Bab 3

Romance Series 51364

Setelah mendapat kebenaran daripada pondok pengawal vila Dato Sri Ariff Shah, Mimi memandu keretanya memasuki tempat kawasan letak kereta. Setiba saja di depan pintu rumah Dato Sri Ariff Shah, dia memberi salam.
"Assalammualaikum".

"Waalaikummusalam "sahut Datin Sri Arani Lin menyambut kedatangan teman baik anaknya.

Mimi menghulur tangannya bersalam dengan Datin Sri Arani Lin dan serta berpelukkan.

"Lama Mimi tak datang ke sini. Mimi sibuk kah? " soal Datin Sri Arani Lin sambil mengiring Mimi ke ruang tamu.

"Maaf, auntie... Mimi rasa segan pula nak datang sini, kalau tak ada Akira" jawab Mimi berterus terang.

"Ya lah tu. Akira ada di atas, pergilah ke biliknya" kata Datin Sri Arani Lin.

Lalu Mimi pun menaiki anak tangga menujuh ke bilik Akira.

Tok tok tok...

Kedengaran pintu biliknya di ketuk, Akira ketika itu sedang mengenakan lipstick di bibinya. Siap melakar bibir, dia segera membuka pintu biliknya.
"Ya Allah... rindunya aku kat kau ni. Bila Sampai?" kata Akira sambil memeluk kawannya, Mimi.

"Baru saja, aku pun rindu kau juga."

"Dah siapkah? Jomlah kita keluar."

"Dah siap dah, jom kita gerak."

Akira mencapai beg tangan di atas meja soleknya dan mereka pun beredar dari biliknya.

Tiba di ruang tamu, kelihatan sepertinya Datin Sri Arani Lin sedang bersiap-siap hendak keluar juga.

"Mama nak keluar juga kah?" tanya Akira pada Datin Sri Arani Lin yang berpakaian cantik.

"Ya, tadi Papa ada call... ajak Mama makan tengah hari di luar. Akira dan Mimi dah nak keluarkah? " ujar Datin Sri Arani Lin.

"Ya Ma. Ni ah, Mimi. Tak sabar-sabar nak ajak keluar dating dengan anak Mama ni. "

Mimi tersenyum kambing bila Akira menyebut namanya.

"Oklah, tapi balik jangan sampai lewat malam ya. Dan jangan lupa beli baju untuk dinner di rumah Atok Ayah nanti" pesan Datin Sri Arani Lin pada anaknya.

"Okey, mama. Kami gerak dulu Mama" kata Akira.

Setelah mereka bersalam dengan Datin Sri Arani Lin.., Akira dan Mimi pun segera beredar menaiki kereta Mimi.

-------------------

Sebaik saja tiba di Mall, Mimi mematikan enjin keretanya di kawasan letak kereta yang di sediakan. Mereka pun melangkah masuk ke dalam banggunan shopping Mall.

"Jom isi perut dulu, dah menyanyi perut aku ni nak minta di isi" ajak Akira sambil menepuk halus perutnya.

"Jomlah, aku pun lapar juga sekarang ni" kata Mimi yang tersenyum lebar.

Mereka pun masuk ke sebuah restoran masakkan melayu. Apabila mereka sudah duduk di kerusi, datang pelayan restoran ke tempat mereka dan mengambil pesanan makanan.

Dari jauh, ada mata-mata sedang memerhatikan mereka. Salah seorang dari mereka, segera mendapatkan telepon bimbit dan menghubungi sesorang, siapa lagi kalau bukan Dato Azahar yang gila harta dan kuasa.

"Hello Dato, Cik Akira berada di shopping Mall dengan kawannya" kata Ali iaitu orang suruhan Dato Azahar dan dia jugalah yang memerhati di luar kawasan rumah Dato Sri Ariff Shah.

"Aku nak kau tangkap mereka, faham! Jangan sampai terlepas" arah Dato Azahar dengan suara agak keras.

"Baik, Dato"kata Ali lalu menamatkan talian.

"Aku akan pastikan apa yang aku inginkan akan menjadi milik aku" kata Dato Azahar sendiri dengan senyuman jahatnya.

-----------------

Dua sahabat baik itu memasuki kedai pakaian. Ketika Akira memilih-milih baju, dia merasakan dirinya seperti di perhatikan.

"Mimi, aku tengok baju di sana ya" kata Akira pada Mimi yang sedang memilih baju.

"Okey." Mimi jawab sepatah.

Akira pun beredar dan menujuh ke bahagian baju dress yang panjang, lalu dia sengaja menjatuhkan dress ke lantai. Akira segera mengutip baju dan terus menyelinap masuk ke dalam dress panjang untuk mengelak dari si permerhati terebut.

Ali yang sedang berpura-pura memilih pakaian, merasa curiga. Orang yang di awasinya dari tadi tidak kelihatan dari mengutip baju yang jatuh di lantai.

"Ai.., mana pula perempuan ni. Tak kan nak berdiri semula pun susah, tak boleh jadi ni" bisik hati Ali, lalu dia menghampiri tempat orang yang di awasinya tadi.

"Mana pula perempuan ni. Tadi dia ada di sini, tak kan dah hilang. Atau dia tahu aku perhatikan dia. Habislah aku, kalau Dato tahu aku gagal tangkap perempuan itu" cuak Ali sendiri.

Di sebalik baju-baju itu, Akira memerhati tingkah laku lelaki yang mengekorinya.
"Dato dato ..,Sampai ke sini orang kau ikut aku, betul-betul sakit Dato Azahar ni "bisik hati Akira.

Tiba-tiba mulut Akira di tutup dari arah belakangnya.

"Diamlah... nanti orang tu tahu kita,
mari kita keluar" bisik Mimi di telinga Akira.
Akira menganggukkan kepalanya.

Dengan berhati-hati mereka keluar dari kedai pakaian itu.

---------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience