Habis sahaja semua kelas mereka untuk hari ini. Naufal dan Natasya mula berura ura untuk pulang ke rumah.
Naufal tahu Natasya dengan pandangan sinis semua pelajar kolej mereka itu. Naufal tahu Natasya masih terkejut dengan semua yang berlaku.
" Sayang I'm sorry OK. " kata Naufal sebaik sahaja mereka selesai mengemaskan barang ke dalam beg. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam dewan kuliah itu.
" Ermmm... " gumam Natasya tak bermaya.
" I'm really sorry Sayang. Please forgive me baby. I just want to protect you. Hubby tak boleh terima bila ada orang yang mempermainkan maruah isteri hubby. No one can hurt what mine. " kata Naufal sambil merenung ke dalam mata Natasya.
" OK. Thank you. But I need to say sorry too. This is not your false. Lagipun hubby buat benda yang betul. " kata Natasya turut merenung ke dalam mata jejaka tampan itu.
Naufal mula memusingkan tubuh Natasya menghadap ke arahnya. Tangan Naufal masih kekal di bahu Natasya sambil mengelus lembut bahu itu.
" Thank sayang. So from now on we no need to hide our relationship anymore. Semua dah tahu kita ni husband and wife. Jadi mulai sekarang dah tak ada sapa yang boleh kacau sayang lagi. Kalau tak orang tu memang tempah liang lahad dengan hubby. " kata Naufal lagi.
" Dah la jom gerak. " ajak Natasya.
ni
Naufal mula tersenyum sumbing. Lalu dia memautkan jarinya dengan jari jemari halus cik isteri. Mereka berjalan keluar dari dewan kuliah itu. Mata mata yang memandang hanya diharaukan.
Sedang mereka berjalan di lobby kolej itu. Tiba tiba datang salah seorang daripada kawan Nadzmi ke arah mereka dengan berlari tergopoh-gapah.
" Naufal. " panggil lelaki itu.
" Haaa... nak apa. " tanya Naufal dingin.
Lelaki itu tidak terus membalas kerana dia sedang terbongkok-bongkok melepaskan mengah dengan nafas yang sudah tersangkut sangkut.
" Nadzmi... Naufal... Nadzmi... " kata lelaki itu cemas.
"Kenapa dengan Nadz? Kau cakap elok elok boleh tak. " bebel Naufal.
" Naufal kau kena pergi tolong Nadzmi Naufal. " kata lelaki itu cemas.
Naufal sudah berkerut dahi. Bukan Nadzmi ada di villa ke. Dia mana ada kelas hari ni buat apa nak datang kolej.
" Tolong apa pulak kau ni. Cakap straight to the point jelah. " Naufal sudah berang.
Natasya di sebelah mula mengosok lembut lengan sasa Naufal. Cuba untuk menenangkan si suami. Dia juga ingin apa masalah sekarang ni.
" Naufal kau kena pergi tolong Nadzmi cepat. Dia tengah kena pukul kat kantin sekarang ni. Baik kau cepat tolong Nadzmi tu Naufal. Dia sorang kena belasah dengan 10 ke 12 orang. " beritahu lelaki itu.
" What ?! " jerit Naufal dan Natasya serentak.Dan suara yang paling kuat ialah suara Naufal sudah pasti.
Tanpa membuang masa Naufal dan Natasya terus berlari ke arah kantin kolej itu sambil diikuti oleh lelaki tadi.
Sampai sahaja ke kantin. Mata Naufal sudah terhala ke arah sekelompok manusia yang sedang menghurungi sesuatu di tengah-tengah kantin itu. Naufal dan Natasya terus meluru ke arah itu.
Apabila mereka berjaya meloloskan diri memasuki kelompok tersebut. Mata Naufal dan Natasya mula terbeliak luas. Muka Naufal sudah bertukar merah. Natasya pula suda mula berasa cuak. Melihat air muka Naufal. Natasya sudah tahu yang Naufal akan mengamuk bila bila masa saja.
" Sayang pegang ni kejap " kata Naufal sambil menyerahkan beg sandangnya kepada Natasya. Lalu dia menghampiri sekumpulan pelajar yang sedang sedang memukul dengan Nadzmi itu.
" Woi !!! korang ingat kembar aku tu apa? Kalau nak lawan sangat... Meh !!! sini lawan dengan aku. Apa ramai lawan sorang. " kata Naufal kasar lalu melayankan penumbuk kepada salah seorang daripada mereka.
Keadaan di kantin ketika itu mula kecoh apabila Naufal rakus memukul kesemua pelajar yang sudah memukul Nadzmi itu. Nadzmi yang sudah tercedera juga turut bangun kembali untuk membalas balik segala pukulan yang sudah diterimanya tadi.
" Naufal. Nadz. Please stop. " Natasya sudah terjerit jerit ingin menghentikan pergaduhan itu. Ketika dia cuba menghampiri mereka. Tiba tiba sahaja kedua lengannya sudah dipegang dan ditahan oleh sekumpulan pelajar perempuan. Siapa lagi kalau bukan Elisa and the gang.
" Eh... korang ni apasal. Lepaskan aku lah. " jerit Natasya sambil meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada mereka yang sedang menahannya daripada menghampiri si kembar.
Namun jeritan dan rontaan Natasya itu hanya menerima ketawa sinis sahaja daripada Elisa dan kawan kawannya. Pelajar lain yang menjadi penonton hanya diam memerhati dan tidak berani untuk masuk campur.
" Padan muka kau Natasya. Lepas ni giliran kau pulak. " bisik Elisa keras ke telinga Natasya.
" Apa kau nak sebenarnya ni Elisa ? " tanya Natasya sambil menahan geram dan amarah yang sedang terbuku di dada.
" Aku nak berambus daripada hidup aku dan Naufal. Buah hati aku. " kata Elisa sinis.
" Apa kau cakap ni. Dia suami aku lah. " kata Natasya berang sambil masih mencuba untuk melepaskan diri dari cengkaman kawan kawan Elisa itu.
" Ada aku kesah. Kau tu sedar diri sikit perempuan. Kau tu anak orang miskin. Tak layak nak jadi isteri Naufal. Dasar perempuan perasaan tak tahu malu. " cemuh Elisa kepada Natasya.
" Kawan baik konon? Padahal kau sengaja nak rapatkan diri kau dengan Naufal kan? Pastu kau nak kikis duit dia kan? Kau goda dia? Perangkap dia untuk dia jadikan kau ni isteri dia. " tuduh Elisa lagi sambil menayangkan senyum jengkel kepada Natasya.
" Dasar perempuan keji. Murah. Pela... "
PANG !!!
Tak dan habis Elisa menghabiskan ayatnya. Pipinya sudah menerima tamparan daripada Naufal yang entah daripada mana muncul. Sekejapan kawan kawan Elisa yang sedang memegang Natasya terus melepaskan Natasya. Lalu Natasya berlari ke dalam pelukan Naufal.
" Kau yang murah lah perempuan. Dasar tak malu. Terhegeh-hegehkan lelaki yang terang terangan benci kat kau. Siapa yang murah sekarang ni hah?! " tengking Naufal kepada Elisa.
Elisa mendang ke belakang tubuh Naufal. Kelihatan semua lelaki yang dipukul oleh Naufal dan Nadzmi itu sudah tewas dikerjakan oleh pasangan kembar itu.
" Dah. Dah la tu Fal. Buang masa je kau layan perempuan macam ni. " kata Nadzmi yang sudah berdiri di sisi Naufal. Cuba menahan daripada Naufal mencederakan Elisa.
" Perempuan ni memang nak kena ajar sikit. Biar dia insaf lepas ni. " tengking Naufal lagi. Sekali lagi dia cuba menampar Elisa tapi sempat di halang oleh Nadzmi dan Natasya.
" Kau jangan nak jadi lelaki dayus dengan pukul perempuan tak ada maruh macam dia. Membazirkan masa je. " pujuk Nadzmi lagi smabil menjauhkan Naufal daripada Elisa dengan bantuan Natasya.
" Perempuan ni dah lebih la. " balas Naufal berang.
" Ni bukan salah dia lah bro. Ni salah diorang tu. " terang Nadzmi sambil menunjuk ke arah pelajar pelajar lelaki yang sudah dipukul oleh mereka sehingga lunyai itu.
" Apa maksud kau? " tanya Naufal kasar. Sangkanya Elisa pencetus segala masalah yang berlaku.
" Masa aku nak pergi cari korang tadi. Aku terdengar diorang tu mengutuk dan fitnah Natasya dan kau. Mana aku tak angin. Tu aku baling tin air kat diorang. Pastu start la pergaduhan tadi sampailah kau muncul. " terang Nadzmi bersungguh-sungguh.
Naufal mendengus kesal. Ingatkan Elisa yang bersekongkol dengan lelaki lelaki itu untuk memukul mereka. Tapi Elisa hanya menangguk di air yang keruh.
Tiba tiba semua pelajar yang menjadi pemerhati tadi mula berlari lari ke meja makan masing-masing dan ada juga yang keluar daripada kantin tersebut.
Rupanya Tan sri Nazim dan beberapa orang pensyarah sudah melangkah masuk ke dalam kantin itu. Nampaknya pergaduhan dan kekecohan yang berlaku di kantin itu sudah diketahui oleh pihak atasan kolej swasta tersebut.
" All of you. Office. Now. " hanya itu yang dikatakan Tan sri Nazim sebelum dia berlalu bersama dengan para pensyarah.
Ketiga orang itu bersama dengan Elisa dan pelajar pelajar yang memukul mereka tadi. Mula melangkah ke arah pejabat urusan kolej itu. Wajah masing masing sudah cuak dengan apa hukuman yang akan diterima oleh mereka.
Sorry lama tak update.
Share this novel