BAB 13 : KEDATANGAN NENDA

Romance Series 104277

Seminggu kemudian,

Sedar tidak sedar sudah genap seminggu Natasya tinggal di rumah ini. Layanan keluarga Naufal sangat baik. Terutama Puan sri Afifah yang telah melayan Natasya seperti anaknya sendiri. Tapi Natasya masih segan untuk membahasakan wanita awal 40 an itu dengan panggilan ' Mama '. Dia berasa seperti tidak layak untuk mendapat perhatian seperti itu kerana dia hanya anak bekas orang gaji di villa ini sahaja. Dia di sini hanya menumpang ihsan keluarga Tan sri Nazim.

" Tasya termenung apa tu. Ada masalah ke. Kalau ada bagitahu je mama. Biar mama tolong Tasya. " tersentak Natasya apabila Puan sri Afifah menepuk bahunya.

Entah bila masa wanita itu sudah berada di sini. Di sebabkan terlalu jauh termenung dia langsung tidak perasan. Dia sekarang berada di taman villa tersebut. Suasana yang nyaman telah membuat Natasya berasa sangat tenang.

" Tak ada apa la aunty. Sya cuma rasa nyaman je duduk kat taman ni. Rasa tenang je. " Natasya berkata sambil tubuh di pusingkan ke arah Ouan sri Afifah.

Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

" Ni aunty cari Sya kenapa? " soal Natasya hairan.

" Jom tolong mama sediakan lunch. Ada someone special nak datang. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum penuh makna.

" Someone special. Who? " soal Natasya ingin tahu.

" Secret and surprise to you all. " kata Puan sri Afifah masih tersenyum.

" Dah la jom ke dapur tolong mama. " Puan sri Afifah terus menarik tangan Natasya ke dapur villa tersebut.

Sampai sahaja di dapur semua bahan masakan sudah siap disediakan oleh pembantu rumah.

" Naufal dengan Nadzmi mana aunty? " tanya Natasya akan keberadaan si kembar itu. Selepas sarapan langsung tak nampak batang hidung. Nak kata keluar motor dengan kereta masing masing elok je diparking di garaj.

" Oh... diorang ada je tengah main PS5 dalam bilik Naufal tu. Diorang tu kalau main game memang tak ingat apa dah tu. Selagi tak bergaduh tak tahu la bila akan berhenti. " kata Puan sri Afifah yang sedang memakai apron.

" Ooo... Ni aunty nak masak apa ni? " soal Natasya kembali sambil mengikat tali apron di pinggangnya.

" Mama ingat nak masak asam pedas ikan pari, favourite papa. Sotong sumbat, favourite Nadzmi. Siakap steam limau, favourite Naufal. Daging blackpaper, favourite Tasya. And lastly Kangkung goreng belacan dengan sayur campur. " cadang Puan sri Afifah akan menu yang telah dirancang olehnya.

" Ayam goreng berempah, favourite aunty. " tanya Natasya.

" Eh... mana Tasya tahu mama makanan favourite mama ni. " Puan sri Afifah seperti tidak percaya yang Natasya tahu makanan kegemarannya.

" Sya tahu la aunty. " kata Natasya.

" Kalau macam tu mama nak Tasya yang buatkan ayam goreng berempah untuk mama boleh. " minta Puan sri Afifah.

Natasya mengangguk. Dia sebenarnya tak kisah pun. Ayam goreng berempah itu mudah sahaja baginya.

Kedua orang itu tersenyum tapi tidak bertahan lama apabila kedengaran suara Nadzmi dan Naufal seperti sedang berkelahi di luar dapur. Belum sempat mereka keluar untuk melihat. Nadzmi berlari masuk ke dapur basah dan menyorok di belakang mamanya. Selang sesaat muncul pula Naufal. Natasya cepat menghalang langkah Naufal dari mendekati Nadzmi. Tak pasal pasal si kembar ni bergusti kat dapur ni.

" Eh... apasal kamu berdua ni. Asyik bergaduh je. Tadi elok je main PS5 kat atas. Ni boleh bergaduh ni kenapa. " naik seoktah suara Puan sri Afifah bertanya pada kedua anaknya.

" Naufal ni mama. Dia tak boleh terima kalah lawan games dengan Nadz. Bila Nadz nak tukar games dia marah. " adu Nadzmi sambil melentokkan kepala di bahu mamanya.

Naufal yang melihat sudah mengelegak satu badan. Nasib ada Natasya yang sedang menggosok lebut lengannya untuk memujuk.

' Nasib ada mama dengan Sya kalau tak. Kau tunggu nanti aku akan balas. Suka hati kau je lentokkan kepala kau tu kat mama ye. ' bisik hati Naufal.

" Dah jangan nak bergaduh. Baik kamu berdua tolong mama dengan Tasya ni. Hari ni kita ada tetamu istimewa. " Puan sri Afifah menghentikan perkelahian si kembar kesayangannya itu.

Nadzmi berura ura ingin melarikan diri. Tapi sempat di pintas oleh mamanya. Naufal pula hanya menurut. Dia tak kisah membantu wanita dan gadis kesayangannya itu.

" Kamu jangan nak lari Nadz. Nak tak nak kamu berdua kena tolong kami kat dapur harini. Sebagai denda. Pergi ambik apron dalam laci tu. " tangan Puan sri Afifah menunjuk ke arah laci di sebelah peti sejuk.

Nadzmi dan Naufal hanya akur. Nereka berjalan ke arah laci yang ditunjukkan oleh mama mereka itu. Dua helai apron diambil. Mereka saling membantu memakai apron tersebut. Mula mula Nadzmi tolong ikatkan tali apron Naufal. Kemudian Naufal mengulangi perkara yang sama kepada Nadzmi. Walaupun baru lepas bergaduh diorang tetap saling menolong antara satu sama lain.

Mereka semua memulakan kerja masing masing. Nadzmi dan Naufal sedang memotong semua bahan di atas meja. Natasya pula sedang memerap ayam dan lauk lain yang akan di masak nanti. Puan sri Afifah pula sedang menyediakan pencuci mulut iaitu puding karemel.

" Mama berapa ramai tetamu kita ni. Banyak sangat lauk ni. Masak sikit sikit tak boleh ke? " Nadzmi sedang merunguk di meja sambil tangan memotong bawang.

" Adalah. Mana boleh bagitahu. Tak surprise la nanti. Dah jangan banyak cakap buat kerja tu. Lepas siao semua ni kamu bertiga boleh naik atas mandi pastu baju. " kata Puan sri Afifah

Nadzmi sudah muncungkan bibir. Naufal dan Natasya hanya menggeleng menyaksikan perangai mengada ngada Nadzmi.

*********************************

Semua makanan yang dimasak tadi sudah siap dihidangkan di atas meja. Pinggan, mangkuk seta gelas juga sudah tersusun di atas meja itu.

Sekarang mereka berempat sedang menanti kepulangan Tan sri Nazim dan kedatangan tetamu istimewa yang dikatakan oleh mama mereka itu. Puan sri Afifah yang dari tadi asyik tersenyum hanya di pandang oleh si kembar dan Natasya.

Natasya, Naufal dan Nadzmi sudah puas bertanya siapakah tetamu istimewa itu. Kata mama tatamu itu akan pulang bersama papa mereka. Naufal sebolehnya tak mahu terlibat dengan makan tengah hari kali ini kerana dia tidak suka berada di orang ramai atau ada tetamu. Berlainan dengan si Nadzmi tu peramah bukan main lagi dan dia suka jika ada tetamu yang datang. Natasya yang duduk di sebelah Naufal di sofa berangkai dua itu hanya diam tidak terkutik. Dia berdebar sebenarnya. Dia bukannya ahli keluarga ini sehingga dia perlu terlibat dalam melayan tetamu istimewa keluarga ini.

Terdengar bunyi enjin kereta Toyota Alphard milik Tan sri Nazim seperti berhenti di depan pintu utama rumah.

Mereka berempat berjalan ke arah pintu untuk menyambut kepulangan Tan sri Nazim dan kedatangan tetamu istimewa mereka itu.

" Assalamualaikum " salam di berikan oleh Tan sri Nazim.

" Waalaikumussalam " jawab mereka berempat serentak.

" Mana pa tetamu istimewa kita tu. Mama kata dia balik dengan papa. " kata Nadzmi sambil menjengah jengahkan kepalanya ke arah belakang papanya.

" Tu ada kat luar. Kamu bertiga pergilah jemput dia masuk. " kata Tan sri Nazim sambil tersenyum sinis.

Nadzmi, Naufal dan Natasya berjalan ke arah pintu utama. Apabila kepala di jengahkan ke luar pintu utama itu mereka bertiga terkedu.

Nadzmi dan Naufal terus berlari ke dalam pelukan seorang wanita tua dalam lingkungan awal 60 an tetapi masih kekal anggun. Natasya kenal sangat siapa yang memeluk Nadzmi dan Naufal sekarang.

" Apa khabar cucu cucu kesayangan nenda ni sihat tak. Ke ada bergaduh sama sendiri. " kata wanita tua itu.

" Nenda kenapa datang tak bagi tahu dulu kat Fal. Ni nenda datang apa dari kampung sampai KL. " kata Naufal pwnuh prihatin.

" Nenda datang dengan flight. Pastu suruh papa kamu jemput je nenda kat airport. " terang wanita tua itu.

Natasya yansmg masih lagi berdiri di depan pintu utama itu masih melihat si kembar dipeluk oleh wanita tua itu. Dia kenal wanita tua itu.

Datin Faridah. Nenek kepada Naufal dan Nadzmi. Mak kepada Tan sri Nazim.

Dulu ketika arwah mak Natasya masih bekerja di villa ini Natasya selalu dapat menemui wanita veteran. Dia juga turut memanggil wanita itu dengan panggilan ' nenda ' .

Datin Faridah perasan ada susuk tubuh seorang gadis sedang berdiri pintu utama seperti tiang lampu.

" Nadzmi. Naufal. Siapa tu kat pintu. Kekasih kamu berdua ke. " tanya Datin Faridah yang tidak cam akan Natasya.

" Laa... takkan mak dah tak ingat. Ni kan Natasya anak Syida. " Puan sri Afifah yang tiba tiba muncul terus merangkul bahu Natasya.

" Ya Allah. Tasya. Lamanya Nenda tak jumpa kamu. Dah besar dah. Cantik pulak tu. Mari sini peluk nenda. " kata Datin Faridah sedikit terkejut. Terus dilepaskan pelukan si kembar lalu tangan didepakan untuk menggamit Natasya ke dalam pelukannya.

Natasya berjalan ke arah Datin Faridah lalu memeluk wanita itu. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan wanita ini. Sudah 9 tahun mereka tidak berjumpa.

Semua yang ada di situ mula tersenyum melihat Natasya gembira.

" Dah dah la tu nak main peluk peluk. Nadz dah lapar dah ni. Jom makan nenda. Nadz yang masak mesti sedap. " Nadzmi berkata bangga sambil kening dijungkitkan ke atas.

" Betul ke kamu masak. Nenda tak percayalah. " pelukan antara dia dengan Natasya dilepaskan.

" Betul la. Nadz dengan Fal yang tolong mama dan Sya masak. Kan mama. " kata Nadzmi.

" Yelah nenda percaya. Jom makan nenda dah lapar. Nak jugak rasa air tangan cucu cucu kesayangan nenda ni. " mata Datin Faridah melirik ke arah Nadzmi dan Naufal kemudian ke arah Natasya.

Mereka masuk ke dalam rumah bersama sama menuju ke ruang makan. Makan tengah hari kali ini sangat meriah dengan adanya Datin Faridah yang sememangnya suka berbual. Memang Nadzmi menurun perangai neneknya itu yang sang peramah.

********************************

Waktu malam menjelma. Sekarang hanya tinggal Tan Sri Nazim, Puan sri Afifah dan Datin Faridah sahaja di rumah. Nadzmi, Naufal dan Natasya telah pergi ke kafe.

" Afifah mana Syida. Mak tak nampakpun dia dari siang tadi. Mak cari dia kat dapur pun tak ada. Dia dah kerja kat sini balik ke. Sebab hari tu kamu cakap yang dah berhenti kerja. Rindu pulak mak kat dia. Dah lama rasanya mak tak berbual dengan dia. " tanya Datin Faridah kepada menantunya.

Kedua pasangan suami isteri itu terkedu. Nampaknya Datin Faridah tidak tahu yang arwah Syida sudah lama tiada.

" Syida dah tak ada mak. Dah 7 tahun dia meninggal. " kata Tan sri Nazim perlahan.

" Inna lillahi wa inna ilayhi ra'jiun. Kenapa tak bagitahu mak. " Datin Faridah mula beristighfar.

Melihat anak dan menantunya hanya diam dia pun malas memanjangkan cerita.

" Habis tu Tasya macam mana? Kamu berdua ke yang jaga dia? Kalau arwah Syida dah 7 tahun tak ada selama ni Tasya tinggal dengan siapa? kat mana? " bertubi tubi soalan yang dilemparkan oleh Datin Faridah kepada anak dan menantunya itu.

" Panjang ceritanya mak. " Tan Sri Nazim merengus kesal.

" Cuba cerita kat mak apa yang jadi sebenarnya ni. " suara Datin Faridah mula kendur.

Pasangan suami isteri itu melepaskan keluh. Mereka menceritakan tentang perihal Natasya kepada Datin Faridah. Daripada arwah Syida kemalangan hingga ke malam mereka menyelamatkan Natasya dari dijual oleh bapaknya sendiri. Semua diceritakan kepada Datin Faridah.

Kali ni kita kasi panjang sikit kat korang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience