Bab 6

Romance Series 51364

Dua sekawan baik itu merebahkan diri di atas katil. Badan merasa letih setelah beraksi melarikan diri daripada orang-orang suruhan Dato Azahar.

"Sorry, Mi. Kau susah kerna aku" ujar Akira melihat Mimi yang sedang baring di katil.

"No,hal lah. Kau kan kawan baik aku, aku ok je cuma... penat sikit lah" kata Mimi dengan memberi senyuman di bibinya meskipun badan merasa letih.

"Aku mandi dulu, nanti kita keluar cari makan" kata Akira lalu mengambil baju dalam beg travel. nya.

"OK. Aku nak baring-baring dulu" ujar Mimi.

Siap mengenakan pakaian di badan, Akira dan Mimi pun keluar dari bilik hotel. Ketika mereka keluar dari hotel, Akira dan Mimi memerhati sekeliling mereka.

"Ok,line clear. Jom kita gerak" kata Akira.
Mimi hanya menganggukkan kepalanya saja.

Mereka memasuki sebuah restoran masakkan ala kampung yang tidak berapa jauh dari hotel inap mereka. Tanpa mereka sedari sepasang mata sedang memerhatikan diri mereka.

Sebaik duduk saja, datang seorang pelayan restoran kepada mereka. Akira dan Mimi pun membuat pesanan makanan. Setelah mengambil pesanan dari pelanggan, pelayan restoran itu segera beredar. Tidak berapa lama kemudian, makanan yang di pesan sudah pun siap dan di hidang di atas meja mereka berdua.

"Alhamdulillah... kenyang sudah perut aku ni" ujar Mimi menggosok perutnya.

"Kau ni, tak sopan lah. Dah tua tapi macam budak-budak pula. Aku pergi toilet dulu" kata Akira dan minta diri untuk ke tandas.

"Ok"jawab Mimi sambil tersenyum sengih.

---------------------------------------------------

Selesai memcuci tangan Akira berlalu keluar, tiba-tiba ada seorang lelaki memegang lengan tangannya secara kasar. Belum sempat Akira bersuara, lelaki itu berbisik ditelinganya.

"Lebih baik kau diam dan ikut aku, kalau tidak kau aku tikam". Akira nampak ada sesuatu di tangan lelaki itu, dia tidak mahu mengambil risiko.
Akira terus menganggukkan kepalanya dan mengikuti lelaki itu pergi.

Tiba di tempat yang agak tersorok, lelaki itu melepaskan lengan Akira.

"Kau siapa? Kau nak apa dari aku? "soal Akira sambil mengurut lengannya yang terasa sakit akibat perbuatan lelaki tersebut.

" Aku Rizal, Aku nak kau jauhi diri dari Mimi" jawab lelaki itu.

"Kau siapa nak larang aku dekat dengan Mimi?" ujar Akira dengan senyum sinis.

"Aku tidak boleh jelaskan di sini, nanti aku call kau" kata Rizal lalu menghulurkan telepon bimbitnya kepada Akira.

"Macam mana aku nak percaya dengan kau, sedangkan aku tidak kenal kau".

"Aku tahu tentang diri kau. Kau sedang di burukan!"

Tergamam Akira apabila mendengar ungkapan dari Rizal.

"Cepat bagi nombor telepon kau, nanti Mimi cari kau pula."

Lalu Akira mencapai telepon bimbit dari tangan Rizal dan menaip nombor teleponnya.

"Ok, aku cau dulu. Tunggu panggilan dari aku" kata Rizal lalu meninggalkan Akira sendirian.

"Siapa dia? dan kenapa dia larang aku dekat dengan Mimi?" desis hati Akira.

----------------------------------------------------

Mimi merasa tidak sedap hati apabila teman baiknya begitu lama pergi ke tandas.

"Ok, dalam 2 minit lagi kau tak timbul Akira ..siap kau" bisik hati Mimi yang gusar.

Berapa saat berlalu, Akira pun muncul sambil tersenyum ke arah temannya.

"Sorry Mimi...lambat. Ada traffic jem tadi di tandas" seloroh Akira sambil tersengih.

"Ya kah ni? atau ada apa-apa berlaku yang aku tidak tahu?" kata Mimi dengan mengangkat sebelah keningnya.

"Betul lah. Jom kita bergerak, cari baju untuk kau. Esok pagi, baru kita ambil kereta kau di City Mall" ujar Akira lalu mengajak Mimi pergi.

Jam menunjukkan pukul 10.15 malam, Akira dan Mimi kembali ke hotel. Mereka juga sempat membeli beberapa helai pakaian.

"Akira ...,thank you. Belanja belikan aku baju ni " ujar Mimi dengan senyuman lebarnya.

"Sama-sama, kau kan bff aku. Dah, pergi mandi..harum sudah ku hidu badan kau ni" usik Akira sambil mengkipas-kepastian tangan ke arah hidungnya.

"OK, fine! ". Mimi membuat muka geramnya lalu mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi.

Akira memusing-musing telepon bimbit, tiba-tiba satu mesej masuk dalam telepon bimbitnya. Tertera nombor yang tidak dikenali, otaknya cuba berfikir. Sesaat berlalu, baru dia ingat pesanan Rizal yang akan menghubunginya nanti. Akira segera membuka mesej tersebut.

XXX : Kau keluar sekarang. Aku tunggu kau di bawah... Rizal.

Akira : Aku tak boleh keluar sekarang. Mimi, masih belum tidur.

XXX : Ok. Aku tunggu kau dalam kereta aku.

Akira : OK.

Terdengar bunyi bilik mandi di buka, Akira segera menyimpan telepon bimbitnya dan berpura-pura tidur.

Bila melihat kawannya seperti sudah tidur, Mimi pun baring di atas katilnya setelah siap berpakaian.

"Good night, Akira. Mimpi yang indah tau" ujar Mimi kepada temannya sebelum menutup mata.

Akira mendengar ucapan Mimi, dalam hati dia membalas ucapan kawannya,

"Good night, Mimi. Maafkan aku, aku terpaksa pergi "bisik hati Akira.

---------------------------------------------------

Akira melihat jam di telepon bimbitnya, tepat pukul 1:00 pagi. Dia bangun dari katil sambil melihat ke arah Mimi yang sudah lena di atas katil, lalu Akira mencapai beg travelnya dan bergerak ke arah pintu. Perlahan-lahan Akira membuka pintu bilik itu, agar temannya tidak terjaga dari tidur.

Tiba di luar pintu hotel, Akira terus menghubungi Rizal kerna dia tidak tahu di mana terletaknya kereta Rizal. Panggilan pertama tidak di angkat, Akira tidak berputus asa. Dia cuba lagi buat panggilan ke dua, barulah panggilannya di angkat.

"Kau di mana? aku tidak nampak kereta kau lah" soal Akira sebaik saja Rizal menyambut panggilannya.

"Sorry, aku tertidur tadi. Kau di mana? "jawab Rizal sambil menguap.

"Aku sekarang ada di luar hotel."

"OK, aku dah nampak kau. Kau pusing kanan, kereta aku warna merah dan no plat XXX. "

Akira mengikuti arahan yang di beri oleh Rizal dan akhirnya dia menemui juga kereta itu.
Rizal memberi isyarat pada Akira menyuruh masuk ke dalam keretanya.

"Now, you explain me!" ujar Akira sebaik saja pintu kereta di tutup.

"Sebenarnya.., Mimi adik aku. Aku takut akan keselamatan Mimi. Aku tahu, siapa diri kau...cucu jutawan. Tapi di buru oleh pakcik sendiri " terang Rizal dengan senyuman sinis.

"Macam mana kau boleh tahu tentang diri aku? atau... kau juga orang suruhan Dato Azahar?..." Akira terhenti kata dan cuba keluar dari kereta tapi Rizal cepat menangkap tangannya untuk menghalang keluar.

"Kau nak ke mana? tolong dengar penjelasan aku dulu. Lepas tu kau buatlah keputusan sendiri " kata Rizal masih memegang tangan Akira. Akira kembali membetulkan kedudukannya.

"Ok, cakaplah apa lagi yang kau nak cakap? " kata Akira cuba bertenang.

"Ya, aku memang orang suruhan Dato Azahar atau lebih mesra lagi ialah PAKCIK kau".

"Ada pembetulan... Dato Azahar bukan pakcik kandung aku tetapi pakcik ANGKAT, anda faham!"

"Aku tak faham, macam mana pula PAKCIK kau boleh jadi pakcik angkat?"

"Atok Ayah aku ambil Dato Azahar sebagai anak angkat dari kecil lagi sebelum papa aku lahir."

"Oooh, aku dah faham. Aku akan tolong kau."

"Betul kau nak tolong aku?"

"Ya lah, kau kan kawan baik adik aku. Lagi pun family kau dah banyak tolong keluarga aku, terutamanya Mimi. Tapi aku tidak mahu Mimi terlibat."

"No hal lah, aku setujuh. Tapi kau tidak takut kah dengan Dato Azahar?"

" Aku tak takut, yang penting orang yang banyak tolong keluarga aku selamat."

"Terima kasih Rizal. Oklah aku minta diri dulu, apa-apa nanti kau call saja aku."

"Kau nak ke mana tu? Dah larut malam ni, biar aku hantar kau."

"It's okay, pandailah aku jaga diri. Kirim salam dekat Mimi, nanti aku call dia. Ini nombor biliknya dan jangan lupa temankan dia ambil keretanya di City Mall". Akira pun segera meninggalkan Rizal.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience