Bab 46

Romance Series 51364

Sedang anak mata memerhati di skrin laptop, tiba-tiba pintu bilik pejabatnya di ketuk. Lalu Akira memberi kebenaran masuk.

"Coming!"

Mendengar sahaja suara majikannya membenarkan masuk, Fauziah mengkuak pintu pejabat bilik Akira dengan membawa sejambak bunga rose.

"Ya Fauziah, ada apa?" soal Akira tanpa memandang wajah secretary nya.

"Ada bunga untuk Cik Akira," jawab Fauziah sambil melangkah menghampiri meja kerja majikannya.

"Dari siapa?" soal Akira tanpa riak. Tangannya terus menaip di keyboard laptop. Fauziah mencari sesuatu dalam jambangan bunga rose itu dan benda yang di cari sudah pun dijumpainya.

"Make me an angel... from Haikal Iskandar." tutur Fauziah sambil memegang sekeping kad dari bunga tersebut. Lantas terhenti tangan Akira menaip dan anak matanya terus menoleh ke arah secretary nya itu. Kemudian Fauziah menyerahkan jambangan bunga itu kepada majikannya. Setelah itu dia keluar dari bilik majikannya dan kembali meneruskan kerjanya.

"Angin apa yang merasuk tunang aku ni? Tiba-tiba sahaja bagi bunga!" omel Akira sendiri sambil menyedut harum bunga rose itu.

"Wangi!" bisik Akira dan tanpa sedar, senyuman manis terukir dibibirnya. Matanya terus merenung jambangan bunga tersebut.

Tok tok tok... pintu bilik pejabat sekali lagi di ketuk dan Akira terus mengalih pandangan ke arah pintu. Kelibat Hisyam melangkah masuk ke bilik pejabatnya sambil membawa fail.

"Assalammualaikum... wow, dapat bunga. Dari siapa?" soal Hisyam bersahaja. Matanya terus tertumpuh ke jambangan bunga rose yang berada di tangan Akira.

"Tuan Haikal Iskandar," jawab Akira dengan wajah beku. Hilang terus senyuman di bibirnya. Hisyam tersenyum kelat bila mendengar nama yang di sebut oleh wanita pujaannya.

******

Kereta Audi R8 selamat berhenti di tempat kawasan letak kereta di bangunan syarikat A S HOLDING. Haikal menyarung songkok di kepalanya sebelum keluar dari perut keretanya. Kakinya terus mengatur langkah menaiki satu persatu anak tangga sebelum masuk ke dalam bangunan syarikat tunangnya.

"Beb... ada jejaka hot lah!" ujar Luna dengan teruja. Anak matanya sudah termenatap figura yang di maksudkannya.

"Mana-mana?" soal Farah dengan penuh minat.

"Tu ah...!" kata Luna, lalu menunjuk ke arah figura yang melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

"Macho nye, smart lagi. Eeh.. one the minute... itu bukankah lelaki playboy?" ujar Farah dengan semana-mana raut wajahnya berubah.

"Eyah ke? Tak lah, ini lagi hot tau. Siap bersongkok lagi." puji Luna bersungguh.

"Eyah tak eyah juga, tapi dia macam lelaki playboy tu..." ujar Farah dengan penasarannya.

"Kau memang, semua lelaki handsome... macho... hot... kau kata playboy. Eeh... is coming!" kata Luna. Lalu dia berdiri dan bersedia untuk berkhidmat.

"Assalammualaikum... dan selamat datang ke A S HOLDING. Apa yang saya boleh bantu encik... ?" sapa Luna dengan lemah lembut.

"Waalaikumsalam. Saya Tuan Haikal Iskandar. Boleh saya tahu tingkat berapa bilik pejabat Cik Akira?" ujar Haikal tanpa riak.

"Tuan Haikal Iskandar, siapa ya? Tuan ada buat appointment?" soal Luna lagi dengan senyuman manis.

"Nak berjumpa dengan tunang, perlu buat appointment kah?" Haikal kembali menyoal penyambut tetamu itu. Tidak semana-mana raut wajah Luna berubah.

"Maaf, Tuan Haikal Iskandar... saya tidak tahu pula, yang Tuan ni... tunang Cik Akira. Pejabat Cik Akira berada tingkat 12, Tuan." kata Luna dengan perasaan malu.

"Di sana ada lif," tambah Luna lagi sambil menunjuk ke arah lif.

"Ok and thank you!" ujar Haikal, lalu meninggalkan kaunter tersebut dan melangkah pergi ke lif.

"Memang sah. Dia lah lelaki playboy tu, Haikal Iskandar. Siapa tak kenal!" ujar Farah sebaik sahaja Haikal meninggalkan kaunter pertanyaan.

"Betullah, tekaan kau, Farah. Kasian Cik Akira kita!" kata Luna.

"Tapi kenapa Cik Akira bertunang dengan lelaki playboy tu ah? Dia tidak tahukah siapa sebenar Tuan Haikal Iskandar tu?" sambung Luna lagi.

"Itu aku tak tahu. Dari infomasi yang aku tahu... Cik Akira kita ni baru sahaja pulang dari overseas... dan tup tup, dia terus di jodohkan. Tapi tidak sangka pula, Tuan Haikal Iskandar tu jadi tunangnya."

"Maybe...aturan keluarga kot."

"Maybe... kot!"

"Tapi beb... handsome lah Tuan Haikal Iskandar tu, siap bersongkok lagi."

"Ada agenda lah tu..."

******

"Tok tok tok...

"Coming!" Akira memberi kebenaran masuk.

Pintu di kuak, lalu Fauziah melangkah masuk ke dalam bilik majikannya.

"Maaf Cik Akira, mengganggu. Ada orang nak berjumpa dengan Cik Akira " kata Fauziah.

"Ada buat temujanji?" soal Akira sambil memandang wajah secretary nya itu.

"Tak ada Cik Akira, dia... " belum habis Fauziah berbicara, Akira sudah memotongnya.

"Kalau tak ada buat temujanji, saya tak nak jumpa. You tahukan, saya sibuk sepanjang bulan ni!"

"Maaf Cik Akira, saya...." dan sekali lagi bicara Fauziah di potong. Tapi kali ini bukan majikannya tetapi figura yang ingin berjumpa dengan majikkannya.

"Maaf mengganggu... can i meet my future wife? atau i perlu buat temujanji dulu?" kata figura tersebut secara tiba-tiba. Mata Akira dan Hisyam terus memandang ke arah pemilik suara tersebut.

"Fauziah, Hisyam ... you can come out now!" Arah Akira dengan tenang.

"Baik, Cik Akira." akur Fauziah dan Hisyam, lalu mereka segera beredar dan meninggalkan bilik pejabat majikan mereka. Fauziah menutup pintu rapat sebelum kembali ke tempatnya.

"You tak nak jemput i duduk kah?" soal Haikal sambil tersengih.

"Opss, sorry. Please sit down, Tuan Haikal." jemput Akira lalu melangkah ke arah sofa yang berada di dalam bilik pejabatnya. Haikal turut duduk di sofa itu.

"Please stop calling me Tuan... just Haikal or abang!" ucap Haikal sambil melabukan punggungnya di sofa.

"Sorry...bukan kah Tuan Haikal sendiri nak suruh saya panggil Tuan Haikal... Tuan? And kita belum ada apa-apa sebarang ikatan sah. So, saya tetapi panggil you... Tuan!" jawab Akira dengan nada sinis.

"So...lepas kita nikah, you panggil i abang!" Haikal cuba bermain tarik tali.

"Ingat syarat saya yang ke 5?" tutur Akira tanpa riak. Haikal sudah terbukam. Akira tertawa dalam hati.

"Ok, fine... You suka tak bunga yang i bagi tu?" soal Haikal mengalihkan suasana ketegangan antara mereka. Akira tidak segera menjawab soalan yang di ajukkan oleh Haikal sebaliknya dia menyoal kembali kepada tunangnya itu.

"Point-blank... what is the purpose of your coming here?" Haikal tersentap mendengar jawapan daripada Akira. Lain yang dia nak dengar lain pula yang dia dapat. Haikal mengeluh perlahan.

"I datang ke sini nak bawa you ke butik pengantin. Your mom... tak beritahu kat you kah, hari ini kita fitting baju pengantin kita?" Haikal berterus terang.

"No... my mom..." belum habis Akira berkata, telepon bimbitnya menyanyi.

"Sorry, i beg you for a moment!" Akira segera mendapatkan telepon bimbitnya. Tertera nama 'My Mama' di skrin telepon. Tanpa membuang masa, dia segera menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum Akira," ucap salam Datin Seri Arani Lin di talian.

"Waalaikumsalam, mama" sahut Akira dengan lembut.

"I'm sorry, Akira. Mama lupa nak bagi tahu Akira semalam. Hari ni Akira fitting baju pengantin dengan Haikal. Dan kata Datin Harlina, Haikal ambil Akira kat office. Haikal sudah sampaikah?" Datin Seri Arani Lin terus terang.

"It's okay... and... yes. He has arrived!" kata Akira sambil matanya memandang ke arah Haikal yang duduk di sofa.

"Akira ikut Haikal ya datang ke butik pengantin Mama!" kata Datin Seri Arani Lin.

"Akira boleh datang sendiri, ma... Akira..." belum habis Akira menutur kata mamanya sudah memotong.

"No... mama nak Akira ikut Haikal. Lagipun dia tidak tahu di mana butik mama ni. Please, listen to mama!" arah Datin Seri Arani Lin dengan tegas. Mahu tidak mahu Akira terpaksa akur.

"Okay, Akira ikut Haikal." setujuh Akira. Haikal yang sedang memandang Akira, terus terukir senyuman di bibirnya.

Setelah selesai bercakap di telepon bimbitnya, Akira menekan intercom.

"Fauziah, minta Hisyam masuk ke pejabat saya!" arah Akira.

"Baik, Cik Akira." jawab Fauziah.

"You... buat apa panggil bodyguard you tu? Kita kan nak keluar." ujar Haikal tidak berpuas hati.

"Dia bodyguard saya. Ke mana saya pergi, dia akan ikut saya, so... please understand!" jelas Akira dengan tenang.

"I kan ada, i boleh jaga you!" Haikal pertahankan dirinya. Akira tersengih sinis.

"Baru berapa minggu belajar kick boxing, dah belagak. Ok, aku nak tengok..." bisik Akira dalam hati.

Tidak lama kemudian, pintu bilik pejabat di ketuk. Lantas Akira memberi kebenaran masuk. Kelihatan kelibat Hisyam melangkah masuk ke dalam pejabat Akira.

"Saya dan Tuan Haikal nak ke butik mama. Saya nak you follow kami dari belakang!" arah Akira dengan tegas. Haikal tersenyum lebar. Kali ini dia dapat berdua dengan bidadarinya.

"Baik Cik Akira!" jawab Hisyam. Tiba-tiba hatinya merasa sakit apabila Akira tidak bersama dengannya.

----------------------------------------------------

Kelihatan Datin Seri Arani Lin dan Datin Harlina sedang rancak berbual. Dan tanpa mereka sedari, Akira dan Haikal berjalan beriring melangkah masuk ke dalam butik itu.

"Assalammualaikum mama," Akira memberi salam.

"Waalaikumsalam," sahut kedua wanita itu sambil menoleh ke arah empunya suara yang memberi salam.

"Akira, finally... muncul juga anak mama ni." ucap Datin Seri Arani Lin dengan wajah ceria. Lalu dia bangun dari tempat duduk dan datang menghampiri anaknya. Akira hanya tersenyum nipis. Haikal pula berjalan ke arah ibunya. Dan tidak diduga adiknya Hamzah turut berada di butik itu.

"Kau buat apa kat sini?" soal Haikal.

"Jadi driver ibu, pak Abu cuti 2 hari sebab sakit." jelas Hamzah. Haikal mengangguk kepala.

"Mama nak Akira cuba ni.... and you,Haikal... try this... " satu dress diserahkan kepada Akira, manakala satu sut warna putih di serahkan kepada Haikal.

Akira sambut tanpa banyak bicara. Dia mahu aturcara ini berakhir dengan cepat. Tidak mahu berlama-lama. Langkah kaki di atur menuju ke bilik yang dilindungi curtain tebal yang berada dalam bilik itu. Terdapat dua orang sedang menanti dirinya.

Haikal yang masih di tempat yang sama hanya memerhatikan Akira berlalu pergi tanpa menghiraukan dirinya di situ. Sebaik sahaja Akira hilang dari pandangannya, perlahan-lahan dia mengatur langkah ke bilik bersebelahan dengan bilik salinan Akira.

******

Haikal yang telah siap berpakaian baju pengantin. Terserlah ketampanannya. Datin Harlina sudah tersenyum lebar melihat penampilan anak sulungnya itu.

"Wow... handsome nye bakal menantu mama ni," puji Datin Seri Arani Lin dengan senyuman lebar. Haikal tersenyum segaris mendapat pujian daripada bakal mak mentuanya.

Tiba-tiba banyak mata memandang kepadanya termasuklah pengawal peribadi Akira dan adiknya, Hamzah. Haikal mula merasa cuak.

"Apa sal mereka semua tengok aku? aku tahulah yang aku ni handsome tapi tak kan lah tengok aku lain semacam sahaja?" gumam Haikal dalam hati. Dan tidak semana-mana....

"Wow... Cantiknya menantu ibu," jerit kecil Datin Harlina.

Lantas Haikal terus menoleh ke arah ibunya lihat. Dia terpegun. Ini kah Nur Akira Syalinda, bakal isterinya? Matanya tak berkelip walau sedikit pun.

"Kal... mari berdiri tepi Akira. Ibu nak ambil gambar!" ujar Datin Harlina sambil menyentuh lengan tangan anaknya.

Haikal seakan baru tersedar. Sedikit terkejut.

"What did you say, ibu?" soal Haikal tersipu malu. Dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya sebentar tadi. Sibuk sangat tenung bidadarinya, sampai lupa orang sekeliling. Dan baru dia perasan... orang yang memandangnya tadi bukanlah melihat dirinya tetapi memandang bidadarinya yang berada di belakang dirinya.

Datin Harlina tersenyum melihat reaksi anak sulungnya itu.

"Ibu cakap... Kal berdiri tepi Akira. Ibu nak ambil gambar!" ulang Datin Harlina. Dengan senang hati, Haikal melangkah dan berdiri di sisi bidadarinya.

Melihat dua pasangan sedang bergambar dengan berpakaian pengantin, Hisyam tersenyum hambar.

"Akira... you are so beautiful. Kenapa hatiku sakit kembali bila melihat kau bersama dengan orang lain? Adakah hatiku belum ikhlas untuk melepaskanmu?" rungut Hisyam di hati. Dia tidak sanggup melihat wanita pujaanya dekat dengan lelaki lain selain dirinya. Kakinya mula mengatur langkah keluar dari situ, bimbang nanti dia tidak dapat mengawal emosinya.

"You are very lucky, Haikal Iskandar. Jika kau persia-siakan bidadari dihadapanmu ini... aku tidak teragak-agak untuk merampas dia untuk menjadi bidadariku!" luah Hamzah dalam diam.

--------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience