayangan mereka.
" Baiklah encik. Nak saiz berapa ye? " tanya pekerja itu cukup ramah.
" Saiz 6. " sampuk Natasya pula.
" Baiklah. Pandai encik pilih kasut ni. Lagipun ini memang keluaran terbaru. Baru dilancarkan semalam. " terang pekerja itu lagi. Lalu berlalu ke kaunter meninggalkan mereka bertiga.
" Nasib korang ikut aku. Kalau tak aku tak tahu nak beli apa kat mama. Saiz kasut mama pun aku tak tahu. Anak jenis apa la aku ni kan. " seloroh Nadzmi sambil mereka bertiga berjalan keluar dari butik tersebut selepas selesai membayar kasut tersebut.
" Tu lah kau. Apa je yang kau tahu selian mengayat perempuan. " sindir Naufal.
" Ala... macam la kau tu bagus sangat. " Nadzmi sudah menjulingkan biji matanya.
" Memang aku bagus bagus pun dari kau. Walaupun aku ni tak ada girlfriend berpuluh macam kau. Tapi aku ada bini. Aku yang kahwin dulu daripada kau tu. " tambah Naufal lagi.
Nadzmi hanya memekakkan telinga sahaja apabila disindir sebegitu rupa oleh si adik kembar. Dia bukannya playboy. Cuma dia friendly dengan semua orang je. Perempuan tu semua tak pernah dianggap lebih daripada kawan sahaja.
" Dah jangan gaduh. Malu la kalau orang tengok. " sampuk Natasya menghentikan persengketaan pasangan kembar itu.
" Naufal tu hah Sya. Dia yang mulakan dulu. Dia tuduh aku macam macam. " adu Nadzmi sambil menayangkan wajah 50 sen nya itu.
" Ehh... aku pulak. Betullah apa yang aku cakap yang kau tu memang playboy. " selar Naufal.
" Dah. Dah la tu. Macam macam budak 3 tahun. " kat Natasya tegas. Sehingga mendiamkan si kembar itu.
" Sekarang ni kita nak buat apa pulak. Nak balik ke nak pergi mana pulak ni. " tanya Natasya.
" Macam ni lah. Sebagai tanda terima kasih aku kat korang jom aku belanja korang sneaker baru. Nak tak. Kalau nak jom ikut aku. " kata Nadzmi uang sudah kembali ceria. Lalu dia melangkah le arah sebuah butik Nike. Naufal dan Natasya hanya mengikut sahaja langkah Nadzmi dari belakang.
**********************
Di Butik Nike,
Mereka bertiga sedang melihat lihat sneaker yang di letakkan di dinding itu. Semuanya menarik belaka. Tetapi ada satu sneaker yang menarik perhatian mereka bertiga.
Kemudian datanglah seorang pekerja butik itu menghampiri mereka bertiga. Dan menerangkan serba sedikit tentang sneaker di rak tersebut
" Encik dengan cik ni berminat dengan sneaker ni ke. Sebab sekarang kami ada promosi beli dua pasang sneaker. Sepasang men punya dan sepasang lagi women punya. Mudah cakap untuk couple la kan. Jadi encik dengan cik akan dapat harga potongan sebanyak 50 peratus untuk kedua pasang sneaker ni. " terang pekerja buti itu.
Naufal dan Natasya memandang sesama sendiri. Lalu keduanya mengangguk kepada pekerja butik itu. Dan memberikan saiz kasut masing masing.
" Cik. Kalau saya nak beli sneaker ni jugak dengan potongan 50 peratus tu boleh tak? " tanya Nadzmi.
" Maaf ye encik. Tak boleh. Sebab promosi ni khas untuk couple sahaja. Kalau encik nak jugak sneaker ni. Encik kena bayar dengan harga asalnya. " jelas pekerja itu.
" Ala... tak boleh ke. Saya pun nak jugak potongan 50 peratus tu. Cik ni jelah yang jadi girlfriend saya boleh. " tanya Naufal tak tahu malu.
Naufal menyiku kuat rusuk kembarnya itu. Tak tahu malu punya perangai.
Muka pekerja butil tersebut sudah berona merah kerana malu dan terkejut. Siapa je tak rasa begitu kalau ada lelaki tampan yang mempelawa untuk dijadikan kekasih.
" Maaf lah encik. Saya tak boleh buat macam tu. Lagipun saya ni pun tunang orang. " kata pekerja itu sambil menunjukkan jarinya yang tersarung cincin belah rotan.
Nadzmi dah mencebik. Dia juga sukakan kasut itu. Dan dia mahukan potongan harga 50 peratus tu. Tapi apakan daya. Dia tiada pasangan untuk sepasang lagi sneaker itu.
Akhirnya Nadzmi terpaksa jugalah membeli sepasang kasut itu dengan harga sebenarnya. Apakan nasib orang yang dilahirkan single sejak azali lagi.
Kesian kat Nadz
Share this novel