[ IMBAS KEMBALI ]
10 tahun yang lalu,
Di halaman villa keluarga Naufal,
Naufal dan Natasya ketika itu berusia 13 tahun. Mereka sedang menyiapkan kerja rumah pendidikan seni mereka di gazebo yang terdapat di halaman villa itu.
Di tengah meja itu, terlihat bersepah dengan pelbagai jenis majalah. Ada majalah sukan, fesyen, perkahwinan dan hiburan pun ada. Mereka sedang menyiapkan tugasan buku skrap kolaj.
" Naufal tengok ni cantikkan. " kata Natasya teruja sambil menunjukkan gambar di dalam sebuah majalah perkahwinan.
Naufal hanya menjeling sekilas sahaja gambar yang ditunjukkan Natasya itu.
" Kau lagi cantik. " jawab Naufal selamber.
" Ishh... kau ni. Main-main pulak. " getus Natasya kesal.
" Wei... korang dah siap ke? " sampuk Nadzmi yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana.
Naufal menghela nafas kasar.
" Kau ni tak reti nak bagi salam ke? Main terjah orang terus tanya soalan. " sungut Naufal sambil tangan sedang menggunting gambar di majalah untuk ditampal ke buku skrapnya.
" Alah... janganlah mudah sentap sangat. Sorry. " kata Nadzmi sambil menayangkan wajah tak bersalahnya.
" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wahai adik kembarku Naufal dan sahabat baikku Natasya. Adakah kalian sudah menyiapkan tugasan buku skrap kalian. " kata Nadzmi dengan lembut sambil tersenyum sinis.
" Waalaikumussalam. Bila last kau rasa tapak kasut aku? " kata Naufal penuh sinis sambil menayangkan wajah bekunya.
" Kau ni aku cakap kasar salah, cakap lembut pun salah. " kata Nadzmi sengaja mahu menyakat kembarnya itu.
" Dah... dah la tu. Asyik gaduh je. Kitorang tak siap lagi. Tengah buat ni hah. " jawab Natasya bagi meleraikan pertelingkahan teman kembarnya itu.
" Kau dah siap ke Nadz? " tanya Natasya kepada Nadzmi yang sudah melabuhkan duduk di sebelah Naufal.
" Baru separuh siap. Aku lambat sikit nak siap. Bukan macam korang. " jawab Nadzmi.
" Kenapa pulak? " tanya Natasya pelik.
" Sebab dia pemalas. " sampuk Naufal tiba-tiba.
" Mana ada. Aku lambat siap sebab aku cuma boleh siapkan buku skrap tu kat sekolah je. Ni kan kerja berpasangan. Korang takpa la sebab boleh buat kat rumah. Kau kan selalu datang sini Sya. " jawab Nadzmi.
" Sya. " panggil Nadzmi.
" Apa? " Natasya terus mengangkat kepalanya daripada melihat majalah perkahwinan ditangannya.
" Kau tak bosan ke asyik satu group dengan Naufal ni aje? Semua aktiviti berkumpulan mesti korang ni berkepit je? " tanya Nadzmi.
" Dah Naufal ajak aku satu group dengan dia. Aku OK jelah. Dah kitorang dah biasa buat kerja sama-sama. Lagipun... aku ni mana ada kawan. Siapa je kawan aku. Korang ni je kawan yang rapat dengan aku. Yang lain tu jangan kata nak rapat. Nak bercakap dengan aku pun tak nak. Nak satu group memang tak lah." jawab Natasya sambil kembali melihat majalah ditangannya.
" Memang la. Siapa yang berani nak satu group dengan kau kalau bapak jin tu asyik duk memerhati je. Sekali kena jeling terus kecut inikan nak dekat dengan kau. " seloroh Nadzmi sambil mengerling ke arah Naufal yang sedang leka menyiapkan buku skrapnya itu.
" Hah?! " Natasya terus berpaling ke arah Nadzmi dengan wajah berkerut selepas mendengar selorohan Nadzmi itu.
" Eh... kau tengok majalah apa tu Sya? Macam majalah mama je? " Nadzmi cuba mengalihkan topik perbualan mereka selepas dia menerima jelingan membunuh daripada Naufal.
" Haah... ni majalah aunty. Naufal cakap aunty dah tak nak dah. Tu sebab kitorang ambil untuk buat kolaj buku skrap ni. " jawa Natasya bersahaja.
" Kau memang minat majalah pasal perkahwinan ni ke? " tanya Natasya.
" Yup. Aku suka sangat bila tengok pakaian kahwin yang pengantin-pengantin tu pakai dengan pelamin lagi. Nampak bahagia sangat diorang tengah bahagia. " kata Natasya sambil tersenyum sendiri.
" Sya. Aku nak tanya kau. Macam mana wedding dream idaman kau? " tanya Nadzmi sambil mata turut melirik kepada Naufal yang seperti tidak endahkan mereka sekarang.
Tapi Nadzmi sangat pasti yang Naufal tetap fokus mendengar perbualan Nadzmi dengan Natasya walaupun tangan dia sedang sibuk mengunting dan menampal gambar. Buktinya, Nadzmi perasan yang Naufal selalu menjeling tajam ke arahnya apabila Natasya tak sedar.
" Kenapa pulak kau tanya aku pasal wedding dream ni. Aku lambat lagi nak kahwin. Umur baru masuk 13 tahun. " kata Natasya dengan wajah berkerut penuh persoalan.
" Sajalah aku tanya kau. Anggap jelah aku ni mewakili suami di masa depan nanti. Lagipun tak salahkan berangan-angan. Berangan ni free je tak payah bayar. " seloroh Nadzmi lagi. Sengaja dia tidak berpaling ke arah Naufal kerana dia tahu. Pasti Naufal sedang merenungnya seperti mahu ditelan sahaja sekarang.
" OK lah aku jawab. Kalau wedding dream aku nanti aku bertemakan garden and magical fairytale. " jawab Natasya sambil memejamkan mata untuk membayangkan hal itu.
" Hah?! Garden and magical fairytale? Apa tu? " tanya Nadzmi dengan wajah yang penuh persoalan.
" Alah kau ni. Takkan tak faham. Garden and magical fairytale tu macam nanti pelamin tu akan dihias ala-ala cerita dongeng. Yang macam cerita barbie tu. Majlis perkahwinan kat tengah-tengah taman bunga yang luas. Romantikkan. "jawab Natasya bersungguh.
" Ooo..." panjang 'O' Nadzmi itu.
" Tinggi jugak impian kau eh? " sambung Nadzmi.
" Yelah. Aku ni kan mampu berangan je. Mungkin majlis perkahwinan impian aku tu akan jadi mimpi indah untuk aku ceriakan diri aku saja. " jawab Natasya dengan nada suara yang mula kendur.
" Tak semestinya angan-angan tu tak boleh jadi kenyataan. Kalau kau jumpa dengan orang yang betul kau akan dapat jugak gapai impian tu. " sampuk Naufal tiba-tiba.
" Entah aku akan jumpa ke tak orang macam tu. Aku rasa mungkin nasib aku akan sama macam mak aku je nanti. " jawab Natasya sudah tertunduk dengan wajah yang murung.
Naufal dan Nadzmi hanya diam dan memandang sesama sendiri.
" Sya. Aku janji kau takkan rasa apa yang mak kau rasa sekarang. Dan aku janji kau akan dapat rasa jugak wedding dream impian kau tu. " jawab Naufal spontan. Tapi sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya itu dia terperasan yang dia sudah terlepas cakap kepada Natasya.
" Hah?! Kenapa kau pulak nak tunaikan wedding dream aku tu? " Natasya kembali mengangkat kepalanya dengan wajah berkerut.
Naufal terkelu. Macam mana nak jawab soalan Natasya tu. Dia dah terlepas cakap.
Nadzmi yang nampak kembarnya seperti dalam masalah mula menyampuk bagi menghilangkan kecanggungan di antara mereka.
" Weh... korang buat buku skrap pasal tajuk apa? " tanya Nadzmi sambil membelek-belek buku skrap Naufal dan Natasya.
" Kitorang buat pasal isu semasa dan gaya hidup masyarakat masa kini. " jawab Natasya kerana dia tahu pasti Naufal takkan menjawab soalan Nadzmi itu.
" Ooo... " balas Nadzmi.
" Kau pulak? " tanya Natasya.
" Adalah rahsia. Tak boleh cakap. " jawab Nadzmi sambil tersenyum sinis.
" Rahsia konon. Kau ingat kitorang ni nak curi idea kau ke. Baik kau pergi siapkan buku skrap kau tu. Shuhh... Shuhh." halau Naufal.
" Yelah. Sya. Aku doakan semoga kau dapat rasa wedding dream kau tu nanti . "
**************************************
Di Pantai,
Mulut Natasya sudah seperuh ternganga selepas mendengarkan Naufal mengimbau kembali kenangan mereka 10 tahun yang lalu.
" Hubby... hubby masih ingat lagi. " ucap Natasya masih dalam keadaan tidak percaya.
Kerana dia sendiri telah memadamkan segala impiannya itu selepas kematian arwah maknya. Tapi dia begitu terharu kerana Naufal masih mengingatinya.
" Garden and magical fairytale wedding. " bisik Naufal sambil merangkul pinggang si isteri dari arah belakang.
" Hubby sentiasa ingat impian sayang tu. Setiap saat dalam hidup hubby. " bisik Naufal lagi lalu menghadiahkan satu ciuman lembut ke pipi si isteri.
" Dari 10 tahun lepas lagi. Hubby sentiasa berangan yang hubby ialah orang yang akan tunaikan impian sayang tu. Tapi hubby tahu yang sayang takkan dapat terima hubby lebih daripada seorang kawan baik. " luah Naufal sayu.
Naufal memusingkan tubuh Natasya dengan lembut ke arahnya. Dagu si isteri di tolak lembut ke atas supaya mereka saling bertatapan.
Natasya yang hanya diam dari tadi kerana mahu mendengar luahan hati Naufal hanya mengikut rentak Naufal. Dirinya bagaikan dipukau oleh panahan mata Naufal yang penuh dengan sinar cinta yang penuh ikhlas.
" Tapi sekarang sayang dah jadi milik hubby. You're totally mine sayang. Jadi hubby akan tunaikan impian sayang tu kerana impian sayang ialah impian hubby jugak. " sambung Naufal lagi.
Tidak lama kemudian gugur setitis air mata Natasya. Dia begitu terharu.
Naufal mengesat air mata Natasya dengan ibu jarinya. Kemudian mengusap lembut rambut isterinya itu.
Kerana tindak mampu lagi menahan perasaan terharunya itu. Natasya terus menerpa masuk ke dalam pelukan Naufal.
" Terima kasih hubby. Atas semua kebahagiaan yang hubby dah berikan kepada sayang. Kalau tak ada hubby tak tahulah apa yang akan jadi kat sayang sekarang. Thank you... thank you so much hubby. " ucap Natasya berselang-seli dengan suara tangisan terharu dan gembiranya itu.
" Hey... Apa cakap macam tu. Hubby janji yang hubby akan sentiasa buat sayang rasa kebahagiaan sehingga ke akhir hayat kita berdua dan sehingga ke jannah sayang. Hubby ikhlas cintakan sayang. " pujuk Naufal sambil menggosok lembut belakang tubuh Natasya.
" Terima kasih hubby. Sebab ikhlas cintakan sayang. Selama ni mungkin sayang buta. Sayang tak nampak yang hubby ni sayang dan ambil berat pasal sayang. I love you so much hubby. All my heart is belongs to you. " ucap Natasya lagi dengan sebak di dada.
" Don't tell like that sayang. I love you too. All my heart and love is belongs to you the one and only my beautiful wife. " balas Naufal sambil menolak lembut tubuh Natasya supaya pelukan mereka terlerai.
" Dah jangan Nangis lagi. Hidung tu dah macam badut dah. " kata Naufal sambil mencuit hidung Natasya yang sudah mertukar merah kerana menangis.
Natasya hanya tertawa halus dengan tingkah Naufal itu.
" Dah. Jom. " ajak Naufal sambil menganggam erat jari-jemari si isteri.
"Jom? Pergi mana? " tanya Natasya hairan.
" Pergi mana lagi. Masuk bilik lah. Kan kita tengah honeymoon sekarang ni sayang. " bisik Naufal ke telinga si isteri sebelum dia menggigit lembut cuping telinga Natasya.
Muka Natasya serta merta bertukar merah dan sudah berasa tebal berinci-inci.
" Aik... tadi hidung merah macam badut. Ni satu muka pulak jadi merah merah macam buah tomato. " usik Naufal sambil menayangkan senyuman nakalnya kepada Natasya.
I'm sorry sebab dh lama tak update. Really sad to say yabg mungkin next chapter akan di post selepas Tahun Baru Cina ni. I'm sorry if make you all disappointed
Share this novel