4 bulan kemudian,
Pejam celik pejam celik. Akhirnya tibalah majlis persandingan Naufal dan Natasya setelah mereka selesai menjalani ujian akhir mereka. Kini mereka hanya menunggu hari konvokesyen mereka sahaja.
*****************************************
N.A. PARADISE HOTELS & RESORTS
Naufal dan Natasya sedang bersiap di dalam sebuah bilik yang dikhaskan untuk mereka bersiap. Nadzmi juga turut ada di dalam bilik bagi membantu Naufal merapikan dirinya. Sementara Natasya pula sedang dirias oleh Suzanne, jurusolek yang telah diupah untuk menyiapkan Natasya.
Ketika masing-masing sedang sibuk. Loceng pintu tiba-tiba berbunyi.
" Biar aku pergi tengok siapa tu. " tawar Nadzmi lalu dia melangkah ke arah pintu dan membuka sedikit pintu itu. Terlihat salah seorang pekerja lelaki hotel itu sedang berdiri di hadapan pintu.
" Maafkan saya tuan. Tan sri minta saya beritahu kepada pengantin yang majlis akan bermula lagi 25 minit. Jadi Tan sri kalau boleh nak pengantin turun ke bawah sekarang. " beritahu pekerja lelaki sederhana tinggi itu.
" Hmm... baiklah. Kejap lagi pengantin turun. " jawab Nadzmi mudah.
Lalu dia menutup kembali pintu dan menghampiri kembarnya yang sedang berdiri di hadapan cermin besar bilik itu.
" Siapa? " tanya Naufal tanpa membalikkan tubuhnya ke arah Nadzmi di belakangnya.
" Papa suruh turun. Majlis lagi 25 minit nak start. " jawab Nadzmi sambil melihat biasan imej kembarnya melalui cermin besar di hadapan Naufal itu.
" Baiklah. Jom. " kata Naufal sambil membetulkan lagi tuxedo hitam di tubuhnya.
" Dah. Dah la tu. Dari tadi lagi aku tengok kau asyik dok betulkan tuxedo kau tu. Dah OK dah tu. Kau dah handsome dah macam aku. Ehh... silap. Aku lagi handsome daripada kau. Kau ni biasa-biasa je." bidas Nadzmi sehingga membuatkan Naufal yang sedang membetulkan tuxedo berjalan menghampiri Nadzmi.
" Kau nasib baik je sebab hari majlis resepsi aku. Kalau tak memang aku akan pastikan yang muka kau tu herot sebelah. " gumam Naufal sambil menghalakan jari telunjuk ke wajah Nadzmi.
" Wooh...wooh... bro relaxlah. Aku gurau je. " balas Nadzmi selamber.
Naufal hanya membalas dengan jelingan tajam.
" Cubalah kau maniskan muka kau tu. Senyum sikit. Asyik tayang muka ketat je. Ni majlis persandingan kau dengan Tasya tau. Takkan kau nak gambar kau atas pelamin tu nampak macam kena kahwin paksa aje. Kesian kat Natasya tu dapat suami beku macam kau ni. " Nadzmi tanpa perasaan bersalah memberikan komen dan sindiran kepada Naufal. Tanpa disedari yang wajah adik kembarnya itu sudah bertukar merah.
" Kau ni jangan nak rosakkan mood aku boleh tak? " kata Naufal dengan rahang yang mula berlaga sesama sendiri kerana menahan geram.
" OK. Sorry. " pujuk Nadzmi mudah.
" Aku sebenarnya tengah menutup kesedihan aku ni aje. " sambung Nadzmi tanpa menatap wajah Naufal.
" Kenapa pulak kau nak sedih. Bukan kau selalu hidup dalam kegembiraan ke? " tanya Naufal tapi tetap terselit sindiran disitu.
" Sebenarnya aku ada whatapps kat Dian. Jemput dia datang majlis kau ni. " beritahu Nadzmi.
" Bukan hari tu kau cakap yang dia mungkin dah tak guna nombor phone tu ke. " tanya Naufal sekadar inginkan kepastian. Walaupun dia yakin yang Dian sudah tidak menggunakan nombor phone itu lagi. Kerana sebelum ini hampir setiap hari Natasya dan Nadzmi akan cuba menghubungi dan menghantar mesej kepada Dian.
" Yup. Aku tahu tu. Tapi tak salah berharapkan. Walaupun harapan mungkin terlalu tipis. " jawab Nadzmi dengan nada sayu.
" Dah la jangan nak emotional sangat. Kau tu pengapit aku. Tadi pandai nasihatkan aku suruh senyum. " pujuk Naufal walaupun agak kasar. Tapi dia tetap tidak mahu melihat Nadzmi muram sebegini. Terutama di hari persandingannya.
" Yelah. Aku senyum ni. " kata Nadzmi sambil menunjukkan senyumannya yang menampakkan giginya yang tersusun elok.
" Dah kau panggil bini kau tu. Dah lambat ni. " sambung Nadzmi lagi.
" Tahulah. Sayang dah siap ke belum. Kita dah nak turun ni. " laung Naufal bagi memanggil Natasya yang sedang dirias oleh Suzanne.
Tak lama kemudian Natasya pun muncul dihadapan Naufal.
" Dah. Jom turun. " ajak Natasya.
Naufal hanya diam dan tidak membalas. Perhatiannya sekarang ini hanya tertumpu kepada kepada penampilan isterinya.
Natasya mengenakan sepasang gaun perkahwinan berwarna rose gold dan dilapisi labuci dan manik yang berkilauan. Gaun itu telah ditempah khas bagi majlis persandingan mereka. Rambut Natasya pula digayakan dengan gaya half up half down bridal hairstyles. Diserikan lagi dengan solekan barbie look yang menyerlahkan lagi kejelitaan Natasya.
" Hubby. Cepatlah. Kata majlis dah nak mulakan. " tambah Natasya apabila dia melihat yang suaminya itu asyik merenung dirinya sahaja.
" You're so beautiful today sayang. You look like a princess. " puji Naufal sambil meraih dan mencium tangan isterinya. Langsung dia tidak menghiraukan pandangan daripada Nadzmi dan Suzanne.
" Owh...thank you. But you're look handsome too. My prince charming. " balas Natasya sambil menahan segan.
" Kalau rasa nak saling memuji tunggu malam nanti lah ye. Sekarang ni semua tetamu tu tengah menunggu. " potong Nadzmi tiba-tiba bagi menghentikan adegan romantik pasangan itu. Sudahlah hatinya sedang berduka. Kini disajikan pula dengan adegan romantis seperti itu.
" Sibuk jelah kau. Dah sayang jom turun. " terus menarik lembut tangan Natasya keluar dari suite itu dan menuju ke arah lif untuk menuju ke dewan tempat majlis mereka akan berlangsung.
*****************************************
Di Dewan Majlis,
Naufal dan Natasya sekarang sedang berdiri di hadapan pintu masuk utama dewan itu. Sambil itu Suzanne sedang memperbetulkan veil Natasya yang panjang meleret itu.
" Are you ready sayang. " tanya Naufal.
" Yes. I'm ready. " balas Natasya.
Naufal menghulurkan lengannya untuk dipeluk oleh Natasya. Tanpa membuang masa Natasya terus memeluk lengan sasa suaminya itu.
Tak lama kemudian pintu dewan itu terbuka dan kedengaran suara pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin.
Naufal dan Natasya melangkah masuk ke dalam dewan itu sambil diiringi dengan muzik gesekan biola. Mereka terus berjalan mengikuti karpet merah yang berada di lantai dewan itu sehingga mereka tiba di atas pentas dimana terletaknya pelamin mereka.
******************************
Naufal dan Natasya sekarang sedang duduk di atas pelamin yang dihias sesuai dengan tema perkahwinan mereka. Mereka sekarang sedang disaksikan oleh tetamu tetamu yang hadir. Ada VIP, rakan rakan Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah , saudara-mara dan tidak lupa kawan-kawan mereka.
Naufal tidak lepas daripada merenung isterinya yang dari tadi asyik melilaukan pandangan ke dekorasi di sekeliling dewan itu.
" Thank you so much hubby. " ucap Natasya tiba-tiba.
Terus membuatkan Naufal tersentak.
" Thank you for what? " tanya Naufal sekadar ingin memanjangkan topik perbualan mereka.
" For this wedding and for everything. " kata Natasya penuh ikhlas.
Naufak hanya diam. Dia mahu mendengar apa lagi yang akan dituturkan oleh si isteri.
" Thank you sebab terima sayang. Thank you sebab sudi bahagiakan sayang. Thank you sebab sudi penuhi impian sayang. " ucap Natasya sambil mata tidak lepas dari membalas renungan Naufal itu.
" Bukan impian sayang. Tapi impian kita. " balas Naufal sambil tangannya mengelus lembut pipi Natasya.
" Thank you so much. " ulang Natasya lagi. Hampir sahaja dia menitiskan air mata. Namun ditahan sambil dia menganggukkan kepalanya.
" Takkan ' thank ' aje? " kata Naufal sambil tersenyum nakal.
" Habis tu hubby nak apa? " tanya Natasya polos.
Naufal tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menhulurkan pipinya ke arah Natasya.
Natasya yang faham akan permintaan Naufal itu terus memberikan satu ciuman singkat di pipi Naufal.
KLIK...KLIK...
Terus Naufal dan Natasya berpaling serentak ke arah gerangan yang menangkap gambar mereka dari jarak dekat secara tiba-tiba itu.
Dan orang yang menangkap gambar curi itu bukanlah jurugambar yang diupah. Melainkan Nadzmi.
" Amboi...amboi. Kemain sweet korang dua ni. Simpan sikit adegan bersemut korang tu buat privacy. Bukannya buat tayangan percuma dekat atas pelamin sendiri. " sindir Nadzmi sambil menghampiri ke arah mereka berdua di atas pelamin.
" Suka hati kitorang lah. Aku dengan isteri aku ni dah halal. Tak ada siapa boleh nak halang aku nak buat apa pun kat dia. " kata Naufal dengan suara yang ditekankan.
" Tahulah dah halal. Tapi sedar sikit kat mana korang barada sekarang. " sindir Nadzmi lagi.
Naufal malas mahu membalas sindiran Nadzmi itu.
" Dah... dah la tu Nadz. Kau janganlah rosakkan mood laki aku ni. Nanti dia bad mood. Rosak pulak moment ni. " sampuk Natasya sambil memeluk lengan Naufal.
" Alahh... tak payah aku rosakkan mood dia. Memang dia asyik bad mood je. Muka ketat 24 jam. Nasib la bakal anak angkat aku tu nanti dapat bapak muka ketat macam Hitler. " kata Nadzmi tak berlapis.
" Kau ni kan memang meminta betullah... " deram Naufal dengan suara yang bergetar dan gigi yang mula berlaga laga.
Naufal hampir sahaja melayangkan penumbuk ke muka Nadzmi. Namun sempat dihalang oleh Natasya.
" Hubby... janganlah bukak gelanggang boxing pulak kat sini. Malu kat orang nanti. Kita tak payah layanlah apa si Nadz tu cakap. Buat tak dengar aje. " pujuk Natasya tangannya memeluk lengan Naufal dan sebelah lagi tangannya mengusap-usap lembut dada Naufal bagi meredakan kemarahan si suami.
" Kau ni nasib je Sya tolong pujuk aku. Pastu aku tak nak rosakkan majlis aku. Kalau kat rumah. Memang aku akan buat telantar atas katil 3 hari. " kata Naufal dengan menayangkan wajah ketat kepada Nadzmi.
" Haihh... tak habis-habis bergaduh. Kita bukan kat rumah tau. " sampuk Puan sri Afifah yang sedang menghampiri mereka bertiga.
Puan sri Afifah dan Tan sri Nazim menghampiri mereka sambil bergandingan tangan.
" Apa pulak masalah berdua kali ni. " tanya Tan sri Nazim tenang.
" Naufal ni pa. " adu Nadzmi.
" Apa pulak aku. Kau tu yang buat aku marah dulu. Sibuk datang menyampuk kat orang. " balas Nadzmi sambil menahan sabar.
" Mana ada. Nadz cuma nasihatkan Fal ni. Jangan asyik buat muka ketat je. Nasiblah bakal anak dia nanti dapat ayah muka ketat je memanjang. " jawab Nadzmi tanpa perasaan bersalah.
" Aduhh... mama... sakit .... ma... " tempik Nadzmi dengan suara terkawal. Tiba-tiba sahaja telinganya dipiat oleh mamanya.
" Rasakan. Apa kamu cakap kat adik kamu macam tu. Ingat mama dengan papa ni tak kenal ke perangai kamu berdua tu macam mana. Naufal takkan jadi macam tu kalau tak ada orang yang kacau dia. " bebel Puan sri Afifah masih tidak melepaskan piatan di telinga Nadzmi.
" Okey... ma... sorry... sorry. " rayu Nadzmi dengan wajah yang sudah berubah merah.
" Bukan sorry dekat mama tapi dekat Naufal dengan Natasya. " bebel Puan sri Afifah lagi lalu melepaskan piatan di telinga Nadzmi itu.
" Okey... sorry Fal. Sya. " kata Nadzmi sambil menunduk dan menggosok-gosok telinganya.
Tan sri Nazim hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum senget. Biarlah isterinya sahaja yang bebelkan anak kembar mereka itu.
" Menantu kesayangan mama ni macam mana. Puas hati tak? " tanya Puan sri Afifah.
" Puas hati sangat mama. Lebih daripada apa yang Sya bayangkan. Terima kasih sangat-sangat mama sebab banyak tolong. Sorry sebab banyak susahkan mama. " kata Natasya sambil menggapai tangan mertuanya.
" Sama-sama. Baguslah kalau Tasya puas hati. Tak susahkan mama pun sayang. Memang tanggungjawab mama untuk tolong anak dan menantu mama buat semua persiapan ni. " balas Puan sri Afifah.
Natasya melepaskan pelukan tangannya dilengan Naufal. Lalu memeluk Puan sri Afifah. Tan sri Nazim pula memeluk Naufal.
" Tan sri. Puan sri. Dah bersedia nak bergambar dengan pengantin. " sampuk jurugambar yang diupah untuk mengabadikan segala moment mereka hari itu.
Selesa sesi bergambar dengan keluarga. Kini hanya tinggal Naufal dan Natasya sahaja di atas pelamin itu.
" Impian kita yang pertama dah tertunai. Sekarang kita cuba capai impian kita yang seterusnya pula. " kata Naufal sambil mengusap lembut tangan Natasya.
" Impian seterusnya? "tanya Natasya tak faham.
" Yup. Impian kita untuk dapat Naufal & Natasya junior. " jawab Naufal sambil tersenyum manis.
Natasya tidak membalas sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya.
' Mampu ke aku tunaikan impian kami tu. Dah hampir setahun kami kahwin. Tapi aku masih lagi tak mengandung. " bisik hati Natasya.
Mampukah dia. Hampir setahun tempoh perkahwinannya tapi tetap tidak mempunyai tanda-tanda yang dia mengandung. Nak kata tak usaha hampir setiap hari dah usaha tak berhenti. Bukannya sekali sehari. Tapi lebih dari sekali dalam satu hari tu. Dia dan Naufal pun tidak pernah menggunakan sebarang pelindung ataupun pil perancang.
***********************************
Di dalam kalangan kelompok tetamu yang hadir untuk meraikan Naufal dan Natasya itu. Ada seorang yang menyimpan hasat dengki.
" Aku takkan biarkan kau bahagia Natasya. " deram orang itu.
Lalu dia mengambil gambar kedua pasangan yang yang bahagia di atas pelamin itu sambil bergambar mesra. Semua gambar yang diambil dihantar kepada seseorang.
Kemudian dia berlalu dari majlis itu. Nombor seseorang didail.
" Kita dah boleh mulakan rancangan kita. Masa bahagia diorang dah habis. " kata orang itu sambil tersenyum keji.
Share this novel