Bab 60

Romance Series 51364

Tok tok tok!!!

Ketukkan bunyi pintu berulang kali, menyedarkan Haikal terjaga dari tidurnya yang lenanya.

"Siapa pula yang ketuk pintu bilik aku ni? kacau betullah!" gumam Haikal. Dalam keadaan masih mamai, tombol pintu di pulas perlahan.

Terbuka sahaja pintu bilik, figura yang berdiri di hadapan muka pintu itu...terus memandang ke lantai. Haikal merasa pelik, tapi otaknya malas nak ambil tahu.

"Ada apa?" soal Haikal sebal.

"Encik Haikal, sarapan pagi dah siap." jawab Kartika tanpa melihat wajah Haikal. Matanya masih memandang ke lantai.

"Apa sal kau tengok lantai? muka aku ada di lantai kah?" soal Haikal dengan suara kasar.

"Maaf encik Haikal, bukannya saya tak nak pandang encik...tapi keadaan encik yang tidak mengizinkan saya pandang encik." jawab Kartika dengan tenang.

"What?" Lantas Haikal melihat dirinya dan barulah dia menyedari yang dirinya hanya mengenakan boxer sahaja tika itu.

"Opss..sorry. Ok. Aku mandi dulu. Nanti aku turun!" kata Haikal dengan rasa malu.

"Baik, encik Haikal. Saya minta diri dulu." kata Kartika

Lantas Kartika berlalu pergi meninggalkan bilik Haikal. Haikal menutup pintu biliknya semula. Tetapi tidak lama kemudian pintu biliknya di ketuk kembali.

"Siapa lagi ketuk pintu bilik aku ni?" desis Haikal. Pantas tangannya mencapai tuala dan melilikan di pinggangnya. Kemudian dia membuka pintu biliknya.

Terpacak susuk tubuh Tony dengan tangannya berisi pakaian. Haikal merasa hairan.

"Ini baju siapa..Tony?" soal Haikal.

"Ini baju untuk Tuan Haikal pakai." jawab Tony.

"Aku tak perlu baju tu. Kau boleh bawa baju tu pergi." ujar Haikal. Lalu dia menutup kembali pintu biliknya. Tony terpinga-pinga.

"Mamat ni biar betul, dia nak pakai apa nanti? Ini kan pakaian dia." gumam Tony sendiri. Mahu tidak mahu dia kembali mengetuk daun pintu bilik itu semula.

Apabila pintu bilik itu terbuka, Tony terus membolos masuk ke dalam bilik itu dan meletakkan pakaian tersebut di atas katil.

"Kan aku... " tak habis Haikal menutur kata, Tony sudah mencantas.

"Tuan Haikal, tuan perlu pakai pakaian ini. Jika tuan tidak pakai pakaian ini... tuan nak pakai apa?" tegas suara Tony tika itu. Tanpa menunggu tindak balas dari Haikal, Tony segera beredar dari bilik itu. Haikal sudah tercengang. Tiba-tiba otaknya mengimbas kembali ayat yang keluar dari mulut isterinya.

"Aku sudah sediakan pakaian, makanan dan minuman kau dalam mansion ini..."

"Macam mana aku boleh lupa?" ujar Haikal pada dirinya. Keluhan kecil di lepaskan.

----------------------------------------------------

Akira menuruni anak tangga dalam rumah. Kelihatan kelibat pembantu rumah dan sekali merangkap penjaganya iaitu auntie Janne, sedang menyediakan sarapan paginya di atas meja island.

"Morning auntie Janne!" sapa Akira yang wajah ceria. Lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi.

Auntie Janne adalah warga Auckland, New Zealand dan dia sudah lama berkerja dengan keluarga arwah nenek Akira iaitu Asmiranda.

"Morning madam Akira!" sahut auntie Janne dengan senyuman manis. Akira sudah mencebik.

"Call me, Akira. Just Akira... not madam, auntie Janne. If not, Akira wants to come back here again forever!" sakat Akira. Dia sengaja menunjukkan wajah tegangnya.

"Sorry.. Akira. Auntie bergurau saja. Please, Akira mesti datang ke sini...jika tidak, auntie nak kerja apa? " ujar auntie Janne dengan reaksi cuak. Meletus ketawa Akira.

"Alah auntie Janne ni, Akira bergurau juga lah!" kata Akira sambil tersengih. Auntie Janne menepuk lengan Akira.

"Akira ni kan, pandai buat auntie rasa cuak." geram auntie Janne. Akira ketawa kecil.

"Sorry, auntie Janne!" ucap Akira dengan menguntum senyuman nipis.

"Bila Akira nak jumpakan auntie dengan suami Akira?" soal auntie Janne. Hilang terus senyuman Akira bila mendengar pertanyaan dari auntie Janne. Auntie Janne yang menyedari perubahan majikannya terus diam.

"Maybe...dalam masa terdekat ni, auntie akan jumpa dia." jawab Akira acu tak acu. Tidak semana bibir auntie Janne mengukir senyuman.

"Di mana suami Akira berada sekarang?"

"Mansion Ratu Black Red."

"What? Akira biar betul. Kenapa dia ada kat sana? kenapa Akira tak bawa ke sini?" soal auntie Janne merasa curiga. Bukan dia tak kenal ulah majikannya.

"Buat masa ini, biarlah dia berada di mansion. Keselamatan dirinya terjamin kat sana. Auntie Janne tak perlu bimbang. Dia di sana bukannya jadi tahanan tapi Akira nak dia persiapkan diri untuk melindungi dirinya juga. Lagipun, Akira perlu selesaikan masalah di pejabat." hujah Akira.

"Ok, alasan boleh di terima .Tapi... Akira dengan lupa pula dengan pesanan Datin Sri dan Dato Sri. Mereka nak junior dari korang berdua." ujar Auntie Janne mengingatkan pesanan orang tua Akira. Akira sudah tergamam. Otaknya pantas mencari idea untuk mengelak dari topik itu.

"Okay lah, Akira needs to go!" Akira segera beredar.

"Nak mengelak lah tu. Akira..Akira.. ratu mafia tapi takut pula dengan isu 'junior' nya." gumam auntie Janne sambil menggeleng kepala.

--------------------------------------

"Tuan Haikal, sir Hisyam nak tuan pergi ke gym." ujar Tony kepada Haikal yang sedang duduk di sofa.

"Kenapa aku pergi ke sana? bukankah dia nak ajar aku menembak?" soal Haikal dengan rasa hairan.

"Maaf tuan, saya tiada jawapan untuk soalan tuan. Sila ikut saya, kita pergi gym sekarang." jawab Tony dengan tenang. Mahu tak mahu Haikal terpaksa akur. Dia mengekori Tony dari arah belakang.

Mereka bergerak menuju ke arah lift. Butang digital di tekan dan pintu terbuka. Lantas mereka melangkah masuk ke dalam perut lif, Tony menekan butang A2.

Ting!

Pintu lif terbuka, sebaik sahaja mereka keluar dari perut lif...terus nampak gym. Dinding kaca boleh sahaja nampak ke bahagian dalam. Kelihatan kelibat Hisyam yang sedang merenggangkan otot-ototnya.

Tony menolak pintu gym dan kaki terus melangkah menghampiri susuk tubuh Hisyam. Haikal hanya menurut langkah Tony sahaja.

"Kenapa kau suruh aku ke sini? bukankah Akira arahkan kau, ajar aku guna senjatapi?" soal Haikal tanpa nada.

"Aku rasa..aku tak perlu ajar kau guna senjatapi, bukan?" perli Haikal sambil meneruskan aktivitinya. Dahi Haikal berkerut, dia tidak dapat menangkap maksud di sebalik ucapan Hisyam.

"Apa maksud kau? Aku tak faham." soal Haikal seperti binggung. Hisyam tersengih sinis.

"Kau jangan nak berpura-pura tak tahu macam mana nak guna pistol tu. I know you... Tuan Haikal Iskandar a.k.a sniper champion." ujar Hisyam sinis. Di hujung ayatnya, dia sengaja tekankan bunyinya. Haikal terkesima, mulutnya seperti terkunci.

"Lebih baik kau pertingkatkan seni pertahanan diri kau. Aku tahu, kau ada belajar kick boxing tapi kau jarang mengamalkannya. Jika kau tidak tingkatkan seni pertahanan diri kau... kemungkinan besar kau akan.... " Hisyam berhenti menutur kata. Dia sengaja menggantungkan ayatnya.

"Akan...apa?" soal Haikal dengan berani. Dia tidak perlu lagi berpura-pura tentang penggunaan alat senjatapi.

"Kau akan kehilangan isteri."

"Bullshit... aku tidak akan sesekali lepaskan isteriku."

"Jika kau tidak mahu kehilangan isteri kau... you fight me!"

"Baik, aku sahut cabaran kau!"

Akira yang sedang memerhati dan mendengar segala perbualan di antara dua lelaki itu, tersengih sinis.

"Rupanya kau... sniper champion. Well.. aku tak sepatutnya pandang rendah terhadap kau, Tuan Haikal Iskandar. Lagi dua hari, kita akan bersua... 'Abang'!" tutur Akira sendirian.

---------------------------------------------------

Master Silver melangkah masuk ke bilik perjumpaan. Sebaik kakinya mendarat di permukaan lantai dalam bilik itu, orang-orang suruhannya tunduk hormat. Dia berjalan menghampiri orang-orangnya.

"Have you found the King Silver?" soal Master Silver

"Forgive us..Master Silver. Kami gagal menjejak King Silver." jawab salah seorang daripada orang suruhannya.

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga das tembakan di lepaskan, tepat terkena di dahi tiga orang suruhannya. Semua yang berada di situ, merasa menggigil.

"Korang semua pandai buat kerja kah? Sia-sia saja aku bayar korang tapi tiada hasil." jerkah Master Silver. Orang-orangnya masih menundukkan kepala, tidak berani menunjukkan muka.

"Aku bagi korang peluang. Cari King Silver sampai dapat, jika tidak...korang semua akan jadi seperti mereka ini!" bentak ujar Master Silver dengan wajah bengis.

"Ba..baik, Master Silver !" sahut mereka dengan suara bergetar. Lantas mereka bergegas beredar dari situ. Mayat-mayat yang berada di atas lantai, segera di bersihkan.

Master Silver melabuhkan punggungnya di kerusi kerjanya. Fikirannya kusut memikirkan kedudukan mereka tika itu.

"Where did you go, King? Ratu Black Red sekarang berada di sini. Inilah masanya...kita dapatkan dia!" rungut Master Silver sambil lepaskan keluhan berat.

Kali ini dia akan pastikan kumpulan Ratu Black Red akan bergabung dengan kumpulan mereka. Ini kerana kumpulan Ratu Black Red amat di geruni oleh kumpulan mafia-mafia yang lain. Jika kumpulan Silver bergabung dengan kumpulan Ratu Black Red, kumpulan mereka akan menjadi kuat.

---------------------------------------------------

Akira masuk di bilik mesyuarat. Orang-orang yang berada di dalam bilik itu, berdiri sambil menundukkan kepala. Duduk sahaja Akira di tempat kerusinya, baru orang-orangnya duduk di tempat masing-masing.

"Do you all know the reason why this meeting was held?" Akira pembuka tirai mesyuarat dengan mengajukkan soalan. Sepi, tiada siapa berani bersuara.

"Hello, anyone here?" ujar Akira sambil jarinya mengetuk meja.

"Yes, Cik Akira. We all know the reason why this meeting was held." tutur Eden, salah seorang dari enam orang yang berada dalam bilik mesyuarat itu.

"There are people here too. I remember, i'm the only one in this room." kata Akira dengan aura dingin.

"So, what about the financial situation of our company now?" soal Akira dengan riak beku. Matanya liar melihat satu persatu orang kepercayaannya.

"Forgive us, on top of the mistakes we made. And now...our company account, is back to normal." jawab Alvin, salah seorang yang berada dalam bilik mesyuarat itu.

"Good. If there is a problem between you all... you all find me right away. Saya tak makan orang tapi saya bunuh orang!" ujar Akira sambil tersengih sinis.

Mendengar di hujung tutur bicara Akira, beberapa orang kepercayaannya sudah berubah raut wajah mereka. Manakala yang separuhnya lagi tertawa kecil kerna mereka tidak faham akan bahasa yang digunakan oleh majikan mereka.

"And now, our meeting this time...ends here. You can all disperse." kata Akira lagi.

Selesai sahaja mesyuarat, telepon pintar Akira berbunyi...menandakan ada mesej masuk.

SPY SILVER : MASTER SILVER ARAHKAN ORANG-ORANGNYA MENCARI KING SILVER.

RBR : OK. TQ FOR INFO. JIKA ADA YANG MERAGUKAN, INFOM SEGERA.

SPY SILVER : BAIK, RATU!

"Kau nak cari King Silver? Langkah dulu mayat aku, baru kau tahu... di mana King Silver!" gumam Akira sendirian.

-------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience