BAB 7 : TAKUT

Romance Series 104277

Sedang kedua orang manusia itu lalai dalam perasaan aneh yang mula berdetak di hati. Satu suara datang menghentikan lamunan mereka berdua.

" Amboi sweetnya nak join sekali boleh. " sapa Nadzmi sambil tersenyum sinis.

" Ishhh kau ni blah la... sibuk je. Tak payah nak datang sini nak join orang bagai. Tadi elok je dok bergurau dengan perempuan perempuan tu. " sembur Naufal ingin menyindir abangnya.

" Alah Fal kau macam tak kenal aku. Akukan Mr. Sweet talker terkenal kat kolej ni. " kata Nadzmi bangga sambil mnendabik dada.

Dia sedikit pun tidak terasa dengan kata kata Naufal kerana Naufal seorang yang tidak pandai bermadah pujangga bagai. Dia lebih suka straight to the point je. Mudah.

" Haah... Mr. Sweet talker a.k.a si kembar playboy. " sampuk Natasya sinis yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

" Alahai Sya macam la kau tak kenal aku. Aku bukan playboy. Aku ni gentlemen. Takkan aku nak layan perempuan perempuan tu macam Naufal layan diorang. Lagipun aku mana ada girlfriend kenapa boleh jadi playboy pulak. " jelas Nadzmi.

" Yela tu... Sya jom ah masuk kelas. Kelas dah nak start ni. Nanti kena marah pulak dengan prof tu. Kau pun dah siap makan kan. " ajak Naufal ingin melarikan diri daripada kembarnya.

" OK jap. " jawab Natasya. Tahu yang Naufal hanya mahu melarikan diri dari Nadzmi sahaja.

Natasya hanya menyimpan senyum setiap kali dia melihat si kembar ni bergaduh manja. Alangkah indahnya kalau keluarganya juga begitu.

Naufal dan Natasya berjalan beriringan ke arah bilik kuliah mereka. Naufal turut membantu Natasya memunggah barang barabgnya ke hulu ke hilir. Entah apa barang yang dibawa pun tak tahu. Lupa pula Naufal mahu bertanya kepada Natasya.

Sampai sahaja di depan pintu bilik kuliah mereka terus masuk. Mata mata pelajar yang ada di dalam kelas itu hanya memandang tajam ke arah mereka berdua. Naufal dan Natasya tidak menhiraukan langsung pandang sinis yang diberikan kepada mereka lalu mereka mengambil tempat duduk. Masih ada lagi sepuluh minit sebelum kelas bermula. Mereka hanya menghabiskan masa dengan menyemak kembali assingment yang perlu di hantar kepada prof hari ni.

************************************

Habis sahaja semua kelas harini Naufal dan Natasya pergi ke mall untuk berjalan. Naufal membawa Natasya ke sebuah kedai ais krim. Naufal ingin menceriakan gadis kesayangannya itu. Dia tahu Natasya sedang serabut dan sedih tetapi tetap mengukirkan senyuman agar Naufal tidak risau.

Setelah habis menjamu selera dengan memakan ais krim mereka berniat untuk meninggalkan mall tersebut.

" Sya aku nak gi tandas jap eh. Kau tunggu sini tau. " kata Naufal pamit untuk menuju ke tandas yang terdekat.

" Hmm... pergilah aku nak jalan jalan kat sekitar sini je. Pergi cepat balik cepat. " kata Natasya. Lalu berjalan jalan di sekitar kawasan tersebut sambil menunggu Naufal.

Dia melihat beberapa helai pakaian yang cantik. Sudah lama dia tidak mempunyai baju baru yang dibeli olehnya sendiri. Kalu ada pakaian baru pun itu hadiah dari Naufal ataupun Puan sri Afifah.

Sedang dia ralit melihat baju baju tersebut dia sergah oleh seseorang dengan kasar sambil bahunya di tarik dengan agak kuat ke belakang. Hampir sahaja dia terjatuh kau dia tidak pandai mengimbangi badannya.

" Ehh tak guna... kau dah masukkan duit yang aku suruh tu ke. " soal Sabrina dengan kurang ajar kepada Natasya.

Sekarang dia berada bersama kawan kawannya yang merupakan anak anak orang berada. Tapi Sabrina hanya perempuan pemalas dan bodoh yang sentiasa meminta wang dari kakak tirinya.

Sabrina menyuruh kawan kawannya berjalan dahulu ke arah kedai yang mereka ingin kunjungi itu. Dia ingin membuat perhitungan dengan si kakak tiri.

" Mana duit tu... cepat bagi kat aku... Kau bagi kat tangan jelah senang. Cepat sikit kawan kawan aku tengah tunggu tu. " kata Sabrina kurang ajar.

" Aku tak ada duit la. Kalau ada pun RM10 ke RM50 je ada sekarang ni. Tu pun duit untuk aku nak guna buat makan bulan ni. " jujur Natasya.

Hanya itu sahaja baki duit belanja makannya. Belum ditolak lagi apabila bapak meminta wang untuk berjudi. Mujur Naufal dan Nadzmi sangat baik kepadanya kerana mereka selalu membelanja Natasya dengan senang hati tanpa diminta.

" Hei... aku peduli apa kau nak makan guna. Kau pergi jela makan daun dengan rumput kat tepi jalan tu. Tu baru sesuai dengan perempuan macam kau ni. " Kata Sabrina sambil menunjal kepala Natasya dengan jarinya.

Natasya hanya mampu bersabar menahan diri dari bergaduh dangan Sabrina di tempat awam seperti ini.

" Eh kau dengar tak apa aku cakap. Aku nak duit cepat la. " sambung Sabrina masih tak berpuas hati sehingga dia mendapatkan apa yang diinginkan.

" Eiii... lembap la kau ni. Bak sini beg kau! " sergah Sabrina lalu merentap beg galas di bahu Natasya.

" Eh.. apa ni Sabrina. Aku cakap aku tak ada duitkan. Kau tak malu ke nanti orang tengok kita bergaduh ni. " kata Natasya masih nmcuba berkompromi.

" Ada aku kesah orang nak tengok... biar la. " tengking Sabrina.

Apabila Sabrina ingin menolak Natasya ke lantai secara tiba tiba bahu dia pula yang ditarik agak kuat dari arah belakang. Disebabkan tarikan yang kuat di bahunya serta dengan kasut tumit tinggi 6 inci yang dipakai olehnya. Dia langsung jatuh ke lantai seperti nangka busuk.

" Eiii... sial sapa yang berani nak tarik aku sampai jatuh aku jatuh. Manusia sial ni tak tahu ke aku sapa. " marah Sabrina sambil kembali berdiri

Apabila dia memalingkan wajahnya ke belakang untuk melihat siapa yang berani buat terjatuh. Sebaik kepala dipalingkan ke belakang terus wajahnya pucat seperti kehilangan darah.

" Apa kau dah buat kat dia hah? " soal Naufal dengan pandangan seperti mahu ditelan sahaja Sabrina.

Kelu lidah Sabrina untuk berkata kata di depan Naufal. Macam mana dia nak selamatkan dirinya sekarang ni. Keberaniannya yang tadi entah hilang ke mana sejak wajah garang itu dilihat. Tanpa membalas soalan Naufal. Sabrina terus lari meninggalkan mereka berdua lalu menuju ke tempat kawan kawannya.

" Kenapa aku tengok Sabrina macam takut je dengan kau. Dia dengan kau mana pernah jumpa. Tapi dia lari dari kau macam lari lepas nampak hantu. " soal Natasya hairan akan tingkah Sabrina sebentar tadi.

Naufal hanya menjungkitkan bahunya.
" Entah. Lantak dia la. Jom aku nak bawak kau pergi tempat special. " ajak Naufal sambil tersenyum penuh makna.

Dengan selambar dia merangkul bahu Natasya untuk pergi mall tersebut. Natasya hanya membiarkan tingkah Naufal. Baginya biasa apabila Naufal berbuat begitu kerana mereka kawan baik. Tapi hanya Naufal yang berbuat begitu tidak Nadzmi.

Sampai sahaja di kawasan parking mereka menuju ke arah kereta. Masuk sahaja ke dalam kereta tanpa berlengah Naufal terus memandu meninggalkan kawasan mall tersebut.

Terlalu banyak persoalan dalam kepala Naufal tapi dia tidak mahu mengambil pusing. Oleh itu, semua persoalan itu diabaikan.

Dia memandang ke keluar tingkat sambil memikirkan ke mana Naufal mahu membawanya pergi. Sudah puas ditanya tapi dia hanya menerima senyuman sinis daripada Naufal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience