BAB 1 : NATASYA, NAUFAL, NADZMI

Romance Series 104277

Di sebuah Cafe,

Ramai pelanggan yang datang ke cafe yang rata ratanya merupakan para pelajar kolej dan semestinya pelanggan yang paling ramai ialah remaja perempuan kerana di cafe ini terdapat dua jejaka yang kacak.

Naufal hanya memerhatikan dari kejauhan abang kembarnya, Arif Nadzmi sedang berbual mesra dengan sekumpulan remaja perempuan di cafe mereka. Nadzmi memang seorang yang peramah dan bermulut manis dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Berbeza dengannya yang sentiasa berwajah serius dan introvert.

" Hi pretty girl, this is your sweet chocolate drink likes you girl. " kata Nadzmi dengan senyuman semanis gulanya.

" Thank you, abang handsome! " ucap gadis remaja itu.

" Bilalah kau nak berubah Nadz. " kata Naufal sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Naufal memandang sekilas ke arah jam tangannya lalu matanya tertancap ke arah kaunter di mana sahabat baiknya sedang berada. Mata Naufal masih memandang wajah Natasya yang masih kelihatan muram tanpa secalit senyuman dia Naufal yakin mesti Natasya mempunyai masalah dan tidak mahu memberi tahunya.

Naufal berjalan dengan machonya ke arah kaunter yang menempatkan Natasya yang sedang termenung jauh.

" Sya.... kau menungkan apa tu sampai aku berdiri kat sini pun kau tak perasan? " sapa Naufal sambil menepuk bahu Natasya.

" Eh... tak ada apalah! aku penat je. Yelah minggu ni setiap hari ada kelas pastu dengan kerja ni lagi . Aku tak cukup rehat la kut... tu je kau tak payah risaulah... aku ok je! " kata Natasya. Walaupun bukan itu sebab sebenarnya. Dia tidak akan memberi tahu Naufal yang dia melakukan kerja sambilan, mencuci pinggan di sebuah warung berdekatan rumahnya selepas pulang dari bekerja di kafe milik Naufal dan Nadzmi.

" Betul ke kau penat... aku kenal sangatlah perangai kau Sya. Ni mesti kau ada buat kerja sambilan lepas abih kerjakan. " kata Naufal yang sudah masak dengan segala tingkah dan perangai Natasya.

"Errr.... " Natasya terkedu, tidak tahu mahu mengatakan apa lagi untuk jelaskan kepada Naufal.

" Betulkan apa yang aku kata? " kata Naufal dengan mata masih merenung tajam ke arah Natasya.

" Ye, aku ambik upah basuh pinggan dekat warung depan simpang rumah aku tu. " jujur Natasya yang tak mampu menipu lagi di hadapan Naufal.

" Sya... dah berapa kali aku cakap kat kau jangan buat kerja sambilan. Cukup la kau kerja je kat kafe ni. " marah Naufal tapi masih melembutkan suaranya agar Natasya tidak terasa hati.

" Aku tahu... tapi... kau takkan tak faham yang keluarga aku macam mana. " pintas Natasya dengan wajah muram.

" Ye aku tahu tu... cuma sampai bila kau nak jadi macam ni. Diorang tu cuma nak gunakan kau je. Kau yang penat penat kerja. Tapi diorang mudah mudah je habiskan duit kau tu. Padahal diorang bukan tahu yang kau masih belajar. " kata Naufal masih bersisa amarah namun cuba bersabar.

" Lagi satu bapak kau... dia tu tak reti reti nak cari kerja ke... dia tu bukannye sakit sampai tak boleh nak buat kerja sampai kau anak kandung dia ni je yang kena kerja tanggung diorang anak beranak. Tak habis habis minum dengan berjudi. " sambung Naufal.

Sudah lama dia bersabar dengan layanan yang diberikan oleh keluarga Natasya kepada Natasya. Tak pernah ada yang manis semuanya pahit berserta lebam lebam yang menjadi penghias duka.

Melihat wajah mendung Natasya. Naufal rasa bersalah kerana telah menggores hati Natasya s
dengan kata katanya.

" Sya... I'm sorry aku tahu kau terasa dengan aku.Aku minta maaf sangat. Aku tak ada niat nak hina keluarga kau cuma aku dah tak sanggup nak tengok diorang layan kau macam ni. " kata Naufal.

" Tak apa aku faham. Lagipun apa yang kau cakap tu betul. Tapi aku nak buat macam mana diorang tu jelah keluarga aku. Aku dah tak ada orang lain selain diorang. " kata Natasya lemah.

" Siapa cakap kau dah tak ada siapa siapa. Habis tu aku ni siapa. Bukan kawan baik kau. Aku sayang kau Sya aku tak nak apa apa jadi pada kau sebab aku... " terhenti bicara Naufal apabila dia tersedar yang dia sudah terlepas cakap tentang isi hatinya yang menyayangi Natasya lebih daripada seorang kawan baik

" Sebab kau apa? ... jawab la Naufal. " pinta Natasya yang tidak berpuas hati dengan bicara Naufal yang tidak dihabiskan itu.

Naufal masih berfikir apa jawapan yang boleh diberikan kepada Natasya.

" Sya... betul cakap Naufal tu. Kau ada Naufal, aku, mama, papa. kita orang semua sayangkan kau. Kau jangan risau ok" kata Nadzmi yang tiba tiba muncul.

Sebenarnya dari tadi dia hanya jadi pendengar akan perbualan adik kembarnya dengan Natasya. Dia juga tahu akan masalah keluarga Natasya kerana mereka bertiga telah berkawan dari berumur 5 tahun lagi dan sekarang mereka sudah 22 tahun.

Natasya hanya bisa mengangguk kerana terharu. Betul apa kata Nadzmi. Bukan sahaja Naufal dan Nadzmi yang sentiasa ada bersama dengannya. Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah iaitu papa dan mama Naufal dan Nadzmi juga turut menyayanginya seperti anak sendiri keran mereka tidak mempunyai anak perempuan. Dengan mereka sahajalah yang boleh Natasya menumpang kasih yang sentiasa di dambakan selama ini. Kos pembelajarannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Tan sri Nazim dan Puan Sri Afifah. Oleh itu, Natasya segan untuk menyusahkan mereka sekeluarga kerana mereka telah banyak membantu dirinya ini.

" Hah... sudah sudah la tu duduk temenung, duduk bersedih. Tu custumer tengah ramai cepat pergi buat kerja. " kata Nadzmi yang menghentikan lamunan Natasya.

" Isy! kau ni... sibuk la! " marah Naufal tidak berpuas hati dengan abang kembarnya.

" Lagipun kerja layan pelanggan tu kerja kau......mr sweet taker. Aku dengan Naufal siapkan order dengan jaga kaunter je. " sambung Natasya yang kembali tersenyum.

" Ahhh... tak kira... ini arahan dari bos! " gurau Nadzmi menceriakan keadaan.

" Hek eleh... aku pun bos kafe ni jugak. Bukan kau sorang. " kata Naufal yang sentiasa tidak berpuas hati dengan si abang walaupun mereka kembar tapi persis anjing dan kucing.

" Hah... dah dah... kamu berdua ni bos kafe ni cuma aku je kuli kat sini. Dah berhenti bergaduh nanti jadi gelanggang WWE kat sini pulakkan" pintas Natasya menghentikan pergaduhan kedua pasangan kembar ini.

Kalau pergaduhan antara mereka berdua ini tidak diselesaikan, maknanya bergaduhan akan berlarutan sehingga terjadinya perlawanan WWE dan Natasyalah yang akan menjadi pengadilnya.

Nadzmi dan Naufal yang mendengarnya memandang sesama sendiri lalu memandang Natasya yang berada di antara mereka sekarang.Kemudian kedengaran gelak ketawa mereka bertiga menghiasi kafe tersebut.

Para pelanggan yang berada di kafe itu berpaling ke arah mereka bertiga. Ada yang tertanya tanya apa yang digelak ketawakan ole mereka bertiga. Ada juga yang memerhati serta mengambil gambar secara curi gambar mereka bertiga. Selain dari makanan yang sedap dan layanan yang baik tarikan bagi kafe tersebut ialah mereka bertiga, Nadzmi dan Naufal yang kacak bergaya menjadi kegilaan para gadis manakala Natasya yang cantik jelita menjadi kegilaan pelanggan lelaki.

Naufal yang tahu akan itu tidak membenarkan Natasya menjadi pelayan. Cukuplah hanya menjaga kaunter dan menyiapkan pesanan pelanggan. Kerana bagi Naufal, Natasya miliknya seorang walaupun dia sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan. Nadzmi juga dilarang untuk berada dekat dengan Natasya kerana Naufal kurang suka dengan perangai mulut manis si abang kembar.

mohon maaf sekiranya mempunyai sebarang kesalahan bahasa. saya masih baru dalam dunia penulisan. ini adalah karya pertama saya harap semua menyukainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience